Home Novel Cinta Sesuatu antara kita
Sesuatu antara kita
Maryani Zailani
14/3/2023 21:11:01
8,661
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 3
Seperti malam-malam sebelumnya, mereka yang berguru dengan Encik Hamid dalam ilmu persilatan pasti akan berada di gelanggang silat di hadapan rumah tepat jam 8 malam. 

 “ Malasnyalah aku,” gadis yang agak tembam itu mengeluh keluh-kesah. Kamila menyingsing lengan baju dan berjalan dengan langkah yang agak berterabut menuju halaman rumah.

 Pelita dinyalakan sekeliling rumah. Ada anak murid yang menyapu minyak pada lengan mereka. Renggangan awal dilakukan supaya otot tidak terkejut dan berasa sakit pada keesokan harinya.

 Encik Hamid berdiri mencekak pinggang. Dia memandang sekeliling, sekadar memerhati anak murid yang menghadiri kelas persilatan. Tajam matanya merenung Kamila yang baru sahaja tiba di halaman depan rumah sambil memuncungkan bibir sepanjang yang boleh. Huh, nampak benar Kamila terpaksa mengikuti kelas berkenaan.

 “ Hari ini kita berlatih balang dalam balang. Selama 20 minit. Lepas tu berlatih pula bertempur,” ucap Encik Hamid sebaik sahaja kelas silat bermula. Semuanya berdiri tegak dan penuh dengan bersemangat. Kecuali…seorang. Siapa lagi kalau bukan Kamila. Dia sengaja menguap besar-besar. Dia benar-benar mengumpan kemarahan Encik Hamid yang telah beberapa menjeling ke arahnya.

 Kelas silat pada malam itu bermula. Anak murid semuanya mengikut arahan ketua mereka.

 “ Gayung…” masing-masing berada dalam keadaan sedia dan menunggu arahan seterusnya. Kamila sahaja yang sambilewa sehingganlah Encik Hamid berjalan ke arahnya barulah dia mengikut arahan dengan betul.

 “ …tikaman anak tombak,” ketua silat mereka melaung dengan penuh semangat.

 Malam yang gelap bertemankan suara alam meriah dengan kelas silat mereka hari itu.

“ Baik....marilah,” mereka berlatih bertempur malam itu.

 Kamila telah memilih Hakimi sebagai pasangan berlatihnya. Ramai juga anak murid berjantina perempuan, namun Kamila yang keras kepala seperti ayahnya itu tetap memilih lelaki sebagai pasangan bertempur walaupun sudah beberapa kali dibantah keras oleh ayahnya. Tidak manis katanya. Hampir tidak bersikap seperti perempuan jika Kamila berada di gelanggang silat. Ini berjaya membuatkan Encik Hamid hanya mampu menggeleng kepala dan menekup muka. Haiiya! Pening kepala!

 “ Jalan nak pukul kawasan terlarang pula ya,” walaupun lawanya hanya wanita, Hakimi tetap cuak. Garang Kamila di gelanggang silat bukan boleh diduga.

 “ Sedia…mula,” sempat lagi Kamila menjelir lidah tanda tidak peduli sebelum terus membuka lagkah.

 Kamila melibas kaki hingga mencecah dagu Hakimi. Ini yang sebolehnya mahu dielakkan oleh Hakimi. Dia tahu Kamila menyasarkan lehernya. Salah satu tempat terlarang untuk diserang semasa berlatih.

 “ Hmmm..elak ya,” senyuman jahat mula muncul dan Hakimi faham makna senyuman itu. Alamak?

 “ Hiyaaa!” malangnya, terlambat. Kamila menyerang bahagian sulit Hakimi. Terduduk Hakimi dibuantya.

 “ Mak!” nampak benar mukanya menahan sakit.

 Semua mata pesilat tertumpu kea rah mereka.

 “ Aku menang!” dia telahpun mengingkari peraturan yang ditetapkan.

 “ Ila!” Encik Hamid yang masuk sebentar ke rumah tadi, bergegas keluar dan suaranya mengejut semua.

 “ Habislah kau,” dalam kesakitan, sempat lagi Hakimi memerli.

