Daun pintu rumah terkuak. Seorang
gadis yang masih lengkap berpakaian kerja melangkah masuk. Jam dinding sudah
menunjukkan angka sembilan malam. Tetapi, si gadis baru pulang ke rumah
meskipun waktu pejabat berakhir jam lima setengah. Ia sesuatu yang normal di
dalam dunia serba abnormal ini. Dengan ekonomi yang gawat seperti sekarang,
ramai persaing-pesaing yang menunggu untuk menerkam, merebut lompong-lompong
peluang kerja yang ada. Unemployment rate
terus meningkat. Kalau pun menurun sedikit, bukannya disebabkan lebih ramai
orang mendapat kerja tetapi disebabkan semakin galak orang keluar dari labor
force. Had umur persaraan yang dilanjutkan barangkali menyukarkan labor force
yang baru lepas graduate dan belum memiliki pengalaman kerja. Majikan lebih
suka menggajikan pekerja yang sudah mahir untuk mengurangkan kos latihan. Jadi,
tenaga kerja muda seperti Sufi perlu berusaha keras dan bersedia untuk bersaing
secara sihat untuk mengekalkan kerja yang ada.
Sufi bukan datang
dari keluarga yang kaya. Dia juga tak punya suami untuk menanggung atau
setidak-tidaknya meringankan sedikit kos perbelanjaan hariannya. Jadi, berhenti
kerja atau diberhentikan kerja bukan opsyen. Tak kerja maknanya tak ada duit
dan tak ada duit maknanya tak ada makanan.
“Assalammualaikum,”
ucapnya dengan muka yang tak punya perasaan.
Dahi Akma
berkerut-kerut sewaktu memandang Sufi.
“Waalaikummussalam.”
Sufi mendongak
sedikit, sebagai isyarat untuk bertanya ada apa yang sedang berlaku sehinggakan
Akma sedih.
“Kau tau tak Wawa
Zainal dengan Aeril Zafril dah kahwin?” soal Akma dengan riak wajah yang sedih,
seakan seperti mahu menangis.
Sufi memandang
lagi. Tetapi kali ini dengan air muka pelik.
“Sufi, mereka dah
kahwin,” cetus Akma sekali lagi sebelum mengeluh. Gesture Akma adalah riak
normalnya tiap kali ada artis lelaki yang di bawah usia tiga puluh tahun dan
mempunyai wajah yang dalam kategori tampan mendirikan rumahtangga. Ya, ia
sesuatu yang menjengkelkan. Tetapi, itulah kenyataannya.
“Siapa tu?” soal
Sufi kembali.
“Artis,” jawab
Akma. Dia menumbuk bantal, melepaskan geram meskipun dia tahu dia takkan
menikah dengan Aeril kalaupun lelaki itu belum menikah dengan Wawa Zainal.
Jangan katakan kenal, pernah bersua-muka pun tidak.
“Oh.”
“Aku baru aje nak
berangan nak mengorat si Aeril. Kau tau tak dia comel? Aku suka sangat lelaki
muka macam tu.”
“Oh,” balas Sufi
dengan sepatah perkataan yang sama.
Sejujurnya, Sufi
tidak faham. Mungkin kerna dia tidak punya masa untuk membaca majalah gosip
mahupun menonton televisyen. Tetapi, setidak-tidaknya dia ada kerja untuk
menyediakan makanan yang cukup di atas meja rumah sewanya dan mengirimkan
sejumlah dari wang gajinya kepada ibunya di kampung halaman. Jangan bersungut,
Fi, cetus hatinya. Ucapkanlah Alhamdulillah.
“Tahu?” soal Akma.
Sufi menggeleng.
“You don’t have a
life, Sufi. Kerja! Kerja! Tu aje kau tau!” bebel Akma dengan tidak
semena-menanya.
Suara Akma bagai
halilintar yang menyucuk ke lubang telinga Sufi walaupun ketika saat itu dia
berangan untuk menjadi seorang positif. Keyakinannya punah. Musnah bagaikan
cili yang terlumat menjadi sambal. Musnah bagaikan kapal terbang MAS yang
terhempas di Kudat baru-baru ini.
