Home Novel Komedi/Romantik Komedi Aku villainess pantang menyerah kalah!
Aku villainess pantang menyerah kalah!
Seri Pagi
12/3/2020 11:52:05
60,042
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
13

Cuaca hari ini amat baik. Sesuai sekali jika hendak keluar kemana-mana. 

 

Farrah menggenakan one piece dress labuh dengan peter pan collar. Rambutnya yang selalu dibiar jatuh, sekarang ini digayakan dengan updo.

 

Pintu bilik diketuk menandakan ketibaan Haris. Dia menuruni tangga dan menyambut Haris yang berdiri dihadapan pintu masuk. Ini pertama kali Farrah melihat Haris dalam pakaian kasual. Cardigan kelabu bergaya amat secocok dengannya. Hati kecil Farrah berdegup laju.

 

Kedua-dua mereka tergamam tidak terkata sebelum Haris mula menegurnya.

 

Melihat Haris yang bermuka merah turut buatkan Farrah jadi segan.

 

Datin Intan muncul disebelah Farrah lalu menyapa Haris. Haris kemudian menyerahkan dua kotak gift berbentuk empat segi tepat kepada Datin.

 

Flower gift box.

 

Farrah dan ibunya membuka kotak berbau harum itu. Didalamnya terdapat bunga hidup tanpa tangkai memenuhi dan menutupi dasar kotak itu. Satu kotak dipenuhi dengan ros merah mekar manakala sekotak lagi dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga hidup bewarna putih dan ungu. Ditenggah-tengah himpunan bunga itu adanya minyak wangi dengan botol berukiran cantik.

 

"Ini untuk Farrah?" Datin sedikit terkilan.

 

"Tidak. Ini semuanya untuk Datin." Haris tersenyum.

 

Datin rasa teruja dan berpuas hati. Guuh! Farrah ditolak ke tepi oleh ibunya yang segera menarik tangan Haris lalu mengajaknya bersarapan bersama-sama dengan ayah. Apa!?

 

Sememangnya Haris. Bukan sahaja memiliki wajah dan badan skor A, nampaknya teknik memikatnya turut melepasi puncak carta!

 

Pagi itu, ruang makan agak riuh-rendah. Dato Ismail dan Haris berbual panjang. Ayah Farrah turut membawa Haris melihat pokok bonsai yang ditangkas kemas, salah satu hobi masa lapang ayahnya.

 

"Awak dialu-alukan datang ke rumah ini bila-bila masa sahaja." Ujar Datin Intan sebelum Farrah dan Haris masuk kedalam kereta.

 

"Terima kasih. Saya pasti akan datang lagi." balas Haris.

 

Farrah dapat rasakan Haris akan kerap muncul dirumahnya selepas ini.

Jangan ambil serius kata-kata tadi Haris!

 

Sebelum bertolak, Haris sempat membisikkan sesuatu kepadanya.

 

"Awak sangat comel seperti kucing."

 

Serang hendap berbentuk pujian muncul secara tiba-tiba. Badan Farrah terasa panas walaupun keadaan dalam kereta jelas sekali sejuk.

 

Kereta dipandu Haris memejut laju. Destinasi ialah Colmar Tropicale, Japanese Village dan juga Botanical Garden.

 

Dengan suhu sejuk dan pemandangan cantik seperti berada di perkampungan Perancis, Farrah dan Haris berjalan dengan santai. Ada banyak tempat selfie yang menarik. Mereka berdua tidak lepaskan peluang untuk mengambil gambar.

 

Haris.. Henti merenung pelanggan lain yang sedang berbaris menunggu giliran. Apa? Awak ingin lihat Farrah memakai kimono? Baiklah, mari cuba kimono!

 

Selepas puas berjalan, mereka berhenti rehat disebuah Café. Sambil menikmati minuman Farrah melihat sekeliling.

 

Ada banyak pasangan kekasih berjalan seiringan disini dan sana. Kononnya tempat ini merupakan salah satu lokasi romantik terutama pada waktu malam!

 

Farrah memandang Haris.

