Home Novel Komedi/Romantik Komedi Saat Rindu Membara!
Saat Rindu Membara!
Putri Iman Nasuha
2/12/2014 18:59:33
33,852
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 9: Ikut Siapa?

Bab 9

Ikut Siapa?

“Abang baru tiba di KL pagi ini. Abang akan ke rumah sayang kejap lagi. Sayang ada di rumah kan?” Itulah bunyi sms suaminya. Ada dia kisah? Apa yang dia perlu buat? Takkan nak hubungi suami dan marah-marah. Memang lelaki itu nekad dan berani mati kali ini. Selama ini lelaki itu hanya mendiamkan dirinya. Paling-paling mengucapkan ucapan-ucapan penting dalam hidup mereka. Sedangkan dia tidak pernah membalas mengenai ucapan lelaki muka beku itu. Pedulikanlah dia!

‘Aku nak ke mana ni? Patutkah aku tunggu suami atau ikut sahaja Airil Amar? Eh, tak patut betul lelaki ini tiba-tiba muncul dalam hidup aku! Kalau tak muncul kan bagus!’ Geram sungguh dia.

Ah orang lain kalau nak jumpa kekasih ke, suami ke, pasti suka kan? Dia? Seorang Maisara Hanis? Huh! Seram sejuk, benci dan pelbagai perasaan negative hendak bertemu Imran. Mahu sahaja dia bersembunyi di mana-mana! Memang dia tidak suka hendak bertemu dengan lelaki itu. Biasanya, boleh dikira dengan tangan berapa kali dia tersenyum dengan lelaki itu. Alolo! Macam mana lah dia nak dapat pahala ni!

Suaminya sudah sampai. Dia sengaja menghubungi Airil Amar yang dia sedia hendak bertemu dengan Airil Amar. Dia sengaja keluar dengan Airil Amar. Dia tidak tahu Airil Amar hendak membawa dia ke mana. Apa yang dia tahu dia tidak mau bertemu dengan suaminya. Benci sungguh dia kepada suaminya sendiri. Panggilan suaminya tidak dijawabnya sejak semalam hingga pagi ini. Dia cepat-cepat menghubungi Airil Amar tatkala dia melihat teksi yang membawa suaminya itu. Ada dia kisah?

“Sara, hari ini saya nak bawa Sara ke satu tempat yang istimewa.” Kata Airil Amar. Bulat matanya. Tidak pernah dia lelaki kaca mata tebal ini membawanya ke suatu tempat yang istimewa. Benar. Seburuk-buruk dia pun tidak pernah dia keluar berdua dengan lelaki ini selama ini. Kenapa hari ini mereka berdua ini seperti buang tabiat pula?

Sebenarnya dia tidak pernah keluar dengan mamat kaca mata tebal ini. Rasa pelik pula dengan kebaikan Airil Amar pada hari ini. Takkan dia hendak cakap yang dia tidak mahu?

“Kita nak ke mana ni? Macam lain macam aje saya dengar Amar!” katanya ada sedikit keraguan. Dia melihat-lihat ke belakang ketika dia menaiki Audi hadiah ibu bapa Airil Amar ini. Terasa bertuah dia. Dia mana pernah menaiki kereta Audi ni! Rasa macam seronok sangat!

“Kenapa macam ada hal aje ni? Asyik-asyik lihat ke belakang? Ada apa-apa yang saya tak tahu?” soal Airil Amar. Dia pandang ke depan semula. Pandangan mereka bertemu. Entah kenapa bulu romanya meremang memandang lelaki di sisinya itu. Dia menggeleng.

“Tak de apa-apa!” katanya. Rasa kasihan dan cuak pula dengan tindakannya sendiri. Rasa bersalah pun ada. Kalau ibunya tahu entah apa yang akan ibunya katakan kepadanya. Jangan-jangan sebulan belum habis leteran ibunya. Takut pun ada dalam dirinya namun dia percaya kepada Airil Amar.

“Kenapa muka macam pucat aje Mai! Ada apa-apa yang saya tak tahu?” kata lelaki kaca mata tebal di sisinya ini. Dia menggeleng lagi. Memang tidak ada apa-apa yang hendak dia cakap. Bergetar rasa hatinya.

