Home Novel Cinta Mr. Debater Miss Motivater
Mr. Debater Miss Motivater
Gorjes
20/11/2019 09:55:38
69,873
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 14

Puan Sri Mariam membelek katalog lukisan baju kurung. Beliau kagum dengan dua orang anak muda yang bersemangat memperjuangkan seni warisan peradaban Melayu. Pakaian kaum wanita yang digunakan oleh semua masyarakat sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga kini. Sambil meneliti rekaan busana itu, mata Puan Sri tertancap pada bingkai gambar graduasi milik Kasih. Ada tiga bingkai yang menarik perhatian Puan Sri Mariam. Sebuah lukisan diapit oleh dua buah bingkai bergambar. Lukisan itu sungguh indah. Tanggapan Puan Sri Mariam, pelukis yang melukis gambaran danau yang luas dan tenang itu pasti sungguh idealistik kerana mampu membuat sesiapa sahaja yang memandang lukisan itu tanpa berkelip. Seratus peratus menenangkan hati si pemerhati. Leka sungguh Puan Sri Mariam meneliti.

 

“Lukisan tu ekslusif.”

Lamunan tersentak.

“Semua pelanggan yang datang ke sini macam Puan Sri, mata tak berkelip tengok lukisan tu. Jemput minum Puan Sri.” pelawa Amanda sambil menuangkan air teh ke dalam cawan porselin.

“Kebetulan saya ni penggemar barang ‘antik’. Tenang sungguh saya rasa bila pandang lukisan itu. Macam dejavu.”

“Dejavu!”

“Macam. Tadi Amanda kata lukisan ni ekslusif, siapa pelukisnya? Manalah tahu saya kenal. Oh, ya nanti jemputlah datang ke rumah saya, banyak lukisan imej alam yang saya tempah daripada pelukis dalam dan luar negara. Semuanya limited edition.”

“Lukisan itu kalau tak silap milik keluarga Kasih. Ayah dia yang lukis. Jemput minum Puan Sri, Elle.” Pelawa Amanda.

“Oh, ye ke. Beruntungnya Kasih ada ayah yang pandai melukis.” Puji Puan Sri .

“Itulah, bakat melukis tu dah bersarang dalam jiwa Kasih. Mana nak ditumpahkan kuah kalau bukan ke nasi kan Puan Sri. Tapi…” kata-kata Amanda mati di situ.

“Tapi…” Puan Sri juga tertanya-tanya mengapa riak wajah Amanda berubah.

“Ayah Kasih dah meninggal dunia…terkorban dalam nahas jalan raya. Sepatutnya lukisan ini ayah Kasih hantar kepada pelanggannya. Tapi arwah tak sempat pun serahkan lukisan yang dia bawa. ”

“Saya tumpang bersedih.”

“Puan sri, saya ni diluah mati emak, ditelan mati bapak. Rasa tak seronok nak cerita. Begini Puan Sri, selama kami menghasilkan rekaan baju, belum pernah lagi ada rejection. Saya terpaksa cakap perkara ini, anak Puan Sri, Encik Noah mati-mati reject design Kasih. Habis selera makan sahabat saya itu hilang gara-gara dipermalukan.”

Amanda, rejection is the key to success. Penolakan itu ialah salah satu cara untuk kalian gali dengan lebih banyak lagi kemahiran yang kalian belum pernah cuba dan adakan. Butik kamu yang kecil ini boleh berkembang pesat dengan hanya satu penolakan. Mungkin hari ini anak saya yang cerewet tu adakan penolakan. Siapa tahu, dengan satu penolakan kamu berdua bangkit bawa satu transformasi baharu. Fresh and spectacular designs.”

 

“Tapi Puan Sri…”

 

“Kamu kena berubah corak pandang. Jangan selalu nak melenting bila berhadapan dengan masalah. Anak muda macam kamu berdua mempunyai masa depan yang cerah. Ingat satu perkara, tak semua orang ada bakat seperti kamu berdua. Allah dah kurniakan anugerah ini jadi jangan disebabkan satu penolakan,kamu dah berputus asa. It’s totally wrong. Tolong jangan salah faham, saya tak menyebelahi mana-mana pihak. Saya kenal anak saya. Degil! Tapi…hati dia baik. Saya benar-benar minta maaf bagi pihak Noah. Dia tak sepatutnya cakap macam tu.” Kata Puan Sri dengan senyuman terpamer pada wajahnya yang bujur sireh.

 

 

Amanda terdiam seketika. Jari-jemarinya menggosok kedua-dua paha berulang-ulang kali. Hanya senyuman Colgate yang kelihatan.

‘Ha, mengadu lagi. Kan dah kena lecture PSM. Baik? Noah baik? Ya Allah, Kau tunjukkanlah kebenaran di depan mata Puan Sri. Aku nak cakap lebih-lebih pun, anak dia. Siapa tak sayang anak Amanda ooiii!’

 

PSM ialah singkatan kepada ‘Puan Sri Mariam’.

 

“Puan Sri Mariam, terima kasih atas sokongan dan galakan Puan Sri. Hati saya yang panas dengar kata-kata Encik Noah boleh sejuk bila dengar kata-kata seorang ibu yang penyayang macam Puan Sri.” luahan jujur Amanda.

