Home Novel Cinta DIA CEO HATIKU
DIA CEO HATIKU
Pemburu Malam
6/11/2017 16:03:59
87,171
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 19

        " FIRHAD ?," soal Reesya seolah - olah mengenali lelaki berjaket sukan dan berseluar tracksuit itu ." Tapi , kenapa berjambang bagai ?," soal Reesya yang juga tidak pernah menurunkan hoodienya.Dia ingin sekali mendapatkan lelaki itu , tapi ada sesuatu yang membuatkannya tidak jadi pergi  .Berita mengenai dirinya , tentu sekali Firhad tahu .

       " Jangan, bukan ini masanya. Aku strategi ," tekad Reesya lantas memusingkan badannya ke arah simpang tiga .

       " Ayra ! Adakah itu Ayra ?," soal Firhad pabila matanya tertancap pada sekujur tubuh yang sedang menunggu lampu merah itu .Dari gaya pemakaian dan bentuk tubuh Firhad seakan yakin itu Ayra.Senyuman mulai terukir.Setelah mendapat baki duit , akhbar dikepil celah lengannya dia mulai melangkah .Dia harus pantas jika tidak mahu kehilangan jejak.

         Gadis itu terus melangkah pada aspal bergarisan belang putih kuning itu pabila lampu merah.Firhad juga mengekorinya selain orang lain juga menapak pada jalan yang sama.

         " Ayra!," ujar Firhad menepuk belakang bahu gadis itu.Dia terhenti lalu menoleh .Ternyata dia bukanlah gadis yang di cari." Maaf, Maafkan saya ....Saya ingat awak kawan saya ...," ujar Firhad diserbu rasa malu .

        " Tak apa ," jawabnya tersenyum lalu menyambung kembali perjalanannya .Firhad juga kembali menapak dengan tertunduk." Mana kau Ayra ? Sampai hati kau tinggalkan aku tanpa sebarang berita" 

          Dari jauh Hartina terpaksa menahan sebak melihat gelagat dua insan tadi." Ayra ! Mana kau ? Kenapa satu berita pun tak kau lemparkan padaku ! Aku kasihan pada Firhad ! Dirinya semakin tidak terurus! Mana kau menghilang Ayra ! ," soal Hartina.


*********


       AYRA juga seperti Firhad makin diburu rasa rindu .Namun, dia juga punyai rasa ego yang menebal.Setelah bersih homestay itu dia kemaskan, dia mencuri sedikit waktu dengan membaca akhbar.

       Selakan demi selakan.Kini matanya tertumpu pada satu berita.Dia kenal akan gadis dalam paparan akhbar itu ." Firhad !," getusnya sendirian.Bohonglah jika dia tidak merasa risau pada Firhad di sana.Namun....

        Bukan sengaja dia tidak mahu kirimkan khabar berita pada Hartina tetapi dia terpaksa menukar nombor.Ya, tiada siapa yang tahu tempat ini ....

         " Reesya makin merbahaya.Ya Allah Ya Tuhanku kau tolong lindungi dia kekasihku ..."


*********


       " MAMA! Apakata kata kalau kita tenangkan fikiran di sini ," ujar Adiba seraya menghulurkan sebuah kawasan percutian air terjun .

      " Kita boleh tinggal di homestay ini , murah pun murah....Cantik pun cantik ..Bawa abang Firhad , biar dia tenangkan fikiran, manalah tahukan boleh berjumpa Ayra di sana, siapa tahukan...," cadang Adiba.Adiba sebenarnya telah diberitahu oleh informernya.

       " Mahu ke abang kamu tu ? Papa pula bagaimana ? Siapa pula nak jags syarikat ," ujar Puan Sri Aiza yang juga mulai terpesona dengan keindahan dalam gambar pamhplet itu ." Bukan lama pun mama, only five days ....Dib ingat nak ajak Hartina sekali"

       " Ok, apa- apa pun biar mama tanya papa dulu ya ," sahut Puan Sri Aiza sebelum didakap Adiba." Thank you mama!" Laung Adiba sebelum bergerak ke bilik." Okaylah mama Dib nak call Tina, nanti abang Fir balik Dib try ajak ...Mama pun ajaklah sama yek ," cadang Adiba.

