Bab
8
Hari
peperiksaan
“Doakan
saya berjaya ibu.” Itulah pintanya sewaktu dia hendak menduduki peperiksaan
akhirnya di universiti ini melalui talian pintar. Selepas ini dia akan menunggu
panggilan di mana dia ditempatkan.
“Ibu doakan yang terbaik untuk
anak-anak ibu,” jawab ibunya. Dia bersyukur.
“Terima kasih ibu. Moga ibu pun
mendapat yang terbaik. Kirim salam kat ayah ya ibu!” katanya.
“Ayah pun kirim salam. Dia pun rindu
kat Sara.” Kata ibu. Aik, dia tidak cakap rindu pun ayahnya dah cakap rindu?
Eh, memang ada perasaan dia dengan ayahnya.
“Ya ibu, kirim salam rindu kat
ayah.” Katanya.
“Tak kirim salam rindu kat suami?”
soal ibu yang menukarkan ketenangannya jadi kebingungan. Apa yang dia hendak
jawab? Ibunya suka benar mempermainkannya. Ah, pernikahan ini bukan sebuah
permainan. Pernikahan ini telah menyebabkan perubahan status dalam dirinya.
“Mana-mana ibu aje!” jawabnya. Dia
bulat mata mengingati lelaki yang selalu menyakiti hatinya. Sejak sekolah lagi
hatinya tidak tenang mengingati tingkah laku lelaki yang suka mengada-ada itu.
“Baiklah nanti ibu beritahu dia yang
Sara kirim salam rindu kat suami!” kata ibu. Mahu sahaja dia menjerit namun
didikan ibu bapanya yang agak penuh disiplin menyebabkan dia mendiamkan diri.
Kalau dia jawab banyak pula tazkirah ibunya nanti.
“Tak payahlah lah ibu!” jawabnya.
“Hubungi lah suami Sara tu. Minta
dia doakan Sara. Doa suami lebih makbul Sara.” Nasihat ibu. Tidak pernah
nasihat ibunya ini. Namun entah mengapa semakin dia sakit hati.
“Tengoklah ibu kalau saya senang!”
katanya perlahan. Sayu kedengaran.
“Jangan main tengok pula. Nanti ibu
suruh dia kol Sara.” Jawab ibu memberi
cadangan. Dia tahu ibunya banyak memainkan peranan antara penyatuan dia dan
lelaki itu. Malas dia mahu cakap. Mungkin pandangan seorang ibu banyak kelainan
dengan dirinya. Namun dia tetap memberikan kata dua kepada lelaki muka beku
itu.
“Tak perlu ibu.” Katanya. Saranan
ibu tidak dapat dia terima.
“Ya lah. Pandai-pandailah beritahu
suami dan minta reda dia.” Kata ibunya. Mahu mengalir air matanya dengan
saranan ibunya.
“In sha Allah ibu.” Ia sebagai
janji. Ya sebuah janji .
“Dah sediakah dengan peluru?” soal
ibu pula.
“In sha Allah ibu.” Jawabnya lagi.
“Baik-baik Sara, jaga kesihatan jaga
diri untuk ibu bapa dan suami.” Eh pesanan ibunya memang pesanan yang boleh
membuatkan dia pengsan!
“Terima kasih ibu.” Sebenarnya sakit
benar hatinya memikirkan suaminya itu. Entah apa yang menyebabkan takdir
hidupnya berubah dengan lelaki itu.
Ah,
sukar sekali hidupnya!