Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Separuh Jiwa
Kekasih Separuh Jiwa
Nurina Feeza
31/1/2019 22:36:26
124,045
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
2 - 2

KERETAyang dipandu oleh Shamil menderum pergi meninggalkan perkarangan rumah teresdua tingkat itu. Setelah kereta Shamil daripada pandangan mata, Elismemusingkan tubuhnya ke arah rumah yang ditinggalkan selama dua tahun itu.Beberapa kali mama memesan supaya dia pulang. Tetapi dia belum bersedia untukberdepan dengan realiti.

            Sungguh Elis berasa amat bersalahpada mama. Dia telah membiarkan mama seorang diri di rumah itu. Dia menurutkata hati tanpa memikirkan perasaan orang tuanya. Ah, berdosanya dia pada mama!

            Nafas ditarik dalam. Perlahan-lahandiayun kaki melepasi pagar dan menuju ke daun pintu rumah itu. Salamdilaungkan. Beberapa minit kemudian, Puan Salina muncul di muka pintu.

            Air mata merembes di pipi Puan Salina.Dirangkul tubuh anaknya itu ke dalam pelukan. Dia amat merindui Elis.

            “Syukurlah. Anak mama dah balik,”ucap Puan Salina. Dikesat air mata yang berlinangan di pipi. Itu bukan air matasedih. Tetapi air mata gembira seorang ibu yang sentiasa menanti kepulangan sianak.

            “Mama takut Elis tak balik ke? Alamama jangan risaulah. Walaupun beribu kilometer Elis jelajahi, tetapi Elistetap akan kembali ke pangkuan mama semula. Elis tak boleh berpisah lama denganmama. Rindu dengan bebelan mama.” Elis mengekeh ketawa.

            “Mama fikirkan kamu dah berubahsikap. Rupa-rupanya sama saja. Masih kuat sakat. Hai Elis, bilalah kamu nakbuang perangai toing kamu ni?” Puan Salina menggelengkan kepala. Pening dengantelatah ting tong anaknya itu.

            “Elis dan sakat berpisah tiada,mama.” Elis menghamburkan tawa.

            “Bila kamu sudah kahwin nanti…”

            Puan Salina tergamam sendiri bilaterlepas kata. Dihamburkan amarah di dalam hatinya itu kerana ketelanjurandiri. Sudahlah Elis baru sahaja pulih daripada kisah dukanya. Dia pula menyentuhkisah sensitif itu.

            “Mama mohon maaf, Elis. Mama tidaksengaja buka cerita tentang kisah lama kamu.” Pantas Puan Salina menyambungbicara.

            Elis menguntumkan senyuman manisuntuk meredakan perasaan bersalah yang tunak di hati mama.

            “Usahlah mama rasa begitu. Elis dahokey, dah cukup kuat untuk tempuhi ujian ini. Mahu tidak mahu, Elis harusredahinya, mama,” balas Elis.

            Dia teringat akan sebaris nota yangpernah dikirim oleh pengirim misteri ketika berkhidmat di Terengganu dahulu.Nota-nota itulah yang telah mencetuskan semangatnya semula. Identiti dirinyayang hilang berhasil ditemui. Sedikit sebanyak keredhaan merebak di hatinya.

 

“Only I can change my life.

No one can do it for me.”

‘Ariq’

 

            Benar. Dia sahaja yang bolehmengubah diri. Bukan orang lain. Dia akan tenggelam di arus kekecewaan jikaterus melayani perasaan. Mujurlah Ariq muncul bagi merawat dukanya. Cuma… dia ralatkerana tidak pernah kenal siapa lelaki bernama Ariq itu.

            Puan Salina menghela nafas lega.

            “Alhamdulillah. Anak mama amatmatang bila berfikir,” balas Puan Salina.

            “Masa silam yang telah mengajar kitaerti dewasa, mama,” balas Elis.

            Puan Salina menganggukkan kepala.Menyetujui kata-kata anaknya itu.

            Elis memaut lengan mama.

            “Mama…” rengek Elis.

            Puan Salina mencuit hujung hidungmancung si anak. Terkekeh tawanya melihat aksi manja si anak.

            “Hee… anak mama ni mengada-ngadalah.Mama dah masak dengan perangai kamu, Elis. Kamu merengek-rengek macam ni, mamatahu kamu nak makan. Jom masuk. Mama masak makanan kegemaran kamu. Ikan kelimasak cili padi,” celah Puan Salina sebelum sempat Elis menghabiskan kata.

            Elis menepuk tangan beberapa kalibersama-sama dengan riak wajah teruja.

            “Yeay!!! Elis dah lama tak makanmasakan mama!” sorak Elis bak anak kecil sahaja.

            Puan Salina genggam tangan Elis.Ditarik tangan anaknya itu. Mereka mengorak langkah seiringan memasuki kedalam.

 

Previous: 2 - 1
Next: 2 - 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.