Tuduhan Akma
dirasakan kejam. Mungkin bukan hanya tuduhan. Cara hidup Akma dan perbualan
Akma selama ini sering membuatkan dia rasa hidupnya membosankan. Semua tentang
Sufi tidak kena. Semua tentang Akma menarik dan bombastik.
You don’t have a
life. Dalam bahasa ibundanya, ia bermaksud dia tidak mempunyai hidup. Kalau dia
tidak mempunyai hidup, bagaimanakah dia boleh bernafas? Dia sedang menyedut
udara yang sama seperti Akma. Adakah Akma tak nampak yang dia boleh
menggerakkan tubuhnya? Dia bukan objek statik.
Tetapi, ia hanya
direct translation. Dia tahu apa yang Akma maksudkan. Akma cuba memberitahunya,
yang dia perlukan lebih banyak waktu senggang untuk bersosial. Barangkali Akma
mengharapkan dia mendapat teman serumah yang persis dirinya sendiri. Bukan
Sufi. Sufi hanya gadis membosankan yang selalu cuba menjadi rasional.
Akmarina Lydia
Hamzah. Gadis itu tampak menyeronokkan. Akma memperlihatkan dunia yang indah
dan berwarna-warni. Dia punya masa untuk segala-galanya. Katalah apa saja.
Senam aerobik dan jogging di hujung minggu. Melepak dengan kawan-kawan sehingga
ke lewat malam. Membaca majalah hiburan semasa waktu kerja. Shopping tanpa
menanti musim sales. Duit poketnya tak pernah kering meskipun dia keluar kerja
jam sembilan dan pulang tepat pukul lima setengah. Sufi sungguh cemburu. Akma
adalah salah seorang pekerja bertuah yang mendapat kerja di syarikat bapa
saudaranya sendiri.
Kerja. Oh, kerja!
Bagaikan masih ada nombor-nombor dalam stock valuation model yang sedang
menari-nari di depan Sufi sekarang. Sungguh traumatik. Dalam masa dua puluh
empat jam sehari, Sufi menghabiskan sekurang-kurangnya lima belas jam sehari
untuk bekerja dari hari Isnin ke Jumaat. Kalau dia beriadah seperti Akma,
maksudnya dia terpaksa mengorbankan masa tidurnya.
“Apa kau lukis kat
muka kau ni Akma? Nombor-nombor ni?” keluh Sufi. Dia menggosok mata sekejap.
Nombor-nombor itu menghilang. Yang ada hanyalah Akma yang sedang terkebil-kebil
memandangnya.
“Nombor apa pula
ni? Macam tak betul aje kau ni. Baik kau pergi naik mandi dulu. Rimas aku
tengok kau ni tau tak,” suruh Akma.
Sufi menganggukkan
kepala. Dia berlari naik ke atas, ke biliknya. Beg kerja dilemparkan atas
katil. Dia menarik tuala dan melangkah masuk ke dalam bilik air. Bunyi shower
kedengaran beberapa minit kemudian.
Mandi. Itu
perkataan yang indah sebaik saja dia menanggalkan heels pejabat yang mendera
tumit. Merasai air suam dari heater yang kekadang sihat kekadang tidak itu
cukup menenangkan. Atau setidak-tidaknya sketario itu lebih indah dari mengadap
valuation model excel yang mengeluarkan status error di sana sini.
Selepas
mengeringkan rambut, Sufi melangkah keluar. Tualanya dilemparkan ke atas rak.
Dia terus terjun di atas katil. Cukuplah bekerja untuk hari itu. Sufi tidak
bercadang untuk mencari alunan lirik untuk melodi kemas yang baru diberikan
kepadanya tadi. Datelinenya minggu depan. Sufi akan memulakan tugasan barunya
itu esok. Ia bukan sesuatu yang menyukarkan baginya.
Tidur adalah
perkataan yang lebih indah dari mandi bagi Sufi. Tidur membuatkan manusia hidup
diawangan-awangan, mengecap mimpi yang tak dapat dijejak di dunia realiti.
