Home Novel Fantasi Neo : Mimpi Semalam
Neo : Mimpi Semalam
Kid Haider
26/2/2015 13:36:56
116,902
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 13
Corak Permainan


Laporan yang diterima mengenai kehilangan beberapa orang awam sejak tiga minggu yang lalu masih membelenggu fikiran Inspektor David. Dia termenung panjang.

"Hai! Termenung jauh nampak!" rakannya Salem menegur.

"Aku sedang fikir tentang kes ini"

"Tentang orang-orang yang hilang itu?"

"Ya Salem! Aku hairan. Jika beberapa bulan yang lalu, kehilangan seperti ini pasti akan diikuti dengan penemuan mereka di tempat-tempat awam dalam keadaan tidak sedarkan diri. Namun, kali ini tidak"

"Aku ada dengar tentang semua itu. Nampaknya, kali ini mereka yang dilaporkan hilang sejak tiga minggu yang lalu masih tidak dapat ditemui lagi"

"Ya Salem. Sebelum ini, mereka yang hilang akan ditemui di tempat-tempat seperti perhentian bas, pondok telefon, balai bomba dan pusat membeli-belah. Keadaan mereka baik. Tidak cedera. Sedikit luka pun tiada pada badan mereka. Wang dan barang-barang berharga mereka juga tidak dicuri"

"Ini bukan bermotifkan rompakan nampaknya"

"Yang lebih menghairankan, apabila mereka diminta memberi keterangan, tiada seorang daripada mereka pun yang dapat memberi penjelasan tentang apa yang berlaku. Mereka seperti hilang ingatan. Mereka juga tidak sedar apa sebenarnya yang telah berlaku kepada mereka"

"Aku rasa semua ini sudah berlarutan berbulan lamanya bukan?"

"Semuanya bermula sejak lapan bulan yang lalu. Kami akan terima laporan mengenai kehilangan orang awam dan beberapa hari kemudian, mereka akan dijumpai semula. Mereka hilang dan kemudian dijumpai. Hilang buat seketika dan kemudian dijumpai semula. Perkara ini berlarutan tanpa dapat dijelaskan sebab musababnya"

"Jadi kenapa agaknya mereka terus hilang sekarang? Corak permainannya seolah-olah ditukar kali ini David"

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.