Home Novel Komedi/Romantik Komedi Aku villainess pantang menyerah kalah!
Aku villainess pantang menyerah kalah!
Seri Pagi
12/3/2020 11:52:05
49,767
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
16 END

Hari terakhir diLinkComm, Farrah menguruskan perkara berkaitan untuk kali terakhir sebelum menghadiri farewell party yang diadakan khas untuknya pada waktu tengahari. Semua pekerja dalam department sama dengan Farrah memberi dorongan padanya. Ketua Farrah turut menyampaikan cenderhati. Uwuu- mereka semua rakan sekerja yang baik!

 

Antara yang datang menemui Farrah pada hari itu, kelibat Haris tidak kelihatan. Selesai party, Farrah pergi mencari Haris sehinggalah di perkarangan syarikat. Setelah menemui dan menyapanya, Farrah mengambil tempat duduk disebelah Haris.

 

Nampaknya mood Haris kurang baik. Dia kelihatan muram. Jika ini berkaitan dengan Farrah..

 

"Kita berdua masih boleh berjumpa dimana-mana awak tahu." Ujar Farrah.

 

"Bukan pasal ini. Saya terfikir mengapa awak hentikan saya sewaktu berhadapan dengan Diyana." balas Haris sambil memandang Farrah.

 

Rupanya kejadian pada party Putri tempoh hari lepas.

 

"Sebab Farrah tak dapat terima maaf dari seseorang yang dipaksa. Awak desak Diyana. Apa yang awak katakan mungkin betul, tapi ada baiknya Diyana mohon maaf dengan seikhlas hati. Farrah yakin Diyana sendiri tentu sedar dengan apa yang dia lakukan lebih baik dari orang lain." Jelas Farrah. "Farrah tak salahkan awak. Awak lakukan untuk semua ini untuk Farrah. Terima kasih. Tapi jangan lupa Farrah juga ada pandangan sendiri tentang perkara ini."

 

Haris membisu.

 

"Suatu hari nanti, Diyana mungkin ada kaitan dengan awak. Farrah tak nak awak menyesal, antara sebab Farrah harus hentikan awak pada malam itu." tambah Farrah. Dia berhenti melihat reaksi Haris sebelum menyambung semula. "Farrah ada satu permintaan. Serahkan kembali permohonan Diyana. Biar dia tentukan sendiri apa yang dia ingin buat. Masih belum terlambat untuk perbetulkan apa yang telah awak buat. Farrah nak awak sedar jika perkara ini tidak berhenti, semua orang akan terus berpandangan negetif pada awak. Dan perkara sebegini akan terus berulang kerana Amir pasti akan lakukan sesuatu. Awak mungkin tidak kisah dengan perkara ini, Tapi Farrah risau dan sedih jika semua orang terus salah faham dengan awak. Jadi, tunjukkan awak boleh bertolak ansur."

 

Haris tergamam sebelum menghela nafas. "Ini pertama kali awak minta sesuatu yang serius daripada saya. Baiklah, saya akan perbetulkan keadaan."

 

Farrah menggelengkan kepala."Jangan lakukannya hanya kerana Farrah yang minta. Seolah-olah awak tiada rasa simpati dan tidak berminat pada apa yang berlaku pada orang lain .Farrah ingin dengar pandangan awak yang sebenar!"

 

"Sebenarnya saya ada bagi amaran pada Amir. Sekarang ini mereka akan lebih berhati-hati setelah tahu apa yang saya lakukan. Cara saya mungkin drastik, tapi ada sesetengah manusia belajar melalui kesakitan. Mereka cuma tahu api itu panas setelah menyentuhnya." jawab Haris. "Tapi saya faham apa yang awak cuba sampaikan. Awak ingin jaga hati mereka semua supaya tiada perasaan negetif yang ada seleaps itu. Dan saya percayakan awak."

