Home Novel Komedi/Romantik Komedi Aku villainess pantang menyerah kalah!
Aku villainess pantang menyerah kalah!
Seri Pagi
12/3/2020 11:52:05
60,056
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
11

Acara ini berlangsung selama dua hari. Hari pertama digunakan sepenuhnya untuk mengumpul survey daripada orang ramai yang hadir manakala hari kedua adanya majlis perasmian yang lebih meriah.

 

Pintu utama lobi dibuka seluas-luasnya. Orang ramai berduyun datang kerana tertarik dengan bunyi muzik yang kuat. Ada yang terpukau melihat dekorasi pentas atau datang sekadar berlindung dari cuaca yang tidak menentu. Team Farrah tidak lepaskan peluang untuk menghampiri mereka semua.

 

Lucky draw memang permainan yang sesuai sekali untuk orang ramai mendapatkan hadiah!

 

Sewaktu melakukan patrol, Farrah melihat beberapa pelanggan memenangi baucer diskaun dan hadiah kecil lain.

 

Pekerja-pekerja yang mempunyai masa terluang turut muncul untuk melihat suasana hari pertama.Kedengaran bunyi kecoh dari beberapa arah disebabkan mereka berkumpul bersama kawan-kawan mereka yang lain.

 

Diantara pekerja yang hadir, Farrah melihat Bayazid bersama rakan sekerja yang lain sedang melihat dekorasi yang ada di sekeliling. Mereka turut mengambil gambar berlatarbelakangkan pentas. Apabila tiba giliran Bayazid mengambil gambar, Bukan sahaja dari kameranya, terdapat banyak bunyi 'klik' dari pelbagai arah kebanyakannya datang dari pekerja lain. Jurufoto yang ditugaskan sepanjang acara ini juga tidak melepaskan peluang keemasan ini. Apa yang lelaki itu buat hanyalah berdiri dengan simple pose!

 

Gaya Bayazid hari ini jauh lebih menarik dari hari-hari biasa. Tak sia-sia nasihat Farrah!

 

Mata mereka saling bertentangan. Bayazid mengerut dahi apabila melihat Farrah membuat signal memintanya untuk tersenyum dari jauh.

 

"Ada photo booth berhampiran pintu utama lobi. Ada banyak alatan dan tema ada disitu. Gerenti puas hati."

 

Farrah berbisik dengan beberapa rakan sekerja Bayazid. Dengan segera mereka membawa Bayazid kepintu utama.

 

Kekekeke! Dalam masa yang sama, sila tarik lebih banyak orang ramai masuk ke dalam lobi!

 

Tiba-tiba Walkie-talkie Farrah mengeluarkan bunyi statik.

 

"Cik Farrah..Sasaran berdiri dihadapan Lucky draw, over!"

"Okey. Jangan panik. Bertindak seperti yang dirancang. Over!"

 

Sasaran yang dimaksudkan ialah Amir dan Diyana. Dari jauh, Farrah melihat pasangan berkenaan menerima penerangan dari salah seorang ahli teamnya.

 

Farrah akan gunakan apa sahaja cara untuk cipta lebih banyak 'surprise' dalam dua hari ini.

 

Untuk puaskan hati Amir amat mudah: buatkan Diyana gembira. Walaupun Lucky Draw adalah untuk pelanggan dan orang ramai, tiada peraturan melarang pekerja syarikat tidak boleh menyertainya. Acara Farrah, peraturan Farrah! Mereka berdua ada peranan hari ini. Demi ini sahaja, Farrah korbankan tas tangan berjenama yang tidak pernah dipakai sebagai 'hadiah misteri'.

 

Amir mahukan kejutan? Farrah akan bagi.

 

Menggunakan idea Farrah supaya menggunakan Lucky draw berbentuk 'wheel of fortune' yang diubahsuai, Diyana berjaya mendapat 'hadiah misteri' ini. Mereka berdua mulai menunjuk-nunjuk beg tangan berkenaan kepada semua orang.

 

Dengan segera Farrah arahkan jurufoto untuk mengambil gambar mereka berdua. Sebabnya, jika Amir datang merunggut tidak berpuas hati tentang acara ini nanti, Farrah akan tunjukkan gambar ini dimana dia sedang gembira bersama Diyana. Bagaimana awak boleh rasa tidak puas hati jika foto awak tunjukkan perkara sebaliknya? Kekekeke.