 

"Mengapa?'

 

Farrah menggeleng kepala."Tak ada apa-apa."

 

"Jangan gerak.." Arah Haris.

 

Badannya bergerak kehadapan mendekati Farrah. Tangannya cuba menyentuh pipi Farrah.

 

Apa yang awak cuba buat Haris?

 

Panik, Farrah memejam mata. Berdebar-debar.

 

"..Ada daun melekat dirambut awak." Haris menunjukkan daun kering ditangannya.

 

Salah sangka? Terasa Haris cuba menyentuhnya tadi.

 

Farrah rasa malu kerana mengharap sesuatu berlaku.

 

Berhenti berdegup kencang… Oh hati!

 

*

*

 

Waktu tengahari tiba apabila mereka berdua kembali semua ke KL. Haris mencadangkan mereka menghabiskan masa didalam salah sebuah shopping mall terbesar dikawasan itu. Perkara pertama yang mereka lakukan ialah membeli tiket wayang.

 

Cerita ini!? Bukankah ini cerita seram?

 

Haris tersenyuma pabila Farrah memandangnya.

Agaknya lelaki ini sengaja!

 

Sepanjang filem ditayangkan, Farrah menutup mata bila babak menakutkan muncul. Dia menutup telinganya apabila mendengar bunyi menakutkan ataupun jeritan. Akibatnya tidak banyak plot yang difahaminya.

 

Haris.. Berhenti lihat reaksi Farrah! Pandang skrin dihadapan! Berani awak ketawakan Farrah. Awak sama jahat macam hantu dalam filem ni! Kembalikan.. Kembalikan Haris dari Colmar tadi. Farrah tak mahu Haris yang suka mengusik.

 

Tapi filem seram Malaysia kebelakangan semakin kreatif! CGI makin canggih. Muzik buat meremang. Hanya satu sahaja Farrah ingin merunggut, muka hantu seram sangat! Kecut perut dibuatnya! Ironi, itulah tujuannya.

 

Haris membuka tapak tangan cuba menawarkan dirinya menjadi tempat Farrah berpegang untuk bertenang.

 

Hmph! Farrah takkan tertipu seperti kes daun sebelum ini.

Farrah berpeluk tubuh sendirian.

 

Haris tersenyum hambar.

 

Setelah sejam lebih terseksa menonton, Farrah berpisah daripada Haris.

 

Ohohohoho! Izinkan Farrah pergi 'touch-up makeup' (tandas).

 

Bagaimanapun setelah balik dari tandas, kelibat Haris tidak muncul. Farrah menunggu tidak berganjak dari tempat mereka berpisah.

 

Sedang menunggu, datang seorang gadis berlari dan memeluk dirinya dengan erat. Siapa?

 

"Kak Farrah!"

 

"Putri!"

 

Gadis bernama Putri itu teruja melihat Farrah.

 

Putri Sofea Kamal. Anak bongsu Dato Kamal. Adik perempuan Amir dan Haris. Walaupun bertubuh kecil, tapi sangat comel penuh dengan tenaga. Pelajar universiti.

 

"Putri nampak Kak Farrah dari jauh. Kebetulan Putri baru habis bertemu semua kawan-kawanlain. Jadi Putri ada banyak masa. Mari makan bersama-sama!"

 

Tanpa meminta persetujuan Farrah, Putri menarik tangan Farrah.

 

Teruklah! Apa yangFarrah patut buat sekarang ni? Tak pasti jika Haris ingin Putri tahu tentang rancangan hari ini. Jika Farrah katakan Farrah keluar bersama orang lain, sangat pasti Putri akan tanya lebih lanjut lagi.

 

"Putri.. Akak ada rancangan lain hari ni. Apa kata kita keluar dan makan bersama pada hari lain?"

 

"Luangkan masa bersama Putri sekarang juga! Apa yang kita berdua selalu buat hanyalah chat melalui smartphone. Setelah apa yang berlaku dengan abang Amir, Kak Farrah tak pernah datang ke rumah. Jangan-jangan Kak Farrah mula bencikan Putri dan tak nak tengok Putri!"