 

"Awak buatkan Farrah rasa bersalah. Selama ini awak masih ingat pada Farrah. Farrah betul-betul tidak tahu. Tak sangka awak alami perkara sebegini, Maafkan Farrah." Farrah menekup muka dengan kedua-dua tangan. "Harapan Farrah supaya awak beri peluang pada diri sendiri untuk lebih percayakan orang lain dan yakin dengan mereka semua. Awak sebenarnya seorang yang baik walaupun cara yang awak gunakan sangat chaotic. Awak tidak ganggu orang lain, buat jahat sesuka hati dan sudi dengar apa yang orang lain ingin katakan. Farrah percaya ada banyak orang yang ingin mengenali awak."

 

"Saya tak tahu.. Apa yang awak minta cukup sukar."

 

"Tapi awak boleh cuba. Farrah boleh tolong awak. Kita semua manusia biasa. Tak dinafikan ada rasa marah, geram, sakit hati dan seumpamanya. Farrah rasa geram dengan layanan Amir pada Farrah. Bagi Farrah Amir sangat annoying. Tapi Farrah tidak berani balas dendam seperti apa yang awak buat. Balas dendam ada banyak cara. Farrah ingin tunjukkan pada semua orang yang hidup Farrah masih elok selepas Amir pergi. Jika Farrah dapat move-on, ini sebenarnya kejayaan terbesar dalam hidup Farrah. Bagi Farrah, Amir sebenarnya rugi kerana seseorang yang pernah ambil berat padanya dalam dunia ini telah hilang."

 

"Hehh- Bagaimana nak tunjukkan hidup saya lebih baik jika awak belum berikan jawapan. Kegembiraan saya datang dari awak." sindir Haris. "Dan awak cakap awak nak tolong saya."

 

Farrah berundur. Alamak! Macam mana perbualan boleh beralih.

 

"Apa yang Farrah cakap ni serius. Jangan bergurau."

 

"Saya tak bergurau dalam perkara ni!" Renung Haris. Nadanya tegas tapi riak wajahnya penuh mengharap.

 

Farrah menarik nafas. Gugup.

 

Masa untuk hadapi kenyataan. Tiada sebab untuk melarikan diri. Pada mulanya, Farrah anggap Haris sama seperti Amir. Tapi setelah tahu cerita sebenarnya, Farrah jadi yakin. Dihadapan Farrah sekarang seorang lelaki yang betul-betul ingin hidup bersama Farrah. Selalu mengejarnya.

 

Farrah juga rasa gembira bila bersama Haris. Farrah juga ingin tahu lebih banyak perkara mengenai Haris.

 

Sekarang ini Farrah harus beri jawapannya.

 

"Maaf sebab ambil masa yang lama untuk beri jawapan." Wajah Farrah berubah panas.

 

Kepada lelaki yang menyintai Farrah selama enam tahun ini. Yang sentiasa ingat pada Farrah. Dan juga sanggup lakukan apa sahaja untuk Farrah. Jawapan Farrah cukup jelas.

 

 

 

 

 *

Bangunan LinkComm masih tersergam megah. Suasana didalam juga tidak banyak berubah dari sebelumnya. Semua pekerja masing-masing dengan hal sendiri. Farrah hanya senyap memerhati gelagat mereka sebelum memutuskan untuk duduk di Kafeteria. Disebelah meja Farrah, kelihatan dua orang pekerja; seorang lelaki dan seorang lagi perempuan yang sedang rancak berbual.

 

Ada beberapa sebab jika pekerja berada di Kafeteria bukan pada waktu rehat sepatutnya. Mereka berkemungkinan besar terlibat dengan sesuatu program atau mesyuarat panjang. Tekaan Farrah betul apabila terdengar isi perbualan mereka, malah mereka berdua sebenarnya adalah intern.

