Home Novel Cinta KUINGIN CINTAMU
KUINGIN CINTAMU
11/3/2013 14:22:11
35,637
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Chapter 9

BAB 9

Imbas kembali bersama Dr. Damyral.

Lokasi Jambatan Sri Gemilang.


Babak-babak dia menoktahkan cintanya dengan Dr.. Damyral kembali mengopak pintu ingatan. Mereka memilih lokasi pertemuan di Jambatan Seri Gemilang, Putrajaya. Jambatan yang rekabentuknya seakan-akan sebuah jambatan yang terdapat di Paris. Sebenarnya rumah Dr. Damyral tidak jauh dari lokasi itu.

Bunyi hentakan sepatu kian lama kian hampir.Humaira yang sudah lama gugup, cemas berpaling menanti lelaki yang sedang mara ke arahnya itu. Getar di hatinya hanya TUHAN saja yang tahu. Dari jauh, senyum sudah terukir di bibir lelaki tampan itu. Humaira serba salah. Sekejap-sekejap diketap bibirnya. Hembusan nafasnya sudah tidak sekata.

“Tak menyempat-nyempat nak berjumpa.Saya sepatutnya on call ni. Mujur  ada Dr.. Hillman Aman mahu menggantikan.” Itu kata-kata pertama yang terluah dari bibir Dr.. Damyral setelah berjurus lamanya mereka hanya bertentang mata dalam diam.Kalaulah dia tahu tujuan Humaira mengajaknya berjumpa. Kasihan!

Sebenarnya amat berat hati Humaira hendak melontarkan apa yang terpendam di hatinya. Berjurus lamanya dia hanya terkebil-kebil. Teragak-agak mahu menyampaikan. Bagaimanakah reaksi Dr.. Damyral menerima keputusannya itu nanti? Dia semakin berdebar-debar.

“Kenapa membisu ni, sayang?” Dr.. Damyral mula menangkap kelainan itu. Wajah Humaira terlalu serius. Bagaikan memendam sesuatu yang amat berat.

“Boleh tak kalau awak jangan panggil saya sayang. Seriaulah... Tegak bulu roma saya mendengarnya,”pinta Humaira yang berasa canggung dengan keadaan itu. Mungkin juga terasa bersalah.

Dr.. Damyral tergelak. “Awak lupa ke yang awak juga suka panggil saya begitu?” Dia mengingatkan.

Terkemap sesaat Humaira dibuatnya. Cakap-cakap Dr.. Damyral itu memang betul. Argh... payah!

“Beritau sajalah. Awak ada masalah ke? Come on Aira, luahkan!”uja Dr.. Damyral yang menyangka Humaira mungkin perlukan sedikit stimulan ataupun motivasi untuk berhadapan dengan masalah yang sukar. Meskipun dia sebenarnya sudah mula tercium sesuatu yang kurang enak akan berlaku.Sixth sense seorang perawat profesional.

Humaira cuba fokus. Sepasang mata beralis lentik itu ditenungnya tepat-tepat. Sambil menarik nafas sedalam-dalamnya, dia melepaskan apa yang sejak tadi dikemam lidahnya kerana tidak tergamak.

“Damyral... awak ni sporting tak?” tanya Humaira yang sudah mula dicengkam rasa bersalah.

“Selalunya begitulah. Tapi kenapa?” soalnya terasa aneh.

“Begini. Entah kenapa, saya baru sedar yang saya hanya sukakan awak. Tapi, untuk menyatakan yangperasaan itu adalah cinta, sangat ironi. Awak agak, kita ni terburu-buru sangat tak?”

Humaira agak panik menanti reaksi pakar kesihatan di depannya itu. Namun dia lega seketika kerana sudah berjaya melepasi fasa yang paling sukar itu.Masih bergemuruh dadanya.

Dr.. Damyral hilang kata-kata. Terasa seolah-olah jambatan itu mulai runtuh dan perlahan-lahan menghempap sekujur tubuhnya. Nafasnya bagaikan menyumbat dan terkumpul di rengkung. Senyuman yang menghiasi bibirnya tadi hilang terus. Namun dia gagah mengawal amukan perasaannya. Suaranya digumam. Gagal terluah. Tidak disangka khabar ngeri itu yang hendak disampaikan Humaira!

“Kita sepatutnya berkawan saja. Terserah kalau akhirnya berkesudahan dengan cinta ataupun tidak. Takdir tak terlawan kan?Tapi...” Humaira dengan segala kepayahan mengangkat dagu memandang Dr.. Damyral.

“Tapi... setakat ini, apa yang saya rasa bukanlah cinta. Mungkin saya gembira berkawan dengan awak. Itu saja. Saya yakin sekarang, apa yang saya rasakan itu bukannya cinta.” Humaira menarik nafas lega usaidia meluahkan isi hatinyaitu.

Dr.. Damyral terus kaku. Paras lela di depannya itu ditenungnya semacam. Hati di dalam argh... alangkah hibanya. Dia memerhatikan bibir yang bergerak-gerak meluncurkan ratusan perkataan berbisa yang tidak lagi mampu ditampung deria dengarnya itu.