Tetapi tidur tak semestinya boleh dikecepi selepas mandi. Terutama kalau ada
housemate yang hanya perlu menjerit lantang dengan suara yang berfrekuensi tinggi
untuk memaksa anda meninggalkan katil dan tilam empuk.
“Sufi, turun! Ada
orang telefon kau!” jerit Akma dari tingkat bawah, membantutkan hasrat Sufi
untuk menutup mata.
Daun
pintu bilik Sufi terkuak. Dia melangkah keluar dalam dress tidur berwarna ungu
dialasi dengan bathrobe. Kakinya melangkah laju, menuruni akan tangga dari
tingkat atas. Dia menggagahkan diri menghadiahkan senyuman buat Akma sewaktu
mengambil ganggang telefon.
“Ya,”
ucap Sufi sepatah.
“Assalammualaikum,”
ucap Izam.
“Waalaikummussalam,”
jawabnya.
“Sufi
dah makan?”
Sufi
tersenyum. Dia kenal suara itu. Hah, sesuatu yang juga indah selain mandi dan
tidur adalah mengetahui ada orang yang tulus menyayangi dirinya.
Setidak-tidaknya, kalaupun fakta itu tidak sahih, berangan sekejap pun jadilah.
Setelah penat bekerja saban hari, merasakan seseorang menghargai anda
menimbulkan perasaan aneh yang membahagiakan sekejap. Diulangi, perasaan itu
hanya datang sekejap baginya.
Selepas bekerja
dengan mesin rekaan manusia seperti bloomberg terminal dan double monitor
desktop setiap hari, pemikiran Sufi semakin menyerupai mesin. Datum diproses
menjadi data dan dicerna menjadi informasi yang boleh melipat gandakan duit
pelabur. Dimarahi fund manager apabila pelaburan mereka merugikan adalah
perkara normal dengan pergerakan rambang harga saham disebabkan gangguan speculators.
Barangkali disebabkan tekanan kerja seperti mesin itulah yang memaksa Sufi
menjadi penulis lirik lagu sambilan. Ia mengembalikan naluri manusia dalam diri
Sufi.
“Er, Sufi... Zam
tanya Fi dah makan?” ulang Izam apabila Sufi tidak menjawab.
Lamunan Sufi mati.
“Dah.
Izam?”
“Dah
juga. Izam call ni sebab Izam nak tanya kalau Sufi free esok. Izam nak ajak
Sufi tengok movie, cerita The Perks of Being a Wallflower,” ajak Izam yang
masih malu-malu. Ini kali pertama dia mengajak seorang perempuan keluar setelah
kehilangan cintanya lima tahun yang lepas.
Sufi
tertawa.
“Macam mana Izam
tau Sufi nak tengok cerita tu?”
“Lucky
guess. Zam dengar dari kawan-kawan yang ceritanya unik. Jadi, teringin pula nak
tengok. Lagipun, Zam tau Sufi sukakan sesuatu kelainan, cerita yang tidak tipikal
dan mengajak kita berfikir,” balas Izam. Dia sudah mampu melakarkan senyuman
lebar. Harapannya cerah.
“Mana
ada.. Sufi tengok aje semua cerita. Kalau tak tengok lagi, bukannya tahu cerita
tu unik. Mengarut aje Zam ni,” dalih Sufi.
Izam tertawa.
“Tapi, cerita tu
dah lama kan? Tak sangka pawagam main lagi. Zam dah beli tiket?” soal Sufi.
“Eh,
tak. Cerita tu dah tak ada kat pawagam lagi. Zam beli dvd. Nak tengok dengan
Sufi dan mama kat rumah kami.”
“Err...
kat rumah mama Zam? Serius? Tak naklah, Zam. Seganlah,” luah Sufi.
“Janganlah
macam tu. Mama Zam suruh ajak. Dia teringin nak jumpa Sufi. Anggap macam biasa
aje. Tak ada apa pun, Fi. Mama Zam tak makan orang. Lagipun, mama Zam pandai
masak tau,” luah Izam, menjerat. Dia memang sudah lama mahu membawa Sufi
berjumpa ibunya.
“Tak
apalah,” tolak Sufi.