“Kita nak ke mana ni Amar?” soalnya. Tidak pernah mereka berjalan berdua begini. Biasanya kawan baiknya akan menemaninya. Kali ini mereka hanya berdua. Macam rasa pelik pula dia kepada dirinya sendiri. Kenapa dia rela berjalan berduaan dengan budak kaca mata tebal ini?

“Kita ke satu tempat yang tak pernah saya bawakan Mai. Nak pegi ke tak nak ni?” soal lelaki itu. Dia fokus kepada pandangannya di depan. Bertambah terasa pelik dengan jawapan Airil Amar.

“Nak lah tapi ke mana? Saya tak biasa jalan dengan awak ni!” katanya.

“Bukan selalu. Lagipun minggu depan kita dah nak cuti. Periksaan dah habis. Selepas ni pun belum tentu kita dapat nak keluar macam ni!” kata lelaki itu macam berdolak dalik pula. Dia diam. Ada betulnya juga.

“Saya nak ke Australia nanti!” katanya. Ibunya mahu melawat kakaknya yang belajar di situ. Dia dan adik-adiknya akan dibawa ke sana. Dan mamat muka beku itu pun akan dibawa bersama.

Aduhai! Dia tidak dapat membayangkan wajah lelaki muka beku itu kalau bercuti dengannya. Ayahnya yang berikan mereka hadiah. Eh, tak nak dia!

“Oh bagusnya! Dapatlah bergembira dengan keluarga.” Kata Airil Amar. Lelaki ini tidak faham.

“Awak pun akan berkahwin tak lama lagi!” katanya. Kenapa pula dia hendak sedih kalau lelaki muka beku ini nak kahwin? Biarlah dia.

Mereka tiba di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur ini pada hari ini. Semakin dia rasa pelik. Seorang pekerja hotel sudah pun mengambil kunci kereta Airil Amar yang diparkirkan di depan pintu utama hotel itu.

“Buat apa kat sini ni Amar?” Airil Amar tersenyum-senyum memerhatikannya. Dia sendiri sudah kehairanan.

“Kita duduklah sini buat sementara. Bukan lama pun!” kata Airil Amar dengan suaranya yang agak berlainan. Matanya pun sudah tidak dapat ditafsirkan.

Mereka terus masuk ke kawasan lift utama hotel itu. Kalau mereka hendak menjamu selera di hotel itu sepatutnya mereka. Dia masih tertanya-tanya ke mana lelaki ini akan membawanya. Kalau hendak ke restoran yang ada di hotel ini, ada berdekatan dengan lobi hotel ini. Tetapi sekarang mereka menuju ke mana.

“Lepaslah Amar...” pintanya. Lelaki itu memegang lengannya dengan kuat. Kenapa mamat kaca mata tebal ini? Selalunya dia tidak begini! Apa sudah jadi ni?

“Takkan tak boleh sekali sekala!” kata mamat kaca mata tebal ini. Dia diam. Nasib baik lengannya berlapis. Dia tarik nafas dengan perlahan.

“Mana boleh...” jawabnya perlahan. Mereka sudah sampai di tingkat 11.

“Ke mana kita ni?” soalnya.

“Ada cafe di sini.” Dia kerutkan dahinya. Jarang ada kafe di tingkat 11 ini.

“Awak nak bohong kan?” soalnya. Lelaki itu tersengih.

“Kita minum kejaplah sayang...” jawapan Airil Amar itu mengejutkannya. Kenapa hendak bersayang-sayang pula dengannya? Lelaki ini sudah lupa kalau dia sendiri sudah mahu kahwin sebulan akan datang? Kenapa pula begini jadinya? Ada tertelan ubat yang salah ke lelaki ini?

“Minum? Bersayang-sayang? Awak ni dah buang tabiat agaknya?” lelaki itu ketawa. Meremang bulu romanya. Apa yang hendak dia lakukan ni?

“Memang saya dah buang tabiat...” katanya selamba. Senyum gatal lelaki kaca mata tebal ini memuakkannya. Bertambah kecut perutnya.

