Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sempurnanya Cinta
Sempurnanya Cinta
Graceful Lily
7/6/2020 22:48:05
16,838
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 3

SHILOAH Irene mengangkat wajahnya apabila merasa seperti ada seseorang sedang menolak hujung kasutnya. Dia memandang wajah yang sedang berdiri depannya. Kabur, dia mengosak wajah dan juga matanya. Dia melihat seorang lelaki dengan leather hitam, baju T-shirt putih dan jean hitam dan badan tinggi tegap. Berdiri tegak dengan wajah yang seperti risau.

Siapa dia nie? Angel ke? Manalog Shiloah Irene sendiri di dalam hati.

“You okay ke? Perlukkan bantuan?” kata lelaki tersebut sambil menghulurkan tangan kepadanya. Dia terkaku. Adakah ini betul2 miracle yang dia perlukan waktu ini. Adakah Tuhan betul-betul menghantar seorang ‘angel’ untuk membantu dia ketika ini yang tengah buntu.

 “You nak jadi ‘boyfriend’ i?”

Tangan lelaki tersebut di sambutnya. Dan satu lagi tangan mengusap sisa air mata yang hendak mengalir lagi. Wajah lelaki di depannya itu sedikit terkejut, seperti tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

Dengan pantas tangan Shiloah Irene di tolak ke tepi oleh lelaki itu. Lelaki tersebut mula mengatur langkah. Dan ketika itu Shiloah Irene berdiri serta merta cuba untuk menahan lelaki tersebut daripada masuk restaurant. Baju leather lelaki tersebut di pegangnya.

“I cakap benda betul. I nak minta tolong you untuk jadi ‘boyfriend’ I. 30 minit je. Kalau tak boleh 30 minit, 15 minit pun jadi. You just berdiri sebelah I je, pretending jadi boyfriend I. I sanggup bayar you $5K untuk masa itu”, kata Shiloah Irene dengan nada merayunya. Matanya mula berlenang dengan air mata yang menunggu hendak jatuh. Dia tak sangka dia begitu desparate perlukan seseorang lelaki untuk menjadi boyfriendnya ketika itu. Dan itu melanggar prinsip hidupnya.

“You gila ke? Kenapa dalam banyak orang, I pula berjumpa dengan orang sewel macam you hari ini. Nampaknya, hari ini I salah orang apabila nak menolong orang”, kata lelaki tersebut dan dia menolak tangan Shiloah Irene dengan keras. Dia melangkah masuk ke dalam restaurant.

Shiloah Irene terduduk mencangkung dan air matanya mula mengalir deras. Dia tak sangka dia sanggup merayu dekat orang yang dia tidak kenal sebab pertaruhan masa lalu itu.

Stop Irene, nothing you can do for this. Mengaku kalah dan sedia saja bayar kepada Ara. Jangan buat dia tunggu lagi. Kalau kau tak mampu sangat nak bayar pertaruhan itu, mintalah pertangguhan dan bayar ansur-ansur. Mungkin Ara boleh dibawa berbincang dan dia telah berubah, bisik hatinya pada diri sendiri.

Dia mengusap air matanya. Tetapi tetap juga sisa-sisa air mata itu mengalir. Dia coba untuk bangun dan berdiri kembali. Sisa air mata di usapnya dengan jari-jemari.

Daripada dalam restaurant Joshua Harris melihat Shiloah Irene yang duduk mencangkung seperti dia melihat tadi. Dia melihat pergerakkan tangan gadis itu mengusap sisa air mata pipinya.

Kenapa dia desperate sangat perlukan fake boyfriend pada ketika ini. Nak balas dendam dekat ex dia ke? Jangan buat hal Josh. Bukan hal you, desis hati Joshua Harris. Kedudukkan kakinya seperti ingin menghampiri kembali gadis tersebut. Bila dia mengamati kembali, wajah gadis tersebut seperti pernah dia nampak. Seperti dia pernah melihat wajah itu di satu tempat. Tapi tidak ingat dekat mana.

Melihat gadis itu telah berdiri, Joshua Harris menukar langkahnya. Dia mula berjalan menuju tempat kawannya yang sedang menunggu kehadirannya.