“Bolehlah.
Zam janji kalau Sufi tak selesa, Zam akan hantar Sufi balik awal,” luah Izam,
bersungguh.
“Tapi...”
“Please,
Fi.”
“Okay,”
jawab Sufi.
“Okay
as a gesture atau okay sebab Sufi sudi temankan Zam tengok movie dengan mama?”
soal Izam.
“Let’s
see...” luah Sufi, nakal.
“Sufi!”
panggil Izam, sedikit kuat nadanya. Dia jadi geram tiap kali Sufi cuba
main-main begitu. Izam mahukan kepastian. Dia tak suka main tarik tali. Takut
tali yang digenggamnya terputus.
“Fine..
Okay for both,” jawab Sufi.
“Great!
I jemput you pukul 8.30 malam esok? Zam belikan dvd lain sekali tau sebab takut
cerita tu tak sesuai dengan mama Zam. Kalau tengok jalan ceritanya tak elok,
kita tukar cerita ya?” soal Izam.
“Okay,
tak kisah pun. Jumpa esok.”
“Okay.
Jangan lupa tau. Assalammualaikum. Selamat malam, Fi. Mimpi yang indah-indah,
okay?” ucap Izam dalam suara keriangan.
“Waalaikummussalam.
You too,” balas Sufi sebelum meletakkan ganggang telefon. Dia melabuhkan
punggung di sebelah Akma yang sedang menonton siaran langsung pertandingan
badminton.
“Izam
Zainal? Pemain badminton negara yang handsome tu?” soal Akma.
Sufi
tergelak.
“Nope.
Izam Ashraf, seorang lelaki simple yang bekerja sebagai travel agent,” jawab
Sufi, membetulkan tanggapan Akma yang sememangnya menggilai sukan badminton.
Akma melekat poster Izam Zainal di segenap penjuru biliknya.
Akma
menghela nafas lega.
“Nasib
baik. Ada lagi harapan aku,” jawabnya.
Sufi
tertawa lagi.
“Kau
patut berhenti sukakan selebriti. Kejap Aeril. Kejap Izam. Cuba suka lelaki
yang bukan selebriti yang selalu keluar TV,” luah Sufi sambil menepuk bahu Akma
yang masih ralit menonton televisyen.
“Hello?
Kau lagi bermasalah dari aku. Kau tu patut berhenti couple untuk beberapa
bulan, lepas tu putus.”
Sufi resah
sekejap.
“Apa kau cakap
ni?” soalnya.
“Boyfriend pertama
kau lelaki berlagak yang ended up sukakan awek Singapore yang cun. Boyfriend
kedua kau grafik designer yang tak ada pegangan, jadi gelabah lepas
ex-girlfriend dia datang serang dia bila dia cakap dia nak kahwin dengan kau.
Boyfriend ketiga kau, chef yang kaki pukul. Boyfriend keempat, err... kenapa
ya, kau break-up dengan dia?” ungkit Akma.
Sufi menjongket
bahu.
“Entah. Masa tu
aku baru break-up dengan boyfriend yang kaki pukul. Banyak sangat drama. Aku
dah bersedia untuk hidup seorang tapi dia muncul. Dia terlalu pushy,
self-centered dan ego. Aku tak boleh cope,” jelas Sufi.
“Apa nama dia?”
soal Akma.
Sufi menjongket
bahu lagi.
“Entah, aku dah
lupa. Dah tiga tahun. Aku date dengan dia tak sampai tiga bulan pun,” jawabnya.
“Mamat Izam ni
pulak?” soal Akma.
“Dia family guy,
tinggal dengan mama dia. Baik dan tau bertolak-ansur. Lagipun, dah tiga tahun
aku break-up dengan ex-keempat aku. Aku rasa aku dah bersedia untuk kenal orang
baru dan settle down. Aku dah lebih matang sekarang, Akma. Aku dah boleh
bezakan yang baik dan yang buruk.”
“Aku suspicious
dengan ex-keempat kau tu, Fi,” ucap Akma secara tiba-tiba meskipun Sufi
mengatakan dia tidak mengingati nama lelaki itu lagi.