 

Mata Putri mula berair.

 

"Apa yang Putri cakapkan ni? Tak mungkin akak bencikan Putri. Sayang Putri!" Farrah mententeramkan Putri.

 

"Kalau begitu jom makan dengan Putri sekarang! Putri dah lapar." Putri menarik tangan Farrah sekali lagi.

 

Kali ini Farrah akur. Dia terpaksa mengikut Putri. Mereka berdua kemudiannya duduk disebuah restoran berlainan tingkat dari tempat Farrah menunggu tadi. Risau Haris mula mencari, Farrah menghantar mesej kepadanya.

 

"Dah lama tak nampak Kak Farrah. Sebenarnya sewaktu Putri dengar pasal kemalangan Kak Farrah, Putri ingin melawat segera. Tapi waktu melawat hospital bertembung dengan waktu kelas Putri. Memandangkan apa yang berlaku, Putri tak berani datang ke rumah Kak Farrah. Jadi Putri betul-betul sangat gembira apabila terserempak Kak Farrah."

 

Farrah mendengar penjelasan Putri.

Begitu rupanya.Sebab itulah Putri sangat mendesak tadi. Apa boleh buat. Farrah juga rindu ingin berjumpa Putri.

 

Selepas memesan makanan, mereka berbual kosong hinggalah masuk ke topik lebih serius.

 

"Putri tak dapat maafkan Diyana yang merampas abang Amir dari Kak Farrah. Setiap kali dia datang, Putri akan sembunyi dalam bilik atau keluar dari rumah. Walaupun mak dapat terima Diyana, Tapi Putri tidak!"

 

"Terpulang pada perasaan Putri sendiri. Tapi Putri, Amir juga ada hak untuk memilih orang lain." balas Farrah.

 

"Pelik! Takkan Kak Farrah tak rasa marah? Bukankah Kak Farrah sayangkan abang Amir? Selama ini Putri harap kak Farrah jadi sebahagian dari ahli keluarga Putri sendiri tapi muncul perempuan lain rosakkan segalanya!"

 

"Setiap kejadian ada hikmahnya. Berhenti mengharap Putri. Sekarang ini, perasaan Farrah pada Amir tak sama seperti dahulu lagi."

 

Mata Putri mula berair. Harapannya hancur mendengar penjelasan Farrah kerana tidak puas hati.

 

"Cuba fikirkan perasaan mana lebih kuat dan penting? Melihat ahli keluarga sendiri gembira atau terus-menerus terasa sakit hati kerana membenci orang lain? Seperti Putri, Akak ada perasaan dan pandangan sendiri juga."

 

"Ah! Putri ingin lihat abang Amir bahagia. Tapi Putri sayangkan kak Farrah juga!" Putri dalam dilemma.

 

"Bukan ahli keluarga sekalipun, akak anggap Putri macam adik kandung sendiri. Putri boleh datang ke rumah akak."

 

Farrah kemudiannya memegang tangan Putri. Putri menangis dalam diam.

 

Putri sebenarnya gadis yang baik. Sering dimanjakan, dia selalunya mendapat apa yang dimahukan. Berangapan apa yang dirasakan terbaik padanya pastinya dapat diterima oleh orang lain.Tidak mengerti orang lain turut mempunyai mempunyai citarasa dan pilihan yang berbeza. Seperti abangnya yang lain, Putri turut memiliki personaliti tersendiri.

 

Tak mengapa, semua orang boleh berubah. Sedikit demi sedikit.

 

Setelah Putri bertenang, Farrah menukar topik perbualan. Wajahnya kembali ceria.

 

Haris kemudiannya muncul. Dia mendekati mereka berdua sebelum duduk disebelah Farrah. Nafasnya turun naik kelihatan tergesa-gesa mencari mereka berdua.

 

"Mungkinkah rancangan Kak Farrah hari ini… bersama abang Haris?" Putri mulai sedar. Dia memandang Farrah dan Haris silih ganti. "Date? Sebab inikah Putri dengar ada bunyi pelik datang dari bilik abang Haris semalam? Terlalu.. Mmmmm- "

 

Haris menutup mulut Putri dengan pantas. Putri memukul tangan abangnya. Minta dilepaskan.

