Home Novel Komedi/Romantik Komedi Saat Rindu Membara!
Saat Rindu Membara!
Putri Iman Nasuha
2/12/2014 18:59:33
34,323
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 8: Peperiksaan

Bab 8

Hari peperiksaan

“Doakan saya berjaya ibu.” Itulah pintanya sewaktu dia hendak menduduki peperiksaan akhirnya di universiti ini melalui talian pintar. Selepas ini dia akan menunggu panggilan di mana dia ditempatkan.

“Ibu doakan yang terbaik untuk anak-anak ibu,” jawab ibunya. Dia bersyukur.

“Terima kasih ibu. Moga ibu pun mendapat yang terbaik. Kirim salam kat ayah ya ibu!” katanya.

“Ayah pun kirim salam. Dia pun rindu kat Sara.” Kata ibu. Aik, dia tidak cakap rindu pun ayahnya dah cakap rindu? Eh, memang ada perasaan dia dengan ayahnya.

“Ya ibu, kirim salam rindu kat ayah.” Katanya.

“Tak kirim salam rindu kat suami?” soal ibu yang menukarkan ketenangannya jadi kebingungan. Apa yang dia hendak jawab? Ibunya suka benar mempermainkannya. Ah, pernikahan ini bukan sebuah permainan. Pernikahan ini telah menyebabkan perubahan status dalam dirinya.

“Mana-mana ibu aje!” jawabnya. Dia bulat mata mengingati lelaki yang selalu menyakiti hatinya. Sejak sekolah lagi hatinya tidak tenang mengingati tingkah laku lelaki yang suka mengada-ada itu.

“Baiklah nanti ibu beritahu dia yang Sara kirim salam rindu kat suami!” kata ibu. Mahu sahaja dia menjerit namun didikan ibu bapanya yang agak penuh disiplin menyebabkan dia mendiamkan diri. Kalau dia jawab banyak pula tazkirah ibunya nanti.

“Tak payahlah lah ibu!” jawabnya.

“Hubungi lah suami Sara tu. Minta dia doakan Sara. Doa suami lebih makbul Sara.” Nasihat ibu. Tidak pernah nasihat ibunya ini. Namun entah mengapa semakin dia sakit hati.

“Tengoklah ibu kalau saya senang!” katanya perlahan. Sayu kedengaran.

“Jangan main tengok pula. Nanti ibu suruh dia kol Sara.” Jawab ibu memberi cadangan. Dia tahu ibunya banyak memainkan peranan antara penyatuan dia dan lelaki itu. Malas dia mahu cakap. Mungkin pandangan seorang ibu banyak kelainan dengan dirinya. Namun dia tetap memberikan kata dua kepada lelaki muka beku itu.

“Tak perlu ibu.” Katanya. Saranan ibu tidak dapat dia terima.

“Ya lah. Pandai-pandailah beritahu suami dan minta reda dia.” Kata ibunya. Mahu mengalir air matanya dengan saranan ibunya.

“In sha Allah ibu.” Ia sebagai janji. Ya sebuah janji .

“Dah sediakah dengan peluru?” soal ibu pula.

“In sha Allah ibu.” Jawabnya lagi.

“Baik-baik Sara, jaga kesihatan jaga diri untuk ibu bapa dan suami.” Eh pesanan ibunya memang pesanan yang boleh membuatkan dia pengsan!

“Terima kasih ibu.” Sebenarnya sakit benar hatinya memikirkan suaminya itu. Entah apa yang menyebabkan takdir hidupnya berubah dengan lelaki itu.

Ah, sukar sekali hidupnya!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Putri Iman Nasuha