 

"Ada banyak cerita menarik saya dengar daripada pekerja lama. Salah satunya kisah ni. Sebelum ini adanya pekerja yang jatuh cinta dan sepatutnya berkahwin dengan salah seorang pekerja yang terkenal dalam syarikat ni. Tapi malangnya pekerja terkenal itu pilih orang lain. Terlalu marah, pekerja berkenaan sanggup lakukan apa sahaja untuk sakitkan hati mereka berdua tetapi gagal. Akhirnya dia dibuang kerja kerana tidak dapat terima kenyataan dan menyusahkan semua orang. Kalau tak silap, pekerja tu dipanggil villain. Drama! Kisah ni macam drama!" Ulas perempuan itu.

 

"Oh, saya ada dengar perkara sama! Mereka kata itu rekaan, sebagai perangkap yang suka sebarkan khabar angin. Siapa yang percaya, kononnya kelakuan mereka akan diperhatikan. Lebih baik awak berhati-hati." balas lelaki itu.

 

"Tapi saya dengar dari salah seorang pekerja mereka betul-betul wujud dan bekerja dalam syarikat ini." perempuan itu panik.

 

"Pekerja lain mungkin ingin uji awak sama ada awak mudah percaya atau tidak. Siapa tahu?" jawab lelaki itu semula. Dia buat muka tidak percaya.

 

"Sewaktu mereka bercerita, muka mereka sangat terujacampur takut. Apabila saya tanya pekerja lain, mereka tak nak ulas banyak-banyak. Buatkan saya rasa ingin tahu. Bukan cerita itu sahaja, masih ada kisah yang lebih menarik. Seperti ada seorang yang mengawal semua perkara behind the scene, Mr Shadow. Dan juga cerita mengenai Sweet gentleman!"

 

"Tapi semua ini cuma khabar angin. Mana ada orang seperti tu. Apa kata kita tanya pekerja sebelah ini?" cadang lelaki itu pada perempuan. Mereka berdua memandang Farrah.

 

Dahi Farrah berkerut apabila mereka mendekatinya dan menceritakan apa yang berlaku.

 

"Sebenarnya Farrah bukan pekerja syarikat ini." Farrah menunjukkan pas pelawat kepada mereka berdua."Tapi belum pernah ada lagi pekerja yang pernah dibuang kerja dari syarikat ini. Farrah dengar daripada pekerja syarikat ini sendiri. Fakta pun dah salah maka cerita ini tidak betul." Farrah tersenyum.

 

"Dah agak!" lelaki itu bersetuju.

 

Selepas itu kedua-dua mereka mula berbahas mengenai cerita lain. Farrah hanya diam.

 

Tapi bila difikirkan semula, boleh diagak siapa Mr Shadow dan Sweet gentleman yang dimaksudkan. Serta-merta timbul wajah dua orang yang sangat dikenali dalam fikiran Farrah.

 

Berpuas hati, mereka berdua kemudiannya beredar untuk kembali ke bilik mesyuarat. Semasa melepasi pintu kafeteria, mereka berselisih dengan Shiela dan Nana yang menuju ke arah Farrah dengan cepat. Dipangkuan Farrah adanya seorang budak kecil.

 

"Dia terkejut bila tengok semua orang cuba sentuhnya. Maliq mula menangis bila sedar mamanya tiada." Shiela menyerahkan budak kecil yang memanggil Farrah apabila terlihatnya.

 

"Kerana dia sangat comel~ kann?" tersenyum, Farrah mengambil Maliq lalu meletakkannya di riba. "Terima kasih kerana tolong tengokkan Maliq sebentar. Farrah terpaksa bawa dia ke sini kerana kami bertiga ada hal selepas ni."

 

"Tak kisah sebab kami berdua juga ingin tengok anak awak." balas Shiela.

 

"Berap aumur Maliq sekarang?" soal Nana.

 

"15 bulan."

 

"Muka Maliq ikut awak Farrah. Ada orang kata, jika muka anak ikut emak, perangai nanti serupa ayahnya." ujar Shiela.

 

Betulkah?