SHILOAH Irene mengatur langkah menghampiri meja Jessica dengan yang lain tengah menunggu kehadirannya. Dia cuba untuk tersenyum dengan penuh ceria. Seperti seseorang yang teruja setelah begitu lama tidak berjumpa dengan rakan-rakannya walaupun dia sebenarnya cuba menahan perasaan di dalam hati. Perasaan bercelaru tiada siapa pun yang dapat memahami dan mengerti dia.

“Hai guys”, kata Shiloah Irene dengan senyuman di bibir dengan tangan melambai. Anak mata Shiloah Irene memandang setiap orang yang berada di depannya. Dia melihat Voilet yang kegembiraan menyambut kedatangannya. Kemudian, dia memandang kearah Jessica yang seperti serba salah. Wajah Jessica kelihatan seperti risau. Dan dia dapat rasa Shiloah Irene seperti menyerah diri untuk di adili.

“Why you took too much time to come here? You takut dengan I ke?” kata Arabella dengan nada sinis. “By the way, this is my boyfriend, Edward. You tahu kan dia. Sama batch dengan kita waktu sekolah menenggah dulu. Dia dah jadi doctor sekarang”.

Nada Arabella dengan riak bangga membuat Jessica, sakit hati. Tapi dia coba untuk menahan dirinya. Kalau tidak sebab kes pertaruhan itu belum selesai mungkin mulut dia yang tak ada insurance itu akan membidas setiap kata-kata Arabella. Daripada reaksi Arabella itu, Jessica tahu Arabella sengaja. Supaya Shiloah Irene akan cemburu. Tetapi dia tak tahu, gadis yang bernama Shiloah Irene tidak mudah cemburu dengan kesenangan orang lain. Malah tumpang gembira ada lah.

“Yup, i remember him. Dia sangat famous masa zaman sekolah menengah dulu kan?. Untung you Ara jadi girlfriend dia.”, kata Shiloah Irene dengan nada yang penuh ikhlas sambil memandang Arabella dengan senyuman dibibir.

Kemudian, Shiloah Irene menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Edward. Edward bangun daripada tempat duduknya dan menyambut salam Shiloah Irene. Senyuman terukir di wajahnya tidak pasti sama ada ikhlas ke tak dia hadiah akan dekat Shiloah Irene. Tapi bagi Shiloah Irene, Edward masih memiliki senyuman yang sama seperti waktu zaman sekolah dulu. Masih boleh membuat orang sepertu dia berdebar. Sebab senyuman itu lah dia minat dekat Edward. Selain sebab Edward seorang pelajar yang pandai.

Ishh..apa nie Irene. Dengan si Edward seorang kau bersalam. Tapi kalau BFF kau yang bertahun lamanya kau tak jumpa itu, kau tak bersalam. Kau masih ada “feeling crush” dekat dia ke? Wake up Irene. Dia boyfriend orang. Baru boyfriend, bukan laki orang. Awas Irene, bisikkan hati Shiloah Irene berperang dengan diri sendiri.

So, mana boyfriend you? Jangan kata tak datang sudah”, sergah Arabella yang menghilangkan lamunan Shiloah Irene. Senyuman smirk terukir di bibir Arabella. Sebenarnya dia tak puas hati dengan tindakkan Edward yang menyambut salam Shiloah Irene tadi. Terutama bila lelaki itu menghadiah senyuman manis dekat Shiloah Irene. Dan dia tak pernah nampak Edward tersenyum begitu dekat dia. Tindakkan dia yang menanya tentang “boyfriend” Shiloah Irene supaya Edward sedar diri dengan kedudukkan dia. Lelaki memang pantang nampak perempuan, desis hati Arabella.

“Bagi lah Shi itu duduk dulu, Ara. Orang baru je sampai, terus nak tanya boyfriend orang. Boyfriend kau yang depan mata itu, tolonglah jaga baik-baik”, bentak Voilet dengan nada tidak puas hati dengan tindakkan Arabella. Dia tahu sebenarnya tujuan perjumpaan mereka hari ini. Dan dia juga tahu suatu ketika dulu Shiloah Irene pernah crush dengan Edward. Siap mengajak “usha” si Edward setiap kali waktu rehat. Tapi malangnya Edward tidak tahu tentang itu.

