Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sempurnanya Cinta
Sempurnanya Cinta
Graceful Lily
7/6/2020 22:48:05
16,841
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
PROLOG

Pintu bilik ofis ku di tolak dengan rakusnya oleh seseorang. Terjengul muka Joshua Harris. Dia memerbu masuk walaupun telah di halang oleh Eleanor. Tangan Eleanor ditolaknya kasar yang membuat PA aku itu hampir hilang keseimbangan badan. Entah apa yang merasukkan diri Joshua Harris sampai bertindak begitu sekali. Sungguh sekarang ini yang berhadapan dengan ku bukan Joshua Harris yang aku kenal dulu. Berapa hari lalu mood dia okay. Dia seperti tenang. Tapi, kini dia kembali lagi dengan sikap moody dia itu.

Aku bangun daripada kerusi. Aku memberi isyarat kepada Eleanor supaya membiarkan Joshua Harris menghampiriku dan meninggal kami berdua bersendirian. Dia mengangguk dan keluar daripada bilik ofis.

“Apasal tolak Eleanor sampai macam itu sekali?”

“You sengaja kan tidak mahu berjumpa dengan I sampai you suruh PA you halang I masuk?” pertanyaan aku dibiarkan Joshua Harris sepi. Serius riak mukanya.

“Saya ada meeting nanti. So, saya kena revive document. Dan perlukan masa bersendiri dan tidak mahu dikacau sekejap” jelasku dengan nada yang tenang. Aku menghampirnya. Dia mendengus dan merenung wajahku. Tajam sungguh renungan mata Joshua Harris ketika itu. Seperti belati yang menusuk segenap hatiku. Kalau dahulu mata itu penuh bersinar setiap kali melihatku dan bibir dia akan ada senyuman untuk aku walaupun dia dengan muka ketat dia. Segenap hatiku dulu penuh berbunga tapi kini tidak lagi. Setiap patah kata yang keluar daripada mulut dia penuh dengan perasaan yang benci untuk aku.

Aku menarik nafas. “Duduk dulu. Kalau awak betul-betul ada benda penting nak berbincang dengan saya”.

Dia melabuhkan punggungnya di sofa dihadapanku apabila melihat aku yang menanti dia untuk duduk.

“What is this?” soal Joshua Harris tanpa menjawab pertanyaan ku sekali lagi. Jelas daripada nada suaranya, dia cuba mengawal diri. Sampul surat di tangan di angkat. Mataku tertumpu kepada sampul surat yang ada di tangan Joshua Harris itu. Muka aku berkerut kehairanan.

“Envelop…?!” jawabku

“You jangan nak loya buruk dengan I. I tanya you kandungan surat dalam dalam sampul ini”.

“Saya bukan nak loya buruk. Tapi saya memang tak tahu apa yang ada di dalam itu. Awak tak bagitahu saya dan saya belum tengok lagi”

“You sengaja kan naikkan darah I dengan loya buruk you itu. Hoii..you dengar baik-baik, perempuan macam you memang penipu. Kata-kata Gen memang betul. You menipu tentang apa yang you rasa. You memang penipu daripada awal”.

Aku terkaku. Terasa dadaku seperti di cucuk oleh sesuatu. Bagaikan hatiku sekarang tengah dihiris-hiris mendengar setiap tuduhan dia itu. Sangat sakit. Aku cuba menahan air mataku daripada gugur. Nafas aku tahan.

Tangan aku mengapai sampul surat yang Joshua Harris bawa tadi. Perlahan sampul itu aku buka. Surat itu aku lihat hanya separuh. Dan aku tahu apa isi kandungan dia. Bergetar tangan meletakkan sampul itu di atas meja kembali. Aku tidak menyangka dia boleh menjumpai surat perjanjian tersebut.

I… I can.. I can explain to you about this”, tergagap dan bergetar nada suaraku.

So, this agreement is true?” Aku mengangguk. Mengiakan.

“Agreement itu benar. Tapi segalanya tidak seperti yang awak fikirkan. Saya boleh explainkan dekat awak”.

“Apa lagi you nak explain. Dalam agreement itu terang-terang sudah terbukti penipuan you. Perkahwinan kita hanya untuk 3 tahun. Seperti yang tertulis di agreeement itu, kita berkahwin atas dasar I tolong you and you tolong I. Tapi you reka ceritakan yang kita saling menyintai. Apa lagi yang you sembunyikan dan tipu I”.

Aku bermain dengan jari-jemariku. Buntu untuk mencari ayat yang seseuai untuk aku terangkan dekat dia. Tiada apa yang aku cuba sembunyikan mahupun ingin menipu dia selama ini. Kebenarannya bukan berada di dalam surat perjanjian itu. Tetapi terletak pada kenangan dan memori kami yang dahulu. Andai dia memiliki kenangan dan memori itu, dia pasti akan tahu surat perjanjian itu tiada membawa makna apa-apa lagi.

‘Awak sebelum ini menyatakan agreement ini tidak sah dan mahu kita melupakan semua itu. Awak nak kita mulakan kehidupan baru. Sebagai suami isteri yang mencintai satu sama lain’. Ingin sekali aku nyatakan sebegitu dekat dia. Tapi ayat-ayat itu hanya berada di hatiku. Dalam keadaan sekarang aku pasti dia tidak percaya setiap perjelasanku.