 

Masa terluang yang ada dihabiskan dengan berbual dengan Shiela dan Nana. Farrah amat jarang datang ke syarikat itu selepas berhenti kerja tiga tahun lepas. Jadi peluang untuk berbual dengan mereka tidak banyak.

 

Dalam tempoh tiga tahun ini, Shiela dan Nana banyak membantu Haris. Malah Shiela dalam proses bertukar posisi menjadi setiausaha atas cadangan Haris, pengarah baru. Lain pula halnya dengan Nana. Menggunakan kebolehan sendiri, dia berjaya menjadi lebih berpengaruh dari sebelum ini dan mempunyai pengikut yang turut memiliki kebolehan hampir sama sepertinya.

 

Mereka berdua masih lagi kawan baik Farrah. Melalui mereka, Farrah mengetahui serba-serbi apa yang berlaku dalam LinkComm.

 

Perbualan terhenti apabila lelaki yang disyaki sebagai Sweet gentleman menghampiri mereka bertiga. Melihat Bayazid, Farrah tahu dia perlu beredar dari tempat itu.

 

"Jumpa lagi!" Farrah akhirnya meninggalkan Shiela dan Nana. Maliq juga sempat melambai-lambai tangan ke arah kawan mamanya.

 

Sambil mengekori Bayazid, mereka melalui koridor untuk menuju ke kawasan lif.

 

"Apa?"


soal Bayazid apabila dia sedar Farrah sedang memerhatikannya.

 

"Farrah dengar apa yang berlaku dari Putri. Betulkah awak reject dia?"

 

"Dia perlu fokus pada pengajiannya. Masih ada setahun lagi sebelum tamat. Jika perassan masih tidak berubah dia boleh cari saya sekali lagi."

 

"Maksud awak, Putri ada peluang? Kalau awak nak tahu, Putri sangat popular. Farrah dengar ada kawan lelaki yang berminat dengannya tapi semua ditolak."

 

Bayazid tidak menjawab soalan Farrah. Seolah-olah dia sedang berfikir panjang. Kebelakangan ini, Bayazid pandai sembunyikan perasaan sendiri.

 

"Putri yang minta awak tanya soalan ini?"

 

Farrah hanya tersengih mendengar soalan Bayazid.

 

Pintu lif terbuka. Didalamnya terdapat Kak Siti dan Kevin. Farrah terkejut dengan kebetulan itu.

 

Mereka berdua masuk ke dalam lif.

 

"Tetamu jarang jumpa! Apa khabar awak sekarang Farrah?" soal kevin.

 

"Sihat." balas Farrah.

 

Berlainan Kevin, fokus Kak Siti lebih kepada Maliq. Dia cuba bermain dengannya.

 

Selepas tiga tahun ini, Kevin masih membantu dan mengikut Kak Siti selaku ketuanya. Hubungan kerja mereka masih tidak berubah sampai sekarang. Bagaimanapun hubungannya dengan Cynthia ada perkembangan walaupun lambat. Mereka berdua telah bertunang. Soal mengenai mengapa mereka masih belum berkahwin sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

 

Setelah tiba ke lobi, mereka berpecah. Bayazid memberitahu ke mana Farrah harus pergi.

 

"Terima kasih Yazid."

 

"Kebetulan saya ada hal di lobi jadi Haris minta saya cari awak. Dia terlalu sensitif dengan perkara berkaitan awak dan Maliq. Mungkin awak patut nasihat padanya supaya jangan terlalu risau. Awak masih boleh jaga diri awak sendiri."

 

"Itulah yang Farrah suka dengan sikapnya. Ini normal. Awak akan faham bila berkeluarga nanti. Jumpa lagi" balas Farrah sebelum meninggalkan Bayazid.

 

Masa untuk berjumpa Mr Shadow, papa Maliq yang sedang menunggu.