“Saya nak baliklah!” katanya. Dia sudah memusingkan tubuhnya ke lift. Namun tangannya ditarik kasar. Terbuntang matanya. Ini ekoran engkar suami ke? Soalnya dalam hati. Kasihan pula kepada suaminya yang bersusah payah datang ke rumah sewanya hari ini. Dia pula sudah keluar dengan lelaki lain. Takkah dia ini sudah derhaka kepada suami? Di mana lelaki muka beku itu? Sudah sampai ke di rumah sewanya?

“Nak balik ke mana?” soal lelaki itu dengan sengih tidak cukup kunyahnya.

“Baliklah!” katanya. Lelaki itu senyum sinis. Lebih baik jumpa suaminya kalau begini. Dah tentu-tentu hubungan mereka sudah sah. Tetapi dia juga yang salah. Buat hal pula dengan lelaki lain! Kononnya bff! Huh, bff apa ni? Suaminya sendiri tidak pernah memegang tangannya secara paksa begini. Kenapa lelaki kaca mata tebal ini?

“Buat apa nak balik, kita nak menginap di sini. Saya dah tempah bilik untuk malam ini. Mari tengok bilik kita, cantik tau!” kata lelaki itu lagi. Bertambah dia hairan. Macamlah mereka pengantin baru pula! Eh, dengan lelaki muka beku pun dia tidak pernah begini. Inikan pula dengan lelaki yang bukan muhrimnya! Aduhai, besarnya dosanya kepada suami sendiri.

“Menginap kat sini? Awak ni kenapa? Awak dah buang tabiat?” lelaki kaca mata tebal itu semakin menyebalkannya.

“Ya menginap di hotel mewah ini malam ini dengan orang yang saya sayang. Tapi jual mahal sangat!” mahu sahaja dia menangis mendengar kata-kata lelaki kaca mata tebal ini. Selalunya dia tidak pernah begini. Apakah lelaki ini sudah buang tabiat?

“Ya ke? Awak tempah dua bilik?” soalnya kehairanan. Lelaki kaca mata tebal itu menggeleng. Semakin dia cuak.

“Tak, satu bilik. Untuk kita berdua malam ini!” Katanya selamba. Dia picingkan matanya. Terkejut dia. Takkan mereka hendak tidur sebilik.

“Sebilik aje? Untuk kita berdua?” soalnya. Lelaki itu mengangguk. Mahu menggelegak darahnya.

“Ye.” Jawabnya.

“Awak ingat kita ni muhrim yang awak nak menginap dengan saya ni? Awak dah tak sedar hukum? Dan awak tak sedar yang awak nak kahwin dengan gadis pilihan mama awak? Atau awak ni dah gila?” soalnya mengingatkan lelaki kaca mata tebal itu. Lelaki itu menggeleng. Mungkinkah dia kesal dengan pilihan mamanya?

“Bukan saya tak sedar akan hukum. Saya sedar tapi... saya memang cintakan awak. Dan, sebenarnya saya dah lama cintakan awak, bukan sekadar bff seperti anggapan awak! Takkah awak faham perasaan saya selama ini?” soal lelaki itu menakutkannya. Memang dia tidak mahu hubungan mereka akan sampai begini. Dia tidak pernah cintakan lelaki ini. Tidak pernah! Apatah lagi sampai nak tidur sebilik! Oh tidak!

“Tak nak! Saya nak balik.” Lelaki itu ketawa. Semakin menyeramkan sengihnya. Mahu sahaja dia berlari balik ke luar dari kawasan itu. Kawasan itu juga agak sunyi.

“Buat apa nak balik. Malam ni saya nak meraikan hari saya dengan orang yang saya cinta! Saya dah katakana berkali-kali yang saya cintakan awak! Awak buat-buat tak faham! Sekarang masanya saya buat awak faham!” katanya perlahan membisik di telinganya dan cuba memeluk tubuhnya. Bertambah meremang bulu romanya. Lelaki ini memang sudah gila. Tidak dia sangka lelaki ini mahu bertindak gila kepadanya.

“Betul, malam ni kita menginap dan bermalam di sini.” Katanya lagi dengan membisik. Semakin dia marah.

“Apa awak nak buat?” soalnya.

“Takkan tak tahu... we make love..” bulat matanya. Mulutnya terlopong. Mahu sahaja dia tampar muka lelaki kaca mata tebal yang tidak sedar diri itu. Kalau dia tampar, ok ke ni?

