Home Novel Cinta KUINGIN CINTAMU
KUINGIN CINTAMU
11/3/2013 14:22:11
35,625
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Chapter 6

BAB 6


"DAH sejam lebih dok termenung macam tu!” gerutu Huwaida memerhatikan Humaira yang hanya termangu merenung komputernya yang ditempatkan di sudut ruang makan.

Bahagian itu jadi pilihan Humaira memandangkan ruangnya yang lebih luas. Cukup kondusif kerana berhampiran jendela dua panel menghadap landskap hadapan.Sebuah lagi jendela tiga panel terdapat di dinding sebelah kanan.

Potret ibu mereka, Zainon awal-awal lagi sudah dilekapkan ke dinding menghadap meja yang menempatkan set komputer tersebut. Di belakang Humaira, terdapat sebuah meja makan yang panjang. Meja itu asalnya diasak ke tepi dinding berhampiran jendela oleh pemilik asal. Tetapi sudah dialihkan semula ke tengah oleh Huwaida yang memang hobinya menyusun atur semula perabot rumah.Semua kerja dilakukannya sendiri. Huwaida memang lasak dan kalau tidak keterlaluan, memang boleh dikategorikan sebagai wanita perkasa.

“Tengok tu, langsung tak memandang keliling!” Humaira tidak menyedari perbuatan Huwaida yang sedang mengkritik aksinya.

“Penulis memang kuat berangan Nak ajak berborak pun payah. Bosan aku!” Huwaida mendengus.

Humaira yang tidak sedar dirinya diperhatikan, terus termenung. Sedikit pun tidak berkalih. Tidak pasti ke mana fokusnya. Komputer? Komputer tersebut belum dipasang. Wayarnya masih bersanggitan.Atau Dr.. Damyral lagikah?

Memang itulah yang sebenarnya.Dia sedang tenggelam dalam lautan khayal mengenang Dr.. Damyral. Balik-balik ingatan terhadap lelaki itu juga yang mengisi halaman memorinya.Dia tewas. Bahkan berasa aneh.Apa sebenarnya yang menimpa dirinya kini? Sungguh berbeza dengan sikap tidak endahnya dulu. Dulu perkataan ‘feveret’nya menyentuh lelaki ialah, “Apa ada pada lelaki, lelaki boley blaah!” Termasuk Dr.. Damyrallah agaknya. Kononnya!

“Wei!” Huwaida memanggil tumpuan kembarnya itu dengan teriakan. Bila Humaira tidak terkesan, dia mengambil sebuah bantal Panda dan membaling tepat dikepala Humaira.

Humaira yang terhumban keluar daripada lamunannya menoleh terkejut. Terbata-bata dia.Kemudian, dia mendengus geram. “Aku ni dapat kembar jantan!” gerutu Humaira geram.

Huwaida pula terus menyambung leterannya. “Siap aje satu novel, cepat-cepat kau menyorok. Lari daripada boyfriend kau. Walhal, sebelumnya kau juga yang terhegeh-hegeh mencari calon Mr Love konon. Tapi bila kerja kau selesai, manuskrip dah dicetak jadi buku, senang-senang aje kau tinggalkan mereka.” Huwaida mencebik.

Humaira menarik nafas yang terkepung. Dia menggaritkan sedikit hujung bibirnya. Kemudian kembali menghadap komputernya. Malas melayan.

“Mentang-mentang dah enam kali kau terlepas, kau buat lagi. Sekarang apa kes? Tengoklah sendiri apa kesudahancinta ke tujuh kau, si Azril tu!Tengoklah bala yang terpaksa kita tanggung lepas kau tinggalkan dia.Kau dan aku sekali terpaksa cabut lari dan bersembunyi di tempat tersorok macam ni.Kesian anak-anak kat tadika aku tu!”

Humaira menoleh dengan matanya mencerlung pada kembarnya. Berdesing juga telinganya ditegur Huwaida secara tidak berlapik seperti itu.Sentap!

“Kau ingat senang ke nak cari teachersebaik aku?Tak ramai sanggup bimbing kanak-kanak nakal macam tu!”