“Kenapa?”
“Lima bulan lepas
Fared tinggalkan kau sebab awek Singapore tu, kau couple dengan kawan baik kau,
Hadi. Korang dah plan nak kahwin lepas tu, tapi lepas tu ex-girlfriend dia
datang serang kau dan Hadi tak boleh buat keputusan nak pilih siapa. So, kau
tinggalkan Hadi. Tujuh bulan lepas tu, kau couple dengan Chef Shahrin yang
kononnya Mr. Nice Guy. Lepas tu, kau dapat tau dia tak pernah break-up dengan girlfriend
dia, korang gaduh dan dia start pukul kau sampai mak dia report polis sebab nak
protect kau...”
Sufi kelihatan
bengang.
“Motif kau ungkit
semua ni?” soal Sufi.
“Kau nampak tak
pattern kau, Sufi? Walaupun mereka seksa perasaan kau, kau selalu bangkit
semula dan cuba lagi. Tak sampai setahun, kau ambil keputusan untuk cuba lagi.
Lepas ex-keempat kau, kau ambil masa tiga tahun. Tiga tahun untuk recover, Fi?
Why? Sebab tu aku suspicious,” ungkit Akma.
“He’s my crazy ex,
Akma. Dia buat hidup aku huru-hara. Dia buat aku rasa bersalah, berdosa sebab
tinggalkan dia.”
“Jadi, mustahil
kau tak ingat nama dia, kan?” duga Akma.
Sufi menjeling.
Dia tahu Akma sedang menduga perasaannya.
Adakah dia masih
menyukai, Hashir? Jawapannya, tentulah tidak! Lelaki itu sudah dilupakan. Dia
tahu dia dan Hashir takkan bersama lagi. Mereka berdua ego, keras kepala.
Mereka kontra dalam semua perkara. Kalau berbicara, asyik bergaduh. Kalau
berjumpa, asyik memasamkan muka. Lebih baik mereka berpisah. Lima kali dia meminta
perpisahan. Kali kelima, Hashir menerima dengan lafaz benci.
Tiga tahun
berlalu. Dia sudah bersedia untuk bermula semula dengan Izam. Usianya kini
sudah mencecah dua puluh sembilan tahun. Sufi bukan lagi gadis naif yang akan
menangis kerana kehilangan cinta. Dia sedar cinta sesama manusia takkan
berkekalan. Hanya satu cinta yang abadi, cinta buat Maha Pencipta.
“Sufi, kau ingat
nama dia kan?” soal Akma, membunuh lamunan Sufi. Fikiran Sufi yang tadi
terbang, turun menjijak bumi.
Sufi bangun dari
sofa.
“Hashir,” ucapnya
sepatah sebelum berlari naik ke tingkat atas rumahnya. Dia terus masuk ke
biliknya.
Tubuhnya
disandarkan ke belakang pintu. Kenangan lama mereka meresap ke dalam ruangan
ingatan. Sayang, kenangan itu tidak datang dengan rasa bahagia, sebaliknya
derita. Dia sungguh tidak bersedia untuk bercinta semula tika itu. Apatah lagi
dengan Hashir yang cukup pentingkan diri dan suka memaksa.
Obsesi Hashir
terhadap diri sendiri menyakitkan Sufi. Bagi Hashir, hanya dia yang betul.
Orang lain dianggapnya bodoh. Sufi sendiri tidak tahu kenapa dia menyintai
lelaki yang sejak awal lagi suka mengguris perasaannya itu. Mungkinkah kerana
emosinya tidak stabil tika dia bertemu dengan Hashir?
Ya. Tika itu, dia
baru dicederakan dengan tragis oleh cinta-cintanya yang terdahulu. Sufi hampir
berputus-asa dalam cinta. Malahan dia merasakan yang dia tidak akan menempuh
alam rumah tangga buat seumur hidupnya. Dia hanya mencari bahu untuk bersandar,
untuk melepaskan lelahnya sekejap.
“Interesting,
kan?” soal Sufi.
“Movie tadi? Teruk
gila. Hash tak faham sepatah haram pun. Bayangkan diri sendiri macam swan?