 “ Diamlah kau!” satu sepakan hinggap di betis Hakimi. Makinlah kuat Hakimi menjerit. Kali ini dia memang sengaja menjerit dengan kuat.


“ Macam mana aku nak sabar lagi Ba? Hari-hari buat aku naik angin?” Encik Hashim memang sedang marah ketika ini. Mak cik Sabariah yang tinggal sebelah rumah datang untuk mententeramankan keadaan. Dia membawa sedikit buah-buahn untuk melegakan kemarahan abangnya itu.

 “ Yalah bang…dia budak lagi. Abang bagilah dia masa untuk berubah. Sabar bang,” mak cik Sabariah mengurut lembut bahu abang itu. Tadinya, encik Hashim mengadu sengal bahu akibat selalu mengangkat benda berat.

 “ Ba…aku sabar memang sabar. Tapi, sabar aku ada hadnya. Mahunya tak keluar harimau aku ni kalau dia asyik buat masalah je!”

 “ Bang, abang tu kena kawal sikit baran tu. Macam manalah Ila tak memberontak kalau macam tu gaya abang,” hanya mak cik Sabariah seorang sahaja yang berani menegur abang secara terangan.

 Huh. Encik hashim mengeluh.

 “ Abang…kalau ayahnya tegas…ibunya mestilah lembut. Macam tu jugalah sebaliknya. Saling mengimbangi.” Picitan di bahu terhenti. Mak cik Sabariah memandang Encik Hashim.

 “ Apa maksud kau ni? Kau suruh aku kahwin lagi kea pa?” suaranya garau sedikit kerana tidak bersetuju dengan cadangan untuk berkahwin lagi.

 “ Situ pula abang ni. Ni…saya nak cakap. Ila itu dia hari-hari hidup dalam ketegasan abang. Kelembutan kasih ibu dia tak dapat lagi dah. Boleh dapat balik, tapi abang kenalah kawal sikap abang tu. Bertegas sepnajanga masa susah bang. Kesian dia.”

 “ Ha..aku manalah pandai nak berlembut semua ni. Kaukan tau aku macam mana,”

 “ Hisy..abang ni memang degil,” mak cik Sabariah terus memiat terus abangya. Mengaduh kecil abangnya sambil tergelak sedikit.

 “ Ha…boleh pun nak gelak semua. Ni dengan Ila…memanjang macam nak marah.”

 “ Tu lain Ba. Aku tak nak kejadian sama berulang.” Kata-kata abangnya terus menjadikan suasana tegang seketika. Mak cik Sabariah terdiam.

 “ Dialah harta yang aku ada Ba selain kau.”

 “ Ketegasan abang perlu bertempat bang. Nanti kalau dia lari sebab tak tahan mmacam mana?” Sekadar mengingatkan Encik Hashim itu.

 “ Entah…”

 “ Macam tu pula dia ni. Dahlah bang, saya nak masuk tidur dah ni. Kesian abang Murad tu nanti tidur seorang diri pula dia,” tergelak Encik Hashim melihat ulah Mak cik Sabariah yang berbdan besar itu kalut untuk pulang ke rumahnya.


Rumah Mak cik Sabariah sunyi. Kamila terus menuju ke ruangan belakang rumah mak cik saudaranya itu. Hajat dihati mahu menikmati minum petang bersama mak cik kesayangannya.

 “ Mak cik cantik saya…oh mak cik?” seperti selalu, Kamila terus membuka pintu belakang rumah mak cik Sabariah tanpa menunggu orang tua itu membukanya. Mak cik Sabariah pun tidak kisah dengan kelakuan anak saudara yang dilayan seperti anak kandungnya itu.

 “ Sunyi? “

 “ Hmmm…bau kuih karipap menggoda tekak aku…wuuu,” dia menyedut dalam-dalam bau karipap yang baru sahaja siap digoreng dan terletak elok di atas meja. Satu ketulan hinggap dalam mulutnya. Matanya meliar mencari kelibat mak cik Sabariah.

 “ Mana mak cik aku ni?” air dari teko dituang dan dihirup perlahan.