 

Ini kejutan pertama buat mereka semua. Biar semua pekerja tahu adanya sesuatu yang menarik menanti para pemain Lucky draw.

 

"Saya nampak seorang perempuan dapat hadiah tas tangan berjenama. Saya pun cuba Lucky draw!"

 

Komen salah seorang pelanggan yang datang. Kerana heboh, kaunter Lucky draw dan survey yang dijaga oleh team Farrah kini dipenuhi orang ramai.

 

Maaf! Hadiah paling besar nilainya selepas tas tangan yang disebut tadi hanyalah baucer penginapan di sebuah resort milik keluarga Dato Kamal. Jangan putus asa!

 

Farrah kemudiannya mendekati Shiela dan Nana yang berada di tepi pentas. Oleh kerana Shiela ialah emcee untuk kedua-dua hari, dia tidak dapat bergerak jauh dari kawasan pentas.

 

"Shiela.. Nana.. Semua dah sedia? Mari tunjukkan pada mereka semua apa yang mampu kita bertiga lakukan!"

 

"Ya!" Jawab kedua-dua mereka.

 

Shiela dan Nana melirik senyum penuh makna. Oh tidak! Farrah dapat rasakan dirinya juga tersenyum sama seperti mereka berdua. Apa boleh buat.. Nama baik kami bertiga dalam bahaya sekarang ini.

 

Tidak lama selepas itu, Shiela memberi signal kepada Farrah dan Nana setelah mengenal pasti sasaran kali ini. Melalui walkie-talkie, Farrah memberi arahan kepada teamnya supaya bersiap sedia.

 

Semua lampu dalam lobi dipadamkan kecuali satu lampu tumpu yang menghala ke pintu masuk lobi.Orang ramai yang panik mula senyap apabila mendengar alunan muzik rancak. Pandangan semua orang tertumpu sepenuhnya pada pintu utama.

 

Dua orang lelaki yang berlakon sebagai pelanggan mendekati pintu utama dan mula menari mengikut rentak muzik. Bilangan mereka semakin bertambah. Enam. Sepuluh dan sekarang ada dua puluh orang sedang menari dengan serentak. Semua lampu lobi mula terpasang.Semua penari itu kini menari ditengah-tengah lobi, dihadapan sasaran.

 

"Wah, Flash mob!"

 

Seorang pelanggan bersuara sebelum mula merakam persembahan yang berlaku di hadapan mereka.

 

Flash mob itu berlaku hampir sepuluh minit. Apabila muzik terakhir dimainkan, seorang lelaki mat saleh diajak oleh salah seorang penari untuk menari bersama-sama. Tanpa segan, lelaki itu turut sama menari dengan penari yang ada. Pasangan kepada mat saleh itu pula sibuk merakam kawannya yang sedang menari tanpa mengetahui flash mob ini adalah untuk dirinya. Setelah muzik tamat, mat saleh tadi tunduk melutut lalu melamar kekasihnya dihadapan semua orang. Terharu, perempuan warga tempatan itu bersetuju sebelum memeluk kekasihnya itu. Orang ramai mula bersorak dan bertepuk tangan apabila Shiela mengumumkan apa yang berlaku. Nana datang membawa sejambak bunga untuk dihadiahkan kepada pasangan berkenaan.

 

Flashy proposal dihadapan ramai orang. Orang luar negara kebelakangan ini sukakan perkara menonjol dan kreatif sebegini atas alasan ingin mencipta memori sekali seumur hidup. Apa akan jadi jika pihak perempuan menolaknya? Memori pahit dan trauma akan timbul.

 

Dari jauh, Farrah dapat melihat reaksi pasangan Kevin dan Cynthia. Cynthia kelihatan teruja sambil berkata sesuatu kepada Kevin yang berwajah pucat. Ah! Mungkinkah Cynthia sedang bayangan dirinya bersama Kevin seperti pasangan tadi? Impian wanita semuanya setinggi langit. Mereka tidak mahu kalah dengan orang lain. Good luck Kevin! Jangan pandang rendah dengan ingatan wanita. Mereka akan ingat sampai bila-bila.

 

Mmm- tiada siapa yang tahu betapa susahnya Farrah dan Nana mencari pasangan yang sudi dan bersikap terbuka dengan flash mob ini. Dan juga penari-penari yang sanggup menghafal choreography dalam masa yang singkat. Nasib baiklah kejutan kali ini berjalan lancar!

 

Masa berlalu dengan pantas, bilangan pekerja yang berkumpul di kawasan lobi jauh lebih ramai berbanding orang ramai yang hadir. Nampaknya ini masa yang baik untuk aktiviti seterusnya. Semua petugas termasuk Farrah kini membuat gelanggang kecil dengan alatan pembahagi ruang di suatu sudut dalam lobi.Shiela mengumumkan apa yang berlaku selepas ini kepada semua yang hadir.

 

Masa terluang digunakan untuk mencari pekerja dan pelanggan yang berminat untuk menyertai permainan kali ini. Sebut tentang permainan, Farrah tahu kumpulan yang berminat dengan permainan seperti ini.

 

"Saya tahu tujuan awak datang cari kami semua. Tak perlu kata apa-apa, kami semuaakan ikut permainan ini." beritahu Kevin.

 

"Jika salah seorang dari kami berjaya, izinkan kami promosikan aktiviti kami dalam ucapan pemenang nanti." Minta Kak Siti.

 

Farrah bersetuju. Mereka cukup bersedia kerana sewaktu Farrah datang mencari mereka,Kevin dan Kak Siti sedang menukar kasut pejabat kepada kasut sukan. Untuk lebih adil, Farrah hadkan lima orang dari kumpulan mereka.

 

Permainan 'pijak belon sampai pecah'. Orang terakhir yang berada di gelanggang dengan belon yang masih terikat dikaki adalah pemenang. Tiada had masa. Hadiah tempat pertama ialah tiket masuk percuma ke taman tema air popular dalam negara kepada empat orang termasuk penginapan semalaman. Peserta yang telah mendaftar menerima belon dan tali untuk diikat pada kaki.

 

Bayazid turut serta dalam permainan ini. Melihat reaksinya, jelas sekali rakan-rakan sekerja yang lain telah memaksanya untuk bermain bersama mereka. Bagaimanapun dia tidak menolak permintaan mereka. Lebih memeranjatkan lagi bila Amir turut menyertai permainan ini. Nampaknya Diyana tertarik dengan salah satu hadiah dalam permainan ini. Keadaan jadi tambah menarik.

 

Leka melihat persediaan setiap pemain, mata Farrah terlihat kelibat Haris di lobiitu. Dengan segera Farrah bersembunyi di belakang Nana apabila Haris sedang menuju ke arahnya. Nana kini diantara mereka berdua.

 

Keadaan jadi kekok apabila Farrah tidak menyapa Haris seperti selalu. Dari belakang Nana, dia hanya merenung dengan diam.

 

"Ambil ni. Bye." Haris menyerahkan plastik beg pada Nana. Air botol. Cukup untuk mereka bertiga.

 

Rasa bersalah menyelubungi Farrah. Belum sempat beredar, Farrah menarik kot Haris.

 

"Sibuk sangat? Ambil masa untuk rehat kejap. Ada perkara menarik dalam permainan kali ni."

 

"Awak seperti tak sudi lihat saya sekarang ni. Awak masih sembunyi di belakang kawan awak."

 

"Lupakannya! Temankan kami berdua." Muka Farrah jadi merah.

 

Baru-baru ini, Haris selalu mengusiknya. Dia perlukan masa untuk membiasakan diri. 

 

"Hehehe.. awak mengalah terlalu cepat. Saya tahu awak tak sampai hati biarkan saya seorang diri."

 

Perbualan mereka terhenti dengan pengumuman Shiela. "Ada sesiapa yang ingin turut serta lagi?"

 

Semua orang saling berpandangan, melihat jika ada yang ingin tampilkan diri lagi.Tiba-tiba Haris kehadapan untuk mendaftar sebagai pemain.

 

Ingatkan awak ingin jadi penonton. Tapi pemain?

 

"Jika saya menang, Ahad ni luangkan masa bersama saya." Ujar Haris sambil membuka kot, jam tangan dan dompet lalu menyerahkan semuanya pada Farrah sebelum masuk ke gelanggang.