Gila?!” cetus Hashir.
“Black Swan cerita
mainan psikologi. Cerita dia memang pasal kegilaan. So, memang gila,” balas
Sufi.
“Orang yang suka
movie macam tu pun gila sekali,” tuduh Hashir.
“Hash tuduh Sufi
gila?”
Hashir ketawa.
“Kau memang gila pun.”
Sufi menjeling.
“Motif?”
Hashir menjongket
bahu.
“Jom minum buble
milk tea, nak?” soal Hashir secara tiba-tiba, menukarkan topik perbualan
mereka.
“Hash, nantilah!”
jerit Sufi apabila Hashir berlari turun dari anak tangga yang menghubungkan
tingkat bawah dengan pawagam di atas. Sufi cuba mengejar tetapi langkahnya
lembab disebabkan heels yang dikenakannya.
“Slowlah! Jalan
terkedek-kedek macam itik. Itik pun jalan lagi laju dari kau,” rungut Hashir.
“Fi pakai heels,”
jelas Sufi.
“Siapa suruh Fi
pakai heels?” soal Hashir, tampak bengang.
“Hash yang selalu
ejek Fi pendek,” ungkit Sufi.
“Sebab kau memang
pendek,” balas Hashir.
Sufi terdiam. Dia
tunduk sekejap, menanggalkan heels yang dipakainya. Tanpa rasa segan, dia
melangkah dalam keadaan berkaki ayam sambil memegang kedua-dua belah heelsnya.
Ketinggiannya hanya separas bahu Hashir. Lelaki itu pula memiliki leher yang
jinjang, membuatkan dia tampak jauh lebih pendek.
“Nak air apa?”
soal Hashir setiba di booth bubble milk tea.
“Tak nak,” jawab
Sufi, dingin.
“Bubble tea peach
satu. Untuk girlfriend saya yang muka masam ni, bagi air asam boi,” order
Hashir, menambahkan lagi kemarahan Sufi.
Hampir meleleh air
mata Sufi sewaktu mendengar pesanannya. Malang sungguh rasa hati berpasangan
dengan Hashir. Baru dua minggu dia menerima kehadiran lelaki itu, dia sudah
terpaksa menerima layanan sedingin sekarang. Kalaulah dia berkahwin dengan
Hashir, agaknya makin buruk layanan Hashir terhadapnya.
“Nah, ambik!”
suruh Hashir selepas membayar minuman mereka, dia menghulurkan cup bubble tea tadi
kepada Sufi.
“Kan Fi dah cakap
Fi tak nak,” tegas Sufi tanpa menghiraukan air yang dihulurkan Hashir.
“Selalu ketagih
sangat minum peach tea. Hari ni tak nak pulak,” rungut Hashir sambil memberikan
pandangan pelik kepada Sufi.
Sufi tersentak
sekejap. Dia melihat cup bubble milk tea perisa peach yang dihulurkan Hashir
tadi. Air yang sedang diteguk Hashir bukannya peach tea seperti sangkaannya
tetapi air asam boi yang kononnya dipesan untuk Sufi tadi.
“Ambiklah, orang
dah beli!” suruh Hashir.
Sufi menyambutnya.
“Dahlah. Tak payah
nak pakai heels. Buat sakit kaki aje. Kalau Hash tak suka Fi sebab Fi pendek,
takkanlah Hash nak mengorat Fi, nak jadikan Fi girlfriend Hash,” luah Hashir
dalam nada selamba tanpa memandang Sufi. Dia memasukkan hujung straw air asam
boinya ke dalam mulut.
“Okay,” balas Sufi
sepatah.
Hashir menoleh
sekejap ke arahnya, melihat wajahnya yang malu-malu apabila orang di sekeliling
mereka memberikan pandangan pelik kepadanya apabila menyedari dia sedang
berkaki ayam.
“Pegang kejap,”
suruh Hashir.
Kalang-kabut Sufi
dibuatnya apabila terpaksa mengimbangi dua cup air dengan satu tangan. Satu
tangan lagi terpaksa digunakan untuk memegang heelsnya.
