Home Novel Keluarga Dania Aryanna
Dania Aryanna
AryyanPendragon
8/2/2021 23:28:56
28,157
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 1

“Akunikahkan kau Zul Aliff Bin Syukri dengan anak perempuanku Diana Aryanna BintiMuhammad Farid dengan mas kahwinnya 300 ringgit, tunai.”

Ucap ayah sambil tangannya erat mengenggam tangan Aliff. Setelah itu matanyamemandang Aliff yang kelihatan gembira dengan perkahwinan ini.

“Aku terimanikahnya Dia..”

“Stop!”

Jerit Annayang sepatutnya nikah dengan Aliff pada majlis itu. Anna segera bangun tetapidihalang oleh ibu tirinya.

“Anna,Jangan Malukan ibu dekat sini!”

Bisik ibutirinya keras. Aliff pula ingin menyambung akadnya. Anna segera merentappegangan ibunya lalu dengan segera bangun apabila dia melihat Aliff inginmenyambung akadnya.

“Kausambung akad kau, kau percaya dengan aku, aku akan musnahkan hidup kau!”

Jerit Anna tegaspada Aliff. Ayah Anna memandang Diana dengan wajah tenang. Dia tahu anaknyabagaimana. Perkahwinan yang diatur memang tidak sama sekali dia akan terimadengan rela hati. Cuma isterinya sahaja yang terlalu memaksa.

“Ayah!Semua isteri ayah cakap ayah setuju ya. Langsung tak fikir perasaan Anna!”

Kata Annaberang. Aliff segera bangun cuba menenangkan Anna yang sedang berang.

“Anna, Cubabertenang dulu. Malu sikit dengan tetamu yang datang.”

Annatersenyum sinis.

“Tahu pulamalu? Paksa anak dara orang kahwin dengan kau, tak malu pula?”

Kata Annasinis. Ibu cuba menarik Anna tetapi ditepis.

Hello ?Don’t touch me! Kau bukan mak aku nak tentukan dengan siapa aku kahwin.”

Ibu tiriAnna memandang dia geram. Tujuan dia mengaturkan perkahwinan ini adalah keranadia inginkan Anna sebagai orang tengah untuk membolot harta keluarga Alifftetapi dia lupa anak tirinya itu keras kepala.

Tiba-tibasahaja ibu kepada Aliff menyampuk.

“Eh, Fatimah! Kau kata Diana ni dah setuju nak kahwin dengan Aliff kan ? Kenapaharini lain pula?”

Soal Surayaibu Aliff.

“Mummy..Macam ni ceritanya, Diana tiada dekat rumah waktu saya datang melamar. Jadi IbuDiana dah setujukan untuk pihak Diana.”

Kata Aliffcuba memenangkan ibunya. Wajahnya kemerahan malu mungkin dengan adegan dimajlisnikahnya itu.

“Setuju onbehalf aku? Yang nak kahwin siapa? Aku ke mak tiri aku ni? Apa yang aku, tahubila aku bangun tidur harini aku kena pakai pakaian macam ni. Kau ingat aku taknaik angin bila jadi macam ni?”

Balas Anna sinissambil merujuk kepada dress nikahnya.

“Aku takpernah setuju nak kahwin dengan kau. Kenal kau pun aku tidak. Kita pernah jumpasekali je tahu tak! Sekarang ni kau sendiri yang malukan diri kau. Walau macammana pun majlis ni tak akan diteruskan!”

Anna memandangibu Aliff.

“Mak cik, saya minta maaflah terjadinya hal macam ni hari ni. Tapi sumpah demiAllah saya memang tak tahu menahu tentang majlis perkahwinan ni. Tunang? Cincinyang diberi oleh Aliff pun saya tak pernah tengok. Yang saya tahu, saya banguntidur tadi cincin ni dah ada dekat jari saya.”

Kata Anna sambilmenunjukkan cincin emas yang berada dijarinya. Dia segera buka dan memasukkancincin tersebut pada poket baju melayu Aliff.

“Majlis nimemang tidak akan diteruskan. Untuk meminta bayaran balik yang telah pihak makcik keluarkan untuk majlis ni, mak cik boleh tuntut dekat mak tiri saya yangmemandai buat keputusan macam dia yang nak kahwin.”