 

"Pergi. Balik. Sekarang." ugut Haris. Hanya selepas dia bertenang cengkaman itu dilepaskan.

 

"FUAHH! Tengok ni Kak Farrah! Abang Haris jahat. Putri rasa dia ingin balas dendam pada Putri yang sentiasa membulinya dahulu!"

 

Sebaik sahaja tangan dilepaskan, Putri merunggut dengan cepat.

 

"Ceritakan pada Putri apa yang berlaku? Apa yang Putri terlepas baru-baru ini? Bukan abang Amir.. tapi abang Haris? " tambah Putri lagi.

 

"Jangan kacau kami berdua! Berambus!" Sekali lagi Haris memberi amaran.

 

Farrah terpaksa masuk campur. Jika dibiarkan keadaan akan jadi buruk.

 

"Dah lama kita bertiga tak makan bersama-sama. Lagipun Farrah teringin berbual dengan Putri juga. Jadi Haris.. Please- " Farrah buat muka seposen.

 

"Betul tu!" tambah Putri ditepi.

 

Haris mengalah.

 

"Cepat beredar selepas makan."

 

Keadaan kembali sediakala. Makanan dipesan tiba manakala Haris menambah pesanan untuk dirinya.

 

*

 

"Cuba teka apa yang akan berlaku dalam masa terdekat ni? Putri bagi hint, ada kaitan dengan kek!"

 

Sejurus selepas habis makan, Putri menyoal Farrah.

 

"Hari jadi Putri tak lama lagikan."

 

Sudah tentu Farrah ingat apabila setiap tahun Farrah hadirinya.

 

"Umur nak masuk 20 tahun masih sambut hari lahir." Sindir Haris.

 

"Diamlah! Ini cuma alasan untuk Putri makan kek dalam kuantiti yang banyak dalam sehari setiap tahun. Lagipun segala permintaan Putri akan ditunaikan hari itu. Tapi tahun ini agak istimewa. Tahun ini merupakan tahun akhir Putri sambut parti harijadi bersama keluarga dan kawan-kawan. Bermula tahun depan, Putri hanya akan sambut harijadi bersama kekasih walaupun orangnya belum muncul lagi. Hanya kami berdua!"


Putri memandang Haris. "Lagipun abang Haris ada tahun ini. Jadi parti tahun ini dikira lengkap."

 

"Angan-angan kosong." balas Haris tapi tidak diendahkan Putri.

 

"Parti hari jadi yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kawan-kawan Putri sahaja. Untuk Kali terakhir. Seperti tahun lepas, Kak Farrah akan hadir kan? Putri akan menangis lagi jika kak Farrah beri alasan."

 

Farrah terdiam. Kalau boleh dia tidak mahu menjejakkan kaki ke kediaman Dato Kamal jika tiada hal penting. Lagipun masih ada Datin Rohayu, ibu kepada ketiga-tiga beradik itu. Farrah masih tidak tahu pandangan Datin kepadanya. Masuk di kediaman itu seumpama masuk ke dalam perangkap! Tidak tahu selamat atau tidak.

 

Tapi jika Farrah tolak ajakan Putri, rasa hormat Putri padanya akan hilang! Bagaimana kalau Putri mula membencinya?

 

"B-Baiklah." Jawab Farrah keluh-kesah. Selepas ini dia perlu sediakan rancangan apabila tiba hari parti itu nanti.

 

"Mengenai apa yang kak Farrah katakan tadi. Putri akan fikirkannya. Berkenaan Diyana. Putri cuba beri peluang kepadanya." bisik Putri pada Farrah.

 

Seperti yang Farrah katakan tadi, semuanya terpulang pada perasaan Putri sendiri. Tapi langkah pertama dari Putri sendiri harus dipuji.

 

"Jadi.. mana lagi kita BERTIGA akan pergi selepas ini? Mari pergi ke Aquaria!" cadang Putri kepada Farrah dan Haris.

