Home Novel Cinta Mr. Debater Miss Motivater
Mr. Debater Miss Motivater
Gorjes
20/11/2019 09:55:38
69,966
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 17

 

Deruan air sungai mengalir deras dapat dikesan dengan deria manusia. Bunyi unggas petang berkicau seperti memanggil ahli unggas yag lain untuk pulang ke sarang, tanda matahari akan meneggelamkan cahayanya, hari mahu gelap.

Kebiasaannya dia ditemani sepupunya Zaki. Namun, petang itu Zaki tidak dapat menemaninya kerana Zaki terpaksa mengikuti bapanya pergi bertukang. Ayah Zaki ialah abang kepada ibu Kashaf. Ibu dan ayahnya sudah tiada lagi. Dia kini tinggal dengan keluarga Zaki.

Lokasi hari ini ditemui olehnya. Di bawah titi. Zaki pun tak pernah sampai hingga ke bawah titi ini. Tidak terlalu tercorot dan tidak terlalu dikelilingi semak daun-daun pokok dan rumput.

Kashaf berhenti daripada menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh Cikgu Kassim. Buku Matematik Tambahan ditutup. Sebatang pensil terselit dalam bukunya. Kashaf menghadapi masalah untuk mengikuti kelas aliran Sains. Dia bercadang untuk menghantar surat kepada pihak pentadbir sekolahnya berkenaan permohonan untuk menukar aliran Sains kepada aliran Kemanusiaan. Fizik, Biologi dan Kimia, nak meletup otaknya. Sekadar mata pelajaran mengira, dia masih boleh menghadapnya.

Kashaf mengalihkan pandangannya ke bawah jambatan. Dari kejauhan rumah pondok kecil di tepi sungai itu, Kashaf berjalan menghampiri batu-batuan di hadapannya. Selangkah demi selangkah kaki membilang tapak. Kedudukan batu-batuan besar terletak tidak jauh antara satu sama lain. Mudah untuk Kashaf menyusun langkah untuk sampai ke bawah titi.

Keadaan di bawah titi sebenarnya sungguh nyaman. Mungkin disebabkan dinding-dinding dan lantai batu di bawah jambatan titi gantung itu diselaputi dengan lumut. Banyak pula oksigen yang dibebaskan jadi sesuai sangat untuk menjadi terapi minda Kashaf ketika ini. Di suatu sudut Kashaf duduk sambil memerhati deruan air sungai mengalir.

Suatu suara bergelak ketawa memecah kesunyian petang itu. Suara itu, adakah itu Kasih Amani?

"Ibu, apalagi Cikgu Kassim pun menjerit la. Katak, katak, katak..." Cerita Kasih sambil ketawa mengenangkan kejadian lepas. Kejadian Cikgu Kassim dan Katak.

"Kasih." Tegur Mak Salmah sambil mengisyaratkan kepada anak perempuan tunggalnya supaya memperlahankan suara. Jari di mulut diisyaratkan. Kasih mula menekup mulut.

"Nasib Kasih tak pegang katak tu. Kalau tak, ibu tak tahu la." Kata Mak Salmah sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. " Kalau Kasih pengsan kat sekolah, ibu suruh ayah belikan katak lagi seekor, bagi cium anak ibu ni. Mesti lepas ni dah tak takut katak lagi." Usik Mak Salmah.

"Eleh, ibu cakap Kasih, ibu pun sebenarnya takut katak jugak, kan? Katak ong,ong..." Kasih memulangkan paku buah keras kepada ibunya. " Kata orang kan ibu, mana nak ditumpahkan kuah kalau tidak ke nasi kan." Tambah Kasih lagi.

"Ibu kalau takut tak ada sampai nak menjerit, pengsan macam orang tu. Hahaha..." Mak Salmah mengembalikan tukul besi kepada anaknya.

"Okay, ibu." Kasih mencebik. Tangannya ligat memetik pucuk paku pakis yang berada di hadapannya. " Ibu, ibu nak masak masak lemak pucuk paku ke?" Tanya Kasih beralih kepada topik baru.

"Kasih, lauk tu la yang buat ayah kau jatuh hati dengan ibu. Inilah..." Kata Mak Salmah sambil menunjuk ke arah pucuk paku di hadapannya.

"Patutlah ibu selalu sangat masak lauk masak lemak pucuk paku ni. Ada sejarah rupanya..." Kasih melihat bakul yang dipegangnya sudah hampir dipenuhi pucuk paku. 

