Home Novel Keluarga RIKA
RIKA
Asmah Hashim
26/11/2017 20:38:17
12,490
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
BAB 1

            “Zara?Erk… mesyuarat dah habis ke?”  Rabeta mengelap matanya yang berair. Dia langsung tidak perasan akan kehadiran Zara. 

            “Dahmak cik… jauh sangat mak cik mengelamun. Sampai Zara masuk pun mak cik taksedar. Teringatkan si dia ke?” teka Zara. Matanya dikecilkan, wajah suram ituditatapnya seketika. 

            “Siapa?”Rabeta mengerutkan dahi.

            “Manalahtahu. Sejak akhir-akhir ni, mak cik nampak berseri-seri aje,” usik Zara. Rabetamenggeleng-geleng. Pen yang terlantar di depannya dicapai.

            “Makcik teringatkan mama Zara. Apa khabarlah dia sekarang…” akui Rabeta. Serautwajah cekal bermain di matanya.

            “Makcik memang sahabat mama yang baik.” Zara bersuara lirih.

“Mana mungkin mak cik lupakan mama Zara tu. Dialahyang telah memberi kehidupan baru pada mak cik,” luah Rabeta. 

Dalam keadaan dirinya sendiri susah, Nazatulmasih lagi sudi membantu dirinya. Mendahulukan orang lain daripada dirisendiri. Dia ingin menjadi seperti Nazatul.

            “Makcik janganlah sedih. Buat Zara rasa sedih pula. Siapalah yang tidak ingatkanmama.  Kalaulah mama tidak selamatkan Zara,agaknya entah bagaimana nasib Zara,” keluh Zara. Dia mendekati Rabeta. Bahuperempuan itu dipeluknya erat. Mereka sama-sama menangis, mengenangkan orangyang mereka sayang.

            “Kitakena cari mama! Di mana agaknya papa Zara sorokkan mama.”  Rabeta mendengus kasar. 

            “Entahlahmak cik, mungkin di Kutub Utara kut? Itu sebab tak jumpa,” gurau Zara.

            “Zara…taklawak, ok! Sudah! Jangan nak main-main lagi. Kita ada banyak kerja nak buat ni.  Biar mama Zara bangga tengok nanti…. bila diabalik ke sini lagi.” Rabeta membina harapan. Ceria kembali.

            “Ala…nak gurau sikit pun tak boleh.” Zara mencebik manja. Dia mengesat air mata yangberbaki. Arahan Rabeta perlu dipatuhi. Dia sayangkan Rabeta seperti diasayangkan mamanya. Kalau tidak kerana Rabeta dan mamanya, sudah pasti sekarangini dia sudah tiada lagi di dunia ini.Tentu kehidupannya sekarang ini berlainansekali. 

Rabeta hanya memerhatikan langkah Zara dengansenyuman yang terukir. Dia menatap sekali lagi gambarnya bersama Nazatul. Diarindukan senyuman sahabatnya itu.

***

            Nazatulmeronta-ronta kuat. Dia berharap sangat, rantai besi yang mengikat kaki dantangannya itu mereput seperti rafia dimamah tikus dan dia boleh keluar darisini. Sudah lama dia terpasung di dalam bilik bawah tanah itu. Bilik yangberbau hapak, busuk dan meloyakan tekak. Lebih busuk daripada tapak pelupusansampah.   

Tiada siapa yang tahu. Tiada siapa yangdatang menyelamatkannya. Air matanya gugur lagi. Kalau ditadah, sudah menjaditasik buatan. Hidupnya bagaikan kuda tunggangan. Hanya diberi makan dan minum.Pakaiannya tidak berganti. Waktu datang bulan juga, darah kotor itu dibiarkanmengalir membasahi tilam dan lantai. Hanyir menjolok hidung tak terkatakan. 

           

Nasib baiklah anak dan sahabatnya itu sempatmeloloskan diri. Kalau tidak tentulah nasib mereka akan jadi sepertinya.Tubuhnya terasa lenguh. Dia berusaha bangun dan menggerakkan tubuhnya. Sedihmencakar hatinya. Dia masih cuba bertahan demi mereka. Kalau tidak agaknyasudah lama jiwanya mati.

Nazatul tidak berhenti-henti berdoa, agarsuaminya tidak mengganggu mereka. Lebih-lebih lagi RIKA yang didirikan demimembantu golongan penagih dadah dan pelacur yang ingin berubah menjadi manusiayang baik, kembali ke pangkal jalan.