Hashir tunduk
sekejap, menanggalkan selipar mempunyai simbol gajah di atasnya dan meletakan
ia ke depan Sufi. Dia merampas heels yang sedang dipegang Sufi.
“Pakailah,” suruh
Hashir.
“Tak nak,” balas
Sufi.
“Pakai!” suruh
Hashir. Dia melangkah selamba meskipun kini dia pula yang terpaksa berkaki
ayam. Sebelah tangannya memegang cup air asam boi dan sebelah lagi heels yang
ditanggalkan Sufi tadi.
Buat seketika,
Sufi rasa terharu. Tetapi, apabila dia menoleh ke sebelah, rasa terharunya mati
sendiri. Kepala Hashir sedang tertala ke arah seorang gadis cantik yang sedang
bergambar di sisi beberapa orang peminatnya.
“Nera!” jerit
Hashir dengan excited apabila terpandang gadis pujaannya, seorang penyanyi yang
popular melalui rancangan Akedemi Fantasia.
“Cantik gila kot
dia. Suara pun sedap. Masa first video clip lagu dia keluar, Hash tak keluar
bilik asyik replay video tu kat youtube aje kot,” luah Hashir dengan muka ceria
tanpa menyedari pengakuannya membuat hati Sufi terguris. Kegilaannya terhadap
wanita lain membuatkan Sufi mempersoalkan kedudukannya di hati Hashir.
Sufi hanya
mendiamkan diri sambil memandang artis kesayangan Hashir itu dari kedudukannya
yang sekarang. Ya, gadis itu seribu kali lebih cantik darinya. Padanlah Hashir
gila bayang. Tetapi, perlukah Hashir membuat pengakuan itu secara
terang-terangan? Tak boleh Hashir memikirkan perasaannya sekejap.
“Cantik sangat
pergilah kat dia,” bebal Sufi.
“Eleh, terasa pula
si itik pendek ni!” ejek Hashir.
Sufi menarik muka
masam.
Tok! Tok!
Lamunan Sufi mati.
“Ya?” ucap Sufi.
Suara Akma
kedengaran dari luar.
“Fi!”
“Kenapa, Akma?”
soal Sufi.
“Ada orang kat
luar.”
“Siapa?”
“Entah. Dia cakap
nak jumpa kau.”
“Hah? Siapa pula?
Aku tak ada janji nak jumpa sesiapa pun malam ni. Kau tak tanya siapa?” soal
Sufi.
“Entah. Mana aku
tau. Karang kena tuduh penyibuk pula. Kau turun ajelah. Tanya sendiri,” balas
Akma.
Sufi berlari ke
tingkap. Langsir lime green diselaknya, melihat kalau-kalau dia boleh melihat
gerangan yang sedang menanti depan rumah.
Ada seorang lelaki yang sedang menunggu di depan pagar. Namun, Sufi tak
mampu melihat wajahnya di dalam gelap. Dia keluar dari bilik dan berlari ke
tingkat bawah.
Daun pintu dikuak.
“Hai!” tegur Izam.
“Hai?” balas Sufi
dalam nada terkejut.
“Terkejut?” soal
Izam.
Sufi mengangguk.
“Saya ingat kita
janji nak jumpa esok. Macam mana awak boleh ada kat sini malam ni?”
Izam tersenyum.
“Izam tak boleh
tidur,” jelas Izam.
“Okay,” balas Sufi
yang masih pelik dengan kehadiran Izam ke rumah sewanya secara tiba-tiba.
“Izam rindu Sufi,”
tambah Izam.
Sufi terkedu.
“Izam tak pernah
rasa macam ni walaupun baru tiga bulan kita kenal. So, Izam ada sesuatu nak
tanya Sufi...”
“Ya?” luah Sufi.
Dia masih tertegak depan pagar rumah, tidak mengizinkan Izam masuk ke rumah
yang dikongsi dengan Akma. Tidak manis untuk membenarkan lelaki masuk ke rumah
wanita bujang. Untuk membiarkan Izam di depan rumah begitu, sudah boleh
menimbulkan fitnah. Sufi berharap Izam akan segera beredar sebelum dilihat oleh
jiran-jirannya yang lain.