 

‘Kata orang sikap ibu bapa akan diperturunkan kepada anak-anak. Dalam kes ini, aku tengok sikit pun tarak satu pun persamaan Noah dengan ibu dia. Silap haribulan aku cap Noah tu anak angkat!’ getus hatinya.

 

“Baiklah, boleh saya tengok design lama tu. Saya yang akan buat keputusan untuk cucu saya, Elle.” Jelas Puan Sri mariam sambil tersenyum memujuk hati Amanda.

 

“Ada. Sekejap ye, saya ambil.”

Amanda sudah hilang dari pandangan.

 

Puan Sri memerhatikan Elle yang sedang khusyuk bermain telefon pintarnya. Sesekali matanya memerhatikan lukisan di dinding itu kembali. Ada garis waktu yang memisahkan dia dengan kenangan lukisan yang ditatapnya. Lukisan yang indah, lukisan yang dilukis oleh seseorang yang amat dikenalinya.

 

Banggg….

 

“Ya, Allah! Eh, bunyi apa tu!?”

 

Amanda mengintip dari balik tingkap kaca di butiknya.

 

Terkejut!

 

Terkaku!

 

“Kasihhhhh!!!” Jerit Amanda.

 

Akibat kelajuan yang teramat laju, skuter Kasih tidak dapat dikawal dan akhirnya dia telah merempuh sebuah kereta di hadapannya. Skuter Kasih melanggar gril hadapan kereta BMW X5. Beberapa gril telah bengkok . Akibat hentaman kuat itu, bukan sahaja gril kereta mewah itu bengkok, salah sebuah lampu LED hadapan telah pecah. Pemilik kereta memakir kereta di bahu jalan. Hentaman kuat itu mengejutkan si pemilik kereta BMW X5. Tubuh Kasih sudah terbaring di atas jalan raya selepas mencium cermin hadapan kereta sebelum tercampak ke atas jalan tar.

 

Si pemilik kereta keluar dengan wajah yang berang namun sedikit tersisa resah. Panas mentari kian terik sekali gus membakar kulit cerah lelaki itu.Wajahnya seperti udang bakar. Lelaki itu menerpa ke arah Kasih yang sudah tidak sedarkan diri.

 

Bunyi dentuman kuat itu menarik perhatian Amanda dan PSM. Amanda keluar dari butik. Dia terkejut melihat skuter yang ditunggang oleh Kasih remuk akibat melanggar sebuah BMW X5. Kuih-muih yang dibeli kasih tercampak sekali lagi di atas jalan raya. Ini menjadikan kes kali kedua kuih tersebut tercampak di atas jalan. Jangan ditanya bentuknya seperti apa. Tragis!

Amanda berlari menghampiri lelaki yang sedang dikerumuni oleh orang ramai.

 

“Kasihhhh… Ya, Allah, apa dah jadi dengan kau ni Kasih? Bangun Kasih, bangun…cakaplah dengan aku!” Air mata berjurai menitis di pipi Amanda. Pandangan mata beralih ke susuk tubuh lelaki yang sedang membuat panggilan. Sangkaan Amanda tepat, lelaki itu sedang menghubungi Ambulans untuk memaklumkan hal kemalangan yang baru terjadi ini. Lelaki itu membelakangi Amanda yang masih setia di samping Kasih. Sebaik lelaki itu memusingkan badannya, saat itu juga tangisannya terhenti dan dia menjerit seperti orang gila.

 

“Arrrgggghhhhhhh…..”

Amanda bertindak menyerang lelaki itu. Tangannya mencengkam kolar baju kemeja milik lelaki itu.

“Eh, Cashman! Apa yang kau dah buat kat kawan baik aku a.k.a BFF till Jannah aku ni? Cakap!” Suara seperti harimau yang kelaparan.

“For your information, bukan aku yang langgar dia. Dia yang rempuh aku. Lepas la!”

Seraya kata-kata itu, cengkaman kolar Noah dileraikan.

“Aku tak kira, kau kena bertanggungjawab atas kejadian hari ini dan semalam. Tolong jangan jadi pengecut.” Amanda mengetap bibir.

“Kau faham ke tak perempuan. Bukan aku yang langgar dia. Bff till Jannah kau yang rempuh aku. Sepatutnya kau ucap terima kasih sebab aku dah tolong call Ambulans. Luka Bff till Jannah kau …boleh rawat lepas tu claim Insurans habis cerita. Luka Bff aku? Siapa pula nak tanggung? Aku ke…kau? Kata Bff till Jannah, nanti aku hantar bil kat kau.” Seraya kata-kata itu, Noah berlalu pergi ke arah ‘kawan baiknya’.

 

Amanda mengetap bibir. ‘Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata..hambek kau, bayar bil kereta dia! Oh, tidak!’ bisik hatinya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

 

Kini, dia terpandang sesuatu. Kedudukan kereta BMW X5 yang dipakir di bahu jalan dan bukannya di kotak pakir seperti yang sepatutnya.