Kata Anna sambilmemandang ibu tirinya. Lalu dia berjalan pergi naik ke tingkat atas rumah.

“Macammanalah kau orang boleh buat majlis tanpa persetujuan pengantin perempuan?”

Bebel Anna kuatsambil kakinya laju memanjat tangga ke tingkat atas. Dia capai kunci keretamiliknya dan dimasukkan kedalam bag tangannya yang terletak di atas meja kecilditepi katilnya. Pakaiannya ditukar dan dia segera mencapai beg tangannyaBersama beg pakaian yang tidak sempat dikemas semalam apabila dia pulang kerumah dan kembali turun ke tingkat bawah.

Dibawahtetamu sudah beransur pulang. Hanya tinggal keluarganya dan keluarga Aliff. IbuAliff kelihatan sedang terduduk menangis.

Aliffmenghampiri Anna.

“Diana,tolonglah. Jangan buat mummy aku macam ni.”

Rayu Aliff.

“Aku dari tadi terfikir. Macam mana kau orang buat majlis tanpa persetujuan akuand aku baru perasan tok kadi tak ada dekat majlis ni. Cuma ayah aku je yangada. Ujian HIV pun aku tak pernah ambil and segala persiapan untuk daftarkahwin, isi borang apa semua tu aku tak pernah buat. 6 bulan aku tak balikrumah. Kau buat majlis ni tanpa kebenarankan? Kau tak mohon pada pihak berkuasaagama sebelum ni betul tak?”

Soal Anna mengabaikanpertanyaan Aliff. Aliff terdiam melihat kata-kata Diana. Diana tersenyum.

“Aku bukanjenis perempuan yang akan setuju je bila kena kahwin paksa macam ni. Janganterkejut dengan personaliti aku. Jadinya kejadian hari ini adalah berpunca darikau. Kau tak kenal aku siapa. Mesti kau ingat aku akan setuju je kan ? Inyour dream!

Kata Anna sinissebelum berlalu keluar dari rumah.

“Anna!Jangan keluar! Kau jangan nak Malukan ayah kau!”

Jerit ibutiri Diana secara tiba-tiba. Riak wajah Anna berubah, amat jelas yang diaterhibur dengan kata-kata ibu tirinya.

“Ayah takkisah. Aku tengok pun dah tahu.”

Kata Anna mengejek.Tangannya menunjukkan ke arah ayahnya yang sedang duduk bersilang kaki sambiltangannya memegang telefon. Matanya ralit melihat skrin telefon dan dia lekaketawa sambil melihat video kelakar di telefonnya.

“Ayahjangan lupa tukar nama rumah dan harta ke nama Anna. Ada manusia gila hartadalam rumah ni sampai nak suruh orang kahwin secara paksa.”

Sindir Annakuat lalu terus berlalu pergi. Wajah Fatimah berubah merah. Malu mungkin.

XXXXXXXXXXX

Anna dudukbersila di atas sofa sambil tangannya memegang secawan kopi dan matanya ralitmelihat siaran yang di paparkan dikaca televisyen.

Tiba-tibatelefonnya berbunyi. Anna melihat nama yang tertera di skrin telefonnya.

“Ayah…”

Dengansegera dia mengangkat telefonnya.

“Halu..Ayah. Apa khabar?”

Soal Anna gembira.

“Anna dudukmana ni? Ayah baru lepas transfer duit belanja untuk kegunaan Anna.Kalau tak cukup bagitahu ye.”

“Anna dudukdekat rumah ibu. Ayah buat apa bagi duit dekat Anna? Anna bukan tak bekerja.”

“Takapalah, Anna masih tanggungan ayah. Kewajiban ayah untuk jaga Anna. Keadaan ibuAnna masih tak tahu lagi ke?”

Soal Ayahrisau akan keberadaan bekas isterinya. Kerana sikapnya yang leka bermadu kasihdengan wanita simpanannya, dia telah kehilangan isterinya yang amat dicintai.

