Home Novel Komedi/Romantik Komedi Saat Rindu Membara!
Saat Rindu Membara!
Putri Iman Nasuha
2/12/2014 18:59:33
34,321
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 7 : Fokus

Bab 7

“Maisara Hanis! Kalau time macam ni don’t waste my time! You have to focus!” kata Doktor Maimunah di hadapan pesakit mereka. Dia pandang Doktor Maimunah dengan kepala terangguk-angguk. Ini semua memang lelaki lagak macho itu yang punya hal!

Kalau dia tidak memberitahunya yang dia akan datang hujung bulan ini selepas peperiksaan finalnya, memang dia tidak akan terlalai termenung di depan Doktor Maimunah. Memalukan sungguh!

“Saya dok!” jawabnya perlahan. Mukanya sudah merah. Dia tidak ada alasan hendak membela dirinya. Terasa panas seluruh tubuhnya.

“Ini untuk pemarkahan awak yang terakhir. Jangan nak buat hal dengan saya!” kata Doktor Maimunah seperti mengugutnya. Matanya sudah membesar macam mata helang hendak menangkap mangsa. Benar juga pesanan Airil Amar tadi.

“Maafkan saya dok!” katanya. Para jururawat hanya berbisik-bisik dan menjeling-jeling ke arahnya. Apa yang dia mahu buat? Tadah telinga ajelah!

Setelah tamat pemeriksaan semua pesakit, Doktor Maimunah menemuinya di kaunter tempat jururawat bertugas. Mereka lebih agak privacy.

“Benarkah awak bercinta? Prestasi awak merosot sejak seminggu dua ni! Desas-desus ada mengatakan yang awak sedang dilamun cinta sekarang ni!” kali ini Doktor Maimunah memang benar-benar membantainya.

Kisah Airil Amar melamarnya baru sahaja dalam seminggu ini. Kenapa seminggu dua? Bertambah merah membara mukanya. Eh, siapa yang terlalu penyibuk menghamburkan ceritanya? Kalau Doktor Rahmat tidaklah sesibuk doktor wanita ini.

Doktor ini baru sahaja mendapat anugerah Akademik baru-baru ini dari Kementerian Kesihatan kerana sumbangan tugas dalam bidangnya. Sehebat anugerah itukah penyelianya ini? Soalnya dalam hati.

“Mana ada dok, siapa yang sebar maklumat yang tak betul?” soalnya memberanikan diri. Memang Airil Amar yang dituduh. Wargh!

“Saya tak marah kalau awak nak bercinta atau nak kahwin kah Maisara tapi jangan buat macam tadi tu depan saya! Awak termenung seolah-olah dilamun cinta dan awak hampir tertidur! Dahsyat awak ni!” kata Doktor Maimunah. Dia tunduk. Sekali lagi lelaki lagak macho itu yang dia salahkah!

“Maafkan saya dok!” sudah berulangkali kata maaf lahir dari mulutnya.

“Maaf...maaf...maaf! maafkan takkan dapat mengubah markah yang akan saya key in untuk markah terakhir awak!” kata Doktor Maimunah. Mahu sahaja dia menangis. Ini bermakna dia perlu berusaha keras lagi untuk peperiksaan nanti. Banyak markah terkurang pada nilaian Doktor Maimunah yang cerewet ini.

Ah dasar mata helang! Suka ambil tahu dan besarkan kelemahan orang!

“Ya dok!” jawabnya. Apa lagi yang mampu dia buat? Itu sahajalah!

“Bagus! Kalau nak kahwin nanti jemput saya!” dia picingkan matanya. Dengan siapa lalgi dia nak kahwin?

“Kahwin dengan siapa dok?” soalnya. Doctor Maimunah tersenyum manis.

“Hai, siapa lagi? Bukankah dengan Airil Amar tu! Memang bagus budak tu! Mak ayah dia saya kenal. Kalau nak Tanya-tanya latar belakang dia, saya boleh beri bantuan!” tersengih-sengih macam kerang busuk Doktor Maimunah. Terkejut katak dia. Kenal dengan ibu bapa Airil Amar?

