Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sempurnanya Cinta
Sempurnanya Cinta
Graceful Lily
7/6/2020 22:48:05
14,300
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 2

Shiloah Irene mula kembali ke alam yang nyata. Imbauan peristiwa empat tahu yang lalu lenyap di minda seperti tiupan angin lalu ketika itu. Tiba-tiba air matanya mengalir. Adakah di sebabkan angin ataupun itu air mata yang dia tahan daripada tadi sebab dia terlalu buntu dan tiada penyelesaian untuk masalahnya ketika itu. Shiloah Irene menyeka air mata daripada mengalir.

Dia terduduk mencangkung dan menutup mukanya dengan tangan. Perbualan dia dengan Jessica dua hari lepas, diimbas dia kembali.

“Jess, kau tak ada ke kawan lelaki. Bukan dulu kau pernah cakap kau banyak kawan lelaki yang boleh bantu kita?!” soal Shiloah Irene yang duduk di sebelah Jessica. Dia melihat Jessica mengusap mukanya. Rancang tv yang di depan mereka seperti tidak menarik perhatian mereka berdua langsung. Masalah mereka sekarang yang betul-betul merunsing kepala mereka berdua.

“Semua dah jadi laki orang. Tak ada yang single. Takkan nak minta tolong laki orang. Cari masalah itu kalau bini dia orang serang kita berdua”, kata Jessica mendatar. 

“Ahaa..”, Shiloah memandang Jessica yang sedang mengusap dadanya. Mungkin terkejut. Dia coba untuk menahan gelaknya apabila melihat reaksi Jessica begitu. Itu siapa suruh termenung. Kan dah sentap.

 “Bukan ke kau cakap ada artis lelaki baru popular yang datang boutique kau hari untuk tempah baju. Kau cakap kau rapat dengan dia. Kau coba lah minta tolong dia. Mana tahu dia nak tolong”.

“Memang la rapat. Tapi dia itu kekwat betul. Tak nak aku pasangkan dia dengan kau. Kau kawan aku yang paling baik. Tak sesuai untuk kau dia itu”, jelas Jessica.

“Kita bukannya nak cari pasangan untuk aku betul-betul. Kita cari untuk menyamar je. Yang kau nak cari pasangan betul untuk aku dah kenapa?”, bentak Shiloah Irene dengan nada tidak puas hati. Jessica hanya tersengih.

“Kalau yang sama department aku itu, hampir semua dah ada pasangan. Yang tinggal muda-muda daripada aku. Tak nak la aku. Tak larat akak. Cuma yang single bos aku, tua sidikit daripada aku senior Hensen”, kata Shiloah mendatar. Wajah Jessica di tatapnya.

“Bagus lah itu! Mungkin sebab itu kau dengan Hansen itu ditakdirkan satu tempat kerja. Mungkin korang memang ada jodoh”, kata Jessica dengan nada bergurau. Ketika itu dengan sepantas kilat tangan Shiloah Irene memukul paha kawan yang duduk di sebelahnya itu. Jessica mengadu sambil mengusap pahanya yang tengah sakit.

“Padam muka kau. Agak-agak la nak cakap. Sebab si Hansen itu, kau dengan dia buat pertaruhan macam ini. Sekarang, aku yang macam nak gila cari jalan penyelesaian untuk kita berdua”.

Shiloah Irene melihat Jessica menyusun jari sepuluh meminta maaf. Senyuman manis diberinya kepada kawanya itu supaya Shiloah Irene tidak marah.

“Tak pun kau pinjam duit Hansen itu. Dia kan kaya. Company itu tempat dia kerja sekarang family dia ada shared kot. Memesti banyak duit dia. Apalah sangat $5K itu, bagi dia untuk kau pinjam”, ajuk Jessica dengan nada bersahaja. Niat dia memang ingin bergurau dengan Shiloah Irene.

“Kalau macam itu kenapa tak je kau pinjam dari Madam Skyla $5K. Lagipun $5K itu bukannya apa sangat untuk dia bagi dekat kau. Yer la Boutique Madam Skyla itu kan famous dan popular dengan tempahan daripada orang kenamaan. Mesti dia boleh pinjamkan kau duit kan”, ujar Shiloah Irene dengan nada tidak beremosinya. Mata Shiloah Irene kini tertumpu dekat TV yang berada di depannya. Meluap-luap pula sakit hatinya dengan perangai kawannya itu.