“I nak kita berpisah. I nak bercerai dengan you,” terkesima aku mendengar apa yang keluar daripad mulut Joshua Harris.

We can’t divorce right now."

“Kenapa tidak boleh?”

"Saya tak mahu bercerai dengan awak. Saya sayangkan awak. Saya merayu kita jangan bercerai.” Aku melihat dia tersenyum. Tetapi penuh dengan sinis.

You too selfish. You tahu I dengan Gen sekarang. I dah janji hendak berkahwin dengan dia. After all she is the one who save me. Be there for me and take care of me”.

 Sesak di dadaku mendengar setiap patah kata yang diutarakan oleh Joshua Harris. Tiba-tiba ayat cerai itu disebut. Sebab dia ingin berkahwin dengan Geneviene. Tiada isteri di dunia ini yang sanggup mendengar suaminya melafazkan yang dia ingin berkahwin dengan orang lain. Dan tiada isteri yang mahu diceraikan oleh suaminya.

“Kalau untuk bersama dengan awak itu awak panggil selfish. Biarlah saya jadi selfish. Asalkan saya bersama dengan awak.”

You memang jenis yang tak tahu malu. I dah tak nak dekat you. Sedar lah. Dan I tak tahu kenapa nenek percayakan you sangat-sangat. Mungkin betul kata Gen, awak pakai ubat guna-guna untuk membuat nenek suka dekat you. Mungkin your parents tolong you cari untuk you. Gen bagitahu orang kampung macam your parents memang ada simpan ilmu hitam begitu. I pasti mereka yang ajar you menggunaka ilmu hitam. Sebab itu nenek sukakan you.”

Aku menggenggam tanganku. Erat. Sungguh aku tidak percaya dia menuduh ibubapa sebegitu. Sampai hati dia menuduh orang tua ku memiliki ilmu hitam dan mengajarku mengunakan ubat guna-guna. Walaupun mereka orang kampung, kami sekeluarga tidak mengamal benda sebegitu. Sebak mengelubungi diriku apabila mengingatkan saat-saat Joshua Harris yang begitu baik dan menghormati orang tuaku suatu ketika dahulu. Tetapi itu semua tinggal kenangan. Tidak mungkin saar-saat itu ada di dalam ingatannya lagi.

“Kalau awak betul mahu bercerai, let proceed with that agreement. After all our lawyer with us when we sign the agreement. Which mean, our agreement is valid.”

“ I tak nak ikut agreement. Agreement itu terlalu lama. 3 years. Gen tak boleh tunggu”.

Aku menarik nafas. Air mata ku menunggu masa untuk gugur. Daripada tadi aku hanya mendengara nama Geneviene yang Joshua Harris petik. Dia lebih percayakan kata-kata Geneviene dan semua yang dia ingin lakukan hanya untuk kekasih dia itu. Bertapa hancurnya hatiku saat ini. Aku memalingkan wajahku ke tepi. Air mataku yang berlinangan, aku sekat dengan jari-jari ku.

“Bagi Geneviene awak, 3 tahun itu lama. Tapi bagi saya, 3 tahun itu sangat singkat. Saya bersama awak sebelum awak menghilangkan diri tidak sampai 10 bulan. Saya sendiri tanpa awak 6 bulan. Dan saya jumpa awak kembali 2 bulan. Sekarang saya hanya tinggal setahun setengah untuk bersama awak.”

“Sudah lah.. cukup lah dengan drama air mata you itu. I takkan tertipu lagi. Orang macam you penuh tipu daya, pandai bermain dengan drama air mata. Sebab you penipu”.

Saat itu, deras air mata gugur di hadapan dia. Aku menundukkan wajahku. Tidak mahu menatap wajahnya. Kalau aku memandang wajahnya semakin aku bersedih. Dan semakin aku merasa kesakitan di dalam hatiku . Aku menyekat air mata ku daripada mengalir lagi.  

“Saya..Setahun setengah.. bagi saya setahun setengah untuk bersama dengan awak. Saya merayu dengan awak. Lepas setengah tahun, saya akan biarkan awak selamanya bersama dengan Gen. Setahun setengah itu akan berlalu dengan cepat. Kita tidak akan sedar tentang masa itu nanti.”

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum meneruskan kata-kata ku lagi. Sisa airmataku, aku sapu dengan tangan. Bersabarlah wahai hati, aku memujuk diriku sendiri.

“Kalau awak hendak saya lepaskan awak. Bertahan lah untuk setahun setengah itu. Dalam agreement itu ada syarat-syarat. Saya mahu yang kita perlu patuhi syarat-syarat itu. Dan awak juga ada amend syarat-syarat itu. Awak boleh tanya Eli, kawan awak. He’s our lawyer at that time. He know everything.”

Aku mendengar dia berdengus. Ketika ini aku memang lemah untuk menatap

wajahnya. Air mata ini pula tidak pandai berhenti mengalir. Semakin aku memujuk diri semakin aku merasa sebak. Sukar untuk aku menahan air mata ku meleleh di pipiku.

Aku mendengar pintu bilik ofis ditutup kasar. Joshua Harris tiada lagi duduk di hadapanku. Dia meninggalkan aku sendirian, menambah luka di hatiku.

‘Andai awak tahu, kita telah berjanji untuk selamanya bersama. Awak takkan sakiti hati saya begini.’ Aku menanggis semahu-mahu di situ.

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Graceful Lily