Home Novel Keluarga Dania Aryanna
Dania Aryanna
AryyanPendragon
8/2/2021 23:28:56
33,477
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 6

Anna duduk seorang diri di restoran sebelum Aliffdatang dan duduk di hadapan Anna. Dengan muka yang tidak tahu malunya diamenegur Anna.

“Hi Anna, lama tak jumpa, kau apa khabar?”

Soal Aliff pada Anna. Anna yang sedang membacamenu memandang Aliff dingin.

“Kau nak apa?”

Soal Anna kasar.

“Aku nak ajak kau kahwin dengan aku Anna,Kahwinlah dengan aku…”

Rayu Aliff lagi. Anna menghela nafas kasar.

“Apa yang kau nak lagi dengan aku Aliff? Aku dahkata sebelum ni yang aku memang tak nak kahwin dengan kau. Kau tak faham ke?”

Soal Anna kasar. Orang yang duduk berdekatan mejanyamula memandang mereka.

“Tapi Anna, aku suka dekat kau..”

Kata Aliff. Anna menghempas menu yang sedangdipegang.

“Apa yang kau tak faham? Aku tak suka kau! Aku takboleh kahwin dengan kau! Apa lagi yang kau nak?”

Anna mula meninggikan suaranya.

“Aku nak kau kahwin dengan aku je. Aku dah lamatengok kau dari jauh sejak kau datang ke butik pakaian mak aku untuk beli baju.Sejak dari tu aku selalu ikut kau Anna.”

Kata Aliff. Anna memicit dahinya geram. Ikutkanrasa hati Anna dia mahu menumbuk Aliff kerana tidak faham bahasa.

“Kau ni, memang ada masalah Aliff. Perkataanmelayu yang senang pun kau tak faham. Sekarang ni kalau aku cakap kau keneberambus dari pandangan aku kau faham tak?”

Anna mula hilang sabar. Tidak mereka sangka datangseorang lelaki yang memakai pakaian seragam pelayan restoran tersebut cuma diasudah mebuka apron dan tali leher menandakan dia sudah habis waktu bekerja.

“Sayang sorry, lama ke you tunggui? I baru habis shift i ni.”

Amirul memegang bahu Anna lembut. Anna yangsedang bengang bertukar lembut sebaik melihat Amirul.

“Eh tak adalah, I baru je sampai.”

Balas Anna. Aliff tercengang melihat Anna danAmirul.

“Kau siapa?”

Soal Aliff kasar pada Amirul. Dia berdiri untukberhadapan dengan Amirul.

“Aku Amirul. Hai, kau kawan Anna ke?”

Balas Amirul selamba, dia menghulurkan tanganuntuk berjabat tangan dengan Aliff tetapi Aliff tidak menyambut huluran Amirul.Amirul menarik tangannya kembali selamba. Anna turut bangun dan berdiri di sampingAmirul.

“Kau siapa dengan Anna?”

Tanya Aliff lagi, dia sudah menunjukkanbelangnya. Aliff yang sopan dan bercakap lembut dihadapan Anna selama ini sudahhilang dan mula berkata kasar nadanya. Amirul tersenyum mengejek.

“Oh, aku?”

Kata Amirul sambil kedua jari telunjuknyamenekan dadanya.

“Aku boyfriend Anna.”

Terbeliak mata Aliff mendengar perkataan yangkeluar dari mulut Amirul. Anna pula dengan cepat memeluk lengan Amirul dan sedikitsenyuman terukir di bibirnya.

“Sejak bila? Anna kau tak pernah bagitahu akupun!”

Aliff mula resah. Dia memandang Anna dan menantikanjawapan dari mulut Anna.

“Aku tak kenal kau, buat apa aku beritahu kautentang status hubungan aku dengan orang lain?”

Sindir Anna. Aliff menghentak meja berang.

“Aku setiap hari ikut kau, aku tak pernah nampakkau keluar dengan jantan ni!”

Aliff sepertinya tidak dapat menerima hakikatyang Anna sudah berpunya.

“Kau ikut aku sampai ke rumah ke? Amirul nijiran aku. Aku tak perlu nak jumpa dia kat luar kalau aku buka pintu rumah jedah nampak dia.”

Amirul tersenyum memandang Anna. Aliff menumbukmeja kuat.

“Kau kena ingat, kalau aku tak dapat kau, oranglain pun tak boleh dapat!”

Jerit Aliff lalu berlalu keluar dari restorantersebut. Anna dan Amirul memandang Aliff pelik.

“Oh, itulah Aliff yang kau cakap paksa kaukahwin tu?”

Bisik Amirul perlahan sambil kepalanya menunduktanda maaf kepada pelanggan yang hadir di restoran itu. Anna mengambil begtangannya dan sangkut pada bahunya.