Huwaida yang bertubuh besar memang gemar bermain dengan kanak-kanak.Tapi kanak-kanak itu juga tidak berani melawannya kerana aura yang ada padanya. Mereka patuh pada setiap arahannya. Mungkin juga takut.

“Kerana kau, hancur kerja aku!” bebel Huwaida lagi.

Dia tidak puas hati sebenarnya. Sejak berpindah ke situ, Humaira semakin kerap bermenung. Apahal dengan dirinya? Sudah tentulah dia rasa keseorangan. Sudahlah terpaksa berhenti kerjasemata-mata kerana ‘gara-gara’yang dicetuskan oleh kembarnya yang cantik itu. Terpaksa pula bersembunyi hingga ke hujung negeri. Ironisnya, orang yang ditemani, syok sendiri. Sebilang waktu asyik melayan fikiran sendiri.

“Dahlah aku ni tak kenal satu orang pun kat sini.Kecualitaukeh kedai runcit hujung kampung tu. Lepas tu, kalau nampak aku mulalah nak tersengih-sengih. Geli!”Humaira hanya mengetap bibir mendengar.

“Lepas ni kalau dia menggatal lagi, aku acu penumbuk femes aku ni ke muka dia.” Humaira tergeleng melihat Huwaida mengepal penumbuknya. Taukeh kedai mana pulak syokkan Huwaida ni...tersenyum dia.Ada-ada saja Aida ni!

“Tujuh novel kau Aira. Bermakna dah tujuh kali kau bercinta dan tujuh kali pula ‘kita’ jadi pelarian terpaksa pindah randah. Tak betul cara kau ni!”

Mendengar itu, Humaira perlahan-lahan memusingkan kerusinya 90 darjah menghadap Huwaida. Namun fokus sebenarnya ialah ke garis infiniti. Ada elemen lain masih membesarkan sarangnya di minda novelis terlaris itu. Elemenyang berinitialkan huruf D. Dr.. Damyral!

“Berhentilah menghamun aku, Aida...fikiran aku tengah dibejat ni.” Akhirnya Humaira membalas.

Dia memusingkan kembali kerusinya lalu mula melekapkan plug wayar monitor ke CPU. Selesai, dia menggerak-gerakkan tetikus sambil menanti tindak balas kusor. Sengaja mengelak kerana enggan melayan bebelan Huwaida.

“Kau tau?Kataorang dulu-dulu,tujuh kali pindah ni, boleh jatuh papa kedana tau tak? Fikirlah Aira, sampaibila kau nak lari dari mangsa-mangsa kau tu? Minta maaf sajalah pada semua lelaki tu, senang cerita!” Huwaida mengangkat kening menanti respons Humaira. Akhirnya dia menyandar , bila Humaira tidak memberikan reaksi.

Dia tahu Humaira sengaja pura-pura menyibukkan diri memasang gajet yang sudah berusia lebih dua tahun itu. Macamlah dia tak kenal fi’il kembarnya itu.

“Bayar ganti rugi okey jugak. Tak payah kita nak lari lagi.Aku penatlah,” keluhnya lagi lalu menyengih memandang Humaira.Tiba-tiba teruja dengan idea spontannya berkaitan royalti itu. “Eh... royalti novel kau kan banyak, no problem kan kalau nak bayar ransum?”

Humaira tidak kuasa melayan.Dia pura-pura memberi konsentrasi pada komputer peribadi yang belum dipasang. Setelah seminggu baru hari ini alat telekomunikasi tersebut disentuhnya. Sebelumnya jika perlu menaip, dia akan beralih pada netbook dan ipadnya sahaja. Lebih mudah meskipun mata tak puas melihat.

Huwaida menipiskan bibir bila Humaira masih tidak berminat melayan ocehannya. Kasanova betina... cebik Huwaida geram

Sebenarnya, jauh dalam hati Humaira, dia mengakui kata-kata Huwaida itu betul. Dia sedar dia salah. Perbuatannya salah. Konsepnya juga salah!

Teguran Huwaida itu mengingatkannya pada Azril, bekas teman lelaki terbarunya. Juga yang ketujuh. Baru saja dia memutuskan hubungan mereka. Lelaki itulah punca dia mengheret kembarnya itu tinggal di kotej yang jadi kediaman mereka sekarang. Dia takut pada Azril!