"Ibu, cukup la untuk hari ni. Nanti kalau tak cukup Kasih datang petik lagi. Jomlah balik ibu." Kasih menarik tangan emaknya keluar dari semak. Mak Salmah tidak dapat berbuat apa-apa.

 Dia hanya mengikut telunjuk anaknya sahaja.

Keluar sahaja dari kawasan semak, Kasih membetulkan tudungnya. Bakul yang dipegangnya diletakkan di atas tanah. Wajah Kasih betul-betul menghadap titi gantung dan sungai yang mengalir lesu. 

" Wah, banyaknyaaa..." Kata-katanya terhenti seketika kerana anak matanya saling bertemu dengan anak mata Kashaf. Cepat-cepat dia membetulkan tudungnya semula.

Kashaf masih di bawah titi gantung. Suara Mak Salmah menegur Kashaf. " Kashaf, buat apa petang-petang ni dekat bawah titi tu? Dah nak senja ni." Kata Mak Salmah sambil tersenyum kelat.

" Tak buat apa pun, duduk aje. Mak Salmah dengan Kasih pergi petik pucuk paku ke?" Tanya Kashaf.

"Tak lah, kami tengah petik strawberi dekat tepi sungai ni. Dah nampak bakul penuh dengan pucuk paku, buat-buat tanya pulak." Sampuk Kasih yang sudah menunjukkan riak wajah tidak suka.

"Kasihhh..." Mak Salmah mencubit lengan baju kemeja Kasih. " Aduh, sakitlah bu...!" Laung Kasih sambil menggosok lengannya.

"Tahu sakit, kau tu anak dara cubalah tunjuk perangai elok sikit. Haiii..." Jegil mata Mak Salmah kepada Kasih. Namun Kasih buat tak endah.

" Maafkan Kasih ye, Kashaf." Kata Mak Salmah malu dengan perangai anaknya yang agak kelakian dalam berbahasa.

" Eh, Mak Salmah tak apa! Saya dah biasa dah dengan bahasa Kasih. Lagipun dekat sekolah memang kita orang cakap macam tu. Orang cakap lebih rapat." Jari-jemari Kashaf dicantumkan bersilang antara satu sama lain bagi menunjukkan betapa akrabnya dia dan Kasih.

" Ibu dah habis sesi tegur menegur ? Ibu, orang balik dulu." Kasih mengangkat bakul berisi pucuk paku lalu meninggalkan Mak Salmah di belakang.

"Ish, budak ni. Mak Cik Salmah balik dulu ye Kashaf. Tunggulah ibu. Kasih...Kasih." Mak Salmah berlari anak mengejar anaknya di hadapan.

Kashaf ketawa kecil melihat perangai kebudak-budakan Kasih. Kasih ialah musuh ketat Zaki. Daripada Zaki dia mengenali Kasih. Menurut pandangan Zaki, Kasih sangat teruk dan bermasalah kepadanya. Ada sahaja perangai atau sikap Kasih yang dia tidak puas hati. Mahu sahaja dia kenakan Kasih. 

Namun, jauh dari pandangan Kashaf, Kasih ialah seorang gadis yang baik, sentiasa murah dengan senyuman dan kadang-kala telatah kelam-kabutnya menghiburkan Kashaf. Walaupun dia seringkali berperang mulut dengan Kasih gara-gara Zaki, namun Kashaf belum pernah melihat Kasih yang mulakan pergaduhan antara mereka. Bak kata orang ramai, tiada angin masakan pokok bergoyang. Kalau orang tidak ganggu Kasih, masakan Kasih meletup seperti gunung berapi.

Kashaf bangun menyarungkan selipar yang dijadikan sebagai alas tempat duduk tadi. Sebaik berpusing, Kashaf Cuma melangkah beberapa langkah lalu langkahnya terhenti. Matanya terbeliak besar. Mulutnya ternganga.

"Ya, Allah! Macam mana aku nak balik ni. Banyaknya Kaaataakk..." Dengusnya.

Rupa-rupanya kawasan di bawah titi ini ialah habitat sekalian katak. Katak-katak ini muncul tatkala malam menjelma. Tadi semasa Kashaf melangkah ke situ, jangan kata seekor katak, bayang katak pun tidak kelihatan. Sekarang Kashaf perlu mencari jalan keluar. Bagaimana dia hendak meninggalkan lubuk katak ini. Kashaf hanya mengadu domba di dalam hati.

Doanya satu, dia mahu keluar dari kawasan itu.

 

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Gorjes