“Ya, menyampahkan?”

Soal Anna. Amirul menganggukkan kepalanya.

“Selamat aku ada nak tolong kau. Kau buat apadekat sini?”

Amirul dan Anna memang berjiran namun kebetulanpula Anna makan di restoran milik Amirul harini ini. Selamat Amirul cekap,membantu berlakon sebagai teman lelaki Anna untuk menghalau Aliff.

“Aku nak makan, tapi sekarang aku dah tak ada moodnak makan. Yang kau kenapa pakai baju macam pelayan ni?”

“Aku tak cukup staff hari ini. Terpaksa laturun padang.. Alang alang kau dah ada dekat sini, jom lah kita keluar makan. Kaubelanja sebab aku dah tolong kau.”

Anna memandang Amirul geram.

‘Untung muka kau macam Park Seo Joon, kalau takaku tak nak belanja kau Amirul…’

Bebel Anna dalam hati. Amirul yang lihat Annatermenung menolak bahu Anna.

“Oi! Belanja tau..”

Kata Amirul lagi. Anna menjeling geram.

“Ya! Kita nak naik kereta siapa ni?”

“Naik kereta kaulah, esok pagi kau hantar akuke restoran pula.”

“Wah! Kau ni dah lebih…”

“Ah, ada aku kisah? Jom!”

Kemudian Amirul menarik Anna keluar dari kedaidan merampas kunci kereta yang berada di tangan Anna.

“Aku dah lama berangan nak drive keretaHonda.”

Anna mencebik.

“Poyolah kau, kau ada BMW kan? Haram jadah apateringin nak bawa Honda?”

Bebel Anna geram. Amirul menjelirkan lidah laludia segera berjalan laju ke kereta Anna.

XXXXXXXXXX

Anna duduk bersila di pintu utama rumahnya danbegitu juga dengan Amirul. Kerana kedudukan rumah mereka berada di hujungsekali jadi tiada orang yang akan melalui hadapan rumah mereka. Jadi setiapmalam mereka akan lepak di hadapan pintu rumah dan berbual.

“Mana ibu? Lama aku tak nampak ibu dekat rumah.”

Tanya Amirul. Dia memanggil Damia ibu jugakerana ibu dia sudah meninggal dunia semenjak dia di bangku sekolah.

“Ibu ada hal dekat luar negeri. Aku tak tahu,tiba-tiba dia beritahu aku yang dia tak akan balik untuk jangka masa yang agaklama.”

“Patutlah kau ajak aku lepak dekat pintu rumahmasing-masing je, kalau ibu ada tak adanya kita melepak dekat sini.”

Bebel Amirul. Melepak di depan pintu agakmemenatkan tetapi dia tidak kisah berbanding hanya duduk di bilik dan bermaintelefon ada baiknya mereka duduk bersembang.

“Ayah aku tak habis habis suruh aku kahwin,tapi aku tak ada calon lagi. Kau rasa macam mana?”

Anna tersengih memandang Amirul.

“Aku kan ada? Aku kan awek kau, apa salahnya kaukenalkan aku dekat ayah kau. Ha ha ha..”

 

Amirul buat muka.

“Aku okay je tapi aku takut kalau ayah aku terussuruh aku kahwin. Kau nak ke kahwin dengan aku?”

Anna buat muka geli. Lalu dia terus bangun danmasuk ke dalam rumah.

“Aku tak nak kahwin dengan kau. Bye!”

Kata Anna lalu terus menutup pintu rumahnya. Amirulmemandang Anna geli hati.

“Tahu takut..”

Pada keesokkan paginya, ketika Anna menghantarAmirul di restorannya Anna dan Amirul perasan semua pekerja restoran Amirulsedang berkumpul di tempat meletak kenderaan.

“Wei, kenapa staff kau berkumpul dekat parkingtu?”

Anna memandu perlahan sambil matanya tertacappada kumpulan pekerja yang sedang berkerumun di kawasan meletak kenderaan.

“Aku tak tahu, Anna berhenti dekat sikit, akunak tengok.”

Anna kemudian menekan minyak ke arah yangdimaksud kan oleh Amirul. Setelah Anna berhenti Amirul segera keluar darikereta. Zaiful pekerja Amirul segera menghampiri Amirul apabila melihat kelibatdia.

“Bos, ada orang conteng kereta bos.”

Kata Zaiful. Amirul yang mendengar kenyataanpekerjanya itu segera menghampiri keretanya, kelihatan kereta miliknya diconteng dengan cat sembur berwarna merah yang tertulis perampas di sekelilingkereta mewah miliknya..

“Weh Anna, aku tahu siapa yang buat ni…”

Amirul berkata lemah sambil matanya memandangkereta miliknya.

“Aliff…”

Bisik Anna geram.

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AryyanPendragon