Home Novel Komedi/Romantik Komedi Cinta Dorayaki
Cinta Dorayaki
Izza Aripin
29/9/2014 21:44:25
28,618
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 1

“Kak Haniz!” panggil Durrah sambil mengetuk dinding kaca sebaik sahaja ternampak kelibat Haniz,Editor Bahasa Melayu Projek MySkool.

Haniz yang baru keluar dari bilik unit pengurusan kewangan menoleh ke belakang, memandang ke arah Durrah yang terlompat-lompat sambil menunjukkan sekeping kertas.Dia membetulkan bingkai cermin matanya yang bertenggek di atas hidung. Matanya dicerunkan ke arah Durrah.

“Kak! Penatlah saya terlompat-lompat panggil akak!” Akhirnya Durrah menjengah dari pintu bilik unit HR.

“Akak nampak. Ingatkan monyet Belanda mana tadi terkinja-kinja ketuk dinding kaca,” gurau Haniz selamba.

Durrah dah mencebik. “Akak!” Suaranya tinggi, tapi bernada gurauan.

Haniz dah tersengih. “Kenapa kau panggil akak? Akak tak boleh lama-lama kat bawah ni. Nanti Mr. Akshay cari.” Dahinya berlapis memandang Durrah yang masih berdiridi pintu.

“Saya baru baca surat akak ni.” Durrah menunjukkan kertas di tangannya. “Akak nak cuti tanpa gaji buat Master ek? Nanti siapa ganti tempat akak?”

Haniz sengaja mengerutkan dahinya sekali lagi. Kali ini dia berpura-pura berfikir. Matanya dipandangkan ke atas, ke arah siling. “Akak dah rekomen calon tu kat Datuk. Tunggu ajelah keputusannya. Okeylah... akak naik dulu.” Haniz meninggalkan Durrah yangterlopong.

Durrah segera mengatup mulutnya kembali dan terus menuju ke pejabat Datuk Singah di tingkat atas. Tika dia tiba, Lida,PA datuk, sedang berbual di telefon dengan gaya gedik terlebih muatan.

“Lida!” panggil Durrah sambil menggendang meja Lida dengan buku limanya.

“Ya? Nak apa?” tanya Lida dengan gaya masih lagi menggedik.

Tak faham bahasa betul budak ni, rungut Durrah bengang. Masa kerja pun nak bercinta sakan di telefon. Guna harta benda syarikat pula tu. Ingat Datuk Singah tu ayah angkat dia ke?

“Datuk ada suruh keluarkan memo pasal penggantiKakHaniz, tak?” Durrah mengeraskan suaranya.

Lida menggeleng. Tanpa berkata apa-apa, dia menyambung semula perbualannya yang terganggu.

“Maaflah,abe. Ada kerja sikit tadi. Hmm... tengah hari ni naklunch kat mana?”

Kembang telinga Durrah mendengar nada manja terlebih santan kelapa lemak manis yang sengaja dibuat oleh Lida.

“Wei!” Durrah mencuit bahu Lida. “Kalau nak bermesra dengan suami kau pun, janganlah terover dos kat opis ni!”

“Bukan suami kitalah!” Selamba Lida membalas dan sempat lagi dia menjeling Durrah.

Mata Durrah dah bulat memandang Lida. Okey... patutlah mereka gelar dia Lida Biawak Terbang. Sekarang baru dia tahu... merendah terbang biawak. Satu ungkapan yang bermaksud perempuan yang memperlihatkan dirinya kepada lelaki. Sengaja nak menonjolkan dirinya.

Walaupun dah bersuami dan beranak satu, Lida memang suka mempamerkan kecantikannya untuk tatapan ramai dan selalu berlagak bujang. Memang sesuailah kau dengan gelaran tu, cemuh Durrah lalu berlalu pergi.

“Selamat tengah hari,kaka!” Babjan dah tersengih-sengih memandang Durrah yang baru keluar dari lif.

“Kaka... Kaka... kakaklah! Kaka tu pemain penyerang tengah pasukan bola sepak Brazil!” Nada suara Durrah dah tinggi.

“Alakaka... janganlamara.” Babjan masih lagi tersengih-sengih gatal walaupun Durrah nyata memarahinya. “Mau makanka,kaka? Manapigi? Babjan kasi teman juga.”

