“Woi, Acap.” Aku merempuh bilik tugasAcap. Dia yang terkejut jatuh tegolek dari kerusi. Sumpah kelakar. Ketawaterbahak-bahak aku dekat situ.
Julia yang berada di hadapan pintumenahan gelak. “Alahai, Julia. Please lah, gelak je.”
“Oi, mak buyong. Kau nak suruh aku mampuscepat ke?” Acap mengusap-usap dadanya. Lemah jantung Tuhan sahaja tahu.Perangai hantu betul kawannya ni, kahwin dah tapi macam budak-budak.
“Tak apalah. Cik Fi, Doktor Asy sayaminta diri dulu. Kalau ada apa-apa panggil sahaja.” Kata Julia.
Aku duduk menghadap Acap. Kenapa nampakserabut sangat mamat ni? Tie dengan tak kemasnya, rambut dah mula panjang danyang tak tahan sejak bila Acap simpan jambang. Rupa mati bini je.
Acap diam, menjeling dia. Amboi,merajuklah tu. Cakap je aku macam budak-budak, habis yang dia ni bukan tengahbuat perangai ala budak tadika ke?
“Acap. Aku minta maaflah. Ni aku bawakankau ciskut oreo.” Aku meletakkan satu beg diatas meja kerjanya.
Acap jeling sahaja. Uish, tercabarnyaaku. Jeling je kau, Cap? Dasar kicap.
Dengan sifat sabar yang memang ada dalamdiri ini, aku cuba lagi memujuk “10 jar dalam tu. Satu pun aku tak tinggalkanuntuk suami aku. Aku buat khas untuk kau ni.”
Aku cucuk-cucuk tanganya dengan pen yangada diatas meja itu. “Hah, kau nak apa?”
Amboi garangnya. “Eh, siapa seru akudekat whatsapp tadi? Aku datanglah sebab nak jumpa kau.”
Kali ni, aku pula merajuk. Bibir dah mencebik,karang tak lama ni menangislah.
“Uwaaa. Sampai hati kau Cap. Kicap…”
Acap dah garu kepalanya yang tak gatal.Sensitif pula mak buyong ni. ‘Padan dengan muka diri tu, siapa suruh merajukdengan orang yang lagi sensitive daripada kau’
Sekali lagi, pintu bilik Acap dirempuh.Firdaus yang melihat isterinya menangis memandang tajam Acap. Acap telan airliur, terasa kesat pula tekaknya. Bapak singa mai dah. Aum Aum Aum.
“Kau buat apa dekat isteri aku?”Berdentum guruh dekat luar.
“Abang….” Aku nampak Firdaus terusmemeluknya. “I miss you.”
“I miss you too, my wife.”
“Acap buat apa dekat sayang?” Firdauspandang Acap, “Kau sentuh isteri aku, aku debik kau dekat sini juga.”
“Kau ni bro, patut tanya dulu. Siapa yangbuat siapa? Aku ni mangsa keadaan isteri kau. Kau orang berdua laki bini samaje. Masuk bilik orang pakai redah je, salam tak ada, ketuk tak ada. Terkejutberuk aku.” Acap membebel.
“Aku nak bergurau manja je dengan kau.”Aku berkata.
“Ehem, sayang. Gurau manja-manja nidengan abang sahaja ye.” Pandangan tajam Firdaus beralih ke aku.
Gulp!
“What I mean, aku gurau je Cap. Aku mintamaaf.”
“Ye aku maafkan. Dah, duduk-duduk. Berdirije buat apa.” Jemput Acap.
“Kau ni Acap, pehal selekeh sangat.”Firdaus tegur direct.
“Aku serabut. Tu yang aku nak mintatolong dengan isteri kau ni. By the way, thanks Fi for this.” Acap menunjuk kearah beg yang diberikan Fifi sebentar tadi.
“Kau serabut pasal apa?” cepat-cepat akumencelah sebelum Firdaus bertanya. Maklumlah, ciskut oreo pun salah satukegemarannya. Mahu pakcik ni merengek sebab tak ada untuk dia.
“I think I fall in love with someone.”Acap meletakkan kepalanya diatas meja. Tak tahu nak tafsir sebagai malu ke apa.
“What???!!!!!!! Siapa perempuan malangtu?”
“Hello, baik sikit. Perempuan tauberuntung dapat aku, cukup pakej. Hensem, baik, peramah, sado plus kaya. Doktorpakarlah katakana.” Mendabik dada bangga.
Acap menceritakan segalanya pada aku.Bagaimana dia dipikat dengan gadis bunga tu dan tak kurang juga pertemuanterakhir mereka yang meninggalkan kesan dalam di hati Acap. Siapa sahaja takkecewa bila orang yang kita suka, halau dan reject. Tapi, nasib baiklah kes sisni, sis tak cepat mengalah. Nekad juga ikat sampai ke jenjang pelamin.Alhamdulillah, bahagia.
“Siapa nama pesakit kau tu?” TanyaFirdaus, sekadar berbasi basa. (Wujud ke perkataan ni?)
“Maria.”
“Maria? Pendeknya nama. Apa nama bapadia?”
“Aku tak pernah amik tahu.” Aku pandangAcap besar kecik besar kecik sahaja.
“Julia!”
“Iya, cik Fifi.” Laju dan pantas. BagusJulia ni, pembantu jururawat yang cekap.
“Sila dapatkan saya maklumat tentangpesakit Doktor Asy yang namanya Maria tu.” Arah aku.
“Tapi, itu maklumat pesakit. Saya takboleh berikan pada Cik Fifi macam tu sahaja.”
Belum sempat aku jelaskan, Acapmengatakan pada Julia yang aku arahkan atas kebenaran dia.