 Kamila mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket baju. Dia membuka aplikasi Facebook sementara menunggu kedatangan mak cik Sabariah. Sesekali dia tergelak membaca kiriman status rakan-rakanya di Facebook.

 “ Maafkan aku…maafkan aku,” selang beberapa minit dia senyap, kedengaran pula suara lelaki tua yang serak dalam kadar yang perlahan. Angin sejuk lembut menerpa tengkuknya. Meremang rasanya tiba-tiba.

 Kamila memerhati sekeliling. Setahunya, tiada orang tua berjantina lelaki yang tinggal di kediaman mak ciknya. Mungkin, pencuri? Terteguk air liur dibuatnya.

 “ Maafkan aku…la..” kali ini lebih jelas. Kamila mengamati bunyi itu. Dari bilik depan rumah itu. Dia bersiap siaga. Langkah disusun dan dia cuba melekapkan telinga menghampiri dinding.

 “ Maafkan aku,” langkah Kamila terhenti apabila dia yakin suara itu memng daripada bilik depan.

 “ Siapa yang nak mencuri ni,” sekadar boleh didengari pada pendengarannya sahaja. 

 “ Bismillah…” dia memulas tombol pintu perlahan sebelum berasakan ada yang memengang bahunya kuat.

 “ Haaa,” terperanjat kuat Kamila dibuatnya. Dia memandang siapa yang memengangnya. Rupanya mak cik Sabariah yang sedang berkemban kerana baru siap mandi. Kamila mengusap lembut dadanya.

 “ Apa kena kamu ni Ila?” Macam biasa, suara mak cik Sabariah kuat bagaikan memakai mikrofon.

 “ Syyhhh…slow down. Ada pencuri!” Kamila membuat isyarat senyap. Suaranya perlahan.

 “ Merepek…mana ada pencuri. Kalau ada pun, apa susah. Anak saudara mak cik pandai silatkan,” tanpa mempedulikan Kamila yang telah memenngan tangannya tanda menegah dirinya darpada membuat bising, dia terus memulas tombol pintu. Kosong!

 “ Ha…mana ada apa dalam ni. Ada buku-buku lama je.”

 “ Tadi ada suaralah! Dia asyik cakap maafkan aku…maafkan aku je!” Kamila tidak berpuas hati. Dia meninjau bilik itu semahu-mahunya.

 “ Penatlah mak cik tengok kau mundar mandir macam ukur jalan ni. Duduklah,” Mak cik Sabariah sudah duduk di kerusi dalam bilik itu.

 “ Hissyyy…dia dah lari kot,” Kamila memeriksa tingkap bilik itu.

 “ Apalah yang Ila mengarut ni? Tingkap tu ada palang keselamatan. Macam mana dia nak masuk Ila? Ila mesti berangan tadi tu kan,” tergelak mak cik Sabariah melihat Kamila bersungguh-sungguh mmeriksa tingkap yang sememangnya tidak dapat dimasuki pencuri dengan mudah.

 “ Tak puas hatilah,” Kamila berlari meninggalkan bilik itu lalu keluar dari rumah mak ciknya.

 “ Ke manalah dia tu?”

 “ Mak cik!” Jerit Kamila dari belah luar rumah. Dia memandang mak cik Sabariah yang terperajat dengan sergahan Kamila.

 “ Apa Ila ni? Terperanjat kita!” 

 “ Hehehe…saja buat uji kaji!”

 “ Uji kaji apa? Uji kaji nak tengok mak cik ni supaya cepat kena sakit jantung sebab terkejut?”

 “ Bukanlah! Nak tengok macam mana pencuri tu keluar?” Sergihan Kamila membuatkan Mak cik Sabariah hanya mampu melopong. Biar betul budak ni?

 “ Tak boleh pun masuk?” Tingkap yang berpagar besi keselamatan ditarik-tarik seperti kelihatan orang gila sudah. Mak cik Sabariah menepuk-nepuk dahi.

 “ Dahlah Ila…kau buatlah uji kaji seorang diri. Mak cik nak makan!”

 “ Tak naklah…nak makan dengan mak cik,” terus KAMila memasuki rumah mak ciknya itu. Mak cik Sabariah tergeleng kepala melihat anak saudarnya yang manja itu.

“ Kau dah kenapa Kimi?” Pagi-pagi buta lagi, Ada yang becok itu sudah bersuara nyaring sebaik sahaja dia melihat Hakimi memasuki kelas dengan langkah yang terhincut-hincut.

 “ Taka da apalah Ada,” Hakimi terus duduk di tempatnya. Dia malas mahu melayan Ada yang banyak mulut itu. Habis dicanang cerita satu sekolah. Siapa malu? Dia juga yang malu.

 “ Ni mesti ada apa-apa ni. Aku dengar kau cedera masa latihan silat. Apa cerita?” Argh…sudah, Ada mendapatkan tempat di sebelah Hakimi. Dia buat-buat tak faham dengan jelingan menyampah Hakimi.Baginya, memperoleh berita baharu mungkin dapat membantunya menulis artikel dalam bulletin sekolah. Maklumlah, dia wartawan berjaya disekolah itu.

 “ Alah…cedera sikit jelah. Dah…dah, aku nak baca buku kejap. Nanti cikgu Sejarah tu rajin menyoal…tak dapat jawab kena denda. Kau pun mesti tak nak kan?” Hakimi menarik satu buku dari dalam beg sekolah. Sengaja dia buat-buat macam nak baca buku. Padahal, dia sendiri pun malas nak baca nak buku! Ada di sebelah mencebik-cebik menyampah! 

 “ Yakah? Hahaha..aku tak kisah kena denda,” mengekek nyaring dia. Ia hanya mengundang rasa menyampah rakan yang lain. Mengganggu ketentraman betullah!

 Kali ni, Hakimi tidak membalas sepatah pun. Dia berpura-pura membaca buku dengan tekun walaupun dalam hati menyumpah-nyumpah Ada supaya segera get out from here!

Kamila masuk ke dalam kelas bersama-sama dengan rakan baiknya, Nabilah. Sebaik sahaja tiba di tempat mereka, Kamila terus merebahkan kepala di atas meja. Berlainan pula dengan Nabilah yang terus mengeluarkan nota sejrah. Dia mahu recall kembali memorinya.

 “ Ha…aku tahu!” suasana yang sepi dan sunyi kerana masing-masing sedang menelaah nota sejarah dikejutkan dengan suara Ada secara tiba-tiba.

 “ Apa lagilah budak murai tu. Dia tak tahu ke aku ni nak tidur ke nak apa ke,” luah Kamila kepada Nabilah disebelahnya. Kamila menutup telinganya. Dia mahu tidur sebentar tatkala yang lain berhempas pulas mengingati fakta.

 “ Kau kena belasah dengan Kamila ya? Lemahnya kau Kimi…eeeuuww…semua perempuan tak nak kau tau…termasuklah aku yang cantik ni tau!” Mata Kamila yang tertutup terus terbuka. Dia memandang tajam kea rah Ada yang sedang bercekak pinggang dan beridir di sebelah Hakimi.

 “ Ha?” Kerana terperanjat dengan tekaan Ada, itu sahaja yang mampu terluah dari mulut Hakimi. Perlahan-lahan dia memandang Kamila yang sedang berapi-api kemarahan.

 “ Hehehe…aku buat hipotesis je Ila…” tanpa rasa bersalah, boleh pula Ada tersengih-sengih.

 Kamila bangun daripada duduknya. Masing-masing sudah tidak keruan melihatkan reaksi Kamila. Hakimi apatah lagi. Cukuplah dia kena belasaha sekali, janganlah kena belasah harini. Habislah tercalar imej macho dihadapan sekalian awek yang cun. Jatuh saham!

 Ada masih besikap selamba. Bermain psikologi pula dia.

 Kamila berdiri disebelah Ada. Semua menggigit kuku kerana bimbang jika Kamila membuka langkah silatnya. Habis terbang Ada dibuatnya.

 “ Bukan kau je yang tak nak dia, tapi aku pun tak nak juga. Dan, kau…bukan setakat orang gila nakkan kau…tapi beruk dengan hutan tu pun nak kan kau juga! Cik Murai? Hahahaha!” Bisikan Kamila membuatkan Ada membeliakkan mata. Hakimi yang kebetulan dekat dengan mereka, terdengar dan menahan ketawanya. Bimbang akan dibelasaha oleh Kamila pula.

