Kuat. Itulah misi utama Teja apabila membuat keputusan untuk kembali ke dewan latihan gimnastik setelah 11 tahun meninggalkan sukan kecintaannya itu. Dia perlukan kekuatan untuk menjadi perisai. Ternyata perjalanan menjadi kuat itu berliku dan melelahkan. Tekanan demi tekanan harus dihadapi.
"Selamat datang ke Ekspres Jupiter."
Pertembungan dengan Ekspres Jupiter bukan kebetulan. Bas misteri itu dan kaptennya yang mempesona telah memilih Teja menjadi penumpang, sekali gus membawa dia melalui satu perjalanan yang memberi jawapan kepada misi hidupnya.
Menjadi perisai ataupun tidak, Teja hanya mengetahuinya apabila tiba di perhentian. Pada hujung kembara itu, Teja mahu menjadi orang yang mampu berterima kasih kepada Hilzan, dan Ekspres Jupiter.
*****
Novel sukan + fantasi dalam siri K-Lit ini sudah terbit.
Pesan salinan anda sekarang di Karangkraf Mall.