Home Novel Keluarga Dania Aryanna
Dania Aryanna
AryyanPendragon
8/2/2021 23:28:56
28,051
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 7

Setelah kejadian di restoran Amirul, Annasegera pulang ke rumah ayahnya. Di situ dia lihat ayah sedang bersedia untukkeluar rumah pergi kerja dan kelibat Fatimah tiada di sisi ayah.

“Fatimah mana?”

Soal Anna kasar pada ayahnya. Wajahnya merahmenahan marah.

“Masih tidur,.. Kenapa Anna?”

Ayah melihat Anna pelik. Anna mengabaikanpertanyaan ayahnya dan berlalu masuk ke rumah, laju sahaja Langkah dia naik ketingkat dua di mana bilik ayah dan ibu tirinya berada. Anna tendang pintu biliktersebut dan lihat Fatimah masih tidur dengan nyenyaknya.

Dengan perasaan marah yang membuak-buak, Anna masukke bilik air dan mencapai baldi yang berisi separuh air. Tanpa berfikir panjanglagi dia siram air tersebut pada Fatimah yang sedang nyenyak tidur. Ayahnya yangbaru masuk ke bilik gagal menghalang perlakuan Anna.

Fatimah menjerit terkejut dan kesejukkan. Dia segerabangun dari tidurnya dan berdiri dari terus duduk di atas tilam yang basah.

“Anna! Apa kau buat ni!”

Jerit Fatimah marah. Anna segera mencapai rambutFatimah dan tarik sekuat hatinya. Anna yang masih mamai menjerit kesakitanapabila rambutnya di tarik. Ayah Anna segera memegang Anna untuk meleraikanpegangan Anna dari rambut isterinya namun gagal apabila Anna tepis tangannya.

“Anna, berhenti..”

Kata ayahnya lembut. Anna mendengus kasar.

“Kau dengar sini Fatimah, hari ini aku nak kau callmenantu tak jadi kau tu dan kau bagitahu dia jangan kacau life aku lagi.Aku benci dengan dia. Pesan dekat dia jangan kacau Amirul juga kalau dia rasadia masih nak tengok mak dia sihat! Kau faham tak ni!”

“Sakitlah setan! Lepaskan rambut aku!”

Jerit Fatimah. Namun lagi kuat tarikkan Annapada rambutnya.

“Kau dengar tak ni? Kau jangan main main denganaku Fatimah, aku bukan bodoh! Sebelum aku buat benda yang tak sepatutnya, baik kaudengar cakap aku!”

Gertak Anna berang. Lalu dia mencampak Fatimahke lantai. Terduduk dia di lantai dan dia masih memegang kepalanya yang sakit.

“Anna, kenapa ni, cuba jelaskan dengan ayah…”

Kata ayah Anna lembut. Anna yang masih marahmenggelengkan kepalanya kepada ayahnya.

“Kita cerita dekat office nanti.”

Kata Anna kasar lalu dia terus melangkah keluar.

 

XXXXXXXXXX

“Anna serang Fatimah? Kenapa?”

Soal Hikayat. Wajahnya kelihatan terkejut.

Ya, pagi tadi masa aku nak gerak pergi kerjaAnna tiba-tiba datang dan serang Fatimah. Dia siram Fatimah guna air dan tarikrambut Fatimah. Bila aku tanya kenapa dia tak jawab.”

Ayah Anna berkata sedih. Dia kemudian memicitdahi runsing dengan keadaan yang dilaluinya sekarang.

Hikayat yang terkenal dengan sikap suka bergosipsegera mencapai telefon pejabatnya dan menghubungi Taufiq. Beberapa deringansahaja anaknya sudah mengangkat panggilan darinya.

“Taufiq, Anna ada tak?”

“Ada, kenapa pa?”

Soal Taufiq. Dia memandang pejabat Anna yang lampunyamenyala namun penghuni didalamnya seperti tiada.

“Panggil dia ke sini. Papa nak sembang dengandia. Taufiq pun datanglah sini juga.”

“Hah? Papa biar betul, Taufiq takutlah nakpanggil dia. Hari ini mood dia swing sikit.”

Bisik Taufiq perlahan takut percakapannyaterlampau kuat sehingga ke pejabat Anna.

“Alamak, tak apa, Taufiq masuk je officepapa, biar papa call dia sendiri.”

Kata Hikayat lalu dia terus menyambungkantalian ke telefon pejabat Anna. Tidak lama telefon berdering Anna terus angkatdengan segera.

“Ya.”

Sahut Anna dengan nada kasar. Hikayat pulaterasa seram ingin menyambung percakapannya.

“Hello!”