“Will you marry
me, Sufi?” soal Izam.
Air mata Sufi
tertumpah. Kali terakhir dia dilamar adalah ketika dia bersama Hadi. Namun, ia
tidak kesampaian kerana kemunculan semula bekas teman wanita lelaki itu. Adakah
dia mahu memperjudikan hidupnya untuk lelaki yang baru dikenalinya lebih sebulan?
Sufi sudah tak sanggup menghadapi rasa sakit itu lagi. Dia fobia. Empat kali
cintanya kecundang.
“Tolonglah terima,
Fi. Zam memang ikhlas dengan Fi. Zam sayangkan Fi,” pujuk Izam.
“No, Izam. Not
now. But I’m willing to give us a chance. Izam kenali Sufi dulu. Kalau betul
Sufi yang Izam mahukan, InsyaALLAH, ada jodoh kita akan kahwin juga. Perkenalan
kita terlalu singkat, Sufi tak nak Izam menyesal nanti...”
“Zam sayang Fi,”
luah Izam.
“Sufi pun akui.
Sufi dah mula sayangkan Izam. Tapi, Sufi perlukan masa untuk berfikir. Sufi tak
nak kita menyesal nanti...”
“Zam dah tak
sanggup nak bercinta sebelum kahwin, Fi. Teman wanita Zam dulu meninggal dunia
sebab barah. Zam tau hidup ni singkat dan kita hargai apa yang ada depan kita.
Zam dah tak sanggup lepaskan orang yang Zam sayang...”
“Kita berkawan
saja, Zam. Fi pun dah tak sanggup nak bercinta sebelum kahwin. Kita kawan macam
biasa. Kalau nanti, Zam dah betul-betul kenal Fi dan dapat terima diri Fi
seadanya dan Fi juga macam tu, barulah kita kahwin,” pinta Sufi.
“Kita boleh kenal
hati budi selepas bernikah nanti. Bukankah macam tu lebih elok, Fi?” saran
Izam.
“Boleh Zam bagi
Sufi sikit masa untuk fikirkan? Fi tak nak kita terlalu terburu-buru. Biar Fi
fikir masak-masak dulu,” tambah Sufi.
“Fi tak percayakan
Zam? Zam ikhlas, Fi. Sekarang ni pun, Zam tak ada berkawan dengan perempuan
lain selain Fi. Maksud Zam, berkawan secara serius... Umur Zam sekarang ni
bukan untuk main-main. Zam kawan sebab nak kahwin.”
“Bukan tak percaya.
Cuma Fi tak nak kita berdua menyesal. Kahwin biarlah sekali, Zam. Takkan lari
pun gunung dikejar,” balas Sufi, menidakkan.
Izam menganggukkan
kepala.
“Berapa lama?”
soal Izam.
“Beberapa bulan
lagi. Sufi tak nak terburu-buru. Sufi pun bukan muda lagi. Sabar ya, Zam,”
jawab Sufi.
“Kalau itu kata
Fi, Zam terpaksa terima. Tapi, Zam harap sangat Fi tak hampakan Zam,” jawab
Izam.
Dari riak wajah
Izam, Sufi tahu dia kecewa. Tetapi, dia tak mahu terburu-buru seperti dulu. Dia
mahu cinta yang kali ini berjaya sampai ke jinjang pelamin, dapat mengiringi
dia sampai ke Raudhah. Dia tak mahu lagi persinggahan sementara. Sufi mahukan
hubungan yang abadi.
Kalau memang Izam
jodohnya, pasti mereka akan bersama jua nanti. Tak kiralah apa juga rintangan
yang mendatang, tak siapa dapat melawan jodoh yang sudah ditentukan ALLAH
Taala. Sufi tak mahu Izam menyesal kelak. Dia bukan seorang gadis yang
sempurna. Dia sendiri ada kekurangannya. Sufi tahu Izam juga begitu. Meskipun
dia tidak mencari suatu kesempurnaan, dia mahu mengenali Izam yang sebenar sebelum
melangkah ke alam perkahwinan bersama lelaki itu.