 

Putri tidak berniat ingin beredar segera. Haris mula merenung tajam lagi dingin. Jika renungan boleh membunuh, agaknya Putri telah mati banyak kali. Farrah kagum dengan sikap Putri yang tidak ambil peduli dan berani melawan abangnya. Sememangnya adik-beradik.

 

"Mari pergi ke Petrosains." Ujar Haris. Renungan tajam hilang, yang ada hanya Haris yang normal.

 

"Haah! Petrosains!? Budak-budak sahaja pergi sana!" runggut Putri marah.

 

"Awak tak faham Putri. Bersama awak yang kecil molek membolehkan kami orang dewasa masuk kedalam tanpa rasa malu. Awak adalah harapan kami. Lagipun abang minta adik abangni jadi guide dalam tu nanti. Maafkan sikap abang tadi." Haris menepuk-nepuk bahu adiknya memberi tanggungjawab dengan muka penuh harapan.

 

Apa yang dikatakan Haris memang betul. Kali terakhir Farrah masuk ke Petrosains adalah sewaktu zaman persekolahan. Lawatan sekolah. Bila dewasa ini, agak sukar sikit nak masuk kecualilah keluarga yang mempunyai anak kecil dan remaja. Tapi orang dewasa bujang juga ingin merasai 'Discovery' yang ada dalam Petrosains. Setiap tahun akan ada pertunjukan dan workshop berlainan tema yang sering berubah-ubah.

 

Tempat yang sesuai sekali untuk kami bertiga menghabiskan masa pada petang ini. Tapi Farrah rasa sedikit hampa.

 

"Baiklah! Jika itu yang abang Haris mahukan. Kamu berdua patut berterima kasih kerana Putri ada hari ini!"

 

Oleh kerana Putri adalah guide kali ini, dia ditugaskan pergi membeli tiket masuk.

 

Sambil menunggu giliran menaiki 'Dark ride', Farrah berbual dengan Putri. Seperti biasa, keluarga dengan remaja dan anak kecil lebih banyak pada hujung minggu ini. Lihat sahaja keluarga berempat yang turut sama berbaris di belakang Farrah sekarang ini.

 

Tiba giliran menaiki 'Dark ride', Haris menarik tangan Putri.

 

"Tunggu dulu. Kita bukannya tergesa-gesa. Biarkan keluarga dibelakang kita naik dahulu. Mereka ada budak kecil. Belajar untuk bersabar." Ujar Haris.

 

"Tapi kita berbaris lebih awal!" Putri tidak puas hati.

 

Bagaimanapun Haris tetap mempelawa keluarga dibelakang mereka naik dahulu. Keluarga itu mengucapkan terima kasih kepada Haris.

 

"Masih ada satu tempat kosong lagi." Petugas yang menjaga 'Dark ride' itu memandang Haris dan Putri.

 

"Kalau begitu, awak masuk sekali Putri." arah Haris.

 

"Tak nak! Abang orang yang sesuai sekali masuk. Biarkan Putri dan Farrah naik yang lain." Bantah Putri.

 

"Dengar sini Putri. Awak baru sahaja ganggu rancangan kami berdua pada hari ini. Sekurang-kurangnya biarkan abang dan Farrah menaiki 'Dark ride' bersama-sama. Awak faham apa yang abang maksudkan disini kan?" bisik Haris pada adiknya dengan suara perlahan.

 

Putri tersedar. Akhirnya dia bersetuju lalu naik bersama keluarga itu.

 

Selepas 'Dark ride' dinaiki Putri hilang dalam kegelapan, muncul 'Dark ride' yang baru.

 

Haris kemudian menarik tangan Farrah. Tapi mereka berjalan ke arah bertentangan! Keluar pergi dari kawasan Petrosains.

 

Apa yang berlaku? Mengapa kita berdua tak naik 'Dark ride' yang baru tiba tu?

 

Haris menerangkan apa yang berlaku: dia tidak mahu diganggu oleh sesiapa pun hari ini.