 

 

 

 


Sebulan selepas membalas perasaan Haris, Semua rasa terkejut apabila Farrah dan Haris mengumumkan hasrat untuk berkahwin. Banyak perkara yang berlaku, terutama sekali reaksi daripada Amir, tetapi perkahwinan tetap berlangsung selepas tiga bulan. Perkahwinan diadakan dalam suasana mewah dan meriah seperti majlis selebriti. Seseorang yang berniat ingin berkahwin dalam tempoh terdekat terpaksa berfikir banyak kali. Sekali lagi muka Amir berubah.

 

OHOHOHOHO-

Hanya perkara ini sahaja Farrah takkan mengalah pada Amir. Pada hari bersejarah itu, Farrah show-off sepuasnya. Haris juga kelihatan amat gembira sekali.

 

Semua kawan dan kenalan dijemput hadir. Ada pekerja LinkComm turut hadir untuk menyaksikan sendiri majlis berkaitan bakal pengarah baru mereka. Diyana turut dijemput malah turut mengucapkan tahniah dan memberikan hadiah.

 

Mengambil kira cadangan ibunya, Farrah dan Haris tinggal bersama-sama ibubapa Farrah pada beberapa bulan pertama perkahwinan mereka sebelum berpindah sepenuhnya ke rumah baru. Rupanya ibu Farrah masih tidak mampu menerima kenyataan bahawa satu-satu anak perempuannya akan pergi meninggalkan rumah itu. Mmm- walaupun ibulah antara orang yang beriya-iya sekali sepanjang tempoh pertunangan dan perkahwinan Farrah.

 

Semua perkara ini berlaku tiga tahun lepas….

 

Selepas Maliq lahir, Farrah dan Haris kerap kali diajak ke kediaman Dato Kamal. Datin dan Putri selalu mendodoi dan bermain dengan Maliq. Pernah sekali Dato Kamal kelihatan gembira lalu mengangkat Maliq setinggi-tingginya sambil berpusing sehingga membuatkan Datin dan Haris risau. Walaupun tidak faham apa yang berlaku, Maliq ketawa apabila diangkat ke tempat tinggi. Comeelll… Tidak…! jantung Farrah berdegup laju melihat aksi Dato.

 

Amir sentiasa mengelakkan diri apabila Haris singgah di villa. Suatu hari, Farrah kebetulan terlihat sesuatu yang menarik. Sewaktu tiada sesiapa berada di bilik tetamu melainkan Maliq, Amir menghampiri Maliq lalu mengusapnya. Saling berpandangan, agaknya perasaan ingin tahu antara mereka berdua sama sahaja.Farrah ceritakan apa yang berlaku kepada Haris dengan harapan masih ada peluang buat mereka berdua. Sejak party Putri tiga tahun lepas, mereka berdua tidak pernah lagi bergaduh hingga ke hari ini.

 

Mengenai Amir, dia berhenti dari LinkComm dan membuka syarikat sendiri. Dato Kamal turut menyokong tindakannya. Dengarnya dia berjaya mendapatkan beberapa projek dan sangat sibuk. Diyana masih lagi bekerja dalam LinkComm selama dua tahun tetapi berhenti selepas berkahwin dengannya setahun yang lepas. Sekarang ini, dia membantu Amir dalam segala projeknya.

 

Bagaimanapun Amir menyimpan perasaan rivalry terhadap Farrah sekeluarga. Apabila Farrah upload gambar sekeluarga, Amir turut lakukan perkara yang sama. Gambar honeymoon dibalas dengan gambar honeymoon mereka dan sebagainya. Sehingga kehari ini, persaingan ini masih berterusan walaupun hanya berlaku di media sosial. Farrah sedar perkara ini setelah melihat akaun Diyana. Farrah dan Diyana adalah kawan.

