“Fir, bangun.” Aku cuba kejutkan Firdaus.
Bila pula suami aku ni masuk bilik aku.Rasanya sebelum aku tidur tadi, aku dah kunci pintu. Aku menepuk dahi. Aduh!Lupa pula kunci spare ada tersorok dekat ruang tamu.
“Fir… Fir…. Nak dekat habis maghrib dahni.”
“Hmm. Hmmm.” Eh dia ni. Bangunlah, lewatmaghrib karang.
“Tengku Firdaus Al-Amin, wake up.” Akumenguakkan rambutnya ke belakang dan pek! Dahinya ku jentik.
Firdaus terduduk menggosok dahinya yangkena jentik berbisa Yana. “Yana ni kejutlah abang elok-elok.”
“Cukup elok kita kejut dia tadi. Dia yangtak nak bangun, salahkan kita pula. Hah letaklah semua salah tu dekat Yana.”Yana pun membawa diri ke bilik air untuk mengambil wudhu.
Firdaus yang tercengang atas tilam,bangkit membentangkan sejadah. Kini, dia tekad kehidupan mereka perlu berubah,berubah menjadi suami isteri yang sebenar. Langkah yang pertama, solatberjemaah perlu djadikan rutin harian mereka.
“Awak buat apa tercegat kat bilik saya?Pergilah solat.”
“Yana, tunggu abang. Abang nak imamkansolat kita.” Terkebil-kebil mata Yana. Dia menyarungkan telekung dan pergikearah almarinya, mengeluarkan sepasang kain pelikat untuk Firdaus guna.
“Fir, kain pelikat.”
“Terima kasih, isteri abang. Dah jom kitasolat. Lewat dah.”
Salam kedua dilafaz. “Ya Allah YaTuhanku, kau ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa ibu bapamertua kami, dosa adik beradik kami, dosa guru-guru kami, dosa sahabat-sahabat,dosa kaum muslimin dan muslimat serta dosa kaum mukminin dan mukminat. Akubersyukur dengan segala apa yang telah engkau berikan pada kami. Engkauberikanlah kami kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi segala dugaanmu YaAllah. Permudahkanlah urusan kami dunia dan akhirat. Ya Allah, aku bersyukurkerana engkau telah memberikan seorang isteri yang solehah dan taat. Aku jugabersyukur kerana engkau telah menguatkan perasaaan cintanya kepadaku.Sesungguhnya ya Allah, telah banyak kali aku mengabaikan isteriku. Kauberikanlah aku peluang mencintainya dan mengangkat darjatnya sebagai ketuabidadari syurga untukku di akhirat nanti. Rahmatilah dan berkatilah rumahtangga kami, jauhkan lah kami dari anasir-anasir jahat yang dengki akankebahagiaan kami. Akhir sekali, Ya Allah berikanlah kami rezeki anak yang ramaiYa Allah. Jadikanlah kami bakal ibu dan ayah yang dapat mendidik anak-anak yangsoleh dan solehah. Perkenankanlah doa kami. Amin.”
Aku dah teresak-esak mendengar doa yangdilafaz Firdaus. Sungguh aku rasa terharu dan sebak. Kini, aku tahu diabetul-betul berubah dan ingin belajar menerima dan mencintai aku. Tangannya kugenggam, dibawa ke bibir. “Ampunkan Yana sebab sentiasa menyusahkan abang.”Daguku diangkat, kini mataku dan matanya bersabung. “I love you, Shafira Liyanabinti Adam Micheal.” Dahi aku dikucup. Terasa syahdu, sepertimana pertama kalidilakukannya selepas akad nikah 8 bulan yang lepas.