Perempuan itu masih lagi mengerang kesakitan.Terlentang dengan tangan menekup perut. Wajahnya pucat. Bibirnya pecah-pecah.Darah masih lagi mengalir dari liang luka itu. Seriau Rabeta melihatnya.Sekaligus, fobia datang tak diundang.
“Akakkena bangun tau. Saya bukannya kuat sangat ni. Saya tolong akak, akak tolongsaya… ya?” Perlahan-lahan, didudukkan perempuan itu beralaskan dadanya sendiri.
Kemudian, perlahan-lahan dicempungnyakedua-dua belah ketiak perempuan itu untuk membolehkan dia berdiri. Dipapahnya,perempuan yang lemah longlai itu.
Tubuhnya yang sebesar papan lapis itu tidakmampu memapah perempuan yang agak berisi itu. Perempuan itu pula bagaikan daunpisang dilayur. Lembik. Langkahnya juga semakin lemah.
“Akakkena kuat ya! Kita dah dekat dengan klinik ni.” Rabeta tercungap-cungap. Namundigagahkan diri apabila dilihatnya perempuan itu seperti kehilangan seluruhupaya.