 

"Sebab gangguan tadi mari tukar lokasi lain. Oh ya.. Berikan smartphone awak."

 

Terpengaruh dengan keadaan, Farrah menyerahkan smartphone tanpa rasa sangsi. Haris kemudiannya mematikan kedua-dua smartphone itu.

 

Maaf Putri! Dan awak Haris.. Jelaskan bagaimana awak tahu screen lock smartphone Farrah?

 

Kereta dipandu Haris memecut laju sekali lagi. Oleh kerana Haris tidak mahu risiko terserempak dengan orang yang dikenali sekali lagi, kali ini Farrah mencadangkan mereka berdua berjalan-jalan santai tanpa arah dan menikmati suasana sekitar ibukota.

 

Matahari telah lama terbenam, lampu-lampu mula terpasang memancar dan menerangi seluruh kawasan sekitar. Farrah dan Haris kini berada diatas sebuah jambatan untuk melihat tempat pertemuan dua sungai yang terkenal dengan lampu biru dan fountainnya. 

 

"Farrah serono kdapat habiskan masa bersama awak hari ini. Lain kali Farrah tak kisah temankan awak melawat tempat-tempat menarik seperti ini. Dalam masa lima tahun, ada banyak perubahan yang awak boleh rasa sendiri."

 

"Saya pun sama." balas Haris.

 

"Farrah juga ingin ucapkan terima kasih kepada awak. Selama beberapa bulan ini, awak banyak tolong Farrah. Farrah hargainya." Farrah tersenyum.

 

"Saya yang patut ucapkan berterima kasih. Masih ingat kali pertama kita berjumpa?"

 

Sudah tentu Farrah ingat.

 

Enam tahun lepas.Selepas mengenali Amir, Farrah dan kawan-kawan seuniversiti lain diajak datang ke rumahnya. Pertama kali menjejakkan kaki, Farrah melihat kelibat seorang budak lelaki yang duduk diam seorang diri jauh berbeza perangai daripada Putri yang terus mendekati Farrah dan yang lain. Ingin tahu, Farrah mendekati budak lelaki itu lalu cuba berbual dengannya.

 

"Nama saya Haris dan umur saya 18 tahun!"

 

"Apa!? Akak fikirkan awak adalah kembar Putri yang berumur sama 14 tahun. Tubuh awak sangat kecil!"

 

Budak lelaki itu berterus-terang pada Farrah kerana tidak tahan diperlakukan seperti kanak-kanak. Apa yang Farrah lakukan cuma mengusap rambut Haris sehingga kusut-masai dan mungkin mendekatinya dengan rapat! 

 

Selepas kejadian itu, apabila berpeluang datang ke rumah Amir, Farrah akan menyapa Haris dan menemani Putri. Bersama Amir, mereka berempat menjadi rapat. Setahun berikutnya, Farrah mulai jatuh cinta pada Amir dan mendapat tahu Haris akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

 

Sebaik sahaja Haris pergi, Farrah mendapati hubungan mereka berdua terputus begitu sahaja apabila Haris gagal dihubungi.

 

Mendengar Farrah mengisahkan semula kali pertama mereka bertemu dalam versinya sendiri hanya membuatkan Haris diam membisu.

 

"Saya rasa gembira apabila awak sudi menegur saya waktu itu."

 

"Tak sangka awak masih cam Farrah selepas kembali dari hospital." Ujar Farrah. Bila difikirkan semula, Haris adalah orang pertama yang menegurnya apabila tiba dilobi selepas habis cuti rehat dari kemalangan.

 

"Sebenarnya, saya ada datang melawat selepas awak sedar dari koma. Saya hanya mampu berdiri diluar dan tidak berani masuk kedalam untuk tegur awak. Awak sedang menangis waktu itu."

 

Oh! Ini pertama kali Farrah mendengarnya.

Agak kekok jika Haris yang telah banyak berubah muncul semula dan duduk melihatnya menangis. Farrah pasti terjerit dan memanggil jururawat.

 

Tanpa sedar, mereka berdua tiba di sebuah dataran yang sangat luas.