Durrah dah mengetap gigi. Tak faham bahasa betul di Babjan ni. “Sana... Little Taiwan. Mau belanjaka?” Dia sengaja mencabar.

Babjan terus angkat kedua-dua belah tangan tanda mengalah. “Tak apa lakaka. Mahal.” Sambil tersengih-sengih, pengawal keselamatan beruniform biru laut itu berlalu meninggalkan Durrah.

Durrah menarik nafas lega. Seharian tak diganggu oleh Babjan, memang tak sah. Loya tekaknya mendengar Babjan cuba mengayatnya.

Sebuah kereta Proton Waja berhenti di hadapan Durrah yang sejak tadi menanti di lobi bangunan.

Terus saja Durrah menyerbu masuk ke dalam kereta berwarna perak itu. “Wah... lambat kau sampai?” tegurnya sebaik saja dia mengenakan tali pinggang keselamatan.

“Weiwadon... ini pun dah cukup bagus aku baik hati jemput kau makan tengah hari. Kalau ikutkan jadual aku yang padat, takhingin aku membuang masa meredahjammed semata-mata nak temankan kau!” Jenab dah menyembur.

Durrah tersenyum. “Maaflah, Jen.Mood aku tak baik sebab kena gangguSi Keladi Tua tu tadi.”

“Mananya tak kena kacau? Kau selalu keluar makan sorang-sorang macam orang tak ada kawan. Weh,wadon! Kau ni kenapa? Dah dekat sebulan kau kat sini, takkan tak ada kawan lagi? Macam budak tadikalah!” bebel Jenab.

“Entahlah... aku ni spesies ikan paus baleen yang suka bersendirian tu kot.” Durrah tayang muka cekodok basi yang bagaikan minta simpati.

“Nak samakan diri macam ikan paus konon! Udah-udahlah simpati kat diri sendiri. Kau yang malas nak cari kawan baru,” tempelak Jenab. Semenjak sebulan yang lalu, dialah yang selalu jadi supir menjemput Durrah keluar makan tengah hari. Jika mereka tak keluar, mereka akan makan tengah hari di sekitar kawasan pejabat baru Durrah.

“Macam manalah aku nak buat kawan baru?” Durrah melepaskan nafas pendek. “Kat dalam unit aku cuma kami bertiga. Aku, Shabira Mami Monster dan Encik Rahman. Shabira dah ada geng dia sendiri. Staf unit lain aku tak berapa nak kenal sebab semua dah ada geng masing-masing.”

“Eh... hari tu kau cakap ada satu departmen yang stafnya terlebih ramai. Dekat 60 orang. Tu dah cukup ramai nak buat kawan.”

“Itulah... aku baru nak berbaik-baiklah dengandorang tu. Adalah dua tiga orang macam Kak Haniz Novelis. Tapi belum sampai nak ikut merekalunchlah.”

“Novelis?” Jenab menoleh seketika ke arah Durrah. “Dia novelis ke?”

“Ha’ah...” Durrah dah tersenyum. “Tapi aku sorang aje yang tau. Itu pun sebab aku ni terlalu cekap buat kerja sampai tak ada kerja, sanggup baca CV staf satu per satu. Kagum aku nganKak Haniz tu. Dalam sibuk-sibuk dia membesarkan keluarga, sempat lagi sambung belajar dan terbitkan 14 buah novel pelbagai genre.”

“Rak buku kau yang kat bilik tu aku nampak macam dah bersawang aje.”

“Itulah. Sejak dah kerja ni... sibuklah. Tak sempat nak membaca.” Durrah melepaskan pandangan ke sisi tingkap. “Eh? Kita nak ke mana ni Jenab oi? Macam jalan nak balik rumah aje ni?”

“Apalah wei!” Jenab menepuk dahinya. “Apa hal aku balik rumah ni?” Dia menampar stereng kereta berkali-kali. “Itulah kau... berborak takhengat dunia.” Dia mencari pusingan U.

“Aku pula yang dipersalahkan. Sapa yang pegang stereng sekarang ni?” Durrah pun ikut sama memanjangkan leher membantu Jenab mencari pusingan U. Masa setengah jam dah berlalu semenjak mereka meninggalkan Belukar South City. Makan angin atas jalan rayalah nampaknya mereka berdua.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Izza Aripin