            Diapasti, mereka masih berada di sana. Dia hanya mampu berdoa dari kejauhan agar rumahitu terus berdiri dan beroperasi. Semoga usahanya itu terus disambung olehRabeta dan anaknya. Niatnya hendak membantu mereka yang sesat kembali kepangkal jalan.

Bukan mudah mengubah manusia daripada jahatmenjadi baik, daripada syaitan menjadi manusia seperti suaminya.  Suami?

Kuakan daun pintu mematikan lamunannya. Nazatulmemejamkan mata. Menyampah, meluat untuk memandang wajah lelaki yang telahmemenjara dan memusnahkan hidupnya itu. 

Zaheer, lelaki yang dikahwini kerana pilihanorang tua. Dia tidak pernah menyangka, lelaki yang kelihatan begitu baik dimata keluarganya sanggup memperlakukannya dia seperti perempuan murahan.

“Abang datang bawa makanan ni…” Nadanyamenghina. Lebih-lebih lagi kemudiannya dia ketawa mengekek. Bau hanyir danhancing tidak menyinggah hidung lelaki itu kerana awal-awal lagi dia sudahmemakai topeng muka. Boleh muntah hijau, kalau tercium bau di bilik bawah tanahitu.

Suara yang menyapa telinga Nazatul terasapedih menanah. Kalau boleh, biarlah telinganya pekak sahaja, agar tidakmendengar suara yang menyakitkan itu. Matanya sengaja dipejamkan rapat. Nazatulbelum lupa. Sebulan usai mendirikan rumah tangga, dia sudah dilacurkan olehlelaki itu. Bukan lagi syaitan, tapi iblis.

Makanan, terpaksa ditelannya juga, demimemberi tenaga pada tubuh sendiri. Jika tidak dipujuk hati, sudah lama diamenyerah. Mengaku kalah.

            “Takpayahlah buat-buat tidur, aku tahu kau tak pernah boleh tidur lena,” kata Zaheer.Dia mendekati isterinya yang masih ‘setia’ di situ. Dia menyengih. Rambut Nazatulyang panjang mengurai dan kasar seperti dawai itu ditarik kuat. 

            “Sakitlah!”Nazatul mengerang kesakitan. 

            “Ininasi kau! Makan! Aku tak nak kau mati cepat!” jerkah Zaheer. Nasi yang berisi ikangoreng dan kicap diletakkan di depan Nazatul. Hanya lauk itu yang layak dijamahnya.Perempuan yang berhati keras dan degil. Bertahun-tahun dilacurkan, tiba-tibamelarikan diri dan mula melawannya.

            “Akutak nak makanlah!” protes Nazatul. Kehadirannya dengan niat menjadi penyelamat,mengundang dirinya terkurung di sini.

            “Makanlah!Aku tak nak kau mampus senang-senang aje.” Zaheer mencekau nasi putih tadi danmenonyoh-nonyohnya ke mulut Nazatul.  

            “Biaraku mati!” laung Nazatul sambil meludah-ludahkan nasi itu ke muka Zaheer.

            “Isteriderhaka!” sumpah Zaheer. Tamparan dihadiahkan sebaik meraup mukanya yangdisembur nasi dan air liur tadi.

“Lepaskan akulah! Dah bertahun kau kurung akumacam ni. Apa kau nak lagi? Tak puas lagi ke kau seksa aku?” jerit Nazatul.Rasa marah mencucuk jantungnya. Pemberontakan jiwanya terbias.

            Tidakseperti dulu. Bertahun-tahun dia diseksa dan didera mental dan fizikal. Melarikandiri tidak pernah difikirkan. Apatah lagi, Zaheer sering mengugut akanmencederakan ahli keluarganya. Mahu atau tidak, suka atau tak suka, diaterpaksa akur. Dalam diam-diam, dia menubuhkan Rumah Ikatan Kasih.

            “Akujanji, jika kau lepaskan aku, aku takkan kacau kau!” Nazatul berubah sayu. Diatidak mahu terus terdera di situ. Hatinya berkeras ingin bebas dari situ. Bebasbertemu anak dan kawan-kawannya. Bebas bertemu keluarganya. Tentu merekamengharapkan kepulangannya.

“Betul? Janji…?” Zaheer mendekatkan wajahnya.Pipi Nazatul ditepuk-tepuk perlahan. Nazatul mengangguk sungguh-sungguh. Sinarkebebasan mencelah.

Previous: PROLOG
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.