 

Mentol bercahaya!

Amanda mengambil telefon pintar dan menangkap beberapa keping gambar yang boleh dijadikan sebagai bahan bukti kelak.

Dia mengejar Cashman yang ego mengalahkan angkasa raya.

 

“Cashman tunggu!” Amanda berlari-lari anak.

 

“Apa lagi! Panggil nama aku elok-elok sikit. NOAH KASHMANNNN!”

 

“Aku pelik la kauorang berdua ni. Seorang panggil ‘Naoh’, seorang lagi panggil aku ‘Cashman’. Disleksia ke apa korang ni?! Mak ayah aku bagi nama aku sempurna je. Ini tak kau pandai-pandai je ubah! Apa nama kau?”

 

“Kenapa?”

“Amanda, nama dia Amanda, Noah.” jawab Puan Sri Mariam.

 

‘PMS ini pecah lubang la pulak!’ Amanda mengerling tajam ke arah Noah.

 

“Apa? Panda!” Kata Noah meletakkan tangannya di belakang telinganya.

 

Amanda dah rasa nak bertukar macam Goku. Panas sungguh hati Amanda.

 

“Dah habis dah lecture!” satu renungan tajam menangkap pandangan lelaki di hadapannya.

 

‘Anak, mak sama ja, kuat bebel. Sumpah aku minta simpang berkeluargakan hampa semua. Mulut mengalahkan Perdana Menteri.’

 

Amanda menunjukkan gambar yang diambilnya sebentar tadi. Gambar yang menunjukkan kereta milik Noah.

“Kereta aku. My Bff! So, what?

“Ish, kejap aku zoom.”

“ Jalan tar!”

“Aku cuma nak beritahu, aku tak akan bayar satu sen pun bil untuk kerosakan kereta kau. Lagipun kereta kau bukan pakir dalam garisan kuning. Ini bahu jalan Cik Abang. So, lupakan je anggan-anggan nak saman My Bff till Jannah. Kalau kau pergi World Court sekali pun, kau kalah Cashman.”

 Amanda ketawa sinis berlalu meninggalkan Cashman. Sempat dia berpaling lalu tangan kanan bersimbol ‘L’ iaitu Loser dihalakan ke arah jejaka yang sedang menahan amarah. Sejurus itu, tangan kanan bersimbol ‘L’ bertukar menjadi pistol.

 

“Bang…bang…”

 

Noah tercabar dengan tindakan Amanda. Dia belum pernah dimalukan sebegini rupa.

“Aku tahu kau tak mampu pun nak bayar kerosakan kereta ni.” Jerit Noah.

 

Dendam kecilnya terbalas.

 

Amanda mendapatkan Puan Sri Mariam yang dari tadi memerhati ‘jual beli’ antara dia dan Noah. Pelik, Puan Sri Mariam tidak memenangkan anaknya. Sebaliknya dia mendiamkan diri.

“PMS eh…Puan Sri Mariam.”

Look Elle, grandma get another nickname, PMS. I like it.”

“Kalau saya panggil PMS, Puan Sri tak kisah ke?”

Hanya senyuman menjawab pertanyaan Amanda.

“Saya terpaksa tundakan perbincangkan kita. Saya perlu uruskan Kasih ke hospital. Mak dia pun saya belum call beritahu tentang keadaan sebenar. Nampaknya, dua tiga hari ni, butik ini terpaksa ditutup. Apa-apa nanti saya akan Whatsapp PMS untuk butiran selanjutnya.” Terang Amanda panjang berjela.

 

“Amanda jangan risau. Tolong uruskan anak saya sebaik mungkin. Kalau perlukan apa-apa nanti maklumkan je.” Pesan Puan Sri Mariam tergesa-gesa.

 

Amanda hanya mengangguk kehairanan.

 

Kini butik sudah dikunci. Kedengaran bunyi Ambulans memecah kesunyian.

“Ambulans dah sampai. Saya terpaksa minta diri dulu PMS.” Kata Amanda sambil bersalam dengan Puan Sri Mariam.

 

“Amanda.” Panggil Puan Sri Mariam kepada Amanda. Tangan Amanda ditarik lembut.

“Tolong update perkembangan Kasih nanti. Saya tunggu!” Pesan terakhir Puan Sri Mariam sebelum Amanda meninggalkan dia bersama-sama cucunya, Elle.

 

“Insya-Allah.” balas Amanda ringkas.

 

Tubuh genik itu berlari mendapatkan Kasih yang disorong ke dalam Ambulans. Mereka hilang dari pandangan mata Puan Sri Mariam, Elle dan Noah.

Dari pandangan dekat, Puan Sri Mariam memerhati gelagat anak bongsunya yang sungguh kecewa melihat kereta kesayangannya telah remuk sedikit akibat kemalangan. Walaupun sedikit, namun kos yang bakal ditanggung anak lelakinya itu mungkin berganda.

 

“Grandma, why are you staring like that?” Soal Elle.

“Our BMW Series Man is no longer BMW Series Man!”

Kata-kata itu terarah kepada susuk tubuh lelaki bersama-sama ‘BFF’nya.

 

 

 


Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Gorjes