Setelah MOU selesai ditandatangani, dia cepat-cepat mengucapkan ‘sayonara’ pada cinta ke tujuhnya itu.Kenapa dia berbuat begitu? Jawabnya mudah saja. Dia perlu tutup buku pada hubungan mereka. Itu mesti. Sejujurnya dia amat pantang jika teman lelakinya memaksa dia kahwin.

Azril, dan lima lagi yang lain memang tidak menyempat-nyempat mengajaknya kahwin. Dr.. Damyral tidak pula begitu. Mungkin tidak sempat sebenarnya. Atau lelaki itu memang mengambil masa yang lama hendak melamar teman wanitanya?

Kacau betul si Azril. Sibuk betul nak bernikah. Hati budi keluarganya pun aku belum tau... dengusnya sebal.

Azril dan Damyral...

Seorang langit dan seorang bumi. Dia membandingkan kedua-duanya. Tanpa sedar,dia sedang memuji yang pertama. Itulah julung kalinya dia menghargai salah seorang daripada mereka. Kalau dulu mulutnya itu payah hendak memuji walaupun hanya salah seorang.

Aku ni sebenarnya kenapa?Gila talak ke aku ni dengan Damyral?Dia mengeluh lagi.

“Wei!” Sekali lagi suara nyaring Huwaida menghentam gegendang telinganya. Sambil menumbuk meja sisi dengan tangannya yang dikepal.

Lambat-lambat Humaira menoleh padanya. Akhirnya membalas dengan nadacukup hambar.“Kalau tak pindah ke sini, dan tak bergerak dari rumah sewa kita kat KL tu, kita dah mati!” Mudah-mudahan Huwaida berhenti dan tidak lagi mengganggu fokus menungannya. Tapi kata-katanya itu dibalas dengan tempelakan nyaring oleh Huwaida.

“Oi...tolong sikit. Yang mati bukan aku, tapi kau!Aku mana ada rekod, mana ada kes? Azril tu bekas pakwe kau bukan pakwe aku!” gunjingnya dengan suara melengking.

Humaira terkedu.Akhirnya tersengih sumbing.Betul jugak, bisiknya. Yang bermasalah ialah aku, bukannya Aida.Itupun nasib baik dia nak ikut aku, simpati pula pada Huwaida yang kini terjebak dalam permasalahannya.

Apapun, dia tahu tidak ke mananya kemarahan Huwaida itu.Tidak kira apa yang dia lakukan, adiknya itu tetap akan mengekor ke mana saja dia pergi.Pernahkah mereka berpisah?Sekali pun tidak!

Dulu, sebaik meninggalkan rumah keluarga kerana bekerja, mereka berkongsi tempat tinggal yang sama. Mereka tidak pernah berjauhan antara satu sama lain. Tidak akan pernah. Huwaida dan Humaira ialah sepasang kembar yang tidak pernah terpisah.

Humaira melepaskan keluhannya. Jika dulu,dia sekadar berpindah rumah kerana hendak menyepi diri seketika daripada gangguan atau sebarang tindak balas teman lelakinya yang silih berganti itu.Kini,keadaannya lagi teruk. Dia terpaksa lari jauh-jauh. Bukan lagi berpindah

rumah tapi berpindah negeri terus. Semuanya gara-gara Azril yang tidak berhenti mengasak dan mendesaknya. Mencari dan memburunya tanpa jemu.

Kenapa mereka semua tak seperti Dr.. Damyral? Keluhnya.Tanpa sedar dia memujilagi lelaki itu.

Lagi?

Memang aku dah sewel... bisiknya. Balik-balik aku teringatkan Damyral.Memuji Damyral! Kenapa asyik dia yang masuk ke kepala aku sekarang?Argh... lelaki ni memang pantang dibuat kawan, dalam otak kuning tu hanya ada satu saja, kahwin..kahwin!”

Kecuali Damyral, yang lain-lain tu tak menyempat-nyempat ajak aku kahwin. Siap ada yang nak kongsi akaun. Gila!Dia melepaskan gerutu di dada.

