Home Novel Cinta Sesuatu antara kita
Sesuatu antara kita
Maryani Zailani
14/3/2023 21:11:01
9,025
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2


“ Setiap orang pasti akan diuji. Cara yang diuji itu berbeza bagi setiap individu. Tak sama. Apa pun yang terjadi, kita mesti sabar dan terus berani untuk menghadapi ujian. Yang penting, jangan putus asa!” Kata-kata cikgu Suraya semasa dalam kelas tahanan petang tadi terngiang-ngiang dalam kepalanya.

 Kamila berjalan kaki untuk sampai ke rumahnya. Bukan jauh sangat pun jarak rumah dengan sekolah. Hanya mengambil masa lima minit untuk berjalan kaki. Sebab jarak rumah yang dekat itu jugalah bapanya, Encik Hashim mudah menghidu segala masalah yang dilakukannya di sekolah. Aduh, rungsing benar Kamila memikirkan cara untuk mengelakkan diri daripada bertembung dengan bapanya itu. Dia berjalan lambat-lambat menuju ke rumahnya. Sambil itu, matanya tertinjau-tinjau keadaan rumah daripada jauh.

 “ Kalau kamu tak ubah perangai kamu, sampai bila-bila kamu tidak akan berjaya!” Menusuk terus ke dalam hatinya. Kata-kata cikgu Habsah pula berputar kembali dalam kepalanya. Serabut jiwanya ketika ini.

 “ Argh!” Jiwanya memberontak saat ini. Dia tiba di perkarangan rumah dan segera memilih untuk memasuki rumah menerusi pintu belakang.

 “ Ha, Ila. Dah balik pun kamu. Mak cik ada gorengkan karipap buat minum petang. Makanlah nanti ya,” tegur mak cik Sabariah, ibu saudaranya dari kebun di belakang rumah disaat Kamila mahu memulas tombol pintu. Aduh, dia takut teguran mak cik Sabariah mampu menyebabkan ayahnya tahu bahawa dia sudah pulang. Sebolehnya dia mahu mengelakkan peperangan bom atom di rumah itu! Kamila menepuk dahi memikirkan hal itu.

 “ Apalagi tu. Masuklah. Ayah kamu tu tunggu kamu pulang dari tadi,” bercekak pinggang mak cik Sabariah apabila melihatkan Kamila ragu-ragu untuk memasuki rumahnya.

 “ Budak ni…kenapa lalu pintu belakang tu? Masuk gunalah pintu depan…dah macam pencuri dah kamu ni,” makin kuat pula suara mak cik Suraya. Terpaksa Kamila membuat isyarat senyap. Malang sekali, Encik Hashim telah melihat perbuatan Kamila dari balik tingkap dapur.

 “ Nak jadi penunggu pintu ke tu? Tak reti nak masuk rumah bila dah balik sekolah tu kenapa?” Perlahan, namun penuh dengan kegeraman. Suaranya ditekan-tekan. Terkaku Kamila bagaikan cicak tertelan kapur. Peluh dingin menitik. Alamak,alamak! Mati aku!

 “ Oh…tak….Kamila berbual dengan mak cik ni. Ha…mak cik tentu sedapkan karipap yang mak cik buat tu kan. Alah, kesian mak cik…biar Ila tolong bawa masuk pisang tu,” tiba-tiba pula Kamila meluru mendapatkan Mak cik Sabariah dan terus berpura-pura menolong mak cik Sabariah mengangkat setadan pisang yang baru ditebang daripada pokok. Terpinga-pinga orang tua itu dibuatnya. Encik Hashim berdengus geram dan hanya memerhati beberapa saat sebelum hilang daripada pandangan Kamila.

 “ Mak cik tahu taktik kamu ni. Nak elakkan diri lagi ya?” Bisikan mak cik Sabariah disertai dengan anggukan laju Kamila. Nampak benar cuak muka Kamila dan terus ketawa Mak cik Sabariah melihatkan ulah anak saudaranya tu. Dia sudah faham benar dengan kerenah anak suadaranya tu.

…waktu makan malam! Itu waktu yang paling tidak mampu untuk dielakkan. Di mana Kamila terpaksa juga makan bersama-sama dengan ayahnya! Itu amalan yang diterapkan oleh Encik Hashim sejak dari dulu. Makan malam sambil makan sambil bertanya mengenai kehidupan seharian waktu siang. Oh, topic yang sangat bahaya untuk dibicarakan hampir setiap hari!

 Makanan yang disediakan memang sedap. Air tangan mak cik Sabariah hampir sama dengan air tangan arwah ibunya. 

 Sedap, namun tidak dapat ditelan dengan elok. Sepanjang makan, Kamila tunduk dan mengelakkan untuk memandang wajah ayahnya apatah lagi berbicara. Dia takut jikalau ayahnya membuka cerita pasal kejadian di sekolah siang tadi.

 Fuh, lega! Kamila menyeka peluh yang dari tadi mulai mahu mengalir. Lega hatinya apabila Encik Hashim melakukan tabiat biasanya selepas makan iaitu mengulang kembali pembacaan surat khabar siang tadi.

