“Kak Haniz!” panggil
Durrah sambil mengetuk dinding kaca sebaik sahaja ternampak kelibat Haniz,Editor Bahasa Melayu Projek MySkool.
Haniz yang baru keluar
dari bilik unit pengurusan kewangan menoleh ke belakang, memandang ke arah
Durrah yang terlompat-lompat sambil menunjukkan sekeping kertas.Dia membetulkan bingkai cermin matanya yang
bertenggek di atas hidung. Matanya dicerunkan ke arah Durrah.
“Kak! Penatlah saya
terlompat-lompat panggil akak!” Akhirnya Durrah menjengah dari pintu bilik unit
HR.
“Akak nampak. Ingatkan
monyet Belanda mana tadi terkinja-kinja ketuk dinding kaca,” gurau Haniz
selamba.
Durrah dah mencebik.
“Akak!” Suaranya tinggi, tapi bernada gurauan.
Haniz dah tersengih.
“Kenapa kau panggil akak? Akak tak boleh lama-lama kat bawah ni. Nanti Mr.
Akshay cari.” Dahinya berlapis memandang Durrah yang masih berdiridi pintu.
“Saya baru baca surat
akak ni.” Durrah menunjukkan kertas di tangannya. “Akak nak cuti tanpa gaji
buat Master ek? Nanti siapa ganti tempat akak?”
Haniz sengaja mengerutkan
dahinya sekali lagi. Kali ini dia
berpura-pura berfikir. Matanya dipandangkan ke atas, ke arah siling. “Akak dah
rekomen calon tu kat Datuk. Tunggu ajelah keputusannya. Okeylah... akak naik
dulu.” Haniz meninggalkan Durrah yangterlopong.
Durrah segera mengatup
mulutnya kembali dan terus menuju ke pejabat Datuk Singah di tingkat atas. Tika
dia tiba, Lida,PA
datuk, sedang berbual di
telefon dengan gaya gedik terlebih muatan.
“Lida!” panggil Durrah
sambil menggendang meja Lida dengan buku limanya.
“Ya? Nak apa?” tanya
Lida dengan gaya masih lagi menggedik.
Tak faham bahasa betul
budak ni, rungut Durrah bengang. Masa kerja pun nak bercinta sakan di telefon.
Guna harta benda syarikat pula tu. Ingat Datuk Singah tu ayah angkat dia ke?
“Datuk ada suruh
keluarkan memo pasal penggantiKakHaniz, tak?” Durrah mengeraskan suaranya.
Lida menggeleng. Tanpa
berkata apa-apa, dia menyambung semula perbualannya yang terganggu.
“Maaflah,abe. Ada kerja sikit
tadi. Hmm... tengah hari ni naklunch kat mana?”
Kembang telinga Durrah
mendengar nada manja terlebih santan kelapa lemak manis yang sengaja dibuat
oleh Lida.
“Wei!” Durrah mencuit
bahu Lida. “Kalau nak bermesra dengan suami kau pun, janganlah terover dos kat opis ni!”
“Bukan suami kitalah!”
Selamba Lida membalas dan sempat lagi dia menjeling Durrah.
Mata Durrah dah bulat
memandang Lida. Okey... patutlah mereka gelar dia Lida Biawak Terbang. Sekarang
baru dia tahu... merendah terbang biawak. Satu ungkapan yang bermaksud
perempuan yang memperlihatkan dirinya kepada lelaki. Sengaja nak menonjolkan
dirinya.
Walaupun dah bersuami
dan beranak satu, Lida memang suka
mempamerkan kecantikannya untuk tatapan ramai dan selalu berlagak bujang.
Memang sesuailah kau dengan gelaran tu, cemuh Durrah lalu berlalu pergi.
“Selamat tengah hari,kaka!” Babjan dah tersengih-sengih memandang Durrah yang baru keluar dari lif.
“Kaka... Kaka...
kakaklah! Kaka tu pemain penyerang tengah pasukan bola sepak Brazil!” Nada
suara Durrah dah tinggi.
“Alakaka... janganlamara.” Babjan masih
lagi tersengih-sengih gatal walaupun Durrah nyata memarahinya. “Mau makanka,kaka? Manapigi? Babjan kasi teman juga.”