Apapun, teman lelakinya yang lain itu, tidaklah seobsesAzril. Lelaki itu setiap hujung minggu mengadakan‘roadblock’ di pintu pagarnya. Humaira dan Huwaida kecut- perut dekcemas dan takut. Hari Sabtu dengan Ahad tidak seorang pun di antara kembar itu yang berani keluar.Menyorok saja di dalam. Toyota Caldinanya diparkir di rumah kawan. Pura-pura, seolah-olah tiada siapa di rumah.

Kalau cool macam Dr. Damyral kan best?Humaira mengangkat kening. Aku minta putus dulu pun,sporting aje. Dia tersengih lagi bila ingatannya singgah pada bab Dr. Damyral.

Huwaida yang masih memerhatikannya, tergeleng. “Angau ke?” bisiknya memanah matanya pada Humaira.

“Wei... angau ke?” seru Huwaida dari ruang tamu yang terpisah dengan ruang makan oleh ‘bar counter’ itu.

Humaira spontan menoleh.

“Aku ni macam terkena sumpahanlah Aida. Kebelakangan ni, kepala aku asyik teringatkan‘ex’ pertama aku dulu. Aku termakan sumpah aku sendiri agaknya. Atau ini sumpahan Dewi Kuan Yin? Kau tau kan aku pernah terlafaz sumpah masa melepak di Tembok Besar Badaling dengan ‘ex’pertama aku tu dulu?”

“Rafiq?” tanya Huwaida.

Humaira pernah berbohong yang teman lelaki pertamanya bernama Rafiq. Lantas dia terkedu mendengar nama itu disebut. Berjurus dia terkaku. Sudah empat tahun dia berbohong tentang itu.Bilalah dia mampu merungkainya dan mengambus dosa dustanya itu. Dia mengeluh. Huwaida tidak pernah membohonginya tentang satu apa jua. Dia cuma kasar, perengus tapi suka menolong. Tapi bukan pembohong.

“Mulalah merapu tu...tak ada maknanya terkena sumpah. Kau tu dah mula terimabalasan dosa sebenarnya,” balas Huwaida selamba. Tetapi, tidak didengari Humaira yang kini berkerut-kerut keningnya mengimbas kenangan masa lalunya bersama Dr. Damyral.

BAB 7

IMBAS KEMBALI

Lokasi, Tembok Besar Badaling.


HARI itu hari ke tujuh percutian Humaira. Keesokannya dia akan mengikut Dr.. Damyral melawat Masjid Nanguan.Hasil promosi lelaki itu juga. Sebetulnya, dia ingin melihat sendiri cara hidup dan budaya etnik Muslim Hui di Ningxia. Sesuatu yang mungkin bermanfaat untuk dirakamkan ke dalam novel sulongnya nanti.

Sebelum berangkat, mereka sekali lagi keTembok Besar. Sejak pertemuan kali pertama dulu, Dr.. Damyral belum pernah ponteng menemuinya setiap hari. Hari itu hari ketujuh. Sewaktu di tempat jualan tiket untuk ke Juyong Guan, berkali-kali Dr..Damyral bertanyakan lututnya. Bimbang betul dia, kalau-kalau Humaira tidak mampu bertahan dengan aktiviti yang memenatkan itu.

Humaira amat tersentuh. Terasa dirinya dimanja. Seronok pula bila ada yang ‘sangat caring’ di tempat asing seperti itu. Terkekeh-kekeh dia bila Dr.. Damyral pura-pura menuduhnya sengaja ke situ lagi kerana hendak merasai pengalaman didukung kali kedua.

Sewaktu mereka berada di pos penjagaan tembok besar itu, sesuatu terjadi. Terpempan Humaira dibuat dek Dr.. Damyral. Pengakuan berani mati lelaki itu!

“Samada awak percaya atau tak, saya dah jatuh cinta pada awak. Aira. Saya ni tak pandai putar belit. Apa lagi bermain dengan kata-kata. Saya memang sukakan awak. Awak ni betul-betul dah takluk hati saya.” Mata lelaki itu menikam tepat ke muka terkedu Humaira yang sebelum itu, sibuk tertinjau-tinjau melihat pemandangan dari pos di situ.

Previous: Chapter 5.
Next: Chapter 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh