Home Novel Keluarga Dania Aryanna
Dania Aryanna
AryyanPendragon
8/2/2021 23:28:56
28,155
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 2

“Assalamualaikum.Ayah, Anna balik.”

Anna masukke rumah ayahnya dengan wajah selamba walaupun ketika itu ibu tirinya sedangberdiri bercekak pinggang di hadapan pintu.

“Hah! Baruingat nak balik? Kau ingat kau layak balik ke lepas apa yang kau buat bulanlepas? Kau dah malukan aku tahu tak? Kau pergi dari rumah ni sekarang!”

JeritFatimah kuat. Anna membuat muka pelik. Dia mencari getah rambut yang disimpandi dalam beg tangannya. Rambut panjangnya yang berwarna silver itu dia ikatkemas.

“Denganrambut berwarna lagi, Kau ingat kau cantik?”

Jerkah Fatimah.Diana ketawa kecil.

Firstof all, aku tak pernah kata aku cantik. Jadi aku berterima kasih dekat kausebab dah puji aku cantik, terima kasih banyak ya. Yang kedua, ini rumah bapakaku. Kau siapa nak halang aku balik rumah ni, dan yang ketiga, kau yang malukandiri kau sendiri. Bukan aku ya. Siapa suruh suka hati kau suruh aku kahwindengan orang yang aku tak kenal. Now kau dah dapat karma kau balik.”

Kata Annaselamba. Kemudian ayahnya turun dari tingkat dua. Di kepalanya ada songkok. Barulepas solat dan dia segera turun apabila mendengar suara anaknya.

“Anna dahbalik? Mari sini duduk sebelah ayah.”

Kata ayahAnna lalu dia duduk di sofa dan Anna pun patuh akan permintaan ayahnya.

“Awak nikenapa? Saya ni isteri awak. Boleh tak jangan halang saya nak ajar anak awakni?”

BebelFatimah.

“Sekarang nidia anak sayakan? Saya yang kena didik dia bukan awak. Salah awak juga, siapasuruh paksa dia kahwin. Saya tak pernah setuju awak yang desak saya untuknikahkan dia.”

“Saya buatmacam tu untuk kepentingan awak juga. Kalau dia dah kahwin tak adalah awak terbebankena tanggung dia lagi macam sekarang!”

Jerkah Fatimah.Muka ayah berubah garang.

“Apamasalah awak? Dia anak saya tak ada istilah terbeban untuk saya jaga dia. Awakkalau tak mampu nak bagi saya anak, awak diam je. Jangan halang saya dengananak saya!”

Marah ayah kepadaisterinya. Fatimah terdiam. Sentap mungkin kerana sedar dia tidak mampumemberikan suaminya anak. Umurnya masih 30-an tetapi gagal melahirkan anakkerana mandul. Dengan segera dia berlalu pergi ke dapur.

XXXXXXXXXXXX

3 jam Anna berbualdengan ayahnya. Genap jam 5 petang dia meminta izin untuk pulang ke rumahdengan ayahnya.

“Anna balikdulu ayah. “

Kata Anna lalumencium pipi ayahnya. Kebetulan pula ibu tirinya turun dari tingkat atas. Matanyasibuk melihat keluar pintu.

“Awak nikenapa? Terjenguk keluar macam ada apa-apa.”

Tanya ayah.Fatimah tidak menjawab namun dia segera berjalan ke pintu dan membuka pinturumah seperti sedang menyambut tetamu.

“Aliff! Dah lama sampai ke? Mari masuk.”

Sapa Fatimahmesra. Aliff berdiri di pintu dengan senyuman lebar sambil dia memegangsejambak bunga tulip ditangannya.

“Baru je sampaimak cik.”

Kata Alifflalu dia masuk dan terus menuju ke arah Anna.

“Hai Anna,sihat?”

TegurAliff. Dia menegur Anna namun tidak menegur ayah Anna. Ayah Anna menjeling diageram.

“Kau buatapa datang sini?”

Soal Annasinis. Aliff menghulurkan bunga tersebut kepada Anna tetapi dia hanya memandangbunga tersebut tanpa perasaan.

“Aku datangnak jumpa kau. Sejak kes majlis haritu mummy aku tak sihat. Boleh tak kalau kitakahwin?”

Tanya Aliff.Anna mengerutkan dahinya, ‘lelaki ini memang tak tahu malu!’

“Kau nimemang tak tahu malukan? Aku tak kenal kau, buat apa aku nak kahwin dengan kau?”

Kata Anna. Wajahnyasudah merah menahan marah. Sedikit lagi pasti dia meletup.

“Sebelum nikita tak kenal. Tapi sekarang kita dah kenal kan? Kita boleh keluar untuksama-sama kenal diri kita satu sama lain.”

Pujuk rayuAliff sudah seperti memaksa dan Anna sangatlah tidak boleh dipaksa.

“Aku benciorang paksa aku. Sekali sahaja kau paksa aku sampai bila-bila aku tak akan sukakau! Sekarang ni kau jangan jadi bodoh, pergi cari perempuan lain dan jangankacau aku!”

Anna sudahmeninggikan suara. Dia berdiri dan gaya dia seperti nak bergaduh walaupunditahan oleh ayah dia.

“Anna! Orangdatang rumah baik baik kau layan orang elok-eloklah! Yang kau sampai tinggikansuara kau tu kenapa?”

Tiba-tibaFatimah menyampuk. Dia menolak bahu Anna kasar. Laju sahaja Anna menampar pipiibu tirinya itu. Dia melepaskan marah yang di kumpul sejak Aliff datang dan lepaskanpada ibu tirinya. Fatimah terduduk di atas lantai. Dia terkedu, Anna terlampauberani menampar dia yang merupakan isteri ayah Anna.

“Kau punsatu, kau jangan ingat aku tak tahu yang kau ada buat sesuatu dekat belakangayah aku. Tunggu masa je aku nak sebarkan keburukan kau dekat ayah! Kau janganingat ayah aku senyap, mak aku menghilang jadi kau boleh gunakan aku untukcapai matlamat kau dan pijak ayah aku sesuka hati kau! Kau kena ingat, akumasih ada dan aku tak akan biarkan orang sentuh keluarga aku!”

Kata Annaberang. Ayah dia memegang bahu dia dari belakang nak mengelakkan dia dari menyerangibu tirinya lagi, Anna memandang ayahnya. Mata dan wajahnya merah padam menahanmarah.

“Esok Annajumpa ayah dekat office. Sekarang ni Anna balik dulu. Risau Anna belasah perempuantu pula.”

Kata Annasinis lalu dia mengambil bag tangannya yang terletak di atas sofa. Aliff yangmelihat adegan itu terkedu. Wajahnya kaku terkejut melihat Anna yang agresifmungkin.

Anna kemudianberjalan keluar dan kedengaran suara Fatimah menjerit dari dalam rumah.

“Kau akanmenyesal Anna!!”

 

 

 

 

 

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AryyanPendragon