Durrah dah mengetap
gigi. Tak faham bahasa betul di Babjan ni. “Sana... Little Taiwan. Mau belanjaka?” Dia sengaja
mencabar.
Babjan terus angkat
kedua-dua belah tangan tanda mengalah. “Tak apa lakaka. Mahal.” Sambil tersengih-sengih, pengawal keselamatan beruniform biru
laut itu berlalu meninggalkan Durrah.
Durrah menarik nafas
lega. Seharian tak diganggu oleh Babjan, memang tak sah. Loya tekaknya
mendengar Babjan cuba mengayatnya.
Sebuah kereta Proton
Waja berhenti di hadapan Durrah yang sejak tadi menanti di lobi bangunan.
Terus saja Durrah
menyerbu masuk ke dalam kereta berwarna perak itu. “Wah... lambat kau sampai?”
tegurnya sebaik saja dia mengenakan tali pinggang keselamatan.
“Weiwadon... ini pun dah cukup bagus aku baik hati jemput kau makan tengah hari.
Kalau ikutkan jadual aku yang padat, takhingin aku membuang masa meredahjammed semata-mata nak temankan kau!” Jenab dah menyembur.
Durrah tersenyum.
“Maaflah, Jen.Mood aku tak baik sebab kena gangguSi Keladi Tua tu tadi.”
“Mananya tak kena
kacau? Kau selalu keluar makan sorang-sorang macam orang tak ada kawan. Weh,wadon! Kau ni kenapa? Dah dekat sebulan kau kat sini, takkan tak ada kawan lagi?
Macam budak tadikalah!” bebel Jenab.
“Entahlah... aku ni
spesies ikan paus baleen yang suka bersendirian tu kot.” Durrah tayang muka
cekodok basi yang bagaikan minta simpati.
“Nak samakan diri
macam ikan paus konon! Udah-udahlah simpati kat diri sendiri. Kau yang malas
nak cari kawan baru,” tempelak Jenab. Semenjak sebulan yang lalu, dialah yang
selalu jadi supir menjemput Durrah keluar makan tengah hari. Jika mereka tak
keluar, mereka akan makan tengah hari di sekitar kawasan pejabat baru Durrah.
“Macam manalah aku nak
buat kawan baru?” Durrah melepaskan nafas pendek. “Kat dalam unit aku cuma kami
bertiga. Aku, Shabira Mami Monster dan Encik Rahman. Shabira dah ada geng dia
sendiri. Staf unit lain aku tak berapa nak kenal sebab semua dah ada geng
masing-masing.”
“Eh... hari tu kau
cakap ada satu departmen yang stafnya terlebih ramai. Dekat 60 orang. Tu dah
cukup ramai nak buat kawan.”
“Itulah... aku baru
nak berbaik-baiklah dengandorang tu. Adalah dua tiga orang macam Kak Haniz Novelis.
Tapi belum sampai nak ikut merekalunchlah.”
“Novelis?” Jenab menoleh seketika ke arah Durrah. “Dia novelis
ke?”
“Ha’ah...” Durrah dah
tersenyum. “Tapi aku sorang aje yang tau. Itu pun sebab aku ni terlalu cekap
buat kerja sampai tak ada kerja, sanggup baca CV staf satu per satu. Kagum aku
nganKak Haniz tu. Dalam sibuk-sibuk dia
membesarkan keluarga, sempat lagi sambung belajar dan terbitkan 14 buah novel
pelbagai genre.”
“Rak buku kau yang kat
bilik tu aku nampak macam dah bersawang aje.”
“Itulah. Sejak dah
kerja ni... sibuklah. Tak sempat nak membaca.” Durrah melepaskan pandangan ke
sisi tingkap. “Eh? Kita nak ke mana ni Jenab oi? Macam jalan nak balik rumah
aje ni?”
“Apalah wei!”
Jenab menepuk dahinya. “Apa hal aku
balik rumah ni?” Dia menampar stereng kereta berkali-kali. “Itulah kau...
berborak takhengat dunia.” Dia mencari pusingan U.
“Aku pula yang
dipersalahkan. Sapa yang pegang stereng sekarang ni?” Durrah pun ikut sama
memanjangkan leher membantu Jenab mencari pusingan U. Masa setengah jam dah
berlalu semenjak mereka meninggalkan Belukar South City. Makan angin atas jalan
rayalah nampaknya mereka berdua.