 

"Awak perlu terangkan sesuatu kepada saya dan Shiela selepas ni!" Nana memandang tepat wajah Farrah.

 

Farrah tersengih tidak tahu membuat reaksi apa. Dia sendiri terkejut dengan ajakan Haris.

 

Semua peserta telah berkumpul. Tiga puluh enam orang kesemuanya. Bilangan perempuan amat sedikit, boleh dikira dengan jari. Penonton mula bersorak. Entah sejak bila bilangan penonton jadi lebih ramai. Agaknya heboh disebabkan peserta kali ini: Amir, Bayazid dan Haris. Tidak dilupakan ahli kumpulan Kak Siti dan Kevin yang turut memberi sokongan kepada mereka. Bunyi klik kamera tidak berhenti dari tadi.

 

Permainan bermula.

 

Dalam masa lima belas minit, semua belon peserta perempuan pecah kecuali Kak Siti seorang. Ini semua disebabkan dua pemain dari kumpulannya sudi mengorbankan diri supaya kak Siti terus kekal dari permainan itu. Kak Siti ketawa puas hati kerana rancangannya seperti membuahkan hasil.

 

Sememangnya kumpulan yang gemar bersukan. Kerjasama mereka amat baik.

 

Kini hanya tinggal sebelas pemain dalam gelanggang. Petugas yang ada kemudiannya mengecilkan saiz gelanggang. Semua pemain mula cemas.

 

Permainan diteruskan. Semua pemain menyerang antara satu sama lain. Bunyi belon meletup sana sini. Satu persatu pemain tersingkir. Tiba-tiba Haris berlari cuba menendang Bayazid tetapi berjaya dielak dengan mudah. Haris meng-klik lidahnya.Geram, Bayazid cuba menyadung kaki kanan tetapi sempat diangkat oleh Haris yang tersenyum menyindirnya. Muncul Amir mengambil kesempatan dengan menerjah sebelum mengelilingi mereka berdua untuk memijak belon. Tidak berjaya. Menyelinap di belakang Amir ialah Kevin yang menunggu mangsanya kepenatan sebelum Amir mula menjarakkan diri semula.

 

Semua penonton tercenggang melihat aksi berterusan yang pantas sebelum mula bersorak kagum. Lobi bergema dengan jeritan dan teriakan lelaki dan wanita. Makin ramai datang menyaksikan permainan ini.

 

"Haris.. Awak hebat!"

 

"Bayazid. Jangan kalah!"

 

"Amir! Amir! Amir!"

 

"Kevin.. Awak wakil kami! Belasah semua lelaki kacak. Buatkan mereka MENYESAL!"

 

Farrah ada banyak komen disini!

Pertamanya Haris. Sasaran awak adalah belon di kaki! Bukan badan peserta lain.

Bayazid sungguh bersemangat walaupun baru sebentar tadi awak dipaksa oleh rakan awak untuk bermain.

Kevin amat berbeza dari waktu biasa. Langsung tiada rasa takut. Betul-betul penggila sukan!

Dan penonton lelaki semua. Berhati-hati dengan apa yang kamu semua minta waktu bersorak tadi. Tak takut?

 

"Tak sangka Kevin amat hebat. Mampu bertahan hingga sekarang. Bila diperhatikan dia amat comel!" Komen salah seorang pekerja kepada kawannya yang lain.

 

Kevin.. awak ada peminat! Sayangnya Cynthia takkan biarkan perempuan lain mendekati awak.

 

Semua pemain mengumpul nafas untuk menyerang sekali lagi. Kali ini Haris dan Bayazid menyerbu Kevin dan kawannya. Keempat-empat mereka terloncat-loncat beberapa minit. Kepenatan, mereka semua berhenti sebelum Bayazid menggunakan seluruh tenaga yang ada cuba memijak belon Kevin dari celah kaki. Kevin sempat menepis kaki Bayazid menyebabkan lelaki itu jatuh melutut lalu menghentak belon kepunyaan kawan Kevin yang kebetulan berada disebelahnya. Haris tidak melepas kanpeluang apabila melihat Kevin panik. Dia melompat setinggi-tingginya sebelum mendarat tepat diatas belon Kevin hingga meletup.