 “ Kamila Hashim! Melampau! Aku lapor dekat cikgu nanti!” Ugut Ada sebaik sahaja Kamila meninggalkannya. Dia pula yang marah ketika ini. Maing-masing tercengang dengan apa yang berlaku.

 “ Try me…tralalaalal,” terus Kamila meninggalkan kelas itu sambil disertai dengan tawa jahatnya. Seronok rasanya dapat mengenakan kembali murai dalam kelasnnya itu.

Niat dia hari ini adalah untuk ponteng kelas pada waktu pertama. Dia mahu tidur di surau. Malam tadi, dia tidur dalam pukul 2.30 pagi kerana terlalu leka melayan video di laptop.

 Untuk sampai ke surau sekolah, dia perlu melalui beberapa bilik khas misalnya bilik disiplin. Bilik disiplin? Ya, dia harus melalui bilik itu pergi ke surau. Disebabkan tidak mahu tertangkap, Kamila mengambil jalan pintas yang lain iaitu melalui jalan bangunan lama sekolah.

 Bangunan lama itu terletak bersebelahan surau namun kedudukannya agak berjauhan daripada bilik-bilik khas dan memudahkan Kamila untuk bersembunyi.

 Kamila berjalan perlahan merapati dinding bangunan lama. Matanya memerhati dengan liar kea rah bilik-bilik khas terutamanya bilik disiplin! 

 “ Huh, seram,” saat dia terpandangkan beberapa bilik darjah yang telah kosong tidak dihuni pelajar selama 2 tahun, muncul rasa seram dalam hatinya. Bertambah lagi dengan kawasan itu agak semak-samun kerana rumput mulai memanjang.

 “ Kelas lama dulu ni,” sempat pula Kamila meninjau kelas yang pertama dia lalu. Itulah kelas dia semasa di tingkatan 1.

 “ Meja aku…hahaha,” tawa dia sebaik sahaja menuju ke meja paling belakang di kelas. Ada lukisan orang lidi yang hodoh. Siapa lagi kalau bukan dia yang lukis. Sebab itulah dia sempat ketawa.

 “ Hisss,” seekor monyet dari arah bukit pula tiba-tiba muncul di depan pintu kelas itu. Menyeringi mempamerkan taring sambil memandang Kamila yang terperanjat dengan kehadiran monyet itu.

 Perlahan-lahan, Kamila mengatur langkah ke pintu belakang dan terus pecut. Pecutan semakin laju kerana 3 ekor monyet mengejarnya sambil mempamerkan taring mereka yang tajam. Kamila berlari tanpa suara jika dia bersuara, habislah dia! Muka berkerut menandakan kegusaran dan ketakutan dalam hati!

Dia, Kamila tercunggap-cunggap mendapatkan udara. Monyet bertiga sudah tidak lagi mengejarnya setelah dia membaling beberapa biji gula-gula ke dalam semak dan monyet it uterus mencari gula-gula itu. Nasbi baiklah semasa dia menyeluk saku terjumpa gula-gula. Jika tidak, dialah yang jadi gula-gula dilapah oleh monyet yang buas itu!

 “ Studio muzik ni dulu. Bersih?” Kamila berhenti di hadapan studio muzik.Jika bilik di bangunan itu bersepah dan kotor, studio seni pula sebaliknya. Dari tingkap dapat dilihat di mana keadaan dalam studio itu bersih kemas teratur seperti di jaga.

 “ Tak berkunci?” sekadar saja-saja memusing tombol pintu, tiba-tiba pula pintu itu boleh dibuka.

 Dia melangkah masuk. Alangkah anehnya perasaan dia saat ini apabila terlihat segala macam alat muzik tersusun rapi di situ. Ada biola, drum, caklempong dan lain-lain.

 “ Aik? Bukankah hari tu semua benda ni dah dipindahkan?” Dia teringatkan yang semua alat muzik telah dipindahkan ke studio muzik yang baharu. Dia sendiri yang turut membantu memindahkannnya. Masakan dia lupa begitu sahaja?