         Adiba semakin tidak sabar mahu menemui seseorang yang selama ini mereka cari.Puan Sri Aiza pula melangkah ke arah dapur mahu membantu bibiknya apa yang patut.


********


         SEDANG Tan Sri Yusuf sibuk meneliti fail untuk tender barunya seseorang melangkah masuk ." Assalamualaikum, Tan Sri ?," sapa suara itu.Memang mereka tiada sebarang appointment dengan lelaki bergelar  itu.

          Tan Sri Yusuf terdongak pabila sapaan suara itu menerjah ke corong telinganya .Kelihatan dua orang lelaki yang tidak dia berapa kenali." Saya Afwan.Dr Afwan .Dan yang ini En.Rafwan bapa Reesya ," ujar Dr Afwan seraya menghulurkan tangannya untuk menyalami Tan Sri Yusuf .

        " Ya, saya.Sila duduk.Nia tolong bawakan kopi ," ujarnya pada intercom." Ada apa iya ? Boleh saya bantu ?," soal Tan Sri Yusuf berbasa- basi.

       " Pertama sekali, maafkan kami jika kehadiran kami ni menganggu kerja Tan Sri.Saya rasa perkara ini lebih elok jika En.Rafwan yang mulakan dahulu."

         En.Rafwan gementar sebenarnya apatah lagi kini berhadapan dengan orang bergelar.Namun, dia tiada cara lain.Hal ini harus dibincangkan sebelum ia menjadi lebih teruk.Dengan Reesya yang masih tidak di temui .Penat mulutnya dan isteri bersoal jawab dengan anggota polis.

         Jadi dia rasakan dalam hal ini , Firhad juga haruslah bertanggungjawab.Apa yang terjadi pada Reesya berpunca daripada dia.Firhad haruslah bertanggungjawab.

          " Ya, En.Rafwan ada apa masalah sebenarnya ? Jika ada yang boleh saya bantu , saya akan bantu," ujar Tan Sri Yusuf pula.Pintu terbuka kelihatan seorang gadis sedang membawa dulang berisi beberapa buah cangkir berisi air kopi panas.

         " Ada apa- apa lagi Tuan ?," soal setiausaha Tan Sri Yusuf lagi sebelum menapak keluar.Dulang kosong didakapnya erat ." Terima kasih, kamu boleh keluar ," arah vvip itu lagi .

        " Silalah minum dahulu ," pelawa Tan Sri Yusuf sebelum mengangkat cangkir .Diikuti mereka berdua.Minum dahulu untuk menyejukkan hati sekiranya perbincangan itu makin panas.

        " Tan Sri tentu tahukan tentang Reesya , anak saya ?"

        " Ya , kenapa ? "

        " Tan Sri juga tentu tahukan tentang perhubungan mereka berdua sebelum ini ?"

         " Ya, ada apa ni sebenarnya ?," soal Tan Sri Yusuf yang tidak sabar sebenarnya untuk ke tujuan utama kehadiran mereka berdua ke pejabatnya.

           Dr.Afwan pula mengambil langkah berdiam diri dahulu .Dia akan masuk campur jika keadaan memerlukan dia berbuat begitu.Lagipun , dia juga serba- salah kerana orang yang sedang ingin mereka bincangkan itu , Firhad rakannya .

          " Firhad dah lama tak masuk pejabat sebenarnya.Lagipun biarlah dia berehat dahulu .Ya, memang saya tahu dahulu mereka pernah ada hubungan.Tapi kini tidak lagi "

          " Tan Sri sedar tak apa yang telah anak Tan Sri lakukan pada anak saya ?"


