Home Novel Cinta Mrs. Firdaus
Bab 4

Untuk tidak membuatkan aku terus berada dalamdunia sendiri, aku pergi ke bilik dobi untuk membasuh baju kami. Tugas isterimesti dilaksanakan. Basuh pakai tangan? Memang tak lah, mesin basuhkan ada. Apaguna?

Sedang aku menjemur pakaian kami,tiba-tiba ada tangan yang melingkar di pinggangku. Telinga ku ditiup. Siapalagi kalau bukan suamiku yang tercinta. “I need to go.” Katanya. Akumemusingkan badan menghadapnya. “Hati-hati. Don’t you dare to be Paul Walkeratas jalan tu.” Aku mencubit manja hidungnya. Tangannya ku gapai dan salam.Tubuhnya hilang dari pandanganku. Terasa lemah kakiku dan aku jatuh terduduk.“Why?”

Firdaus ke mana? Keluar date dengankekasihnya. Kekasih pertamanya dan mungkin terakhirnya juga. Aku? Cuma isteridiatas kertas sahaja. Mungkin korang rasa simpati dengan kisah hidupku, tapitak mengapalah. Dia berhak untuk bahagia, kebahagiaan dia merupakan kebahagiaanku juga. Tipulah aku kata, aku tak rasa sakit. Tapi, siapalah aku. Cukuplah akudah menjerat dia dalam perkahwinan ini. Sebelum kami bernikah lagi, diamengingatkan aku “Yana mungkin dapat berkahwin dengan Fir tapi, Yana tahu kan?Yana tak akan pernah dapat cinta dari Fir. Sebab Fir hanya mencintai diaseorang sahaja.” Kata-katanya masih tersemat lagi dimindaku.

Mataku cuba ditahan. Jam di dindingmenunjukkan sekarang sudah pukul 2 pagi. Dimanakah Firdaus?

Aku sedar bila Mak Idah mengejutkan akuuntuk menunaikan solat Subuh dan keretanya masih tidak ada lagi digaraj. Itupunaku tahu kerana mengintai dari tingkap sahaja. Sampai bila aku mampu bertahandengan keadaan ini? Bukankah ini yang aku nak, perkahwinan dengan Firdaus. Tapiaku tamak, aku juga inginkan cinta darinya.

Salam, Fir. Morning. Awak kat mana? –Yana

Firdaus masih tidur. Ni Kayla. – Firdaus                                                                             

Aku terhenyak. Bila membaca balasan dariFirdaus. Firdaus walaupun nakal dia tak akan sesekali berduaan begitu. Akumemujuk hatiku untuk percaya pada Firdaus.

Kayla, Firdaus ada mana? – Yana

He in my house of course. What do youexpect? Semalam kami hang out lama, so dia tak larat nak balik drive. So, Ioffer him to stay in my place. – Firdaus

How could you, Fir? Kata itu hanya mampuaku bisik ke hati. Sungguh hati ni sangat-sangat terluka. Kau tak akan pernahdapat cinta dari suami kau, kau kena sedar Shafira Liyana.

Seminggu aku tidak menyapa dan menegurFirdaus. Tapi, tugas sebagai isteri tetap aku lakukan. Sediakan pakai, makandan minum. Berat badanku makin turun, mungkin kerana tertekan dengan keadaanini. But, I need to strong. Aku tahu, sedikit sebanyak aku boleh memeganggelaran isteri derhaka. Aku memikirkan apa yang perlu aku lakukan untukmemperbaiki hubungan kami, aku terseksa merindui dia. Hah, muncul satu idea.Aku ingin masakkan makanan kesukaan dia dan lunch di pejabatnya. Good ideagirl.


“Awal balik Fifi.”

“Eh Mak Idah. Fifi nak masak untukFirdaus dan bawa bekal ke pejabat dia.” Aku tersenyum senang.

“Untung Firdaus ada isteri yang baik dansayang kat dia. Masaklah. Ada apa-apa yang perlu Mak Idah tolong ke?”

“Eh tak apa Mak Idah. Nanti Fifi masaklebih, Fifi simpan hidang atas meja sahaja. Mak Idah jangan lupa jemput lainmakan tau.”

“Ish segan Mak Idah. Macam Mak Idah jemem dalam rumah ni. Selalu sangat Fifi buat tugas kami sebagai pembantu.”

“Mak Idah, apa pula cakap macam tu.Selagi Fifi boleh buat, Fifi buat. Dari kecil pun Walid dah besarkan denganberdikari. Jadi terbiasa.”

“Iyalah. Mak Idah masuk bilik rehat jap.Ada apa-apa panggil je kami.” Pesan Mak Idah lagi.

Lincah tanganku menyediakan masakan.Daging asam pedas dengan telur dadar. Tak lupa juga menyediakan salad specialyang selalu diminta Firdaus. Selesai masak, aku mengemas dapur. Lauk diagihkan,untuk dirumah aku hidang di atas meja. Manakala, untuk dibawa ke pejabat akuletakkan di dalam mangkuk tingkat.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Atul Aisy