 Dengan langkah yang berhati-hati bagi mengelakkan sebarang bunyi, Kamila berjingkit-jingkit melangkah ke dalam biliknya. Sudah macam pencuri gayanya!

 “ Nak pergi mana tu?” Suara garau Encik Hashim membuatkan Kamila tersentak.

 Alamak, alamak! Dia dah bunyi! Serentak itu, Kamila menampar dahinya berulang kali.

 Encik Hashim meletakkan surat khabar. Wajahnya serius dan membuatkan Kamila tertelan air liur. Dia pasti sebentar lagi dia akan terpaksa menadah telinga mendengar bebelan ayahnya. Bersiap sedia untuk bertempur!

 “ Sini!” Terus laju sahaja Kamila duduk dihadapnnya ayahnya. Agak kasar juga dia menghenyakkan tubuh di sofa kayu itu.

 “ Berapa kali abah nak pesan? Pergi sekolah belajar pandai-pandai. Bukan pergi buat masalah dekat sekolah!” 

 “ Ini…apa ni? Pergi sekolah main ke belajar?” Beberapa kertas soalan pertengahan tahun dicampak di atas meja kayu itu. Semuanya mendapat markah kosong! Makin kuatlah Kamila berpeluh. Tentunya ceramah abahnya panjang-panjang hari ini. 

 “ Sudahlah semua telur ayam…lepas tu banyak pula masalah disiplin! Muka abah ni nak letak mana? Malu tahu tak…anak guru silat banyak buat masalah disiplin! Apa alas an Ila?” Kamila tidak mampu berkata-kata. Membantah atau melawan hanya akan membuatkan Encik Hashim makin panjang berbicara.

 “ Tahun depan dah SPM. Macam mana nak masuk university dengan gred macam ni? Kolej pun tak terima tau! “ Entah datang dari mana rotan itu, Encik Hshim menghentak kuat meja sehingga menyebabkan Kamila makin menunduk pandangan. Bukan sedih tapi lebih kepada geram. Dia sudah menggenggam kuat kain seluarnya.

 “ Ini akhir…kalau timbul masalah lagi…abah hantar Ila jauh dari sini. Ke mana-mana pun! Tak kira!”

 “ Tak nak..tak nak! Ila tak nak!” Mendengar sahaja perkataan pindah, Kamila bangkit dn mengeluarkan suara hatinya.

 “ Mesti juga!”

 Dengan penuh kegeraman, Kamila segera melangkah ke dalam bilik dengan langkah yang laju .Dia sudah tidak mahu mendengar apa-apa lagi. Dalam bilik itu, Kamila menangis. 

 “ Kenapalah abah tak pernah nak tahu apa yang menyebabkan aku jadi macam ni?” Dia rindukan suasana yang dahulu. Suasana sebelum ibunya meninggal dunia. Suasana yang penuh belaian kasih sayang.

Encik Hashim merenung ke luar jendela. Dia berasa bersalah kerana begitu memanjakan Kamila dahulu. Kini, dia terpaksa menanggung akkibatnya. Kamila menjadi malas belajar dan selalu menimbulkan masalah disiplin.

 “ Hanya beberapa mata lagi…Kamila boleh digantung sekolah, Encik Hashim,” pesanan pengetua siang tadi masih terngiang-ngiang dalam kepalanya. Ia menyesakkan dada apabila memikirkan masalah itu.

 “ Encik Hashim, saya hanya sebagai orang yang tolong mengajar anak encik sahaja. Untuk mendapatkan gred yang cemerlang, dia sendirilah yang perlu berubah. Tentu Encik tahu, hanya diri sedir yang mampu mengubah nasibnya sediri,” kali ini, pesanan cikgu Laila guru sains Kamila pula berputar ligat dalam fikirannya.

 Encik Hashim meraup muka dan kemudian menyebak rambutnya ke belakang. Dia merenung bulan yang sedang mengambang terang. Di luar sana itu terang namun fikirannya kelam. Dia buntu dengan masalah ini.

 “ Abang…maafkan saya kerana tidak dapat membantu abang membesarkan anak kita bersama-sama,” kata-kata terakhir isternya sebelum menghembuskan nafas terakhir benar-benar meruntun hatinya tika ini. Tiba-tiba dia rindukan arwah isterinya.

 “ Misah,” Encik Hashim menyebut nama arwah isterinya.

 “…apa yang perlu abang lakukan supaya anak kita faham yang saya hanya mahu dia berjaya dalam?”

 Di bawah meja kayu tempat dia duduk itu, terdapat sebuah biola tua. Itulah pemberian terakhir arwah isterinya sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka. Betapa dia menyayangi biola itu.

 Dalam malam yang sunyi, bertemankan bunyi alam, Encik Hashim memainkan biolanya. Dia menggesek lagu lama, lagu kenangan semasa dia memikat arwah isterinya itu.

 Dan, air mata menitis. Alangkahnya indahnya jikalau masa yang lalu dan semua kenangan indah dapat diundur kembali. Dan dia, mahu selama-lamanya hidup dalam kenagan yang indah itu.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.