Home Novel Cinta Jon Aragorn
Jon Aragorn
Ann Hann
3/1/2021 17:08:50
29,123
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Prolog

Aku suka New York. Bandar ini adalah aku. Seperti adunan sebati kek buatan Ethan yang sentiasa sedap.


 Seberat apa pun rasa sedihku, rasa kecewa bahkan keputusasaan, aku akan selalu berada di New York. Inilah tanah tempat aku berlindung. Di sinilah aku akan menumpukkan kenangan sepanjang hayat… err agaknyalah. 

Tapi Foden kata kami patut pindah ke Seoul seperti impian emak.

Ketika zaman sekolah tinggi, ramai rakan-rakan sekelasku mengatakan aku kolot dan tidak tahu bersosial. Aku kurang tahu adakah minum alkohol dan berhubungan bebas dikatakan moden tetapi bukan semua orang inginkan kehidupan seperti itu. Ramai juga teman-teman yang lain menjalani kehidupan lebih tenteram dan sihat tanpa dua perkataan tersebut. Semuanya terpulang dari apa yang kita mahu. 

Atau mungkin cara aku dibesarkan begitu sederhana dan sentiasa beringat. Berhati-hati dengan orang yang ketagih alkohol, dadah dan parti liar, pesan ayahku selalu. Sebagai ayah dan bekerja sebagai komando yang tegas tentulah hidupku sentiasa penuh kawalan. Kawan-kawanku selalu mengatakan... cara hidupku adalah hasil didikan seorang ayah yang kuno dan aku satu-satunya gadis yang suka hidup dalam dunia kecilku. Pernah juga mereka  mengatakan aku tidak sesuai tinggal di New York.

Hmm... aku sebenarnya tak peduli apa kata orang, apa kata mereka semua. Aku selesa hidup dengan caraku sendiri, Aku bahagia. Aku berbangga dengan ayahku yang akan selalu jadi inspirasi untuk aku kekal dilandasan yang betul. Malahan aku benar-benar gembira sehinggalah aku bekerja di Empire Roman...


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.