“Tak ada langsung.Ibu cuma mesej Anna and cakap dia minta Anna jaga-jagakan rumah dia je. Lepas tusetiap bulan ibu masukkan duit dekat bank Anna. Sepanjang Anna duduk sini, takpernah ibu balik. Anna rasa ibu tak ada dekat sinilah. Dia bawa hati dia ketempat lain. Ayahlah gatal sangat.”

SelambaAnna mengutuk ayahnya. Ayah ketawa.

“Janganlahbuat ayah serba salah lagi. Ayah ingat nak ceraikan Fatimah ni. Tapi mak diatengah sakit. Siapa nak bayar bil hospital mak dia.”

“Ha! Sebabayah lembut hati sangatlah dia pijak ayah tahu tak? Cubalah keras sikit. Annatengok selamba sahaja dia berbelanja duit ayah. Lagipun betul ke mak dia sakit?Ayah pernah jumpa ke mak dia?”

Ayah terdiammendengar pertanyaan Anna.

See, takpernah jumpalah tu. Percaya betul ayah dengan dia. Ayah nak Anna siasat tak?”

“Kalau Annabanyak masa terluang Anna siasatlah.”

Annatersenyum.

“He he he..Anna sentiasa banyak masa untuk kerja-kerja macam ni. Lagi pun Anna bukan buatapa pun kat office, setakat jadi admin senang sangat kerja Anna.Ayah ingat sikit. Ayah tu bukan kaya sangat. Setakat PA bos besar. Lama-lamaduit simpanan ayah mesti habis. Dah lah tak lama lagi ayah nak bersara.”

Bebel Anna.

“Iyalah.Anna ayah ajak masuk kerja dekat sini Anna tak nak. Dekat sini banyak vacancy.Nak jadi pembantu peribadi pun ada. Semua tak tahan atasan dekat sini cerewetsangat.”

Kata ayahyang mengajak anaknya bekerja di syarikat dia bekerja sekarang.

“Jadi ayahnak Anna yang kerja sana. Sebab Anna dah faham perangai bos dekat sana betultak?”

Soal Annaselamba. Ayahnya ketawa kecil.

“Mestilah.Bos ayah sendiri suruh ayah pujuk Anna. Dia kata pewaris ayah je mampu layankarenah mereka satu keluarga.”

Anna ketawatak ikhlas. Dia dari kecil sudah biasa dengan keluarga bos ayahnya. Merekatidaklah cerewet cuma mereka teliti. Terlalu teliti. Disebabkan itulah ramaipekerja tidak sanggup bekerja dengan mereka.

“Annafikirkan dululah. Lagi pun kalau Anna kerja dekat sana. Anna ditugaskan padasiapa? Akak Sarah ataupun abang Taufiq?”

Tanya Annamerujuk kepada anak bos ayahnya.

“Mesti dekatSarah. Mana boleh dekat Taufiq. Taufiq tu buaya darat. Habis dia kacau Annananti. Kalau tak dia kacau mesti kawan-kawan dia kacau Anna.”

Kata ayahberseloroh. Anna ketawa kecil.

“Anna yakinabang Taufiq tak kacau Anna. Diakan Abang Anna.”

“OkaylahAnna. Ayah nak gerak dulu. Kejap lagi ada meeting. Jaga diri ya.”

Kata Ayah.

“Okay. Ayahpun jaga diri juga.”

Kata Annalalu dia terus mematikan talian.

“Ayah telefonke tadi?”

Soal ibu.Anna tersengih. Ya, ibunya tidak pergi ke mana-mana. Cuma dia menipu ayahnyauntuk kebaikkan ibunya. Mak tirinya dahulu kerap menyerang ibunya. Walaupun merekasudah bercerai. Ibunya pun seorang yang lembut hati orang rampas suaminya pundia diam je. Disebabkan kesian melihat kedukaan ibu dia, Anna membuatperancangan seperti ibunya sudah menghilangkan diri.

Annatersengih pada ibunya sambil kepalanya menganggukkan kepala mengiyakan pertanyaanibunya. Satu hari nanti dia yakin ibunya tidak perlu bersembunyi sepertisekarang. Dia akan pastikan itu.

 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AryyanPendragon