Shiloh berdiri di depan Restaurant TheUtopian. Dia teragak-agak hendak masuk ke dalam restaurant tersebut. Otaknya sekarang tengah serabut. Malahan sel-sel otaknya tidak dapat berhubung dengan baik pada ketika ini. Entah berapa kali dia mengaru kepalanya tidak gatal. Bunyi getaran daripada telefonnya entah berapa kali telah berbunyi. Yang membuat dia nervous apabila melihat nama si pemanggil.
'Ara'.
Nama pemanggil itu sahaja sudah membuat dia bergentar. Jangan pula nak berjumpa dengan si oemanggil. Dia tidak menyangka masa 4 tahun itu berlalu begitu cepat. Dan dia juga tidak menyangka yang orang tersebut masih mengingati pertaruhan mereka empat tahun yang lalu.
Empat tahun kot, mana ada orang boleh mengingati pertaruhan empat tahun yang lalu. Yelah, kalau orang normal jumpa kawan lama takkan nak ungkitkan pertaruhan yang telah lama macam itu. Orang normal akan ingat itu pertaruhan yang tidak matang. Pertaruhan zaman budak-budak baru nak up dan di jadikan cerita untuk bergurau. Si Arabella ini tak, siap nak minta duit daripada orang sebab katanya dia menang pertaruhan dia orang. Minta duit daripada orang itu bukan ke kerja ceti haram. Dia berkerja denganceti haram ke? Eii..dia nie bukan je ceti haram tapi seharam-haramnya, monalog Shiloah di dalam hatinya sendiri.
Telefon di tangan dipandang dengan pandangan sepi. Dan otak Shiloah Irene berceralu ketika ini. Mana aku nak cari duit sebanyak itu, desis hatinya. Dia menekan apps di screen telefonnya. Chat Jessica, kawan baiknya di tekan. Dia mula menaip.
'Jess, kau tolong buat minah itu tenang dulu dekat situ. Aku cuba cari jalan macam mana supaya kita tidak kalah pertaruhan ini.'-Shiloah Irene
'Aku cuba. Tapi cepat sikit. Aku dah tak ada modal lagi nak tipu dia.'-Jessica
'Tapi, Shi. Aku harap kau tabah sebab Edward ada sekali dengan minah ini'.-Jessica
Melihat nama Edward daripada message Jessica, membuat dia semakin berdebar. Edward, orang yang pernah dia suka dan minat di zaman sekolah menengah dulu. Perasaan dia dekat pemuda itu tidak pernah terluah biarpun entah berapa banyak surat yang dia tulis untuk pemuda itu ketika zaman sekolah. Semua surat-surat tersebut tidak pernah terhantar. Malahan surat tersebut tersimpan teguh di dalam buku diarinya di kampung. Entah kenapa dia tiada keberanian untuk memberi surat-surat tersebut dekat Edward. Mungkin disebabkan oleh Edward yang banyak peminat. Dan mungkin juga disebabkan dia takut ditolak dan cinta tidak dibalas. Apa yang dia boleh lakukan hanyalah melihat pemuda itu daripada jauh.
Dan dua minggu yang lepas dia dapat massage daripada facebook Voilet, salah sorang kawan baiknya masa sekolah. Setelah sekian lama berjejak kasih dengan Voilet, tiba-tiba Voilet bercerita pasal Arabella. Voilet memberitahu juga yang Arabella mencari dia. Nak tuntut pertaruhan daripada Shiloah. Selepas dipaksa bercerita oleh Voilet tentang pertaruhan tersebut, dia hendak tak hendak bercerita juga.
Empat tahun lalu:
"Aku dengar kau, senior Hansen confess feeling dia dekat kau?", kata Arabella tiba-tiba menghampiri meja Shiloah Irene. Nada suara Arabella yang sedikit kuat membuat orang yang berada di library tersebut memandang mereka dengan pandangan yang tidak puas hati.
Shiloah Irene yang berada di depannya, pula masih tidak memandang wajahnya. Masih dalam kedudukan dia, yang membaca buku sambil membuat note daripada buku tersebut. Dengan telinganya di tutup oleh lagu yang di dengarnya daripada earphone. Dia tahu kehadiran Arabella di depannya, tetapi dia malas hendak melayan.