“Tak dok. Dok ni salah anggapan ni! Kami kawan baik aje!” katanya menafikan ura-ura itu.

“Memang saya dengar juga yang ibu bapa Airil nak jodohkan dengan gadis lain tapi kalau jodoh kamu berdua kuat, tak de masalah!” kelat wajahnya. Tidak sesekali dia ada lesen untuk menikah dengan Airil Amar. Orang hanya memandang keakraban mereka tetapi tidak mampu membaca dalaman mereka. Kesal dia.

“Tak de dok. Kami hanya kawan baik sejak dulu!” nafinya lagi. Bulat semula mata doctor yang hampir seusia ibunya itu. Sayangnya doctor ini belum berkahwin.

“Tak bercinta? Jadi yang awak termenung tadi tu, angaukan siapa?” soal Doktor Maimunah semula. Bergegar lututnya mendengar suara kuat doctor wanita ini.

“Ya saya tak bercinta!” katanya. Ini semua gara-gara lelaki muka beku itu. Kalau tidak tiada beritahu nak datang memang dia akan segar bugar pagi ini. Eh, geramnya.

“Jadi?” soal Doktor Maimunah.

“Semalam saya sibuk siapkan assignment yang banyak dok!” jawabnya tergagap-gagap.

“Baiklah, saya pergi dulu!” kata Doktor Maimunah mengangkat fail kecil di tangannya. Dia urut dada. Lega dengan apa yang baru berlaku. Jururawat-jururawat pelatih sibuk menjelingnya.

Ada kukisah?

“Wah bukan main lagi awak kena siasat doctor!” kata jururawat yang agak muda daripadanya. Juriah. Memang dia agak lama kenal dengan jururawat pelatih itu.

“Macam-macamlah, silap skit pun nak soal macam polis nak tahan penjenayah di Tanduo!” jawabnya. Mereka ketawa sama-sama.

“Tak pe! Apa yang penting doctor sudah terus-terang dengan dia!” dia angguk. Tetapi mengingati lelaki lagak macho nak datang ke rumahnya, dia memang tidak tenang! Sejak semalam dia tidak ada ketenangan lagi!

“Jue, awak dah kawin?” memicing mata Juriah.

“Kahwin?” dia angguk.

“Belum!” jawab gadis muda itu.

“Belum? Kenapa?” soalnya.

“Doktor sudah kahwin?” dia diam.

“Diam tandanya sudah!” kata Juriah menyakatnya pula. Dia pandang muka Juriah yang cantik bersolek. Bukan macam dia siap bersolek nipis sahaja. Asal ada bedak dan gincu dia sudah siap berdandan. Juriah dan jururawat lain agak lebih advance dalam berdandan berbanding dirinya.

“Kenapa awak tak kahwin?” Juriah tepuk dahi.

“Tak tahu?” dia geleng.

“Saya gadis miskin doktor. Saya diamanahkan membantu ibu saya membiayai dua orang lagi adik saya masih sekolah. Ayah sudah meninggal dunia, jatuh bangunan!” jawab Juriah. Bulat matanya.

“Kasihannya.”

“Ya begitulah hidup kami!” kata-kata itu menusuk di kalbu.

“Tabahnya awak. Saya simpati!” katanya memujuk gadis di depannya itu. Berbeza sungguh hidupnya.

“Hidup kena diteruskan walaupun sepahit mana kehidupan.” Dia bagaikan terkena ajar oleh kehidupan Juriah. Selama ini dia rasa dia yang paling derita. Derita dalam kehidupan. Rupanya ada lagi yang lebih derita. Mahu sahaja dia menangis.

“Kita cerita lagi nanti!” katanya. Selepas ini dia akan pergi ke bahagian wad kecemasan pula. Minggu depan hari-hari terakhirnya di hospital ini.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Putri Iman Nasuha