Home Novel Cinta Mrs. Firdaus
Bab 12

 “Fir,lapar tak?” Aku mencucuk bahu Firdaus.

“Jangan kacau.” Aku cucuk sekali lagibahunya. “Lapar tak?”

“Tak.” Balasnya dingin.

“Yana, lapar.” Aku dah meletakkankepalaku di pahanya.

“So?”

“Teman jom. Yana nak masak ramen cheese.”

“Pergilah masak. Masak dua.” Pantas akuberlari ke dapur dan mencari pek ramen cheese di kabinet dapur. Ramen originaltu, tak kena pada tekak ku.

Kelibat Firdaus yang sedang asyikmenonton televisyen aku perhati dari dapur. Aku perasan sudah 2 minggu diamenghabiskan masa di rumah dan balik awal dari kerja. Hati aku tertanya-tanyakemanakah kekasih hatinya, bukan aku tidak suka dengan sikapnya yang baru itu.Tapi, aku perlukan kepastian untuk tidak aku kecewa atau terluka lebih teruk.Kalau tanya nanti dicop menjaga tepi kain orang, tapi orang tu pun suami aku.Serba salahnya….

“Fir, jom makan.” Aku mengajaknya. Tapi,dia hanya diam memandang mangkuk yang ku pegang.

“Satu je. Aku punya mana?”

“Share. Sharing is caring, caring isloving.” Aku tersengih sahaja walaupun pandangan mata nya tajam menikamkalbuku.

Dia mengambil mangkuk ditanganku.Sebenarnya, aku masak dua paket tapi hidang dalam satu mangkuk. Bukankahberkongsi makanan bersama suami dapat pahala dan sweet sahaja.

“Can I ask you something?” Ragu-ragu lagisebenarnya nak tanya.

“What?”

“Hmm, tak apalah. Tak jadi.”

“Ye ye je tak jadi tanya. Hah, tanyalah.Aku cuba jawab, itupun kalau aku nak jawablaah.” Panas pula hati kita dengardia menjawab macam tu.

“Awak tak keluar ke hari ni? Hari ni kanhujung minggu.”

“Nak saya keluar ke?”

Aku menggeleng tanda tak suka. “Saya sukaawak ada di rumah. Sekurang-kurangnya tak sunyi.” Pinggangnya ku rangkul. Nakkata aku gatal? Gatal dengan laki sendiri, apa salahnya?

“Awak putus dah ke dengan Kayla?” Diamenghulurkan mangkuk ramen itu dan berlalu pergi. Nampaknya aku salah tanyasoalan, dan tahniah pada diri sendiri.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Atul Aisy