 

Haris memegang kedua-dua tangan Farrah. Mereka berdua saling berpandangan, menghadap antara satu sama lain.

 

"Selama ini saya tak pernah lupakan awak. Hari ini dan akan datang, Farrah.. Saya cintakan awak. Sudikah awak kongsi hidup awak dengan saya? Jadi isteri saya?"

 

Tanpa cincin. Tanpa flash mob. Suara dan bunyi sekeliling seakan-akan hilang. Tapi detik itu seolah-olah untuk mereka berdua. Masa umpama terhenti seketika.

 

Farrah tergamam. Pelbagai emosi keluar tapi dia tetap terharu dengan pengakuan Haris. Betulkah?

 

Farrah rasa gembira lelaki seperti Haris menaruh perasaan kepadanya tetapi dia mulai rasa tidak yakin. Haris adalah adik Amir. Serta merta perkara yang pernah berlaku mungkin akan berlaku sekali lagi. Farrah bimbang.

 

"F-Farrah tak dapat berikan jawapan sekarang ini. Beri Farrah masa untuk berfikir."


Bukan mencari alasan. Tapi Farrah perlu menyelami perasaan sendiri terlebih dahulu.

 

Muka Haris berubah.

 

"Masih tidak cukup? Terlalu awal? …takkan lepaskan... langkah seterusnya…" Kedengaran Haris berkata sesuatu dengan nada perlahan.

 

Menakutkan! Apa yang awak sedang fikirkan sekarang ini? Rasanya Farrah tak ingin tahu!

Berat! Perasaan awak terlalu berat untuk Farrah terima sekaligus. Berikan Farrah masa!

 

"Farrah takkan melarikan diri! Farrah akan berikan jawapan nanti. Bukan sekarang!"

 

Haris merenungnya. "Terima sekarang lebih baik!"

 

"Farrah ada sebab sendiri!"

 

Mereka berdua kemudian memandang sekeliling. Orang ramai berdekatan melihat gelagat mereka.

 

Maafkan kami berdua!

 

Farrah menarik Haris lalu beredar dari kawasan itu. Mereka kembali semula ke kereta dan memutuskan untuk menamatkan rancangan hari itu.

 

Tiba dihadapan kediaman Farrah, Haris menghadiahkannya sesuatu. Dalam kotak dibuka Haris, terdapat rantai leher dengan loket putih berkilauan.

 

"Saya sentiasa teringin berikan awak sesuatu. Harap awak sudi terima hadiah ni."

 

Menurut Haris, dia telah lama menempah rantai itu dan berkesempatan untuk mengambilnya hari ini.

 

Sebab ini awak lambat muncul selepas Farrah selesai ke tandas? Untuk Farrah?

 

Haris meminta untuk memakaikan rantai untuknya. Farrah segera mendekatkan badannya tanda setuju.

 

Kedua-dua tangan Haris mengelilingi leher Farrah cuba mencantum cangkuk rantai berpandukan sentuhan. Mereka berdua saling berpandangan, mengambil kesempatan mengamati wajah yang ada dihadapan.

 

Ah! Selama ini Farrah tak sedar, Tapi alis mata Haris agak panjang.

 

Ini cara awak pandang seseorang selama ini?

 

Farrah dapat dengar bunyi nafas dengan jelas.

 

Haris berundur. Farrah mendapati rantai leher telah siap tercantum bergantung di lehernya. Dia melihat loket itu sekali lagi.                                       

 

"Jumpa esok. Selamat malam." Ujar Farrah.

 

Belum sempat Farrah keluar dari kereta, Haris menarik tangan, membuatkannya terhenti.

 

"Ingat kata-kata ni, Saya takkan mengalah hingga awak setuju." Haris melepaskannya sebelum tersenyum penuh makna.

 

Muka Farrah jadi merah. Dengan cepat dia menutup pintu lalu masuk ke halaman rumahnya tanpa melihat Haris.

 

 

 

 

Entah mengapa Farrah tidak sabar menunggu hari esok tiba.

 

Previous: 12
Next: 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.