Pernahkah kau
terfikir yang disepanjang hidup yang kau sudah lalui sebelum kau berkahwin
dengannya, dia sebenarnya sudah muncul berdekatan dengan tempat kau berada.
Mungkin dia pernah melintasi kau saat kau sedang berjalan di kaki lima kedai.
Mungkin juga dia pernah menggunakan sesuatu yang pernah kau guna. Dia juga
mungkin kenal rapat dengan seseorang yang kau kenal. Dia pernah tinggal di
rumah sewa yang kau pernah tinggal waktu kau di tahun tiga dan empat
universiti. Dia juga berada di belakang kau sewaktu kau menghantar abang kau ke
Amsterdam di lapangan terbang, sedang merenung jadual penerbangan. Lebih ironi,
dia ialah orang yang kau pernah keji sewaktu kau terpijak gula-gula getah di
lantai tetapi kau tidak tahu. Mungkin juga dia penerima duit yang kau
sedekahkan di rumah anak yatim. Dia jugalah yang menggunakan seluar jeans yang
kau jual di bundle. Ada lagi! Dia pernah
memphoto-boom gambar kau dan
kawan-kawan sewaktu kau pergi mendaki bukit selepas tamat persekolahan.
Kau tidak tahu
bukan?
Tetapi, aku
tahu.
Sebab akulah
pencipta kisah kau semua.
Tak percaya?
Hahaha.