Bukankah di Beijing dulu dia pernah bertanya samada Humaira benar-benar sukakannya atau sekadar bersimpati?Dia mahukan satu kepastian. Kerana bila bercinta dia tidak olok-olok! Dia bertanya kerana mahu mengelak dirempuh tragedi yang mampu meragut bahagia seperti sekarang ini. Ketika itu, Humaira dengan lantang mengakui tentang perasaannya tanpa sebarang rasa sangsi.

Kata-kata bersumpah Humaira di Beijing dulu kembali tengiang-ngiang. “Saya sumpah Damyral. BiarTembok Besar ni jadi saksi. Bahawa saya memang sukakan awak. Saya takkan menyesal seperti yang awak takutkan tu.Ditakdirkan suatu hari, awak tinggalkan saya pun, saya tetap akan ulangi tempat ni lagi. Demi meraikan kenangan istimewa pertemuan kita. Cinta kita.” Gadis itudulu dengan beraninya bersumpah demi mengakui perasaannya.

Kenapa harus menukar prinsip semudah itu? Sekarang siapa yang meninggalkan siapa? Akhirnya sambil memaksa dirinya bertenang, Dr.. Damyral membalas ungkapan Humaira dengan sebuah senyuman pura-pura. Berombak dadanya bergelut dengan nafas yang menyesak dan mengempang.

“Saya juga pernah terfikir ke situ. Tetapi serba salah hendak mengakui kebenaran itu. Nampaknya perkara sudah jadi mudah sekarang. Betul tak?” balasnya tanpa membuang senyum. Dapat didengar suaranya bergumam sebak. Telinga Humaira saja yang tumpul untuk mengesan semua itu.

Mendengar itu Humaira tergelak-gelak kecil.

Relif!

Kalaulah Humaira benar-benar menatap anak mata lelaki itu. Atau merenungnya dalam-dalam. Akan nampaklah betapa di situ terpahat berjuta kesedihan. Cuma dia lelaki. Lalu dia mengawal kukuh benteng air matanya. Dia benar-benar cintakan Humaira.

“Jadi, no hard feeling ya. Kita berpisah secara baik?”

Dr.. Damyral mengangguk.Masih belum lekang senyum yang dipaksakan di bibirnya. Meskipun kalbunya bagaikan disiat-siat.

“Ya... kita berpisah secara baik. Kerana awak yang mahukannya begitu.” Dia mengiaskan perasaan halusnya. Bahasa tersirat yang gagal ditangkap Humaira. Ditatapnya puas-puas wajah indah yang sudah lama bersemi di halaman cintanya itu. “Aira...”

Humaira yang baru hendak melangkah menuju ke tempat parkir tertegun. Pantas dia berpaling menghadap Dr.. Damyral yang tegak menanti.

“Jangan pernah menyesal dengan perpisahan ini. Mungkin ini yang terbaik. Jalanilah hidup seperti biasa. Saya tak apa-apa. Hidup ini umpama roda pedati. Oleh itu sentiasalah bersedia. Ingat tu!”

Humaira berasaamat aneh dengan pesanan terakhir lelakinya itu. Namun, dia tetap mengangguk sebagai ganti ucapan terima kasih.

Ditatap oleh Dr.. Damyral puas-puas akan wajah yang bakal meninggalkannya itu. Apabila yakin Humaira tidak akan menoleh lagi, dia membiarkan air matanya gugur beberapa titis.

Humaira meninggalkan tempat pertemuan itu dengan perasaan yang cukup lega. Tapi tahukah dia apa yang sudah dilakukannya pada lelaki yang benar-benar ikhlas mencintainya itu?Kasihan Dr.. Damyral... Kakinya seolah-olah tidak berjejak lagi pada lantai jambatan.

“Aku benar-benar mencintaimu...” lafaz Dr.. Damyral amat sedih.

Sambil pandangan sayunya merenung Toyota Caldina hitam yang sudah mula bergerak meninggalkannya untuk ghaib buat selama-lamanya itu.

“Seperti dia yang telah pergi, aku juga harus pergi dari sini. Aku akan pergi jauh. Jauh sekali. Kau takkan jumpa aku lagi Aira.Tak sanggup aku terserempak denganmu sekali lagi. Hatta untuk melihat tempat di mana pernah ada bekas tapak kakimu,” raung batinnya yang tersangat hiba.Hatinya sungguh luka. Amat luka.

Humaira takut untuk terikat lama pada satu-satu hubungan. Dirinya yang tidak suka dikongkong, akan terlonta-lonta mencari eskapisme.Dia takut berkahwin. Tambahan pula bila sang kekasih mula memantak isu hantaran dan perkahwinan ke telinganya.

Akutakut diserang trauma... bisiknya.

Bagaimana kalau lelaki itu juga sama saja seperti ayah?Hanya sayangkan anak isteri pertama? Manakala anak-anak dengan isteri kedua pula ditiri-tirikan.Tak sanggup aku! Dia menghempas nafas.

Memikirkan risiko dijebak oleh lelaki sepertiayahnyalah, maka dia mencari cara terbaik untuk segera mengucapkan salam perpisahan. Lagipun, bukunya sudah hampir hendak terbit. Apa lagi?

Mission accomplished!’

Previous: Chapter 8
Next: BAB 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh