Home Novel Komedi/Romantik Komedi Cinta Dorayaki
Cinta Dorayaki
Izza Aripin
29/9/2014 21:44:25
28,619
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 2

Mulut Durrah terlopong. Wajah Encik Rahman, Pengurus Sumber Manusia Kolej BSC ditatapnya tanpa berkelip. “Betul ke, Encik Rahman?” Surat di tangan dan wajah selamba Encik Rahman dipandang silih berganti.

“Dah keluar surat dari pejabat Datuk tu, mestilah betul. Takkan saya nak buat lawak antarabangsa kat sini pula.” Suara Encik Rahman bagaikan menyindir.

“Tapi Encik Rahman... saya tak ada kemahiran dan pengalaman dalam bidang tu. Boleh ke saya buat?” Kerutan di dahi Durrah makin berlapis.

“Puan Haniz yang rekomen. Dia dah tengok CV awak. Dia kata awak boleh buat. Lagipun dulu, awak pernah buat praktikal sebagai editor pelatih kat Alaf 21, kan? Bolehlah tu. Ada pengalaman kemahiran menyunting. Lagipun kami nak awak pelajari selok-belok kerja-kerja SE. Nanti boleh jadi mentor untuk SE baru.”

“Hah? SE? Apa kebendanya tu?” Durrah terlopong lagi.

Subject Expert. Nanti mereka akan jelaskan pada awak. Lepas ni kemas barang-barang dan naik atas jumpa Mr. Akshay Kumar. Dia Pengarah Projek MySkool. Mulai sekarang, awak terima arahan daripada dia.”

Durrah mengangguk. Selepas itu, dia melangkah keluar dari bilik Encik Rahman ibarat zombi. Tangannya lincah mengemas barang-barang tapi fikirannya tiada di situ. Pindah jabatan? Apalah yang dia tahu fasal Projek MySkool? Berbual denganHaniz pun tak pernah fasal kerja. Apa yang dia tahu fasal bidang tugasHaniz dan seluruh warga MySkool?

Lawaknya di Unit HR, memang tiada langsung dokumen berkaitanjob description Projek MySkool. Pelik tapi benar. HR cuma simpan CV staf MySkool saja.

Berat sungguh langkah kaki Durrah hendak naik ke tingkat 10. Dengar cerita Projek MySkool ialah projek kesayangan Datuk Singah selepas Kolej BSC. Sebab itu pejabat MySkool diletakkan hanya setingkat rendah dari pejabatnya. Kata khabar angin lagi, Datuk Singah memang suka habiskan masa lapangnya di Projek MySkool.

Ketika lif terbuka di tingkat 10, Durrah disambut oleh barisan kerusi dan meja yang disusun macam medan selera. Eh? Tempat apa ni? Inilah pertama kali Durrah menjejakkan kaki ke tingkat itu. Selama ini, staf MySkool sendiri yang turun ke unitnya kalau mereka perlukan apa-apa. Besar betul mandat HR, kan?

Durrah terus menghalakan kakinya masuk ke pejabat MySkool. Mulutnya terlopong sekali lagi. Mak datuk...ramainya staf. Durrah mula membilang. Eh... bukankah memang ada 68 orang di situ? Buat apa nak kira? Dia nyaris tak mengetuk kepalanya sendiri dengan buku hitam di tangannya.

“Ya?” Tiba-tiba seorang lelaki tinggi lampai, bermisai macam Mustafa Kamal pelakon Hindi-Tamil berdiri di hadapan Durrah.

Terpaksalah Durrah yang comel itu mendongak. “I nak jumpa Mr. Akshay Kumar.”

“I orangnya. Kenapa?” Wajah Mr. Akshay Kumar yang berasal dariBangalore, India itu ceria, mesra dan terus berubah peramah.

“Staf baru, Encik Rahman suruh I...”

“Ya... ya... Datuk pun dah beritahu I mengenai you. Mari... I tunjukkan tempat you.”

Durrah mengekori Mr. Akshay Kumar menuju ke sebaris kubikel berhampiran tingkap.

“Ini tempat duduk you dan ahli kumpulan you.” Mr. Akshay Kumar menunjukkan ke arah seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan berkaca mata yang sedang berkerut-kerut merenung skrin. Nampak rajin benar.

“Ini Azri dan di sana tu, Fadillah.”

Durrah hanya mengangguk dan tersengih memandang Azri. Dia meletakkan beg tangan, buku nota dan sebuah fail di atas meja sebelah kubikel Azri. Barang-barang lain masih di dalam beg membeli belah Jusco yang dah pun diletakkan di atas lantai.

“Er... Encik Akshay. Apa tugas I kat sini?” Tanpa segan Durrah terus bertanya. Soalan memang nampak bodoh. Tapi itulah hakikatnya. Bidang tugas staf MySkool tak ada pada HR untuk dia buat rujukan.

“Er...” Mr. Akshay pun tergagap-gagap. “You boleh buat kerja-kerja menterjemah?”

Durrah mengangguk laju.

“Okey... sekejap ya...” Mr. Akshay membuka komputer di atas meja Durrah. Dia menggerakkan tetikus dan membuka folder demi folder sambil menjelaskan kegunaan dan fungsi setiap folder.

“Dah mula terjemah ke modul yang Mr. Akshay tunjuk tadi?” Durrah terus bertanya jiran di sebelah kubikelnya sebaik sahaja Mr Akshay berlalu pergi.

“Baru buat dua,” jawab Azri.

“Susah tak?” Berkerut dahi Durrah. Bimbang betul dia kalau dia tak dapat nak buat kerja baru itu.

“Silibusform 4 danform 5. Taklah dah sangat. Lagipun Pak cik Google Translate kan ada.” Panjang sengih Azri hingga membuatkan Durrah ikut sama tersengih jahat.

Haha...best. Hari pertama masuk MySkool dia dah dapatpartner in crime.

Hampir seminggu Durrah di Projek MySkool, dia mula mengenali setiap staf. Walaupun tugas yang terpaksa digalasnya masih asing, dia begitu komited meluangkan seluruh tenaga dan waktunya sepanjang di pejabat, membuat kerja-kerja terjemahan modul yang dah siap daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu.

Bak kata Azri, kerja-kerja mereka taklah susah sangat. Satu hari, KPI mereka cuma tiga modul. Kalau boleh buat lebih, lagi bagus.

Durrah sudah mempunyai kawan baru. Dia tak lagi meminta Jenab datang menemaninya makan tengah hari. Kini, dia sering keluar makan bersama Ginny.

Dan juga Durrah secara sedikit demi sedikit tertarik ke dalam seribu satu macam kisah di sebalik MySkool. Rupa-rupanya, riak tenang yang dia nampak di luar dinding kaca MySkool, tak seindah rupa sebenarnya. MySkool penuh dengan drama yang bertukar babak hari demi hari.

“Minggu depan lagi ramai Bangalorean akan masuk MySkool.” Ginny membuka cerita sewaktu mereka enak menghadap hidangan tengah hari itu.Dulu dia ketua ID. Tapi datang saja Sivaranan, Ginny terus diturunkan pangkat.

“Mana tau?” tanya Durrah. Dia menyudu nasi goreng paprikseafood ke mulut.

“Mr. Akshay ceritalah. ID baru tu pun ada cakap.”

“ID baru merangkap ketua ID ek?” Durrah menahan ketawa melihat wajah Ginny yang berubah kelat.

“Haiya... buat malu saja jadiHead of Instructional Designer kalaubasic module design pun tak tau!” marah benar Ginny kepada Sivaranan, pakar modul yang diterbangkan khas dari Bangalore.

“Teruk sangat ke dia tu, Ginny?”

“Dulu Mr. Akshay suruh I buathandbook. Jadi I pun buatlah. Masa Sivaranan datang minggu lepas, I tunjuklahhandbook yang kita dah ada. Tau apa dia kata?”

Durrah menggeleng.

“Tak payah ikuthandbook!

“Hah?” Suara Durrah dah tinggi.

“Lagi satu... dia nak jadi ID English.

“Hah?” Suara Durrah lagi tinggi dari tadi. Nyaris tak pecah pintu cermin bilik privasi yang diduduki mereka. “Dia tau apa fasal English? Memanglah pandai cakap. Tapigrammar bukan semua orang mahir. Patutlah semalam, I dengar Lena gaduh dengan dia sebabwatermelon. Tau tak...dia katawatermelon tuproper noun!

Ginny dah ketawa terbahak-bahak. “Itulah... nak tunjuk pandai konon. Nak bergaduh dengan cikgu English. Lepas tu ada hati nak ganti tempat I.”

“Eh... dalam BM pun kan, nama buah tu kata nama am tau. Kalau terjemahwatermelon tu jadi tembikai. Tembikai dalam BM, kata nama am aje. Mana datangproper noun atau kata nama khas. Lainlah kalau tembikai tu nama dia Tembikai Batu. Barulah boleh jadi kata nama khas.” Durrah, walaupun tak ada Ijazah Sarjana dalam BM, dia tahu juga tatabahasa Bahasa Melayu. Buku Tatabahasa Dewan yang digunakan sebagai rujukan STPM dulu, dah berapa kali dia khatam dari kulit ke kulit. Buku tu kitab rujukan unggul kalau nak pandai BM.

“Ish.. geram betul I dengar!” Ginny menepuk meja. “Nak aje I letak buah tembikai atas meja dia lepas tu tampal poster besar-besar kat PC dia tulis,watermelon is not a proper noun!

Tika itu kening Durrah dah terangkat-angkat penuh muslihat.

Muka Ginny pun tiba-tiba berubah jadi penuh muslihat. “Okey... esok I bawa tembikai dan buat poster tu,” cadangnya pantas.

“Dan I akan tolong tampal kat skrin PC dia.” Durrah dah tersengih jahat.

Keras kejung perut Durrah melihat reaksi Sivaranan pagi itu sewaktu dia melihat ada sepotong tembikai di atas meja dan sekeping poster bertulis,watermelon is NOT a Proper Noun!, yang ditulis menggunakan pen marker dakwat merah tertampal di skrin komputernya.

Penat dia menahan tawa. Apatah lagi apabila Sivaranan berpusing-pusing bertanya ke jiran sebelah-menyebelahnya. Tapi masing-masing buat muka tak bersalah.

Kalau pun mereka tahu angkara siapa, tak sesiapa pun yang mahu berkata apa-apa. Mereka semua tengah bengang tahap gigawat kepada Sivaranan yang dah mengarahkan semua GD(Graphic Designer) dan SE(Subject Expert) untuk buat semula modul yang dah siap mengikut piawaian terbarunya.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Izza Aripin