Boleh pula dia suruh aku pinjam dekat Hansen itu. Dia tak tahu ke perspektif mamat itu begitu dekat perempuan, desis hati Shiloah Irene.  Dengan ada duit, si Hansen itu ingat senang sahaja boleh tundukkan perempuan. Tetapi dia tak sedar yang tak semua perempuan mata duitan. Sebab perangai Hansen itu begitu, entah berapa kali dia minta tukar department. Tapi malang tidak di luluskan HR. Dan dia rasa itu semua kerja si Hansen. Kalau tidak kerna dia banyak tanggungan dan perlu duit untuk hidup, dah lama dia berhenti kerja. Lagipun masa sekarang susah hendak mencari kerja. Banyak persaingan.

“Memperli ke itu”, kata Jessica menatap wajah kawannya. Tiada reaksi daripada Shiloah Irene. “Okay aku minta maaf. Aku tak patut cakap begitu”. Jessica membuat muka kasihan dengan tangannya tanda meminta maaf.

“Lain kali jangan lagi buat pertaruhan begitu dengan orang. Sekarang kita dah di hujung gaung dah. Menunggu untuk jatuh”, kata Shiloah Irene dengan nada serius. “Nanti lah aku cari jalan macam mana nak selesai masalh ini”.

Shiloah Irene bangun daripada tempat duduknya masuk ke bilik tidurnya. Jessica memandang pemergian kawannya. Dia tahu Shiloah Irene marah. Ketika itu perasaan bersalah mengelubunginya. Kalau dulu dia tak buat pertaruhan budak-budak, tak la benda ini akan terjadi. Jessica hanya mampu mengeluh mengenangi kesilapannya.


***

“ Hello…erm.. I belum lagi masuk office today. But I want you email report tahunan company dekat I..yup. I nak softcopy”.

Langkah kaki Joshua Harris terhenti apabila melihat seseorang yang sedang duduk mencangkung di tepi pintu restaurant. Daripada atas sampai ke bawah dia pasti yang duduk mencangkung dengan menutup wajahnya itu seorang wanita. Daripada bentuk tubuh, styles pakai tambah lagi dengan rambut yang panjang paras pinggang, memang itu seorang wanita.

Apa masalah dia ini duduk tepi pintu begini? Sakit ke? Jangan busybody sangat lah, Josh. Bukan hal you pun, desis hati Joshua Harris.

Saat itu dia tersedar yang dia bercakap dengan seseorang di telefon tadi. Di sebabkan orang berada di depannya itu dia terlupa dengan orang yang di dalam panggilan tersebut.

“Eh..sorry. I have to hang up. Apps me if you already emailed”.

Saat Joshua Harris ingin masuk ke dalam restaurant tersebut tetapi entah kenapa kakinya terhenti untuk kali ke dua. Dia mengundur langkah dan menghampiri susuk tubuh yang masih dalam posisi yang sama.

“You okay ke?”, tanya Joshua Harris menyentuh hujung kasut orang yang berada di depannya itu dengan hujung tapak kasutnya. Tiada suara dan pergerakkan daripada orang tersebut.

Pengsan ke? desis hati Joshua Harris sendiri.

Kali ini dia menolak hujung kasut orang tersebut dengan lebih kuat.Baru ada pergerakkan. Orang yang sedang duduk mencangkung itu memandang Joshua Harris dengan muka kosong. Dia mengusap wajahnya berkali. Joshua Harris dapat melihat mata wanita itu merah seperti baru menangis. Dan buktinya masih ada sisa air mata di kelompok mata wanita itu. Pipi wanita itu kemerahan, entah berapa lama dia berada dalam keadaan begitu.

Nasib baik dia cantik dan bukan juga mak nyah. Bisu ke? Daripada tadi tenung aku, desis Joshua Harris di dalam hati.

“You okay ke? Perlukkan bantuan?” kata Joshua Harris sambil menghulurkan tangannya supaya wanita yang berada di depannya itu boleh berdiri. Wanita itu seperti terkaku.

“Awak nak tak jadi ‘boyfriend’ saya?”

Joshua Harris terasa dia tersalah orang yang hendak di bantu. Sewel ke apa dia ini. Joshua Harris menolak keras tangan wanita tersebut yang telah menyambut tangannya. Dia mula mengatur langkahnya dan meninggalkan wanita tersebut. .

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Graceful Lily