 

Keempat-empat mereka memandang seorang petugas jika penggunaan tangan dibenarkan untuk memecahkan belon. Petugas itu mengangguk menandakan apa yang dilakukan Bayazid tidak melanggar peraturan. Mereka cuma ingin permainan itu berakhir dengan cepat.

 

Kini tinggal tiga orang pemain sahaja lagi. Sekali lagi petugas mengecilkan saiz gelanggang.

 

Pusingan kali ini lebih sengit. Amir menyerang dahulu kerana dia tahu Bayazid dan Haris sedang kepenatan. Sasaran awalnya ialah Bayazid. Haris ikut sama menyerang Bayazid. Kedua-dua beradik itu seakan-akan pembuli. Tidak tahan, Bayazid melarikan diri sambil dikejar kedua-dua pembuli. Sampai ke penghujung sudut, dengan cepat Bayazid membuat satu pusingan tajam lalu menyelinap kebelakang Amir meletupkan belonnya. Berjaya. Bagaimanapun dia tercungap-cungap kepenatan. Haris dengan mudah memijak belon Bayazid apabila dia lagi secergas sebelum ini.

 

Nampaknya Haris adalah pemenang permainan ini. Semua penonton bersorak dan bertepuk tangan sebelum kedengaran bunyi belon meletup. Kelihatan Kak Siti sedang duduk tunduk dibelakang Haris sambil memegang jarum. Tiada siapa yang sedar kewujudan kak Siti hinggalah permainan hampir tamat.

 

"Kita ada pemenangnya!" Laung Shiela sekuat hati.

 

Semua terkejut dengan apa yang berlaku manakala Kak Siti sedang gembira meraikan kemenangannya bersama kumpulannya yang lain. Akhirnya mereka semua ikut sama bersorak.

 

Menakutkan! Dalam masa sejenak, muka Haris amat menakutkan sewaktu memandang kak Siti. Setelah menerima hadiah tempat kedua, Haris merenung kosong baucer yang diterimanya sebelum memberikan baucer berkenaan kepada salah seorang pelawat yang sedang menonton permainan tadi.

 

Semua pekerja terutama pekerja perempuan mengerumuni Haris untuk mengucapkan tahniah. Bukan sahaja Haris, pekerja-pekerja lain mengambil kesempatan mengelilingi Bayazid, Amir dan Kevin untuk memberi galakan kepada mereka.

 

Amat bertuah kerana banyak lelaki tampan dan kacak ikut permainan kali ini. Juru fototidak melepaskan peluang mengambil gambar para peserta dan pemenang. Semua pekerja berasa cemburu dan terkilan melihat Kak Siti selaku pemenang dikelilingi oleh lelaki yang terkenal dalam syarikat.

 

"Awak tahu gambar perseorangan dan pandangan eksklusif mereka semua tentang permainan ada dalam Buletin LinkCommbulan ini." Nana memberitahu semua pekerja-pekerja dalam lobi itu.

 

"Apa!?" Mendengar apa yang dikatakan Nana, Mereka semua mengerumuninya untuk bertanyakan hal lebih lanjut.

 

Ini salah satu kejutan lagi dari Farrah. Pada mulanya dia ingin sediakan cerita eksklusif mengenai kumpulan Kak Siti dan yang lain tapi segalanya berubah apabila Bayazid, Amir dan Haris turut serta lalu memenangi tempat teratas permainan itu.

 

Semua orang akan puas hati melihat gambar idola mereka dalam majalah syarikat. Dalam masa yang sama, langganan Buletin LinkComm akan bertambah. Dua faedah dalam satu proses. Win-win situasion.

 

Hari pertama berakhir dengan lancar.

 

 


 

Hari kedua tidak memenatkan seperti hari pertama. Fokus utama hari ini ialah perasmian acara yang berlangsung dalam beberapa jam lagi. Sebelum itu, Farrah menemani wakil dari anak syarikat melawat lobi seperti yang diminta Amir. Sambil mendengar penerangan, mereka berhenti dan memerhatikan suasana sekitar lobi. Mereka melihat proses pengisian survey dan juga Lucky draw.