"Kau dengar tak pertanyaan aku tadi?" kata Arabella. Kali ini dia sudah pun mengambil tempat duduk di depan Shiloah Irene.
"Kau apasal tiba-tiba nak bercakap dengan kita orang. Kau bukan kah tak pernah kenal kita orang, walaupun kita satu sekolah dulu?!" kata Jessica yang duduk disebelah Shiloah Irene. Dia memandang Arabella dengan muka tidak puas hati. Apatah lagi, apabila dia melihat Arabella seperti ingin mencari gaduh dengan kawan yang duduk di sebelahnya itu.
"Kau jangan sibuk boleh tak!? Aku tak bercakap dengan kau pun. Aku bercakap dengan minah yang ada di depan aku ini", kata Arabella memandang Jessica dengan pandangan tajam.
"Minah yang berada di depan kau ini, kawan baik aku. Aku pantang kalau ada orang yang nak cari pasal dengan kawan baik aku".
Jessica hanya melihat senyuman sinis di wajah Arabella.
Merasakan kehadiran Jessica yang berada di sebelahnya seperti hendak bergaduh dengan Arabella, membuat Shiloah Irene membuka earphone di telinganya.
"Jess dah la. Jangan layan sangat Ara ini. Aku nak study lah, tak boleh nak layan korang. Esok aku ada test", kata Shiloah Irene memandang Jessica di sebelah. Tangan Jessica di tepuknya lembut supaya kawannya itu dapat bertenang. Lagipun sekarang ini dia orang berada di library. Salah langkah, boleh kena halau dari perpustakaan tersebut mereka bertiga kalau buat bising tak bertempat.
"Boleh bercakap pula kau. Aku ingat kau dah bisu. Dari tadi aku tanya tak dijawab", kata Arabella yang berada di depan Shiloah Irene dengan nada yang tidak puas hati.
"Jaga sini mulut kau itu yang kata orang bisu. Karang aku buat kau yang betul bisu baru tahu", kata Jessica. Nada suaranya di keraskan lagi supaya Arabella tahu yang dia tengah marah dengan ayat-ayat yang di keluarkan dari mulut Arabella.
Shiloah yang berada di sebelah memandang wajah Jessica seperti tidak percaya. Brutal juga kawan aku nie. Siapa nak bisukan orang, desis hatinya
"Kau ini kenapa ha? Dari tadi nak cari pasal dengan aku. Aku bukannya nak cakap dengan kau. Kau bodyguard dia ke? Dari tadi asyik back up dia. Zaman sekolah dulu pun macam itu. Aku kan daripada zaman sekolah dulu tak puas hati dengan kau ini" kata Arabella dengan intonasi geram yang memang bersedia hendak bergaduh. Rasanya mahu saja rambut Jessica di depannya itu ditarik.
"Kalau aku bodyguard Shi sekalipun kau ada masalah ke?" kata Jessica bersahaja.
"Untuk pengetahuan kau, aku bukan setakat bodyguard dia, aku kawan baik dia. Aku pantang tau kalau ada orang cari pasal dengan kawan baik aku". Jessica menarik nafasnya. Dia tersenyum sinis. Dan melontarkan lagi hujahannya.
"Aku tak tahu kenapa lah malang sangat Voilet ada cousin macam kau ini. Aku lihat Voilet okay je, boleh je di bawa berkawan. Tak macam kau ini. Sewel tak bertempat".
Ambik kau, nie juara pidato peringkat negeri waktu zaman sekolah menengah lah. Kau salah orang nak cari gaduh Ara, desis hati Jessica.
"Kau cakap apa?"
Arabella bangun daripada tempat duduknya dan coba untuk mencengkam tangan Jessica seperti hendak memulakan aski kung fu.
Shiloah menahan Jessica supaya tidak bertindak lebih lagi.
"Dah..dah", Shiloah Irene meleraikan dua orang gadis yang berada di depannya itu.
