Home Novel Fantasi Neo : Mimpi Semalam
Neo : Mimpi Semalam
Kid Haider
26/2/2015 13:36:56
135,443
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 24

Sarah


"Oh Tuhan!" Doktor Sarah amat terkejut apabila menonton berita mengenai letupan di PRASASTI dan apa yang terjadi kepada Doktor Adam. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku. Tanpa berlengah lagi, dia segera menelefon Doktor Fendi.

"Helo Fendi! Aku nak beritahu kau satu perkara ni….."

"Kenapa Sarah? Kau kedengaran cemas"

"Tentang Adam. Kau tahu yang PRASASTI meletup dibom sebentar tadi?"

"Meletup? Tidak. Bagaimana dengan Adam?"

"Dia… dia sudah tiada lagi. Dia dibunuh semalam di sana dan kalau kau hendak tahu, wanita yang disyaki membunuhnya itu serupa benar dengan Marina. Dialah yang meletupkan bangunan PRASASTI."

"Dia letupkan bangunan itu? Dengan bom jangka?"

"Bukan dengan bom jangka. Tetapi dirinya sendiri. Dia berkeupayaan untuk meledakkan dirinya sendiri dan meletupkan sebahagian kawasan PRASASTI."

"Aku tidak hairan kalau benda itu boleh berlaku"

"Apa maksud kau?"

"You know what I mean, don't you?"

"Kau ada di mana ni?:

"Rumah"

"Okay. Aku hendak berjumpa Marina dahulu."

"Okay. Bila?"

"Esok"

"Baiklah. Sampaikan salam aku pada dia"

"Okey. Bye Fendi"

"Bye"

Doktor Sarah membuka laman web yang menyiarkan tentang berita letupan itu. Dia masih hairan dan keliru dengan apa yang berlaku. Ingatannya mengenai peristiwa-peristiwa yang terjadi di antara mereka bertiga satu persatu hadir ke dalam fikirannya. Dia mula berspekulasi.

Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.