Namun Voilet perasan sesuatu semenjak dia berjumpa kembali dengan Edward dua yang lalu, dia perasan daripada awal Edward asyik menanya pasal Shiloah Irene dengan dia. Dia pasti lelaki itu pernah menyimpan perasaan dekat Shiloah Irene suatu ketika dulu. Sama seperti apa Shiloah Irene rasa. Pertemuan kembali Violet dengan Edward setelah lama tidak berjumpa, terjelma di minda Voilet ketika itu.

“You kawan dengan Shiloah Irene kan? I selalu bersempak dengan korang waktu break zaman sekolah dulu. Kawan you shiloah Irene dekat mana sekarang?”. Waktu itu, Edward tidak sedar perubahan wajah Arabella apabila dia menanyakan pasal Shiloah Irene. Tapi Voilet sedar perubahan wajah Arabella yang merah dan pucat. Mungkin dia tak percaya dengan apa yang dia dengar. Ataupun mungkin dia sedar “teman special” yang diperkenalkannya kepada Voilet pada ketika itu sebenarnya ada hati dekat orang lain. Voilet dapat merasakan sebab kenapa Arabella ingin sangat menuntut kembali pertaruhan yang telah lama tersebut, empat tahun itu.

He’s on the way. Kitaorang gerak asing-asing”, kata Shiloah Irene dengan dia merendahkan badannya untuk duduk di bangku yang ada di depannya.

“Orang macam you pandai menipu,kan? Daripada tadi I dengar ayat yang on the way. Ke sebenarnya tak ada orang yang nak dekat you”, kata Arabella dengan penuh sinis. Shiloah Irene yang hendak duduk tadi, memberhentikan tindakannya dan berdiri kembali. Kalau ikut hatinya, air minuman Jessica yang berada di depannya itu ingin digapai dan di simbah ke muka Arabella. Supaya boleh menuci muka Arabella.

“Kenapa you cakap macam itu, Ara. Dia kan kawan you. Mungkin betul “kawan” dia on the way”, kata Edward dengan nada lembut tetapi tegas. Dia menatap wajah Arabella dengan tiada reaksi di muka.

“You tak tahu dulu bukan main angkuh dan sombongnya dia orang berdua, yang Shiloah ini boleh dapat lelaki yang lebih baik dan perfect daripada lelaki pilihan I. But today, masa menentukan yang dia hanya seorang loser”, kata Arabella dengan penuh angkuh. Senyum sinis tidak lekang daripada bibirnya. Seperti dia telah menang ketika itu.

Shiloah Irene menahan bahu Jessica daripada berdiri. Sebab ketika itu, Jessica telah hilang sabarnya. Dia jadi sakit hati sangat-sangat mendengar kata-kata Arabella sebegitu rupa terhadap Shiloah Irene. Dalam hatinya menyesal tidak meminjam duit daripada Madam Skyla seperti yang Shiloah Irene cadangkan. Kalau tak, shiloah Irene tidak menahan malunya ketika itu. Lagipun pertaruhan itu berlaku di sebabkan dia.

Shiloah Irene memandang tetap ke wajah Arabella dengan senyuman di bibir. Dia sedaya upaya memujuk hatinya bersabar dan memujuk dirinya jangan menanggis. Ya, dia malu di perlakukan begitu di depan Edward mahupun Voilet, tetapi dia perlu menerima kebenarannya kata-kata Arabella itu. Dulu pertaruhan itu memang di buat dengan angkuh dan sombong oleh kawannya, Jessica. Dan salah dia juga pada masa itu tidak menghalang ataupun mencelah Jessica ketika membuat pertaruhan itu dengan Arabella. Sebab itu dia tidak menyalahkan Jessica sepenuhnya atas apa yang terjadi. Dia pun ada salah di dalam kejadian itu.

I sorry for what have happen..”, kata Shiloah Irene. Dia mengumpul segala kekuatan yang ada untuk mengaku kalah. Ego yang masih berbaki coba untuk menghalangnya. Dia terasa air matanya seperti ingin mengalir dan dia menundukkan wajahnya.

Hai babe.. do you wait for me?” kata seseorang yang memeluk bahu Shiloah Irene dengan erat. Shiloah Irene terkejut melihat lelaki yang berada di sebelahnya ketika itu.

Previous: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Graceful Lily