"Malulah dengan orang sekeliling. Ini library tau. Jangan nak bergaduh dekat sini". Shiloah Irene memandang kedua-dua orang gadis di depannya itu dengan muka serius. Tangan Jessica di lepaskan oleh Arabella apabila mendengar kata-kata Shiloah Irene tersebut.
"Aku terus terang dekat kau. Aku dengan Hensen tak apa2. Kau, entah orang ke berapa yang tanya aku benda yang sama sejak pagi tadi. Korang boleh ambik je Hansen itu kalau korang nak" ujar Shiloah Irene.
"Kau dengar tak itu, shi cakap kau boleh ambik Hansen itu kalau kau nak. Maknanya Hansen itu bukan types dia. Hansen itu types orang macam kau. Perasan je lebih".
"Eleh, jangan-jangan senior Hansen reject dia. Tapi korang buat gossip yang senior confess dekat dia".
Jessica seperti hilang sabar apabila mendengar hinaan Arabella tentang kawan baiknya.
"Jaga sikit mulut kau itu kalau tak tahu apa-apa. Kenapa? Kau ingat orang macam Shi tak boleh ke dapat orang macam si Hansen itu? Orang yang lebih baik, pandai dan perfect daripada Hansem itu pun dia boleh dapat tau, " kata Jessica dengan nada tidak puas hati.
Melihat senyuman sinis Arabella,semakin menjengkal Jessica melihat gadis itu. Semakin membuak dia perasaan tidak puas hati.
"Kalau kau tak percaya, kita boleh buat bet. $ 5K untuk orang menang dibayar oleh orang yang kalah. Tapi aku nak tengok orang macam mana yang kau dapat. Aku dengar-dengar hari itu kau kena reject kan? Mungkin sebab itu kau mengamuk datang sini tak puas hati", kata Jessica dengan senyuman yang menyindir gadis yang berada di depannya. Dia tahu Arabella akan tercabar dengan kata-katanya itu. Tindakannya itu hanya ingin gadis itu sakit hati.
"Baik. Kita jumpa selepas habis study, dalam masa empat tahun daripada sekarang. Aku akan pastikan boyfriend aku lebih daripada Shiloah. Dan aku akan pastikan korang malu dan kalah pada hari itu nanti. Jangan pula korang lupa sedia $ 5K sudah", muka Arabella merah seperti marah. Tapi rasanya itu adalah tanda hati dia sedang membara sebab bersemangat. Yakin yang dia akan menang.
"Kalau kita lost contact dengan karong sekali pun, aku akan tetap cari kau orang berdua. Kita satu kampung. Tak lah susah sangat aku nak cari kau orang nanti", dengan senyuman sinis Arabella memberi amaran. Dia bangun daripada kerusi dan berlalu pergi.
Kali ini muka Shiloah Irene pula merah mendengar kata-kata Arabella tersebut. Dia memandang Jessica seperti tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Air liur di telan. Suaranya seperti di sekat. Dia yang nak menghalang dan menyampuk pun tak dapat. Tak tahu nak menyampuk di celah mana. Pertaruhan telah pun di buat dan dia hanya memerhati seperti tunggul.
"Apasal buat bet macam itu Jess?! Mana kita nak cari duit sebanyak itu nanti kalau kita kalah"
"Kau jangan risau lah dia takkan ingat punya pertaruhan macam itu. Lagipun dia takkan dapat cari kita nanti. Dia takkan akan jumpa. Aku pasti", pujuk Jessica dengan nada lembut. Bahu Shiloah Irene ditepuk lembut supaya kawannya itu bertenang tidak terlalu memikirkan pertaruhan yang di buat Arabella.
"Kalaupun dia dapat cari kita, kita cari lah orang yang boleh menyamar jadi boyfriend kau. Senang kan? Jangan risau lah. Aku kan banyak kawan lelaki. Nanti aku minta tolong salah seorang daripada mereka." Shiloah Irene yang berada di sebelah Jessica memaksa dirinya untuk tersenyum dan coba untuk menanam yakinan didalam diri tentang rancangan yang dibuat Jessica.