 

Tidak sia-sia menjemput Diva LinkComm, Jaclyn Vicky untuk menyanyikan beberapa buah lagu diatas pentas. Semua bertepuk tangan tiap kali lagu habis dimainkan.

 

Tidak mahu mereka berdiri lebih lama, Farrah membawa wakil-wakil itu ke sebuah bilik khas tetamu berdekatan lobi. Dalam bilik berkenaan, mereka bertemu dengan pekerja-pekerja LinkComm yang berasal atau mempunyai keluarga dari Indonesia. Sambil menikmati minum pagi, mereka berbual-bual dalam bahasa mereka.

 

Tidak seperti aktiviti lain dalam acara ini, Farrah hanya mahu berikan layanan baik kepada semua wakil itu. Tiada rancangan dan muslihat kali ini.

 

Kemudiannya datang salah seorang ahli teamnya membisikkan sesuatu kepadanya. Menurutnya,sebelum Majlis perasmian bermula, Dato Kamal berminat ingin berjumpa dengan wakil yang ada. Farrah besetuju. Tidak lama selepas itu Farrah dapat tahu rancangan itu dicadangkan oleh Haris. Dia membawa ayahnya masuk ke dalam bilik itu dan turut bertegur sapa dengan wakil berkenaan. Dari gerak-gerinya, dia mengenali semua wakil itu.

 

Farrah melihat Dato Kamal.

Dia nampak sihat seperti biasa.

 

Matanya kemudian bertentangan dengan Haris. Lelaki itu tersenyum kecil kepadanya.

 

Jika ini rancangan Haris, Farrah rasa berterima kasih kepadanya. Berjumpa dengan Pengarah syarikat, semua wakil itu rasa lebih dihargai.

 

Majlis perasmian bermula. Dato Kamal dijemput naik untuk memberi ucapan lalu merasmikan launching event kali ini. Apabila buzzer ditekan, jatuh konfetti bewarna-warni seperti air hujan sebelum tayangan video ringkas bermula. Semuayang hadir bertepuk tangan dan bersorak sambil melihat tanyangan video berkenaan.

 

Farrah berada di barisan paling belakang memerhati apa yang berlaku atas pentas dan hadirin yang hadir dihadapannya. Datang Amir mendekatinya dari tepi. Hari ini dia kelihatan amat segak sekali. Mungkin sekali tercabar melihat penampilan Bayazid pada hari kelmarin.

 

"Mana hiburan lain seperti kelmarin? Dengan budget yang ada, awak patut buat banyak kejutan untuk hari ini."

 

Macam budak-budak. Apa yang penting ialah hospitaliti awak tahu!

 

Dengus Farrah mendengar runggutan Amir.

 

Perbualan mereka berhenti kerana tepukan gemuruh penonton. Dato Kamal masih berada diatas pentas cuba mengumumkan sesuatu.

 

"Perjalanan kita semua masih lagi jauh. Termasuklah saya sendiri. Sehingga hari ini, saya masih teringin lakukan banyak perkara lagi termasuklah perkara lain selain dunia bisnes. Jadi hari ini saya ingin sampaikan sesuatu perkara yang penting.Saya berniat untuk melibatkan diri dalam bidang politik. Urusan bisnes dan pentadbiran SPLink group akan dikendalikan oleh anak lelaki saya, Megat Haris dibantu oleh Megat Amir. Penyerahan official akan diadakan dalam masa terdekat secara berperingkat."

 

HAH!?

 

Semua orang gempar dengan berita yang baru disampaikan.

 

Farrah sempat melihat muka Amir yang kebetulan tidak berapa jauh darinya. Pucat.Tidak percaya dengan apa yang didengarinya.


Segala yang ada sepatutnya menjadi miliknya. Harislah yang patut membantunya. Tapi apa yang diumum sebentar tadi adalah sebaliknya.

 

Dato Kamal ditemani Haris turun dari pentas lalu segera menaiki kenderaan yang sedang menunggu mereka sebelum hilang dari kawasan syarikat.

 

Dengan tamatnya perasmian tersebut, berakhirlah acara selama dua hari itu.

 

 

 


Kini tinggal enam bulan lagi sebelum perjanjian antara Farrah dan Dato Kamal tamat.


 

Previous: 10
Next: 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.