 Bunyi piono entah dari mana mengejutkan Kamila. Tiba-tiba sahaja kedengaran bunyi piona.

 “ Muzik ni…dost dost na raha?” Kamila cam bunyi yang terhasil daripada piano itu. Instrumen dari filem Sangam. Instrumen yang sedih dan menyayat hati jika memahaminya. Mengenai sahabat yang mencuri kekasih sahabatnya sendiri. Kamila tahu itu kerana abahnya memang suka sangat menonton filem hindsutan lama sehinggalah dia terpaksalah juga teringat semua itu.

 “ Hahaha..aku tahu lagu ni. Lagu lama, ingat aku tak tahu,” terlupa pula dia akan misteri dari mana datangnya muzik itu. Dia tertawa dan teruja kerana mengetahui instrument itu. Kegemaran abahnya.

 Instrumen terhenti. 

 “ Alamak…” Kamila terdengar bunyi pintu dibuka beberapa saat setelah piano itu terhenti bermain.

 Kamila terundur beberapa langkah. Habis terlanggar tambla dibelakang dan menghasilkan bunyi kuat. Dia berlari dan mahu segera pergi dari situ.

 “ Mampus,” dia memulas tombol pintu.

 “ Kamu?” ada suara di belakangnya. Dan sebelum sempat Kamila keluar, dia disentuh dengan kuat pada bahagian bahu.

 “ Janganlah ada apa-apa, ya Allah!” doa dia dalam hati. 

 “ Dari kelas tahanan? Kamila?” Mendengar namanya disebut barulah Kamila menoleh dan…tak sangka. Yang pasti, dia tergambar dengan jelas wajah abahnya di fikiran sedang menyinga marah sambil memengang rotan. Dia pasrah kali ini dalam hati. Masaklah aku! Dia menepuk dahi berkali-kali!

“ Apa kamu buat di sini?” Rupa-rupanya yang menyergahnya ialah cikgu Suraya. Cikgu Suraya memakai apron dan memengang bulu ayam di tangan. Dia seperti sedang membersihkan bilik itu.

 “ Inikan kawasan larangan. Lagipun, sepatutnya kamu dalam kelas sedang belajar. Waktu pertama baru bermula ni,” dia mengerling jam tangan.

 “ Ha…saya saya lalu je cikgu. Nak pergi tandas sebenarnya. Sekali kena kejar monyet. Tu yang tersesat sampai sini. Alih-alih..tup tup jumpa cikgu dekat sini. Hehehe,” dia sempat tersengih walaupun sedang berbohong.

 “ Yakah? Cikgu rasa kamu nak pergi surau…dan krooh..kroooh? Kan?” Cikgu muda itu mengangkat kening berkali-kali. 

 “ Hehehe..mana ada?” Tergaru-garu kepala dibuatnya dengan soalan itu. Semuanya tepat lagi terkena batang hidung sendiri. Padan muka!

 “ Tapikan…bila cikgu nak buat dhuha je, mesti cikgu nampak adalah seorang murid tu, macam kamu. Ke memang kamu?” Kali ini giliran cikgu Suraya pula mengelakkan Kamila. Mati aka Kamila dibuatknya. Dia terpandang alat muzik yang banyak. Idea! Idea! Idea untuk mengalihkan topic perbualan agar dia tidak terus terperangkap dengan soalan maut ckgu nya itu.

 “ Banyaknya alat muzik ni cikgu. Setahu saya, semua alat muzik sudah dipindahkan,” sengaja dia buat-buat teruja.

 “ Oh…ni cikgu punya. Cikgu cadang nak buat kelas tahanan dekat sini. Anak murid boleh main muzik untuk legakan tekanan lepas kelas. Macam kamu, hmm?”

 “ Oh,” dia kehilangan kata-kata. Terperangkap ke dia?

 “ Instrumen dost dost na raha tu…”

 “ Kenapa dengan instumen tu?” cikgu Suraya mengelap-ngelap harmonica yang terletak di atas meja berseblahan pintu.

Previous: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.