“Kalau awak tak nak minum dulu ayuhlah kita masuk ke bilik yang saya tempah tadi. Special tahu!” katanya memeluk tubuhnya. Dia meronta ingin keluar dari bilik yang memangnya dihias indah itu. Namun dia ingin keluar dari situ.

“Kenapa ni Mai?” soalnya seolah-olah tidak ada dosa. Kedengaran bunyi ketukan di bilik.

“Hai, sapa pula nak ganggu bulan madu aku ni!” rungutnya. Pelukannya dilepaskannya. Dia lega. Dia bersedia hendak keluar. Lelaki itu membuka pintu.

“Sara!” kedengaran suara yang memangnya dikenalnya. Dia memang menunggu penyelamatnya. Takkan dia hendak bermalam dengan lelaki inI? Oh minta dijauhkan malaikat 44!

“Imran!” katanya mendekati pintu. Dia terus meluru ke arah suaminya. Selama ini dia tidak menganggap Imran suaminya. Dia terus memeluk tubuh suaminya itu. Selama ini dia tidak pernah berbuat demikian. Dia menangis semahu-mahunya di dalam pelukan suaminya. Inilah akibatnya kalau engkar suami.

“Imran kenapa awak ke sini?” dia menyoal kehairanan apabila suaminya menjadi penyelamat pada hari itu.

“Apa awak buat kat sini?” soal lelaki itu dengan muka masam mencuka. Dia diam dan sudah menangis di dalam pelukan suaminya.

“Apa awak buat kat isteri saya ni?” soalnya kepada Aiiril Amar. Airil Amar tergamam mendengar soalan Imran Omar itu. Imran Omar terus sahaja menumbuk muka lelaki kaca mata tebal tidak tahu malu itu. Dia mahu sahaja bersorak.

“Ha, ini baru tumbukan welcome ya!” kata Imran Omar yang sudah menarik isterinya. Airil Amar meraba-raba mulutnya yang sudah berdarah. Dia tahu suaminya ada sijil Taekwando tali pinggang hitam.

“Jangan nangis sayang.” Kata Imran Omar yang sudah memujuknya dan mengusap bahunya. Dia terasa betapa terlindungnya dia.

“Maafkan saya, ampunkan saya Imran. Saya salahh selama ini!” Katanya teresak-esak.

“Jangan nangis. Abangkan ada.” Pujuknya lagi. Mereka terus meninggalkan Airil Amar yang cuba berniat tidak baik kepadanya.

“Kalau ada apa-apa berlaku kat isteri saya, saya akan pastikan awak masuk ke dalam penjara ya!” katanya kepada Airil Amar sebelum bergerak. Airil Amar membuntangkan matanya.

“Maafkan saya...” katanya lagi. Dia tidak mahu mengikuti ke mana Imran Omar pergi. Setelah sedar dia berada di dalam pelukan suaminya, dia berdiri sendiri. Dia terasa malu lagi kerana tidak sedar memeluk suaminya.

“Nasib baik abang ada ikut Sara tadi. Kenapa Sara tinggalkan abang? Kan kita dah janji? Tak pe mari kita tinggalkan tempat ni!” katanya. Mereka bergerak laju menuju ke lift. Tangannya dipegang kukuh oleh lelaki ini. Mahu sahaja dia menarik semula tangannya.

“Maafkan saya...” katanya. Dia tidak terkata apabila disoal begitu. Dia sendiri juga yang berniat jahat tidak mahu bertemu dengan suaminya sendiri. Inilah padahnya kalau lebih mempercayai lelaki lain yang kononnya bffnya. Sekarang siapa yang menanggung malu?

“Nanti kita bincang... mari kita naik teksi tu. Teksi tu dah tunggu kita.” Katanya. Mereka sama-sama menuju ke teksi itu.

“Ya, saya minta maaf.” Katanya lagi. Hanya maaf sahaja yang mampu dia ucapkan. Memang dia sudah berasa bersalah kepada suaminya sendiri. Kesal sungguh dia. Selama ini dia tidak pernah mempedulikan suaminya ini.

* Ingin mengetahui kisah selanjutnya? layari http:putrimanasuha.blogspot.com

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Putri Iman Nasuha