Anna lagi sekali bersuara kerana tiada sesiapayang bersuara di talian. Setelah dia menyerang Fatimah pagi tadi dia terusmasuk pejabat dan mengurung diri di pejabat. Dia juga turut menghantar 10 buah failyang berisi maklumat pekerja dan notis pemberhentian pekerja di setiap failitu. Taufiq tidak berani bertanya apabila melihat dia yang sedang tiada mooduntuk bercerita. Apabila dia menerima fail tersebut dia hanya patuh dan segera buatapa yang Anna arahkan.

Anna setelah Taufiq dan Hikayat memberi diakuasa untuk menyiasat dan memecat pekerja yang di bayar oleh Fatimah, laju diamembuat kerja. Setiap hari mesti akan ada maklumat terbaru yang diperolehi.

 

“An… Anna! Pak cik ni. Masuk office pakcik kejap. Pak cik nak berbual dengan kamu.”

Kata Hikayat dengan takut-takut.

“Ni mesti ayah cerita dengan pak cik kan? Ha,tunggu sekejap.”

Bebel Anna selamba. Kemudian dia memutuskan talian.

Tanpa mengetuk pintu Anna terus membuka pintu pejabatHikayat. Di dalam Ayahnya, Hikayat dan Taufiq sudah menunggu.

Anna terus masuk dan duduk di hadapan mereka. Tanpasempat mereka buka mulut dan bertanya Anna telah membuka mulut dahulu.

“Semalam Anna pergi makan dan Aliff tiba-tibadatang and merayu dengan Anna ajak Anna kahwin. Ann tolak dengan baik masamula-mula lepas tu dia paksa Anna lagi. Kebetulan jiran Anna pemilik restorantu. Dia tolong Anna berlakon jadi boyfriend Anna entah lepas tu Aliffmengamuk dia kata kalau dia tak dapat Anna orang lain pun tak boleh dapat Anna andAliff pun keluar dari restoran tu. Sebab jiran Anna tu tolong Anna jadi malamtu juga Anna belanja jiran Anna makan, kita orang naik kereta Anna je sebabduduk dekat tempat yang sama. Pagi ni bila Anna hantar jiran Anna pergi kerja, kitaorang berdua tengok kereta jiran Anna yang tinggal dekat restoran semalam kenaconteng dengan Aliff. Sebab tu Anna serang Fatimah.”

Lancar sahaja Anna bercerita.

“Tapi Anna, Aliff yang serang Anna bukanFatimah, kenapa Anna serang ibu tiri Anna macam tu?”

Soal ayah Anna. Anna mendengus marah.

“Dia yang cari pasal. Setuju dengan Aliff nakkahwinkan Anna sebelum ni. Kalau bukan sebab dia, Aliff tak akan berani kacauAnna!”

Hikayat menganggukkan kepalanya faham akanperasaan Anna.

“Tak pasal pasal jiran Anna punya keretajahanam. Anna tunggu masa je ni nak serang mak Aliff.”

So sebenarnya jiran Anna tu memangjiran jelah, bukan boyfriend?”

Tanya Taufiq sengaja menukar topik. Anna memandangTaufiq geram.

“Baiklah, lepas Anna cerita baru ayah faham. Nantibalik ayah cuba slow talk dengan ibu tiri kamu.”

Anna menganggukkan kepala mendengar kata-kataayahnya.

“Cubalah slow talk dengan dia, Anna nakjuga tengok dia kembali ke jalan yang benar.”

Sindir Anna yang maksudnya cuma, Anna, Taufiqdan Hikayat faham.

“ayah nak keluar kejap, ada fail ayah kenaambil, Anna sambunglah kerja Anna.”

Kata ayah Anna lalu berlalu keluar daripejabat. Setelah ayahnya pergi Anna segera bangun dan berjalan ke arah pintu.

“Abang, Ada lagi 3 fail Anna akan letak dekatmeja abang, sila baca dan buat seperti yang Anna arahkan.”

Kata Anna tegas sebelum dia berlalu keluar daripejabat Hikayat.

Hikayat memandang Taufiq.

“Dah berapa ramai dia keluarkan notis pemberhentianpekerja untuk hari ini?”

“Hari ini sahaja dah dekat 15 orang pa, tapi semuaaffective date untuk notis tu berlainan bukan serentak. Anna tak nak adastaff yang report dekat wartawan tentang situasi syarikat kita.”

Hikayat mengganggukkan kepala faham.

“Jadi betul apa yang Anna cakap, pengkhianatdalam syarikat kita bukan seorang.”

Tutur Hikayat lemah. Dia rasa tidak bermaya apabilamemikirkan begitu ramai pekerjanya yang memilih untuk khianat syarikatnya. 

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AryyanPendragon