 

Kekekekeke. Farrah tahu kelemahan awak Amir! Walaupun Diyana disahkan mengandung, tapi Farrah ada Maliq sekarang ini. Ambil ni! Tengoklah gambar-gambar Maliq dalam kostum jerung dengan bermacam gaya comel. Seterusnya, Farrah cuma perlu tag Diyana dan Putri. Biar awak rasa geram sendirian. Jangan salahkan Farrah kerana awak yang mulakan persaingan ini. Hmph!

 

"Buat apa Farrah?" Haris muncul lalu mendekatinya. Nampaknya dia telah selesai mandi.

 

"Tengok gambar-gambar Maliq." Farrah menunjukkan skrin phonenya sebelum mengajaknya ke ruang makan.

 

Makanan siap terhidang di atas meja. Malam ini, Farrah masak Napolitan Spaghetti, Mozzarella sticks dan Minestrone soup.

 

Haris meletakkan Maliq di sebuah kerusi khas untuk anak kecil. Mereka bertiga kini menghadap antara satu sama lain. Sementara Farrah dan Haris menjamu selera, Maliq bermain dengan barang mainan kegemarannya. Masa makan budak kecil tidak sama seperti orang dewasa, awal-awal lagi Farrah telah berikannya makanan.

 

"Bagaimana rasa spaghetti?" soal Farrah.

 

"Sedap seperti biasa."Jawab Haris sambil terus makan.

 

Agaknya apa yang dia katakan betul kerana tiada makanan yang tinggal diatas pinggannya.

 

Selama tiga tahun Farrah bertungkus-lumus belajar memasak. Sekarang Farrah boleh bangga dengan skill sendiri. Mujurlah Haris tidak pernah makanan gagal yang pernah Farrah buat. Sebelum kahwin pun, Farrah sudah bermati-matian mempelajari cara memasak dari basic. Chef yang mengajar Farrah turut menitikkan air mata gembira sewaktu pertama kali Farrah berjaya menyediakan kari ayam yang sedap, juadah pertama yang dipelajari Farrah. Agaknya dia hanya gembira kerana tidak perlu lagi menjadi tukang rasa pada semua hidangan gagal Farrah. Bagaimanapun dia terdiam apabila Farrah memintanya untuk mengajar juadah yang seterusnya. Itulah cerita disebalik kejayaan Farrah. Pengorbanan chef tersebut tidak sia-sia.

 

Haris tersenyum lalu memegang bahu Farrah."Jangan risau. Seteruk mana makanan awak, saya akan cuba habiskan semuanya! Tapi makanan ni memang sedap."

 

"Maknanya selama ini awak tahu?! Mengapa baru beritahu Farrah sekarang!"

 

"Kerana tiap kali saya makan masakan awak, awak akan temankan dan tunggu saya habis makan. Walaupun tujuan awak hanyalah ingin tahu rasa makanan awak, tapi saya suka perhatian yang awak berikan. Awak subconsciously fokus pada saya seorang." Haris terus tersenyum.

 

Nampaknya satu-satunya perkara yang Farrah sembunyikan dari Haris selama ini terbongkar.

 

Awak memang nakal Haris! Sembunyikan hal sebenar. Apalah.. Farrah boleh berikan perhatian lebih kepada awak.

 

Selesai makan malam, mereka bertiga bersantai di ruang tetamu. Walaupun tv terpasang dihadapan, Haris dan Farrah hanya fokus dengan gelagat Maliq bertanya itu ini dan belajar sepatah demi sepatah perkataan daripada mereka berdua.

 

Haris mengambil kesempatan menarik Farrah dan Maliq lalu memeluk mereka berdua. Maliq ketawa berdekah apabila rasa geli bila Haris mencium pipi dan dahinya.

 

"Masa untuk tukar screen wallpaper baru."Ujar Farrah lalu mengambil gambar menggunakan phonenya.

 

Farrah sayangkan keluarga ini. Harap keadaan seperti ini sentiasa berterusan. Walau masalah muncul sekalipun, Farrah yakin keluarga ini dapat selesaikannya.

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.