*********


         " PAPA ! ," laung Reesya pabila muka papanya itu kelihatan di muka pintu." Dib !," tegurnya dengan bermuram durja." Abang, dah balik ," sapa Puan Sri Aiza pula yang muncul dari atas anak tangga.

         Briefcase hitam di lemparkan kasar atas sofa.Adiba dan Puan Sri Aiza saling berpandangan.Ada yang tidak kena pada lelaki itu kini.Wajah masam itu jelas mengambarkan perasaannya tika itu .Bukan penat kerana kerja .Mungkin ada masalah di pejabat ? Atau mungkin ada masalah lain ? Sebagai seorang isteri , sudah tentulah dia mengetahui ulah suaminya pabila dilanda api kemarahan.

          " Firhad ! Duduk ! Ada sesuatu yang ingin papa bincangkan.Sayang, Dib juga duduk.Perkara ini penting.Perkara ini berkenaan maruah kita ! ," tegas sekali ucapan lelaki bergelar itu.

           Firhad yang baru sampai kini terpaksa melabuhkan punggungnya atas sofa empuk buatan Itali itu.Dia yang masih ketiadaan mood terpaksa memasang telinga kini.Adiba duduk bersebelahan Puan Sri Aiza.Tangan wanita itu di genggam erat kerana dia yakin perkara ini berkaitan dengan Reesya! 

          " Ada apa pa ? Nampak serius benar ?," soal Firhad kelihatan tidak berminat .Tiada lagi kegembiraan dalam hidup lelaki bernama Firhad ! Kegembiraannya terletak pada gadis bernama Ayra ! 

         " Ya, memang serius ! Papa mahu kamu cari Reesya sampai dapat ! Lepas itu papa akan kahwinkan kamu ! Demi menjaga maruah kedua belah pihak ! "

          Alangkah terkejutnya Firhad, Adiba juga Puan Sri Aiza.Bukan mereka tidak mengenali sikap diktator papanya itu .Jika katanya A ! Maka A lah jawapannya.

          " Tapi pa ?"

          " Tapi apa lagi ? Dah kau rosakkan anak dara orang ! Kau masih tak nak mengaku lagi ?"

           Adiba memandang mamanya cuba minta pertolongan .Dah lama perkara ini mereka ketahui sebenarnya.

          " Abang , cuba terangkan pada kami apa sebenarnya yang telah berlaku ni ? Kenapa tiba- tiba sahaja ?," celah Puan Sri Aiza ingin tahu.

         " Kau tanyalah anak kesayangan kau tu !"

         " Papa kenapa ni pa ? Kami tak mengerti ? Papa jarang begini ? Ada sesiapa yang ganggu papa ke ? Cuba cerita pada kami pa ," ujar Adiba pula mahu tak mahu dia terpaksa mencelah juga perbualan antara kedua orang tuanya itu .

          Firhad pula makin rasa tertekan kini.Mustahil untuknya menyetujui permintaan papanya itu.Dia tak cintakan Reesya ! Dia hanya cintakan Ayra ! Ayra yang patut dia kahwini dan bukannya Reesya ! Kenapa papanya masih tak faham ???? 

         " Papa Reesya , dan Afwan ...Dr Afwan doktor yang merawat Reesya juga merangkap kawan kamu , Firhad !"

         " Oh , jadi ini semua kerana merekalah ya ?," soal Firhad sinis ." Papa malu Fir ! Papa malu ! Mana kita nak letak muka kita ni ? Mana kau nak campakkan maruah kita ? " Soal Tan Sri Yusuf makin menyinga.

         " Fir , tak pernah dan tak akan menyintai Reesya papa ! Tak akan ! "

        " Habis tu , kenapa kau permainkan dia ? Kau rosakkan dia ? Atau kau malu pada sakitnya itu ? Kau ambil kesempatan pada kekuranganya kan ? Papa tak pernah ajar kau begitu ! Mana agama kau ? "

        Firhad terdiam lantas tertunduk.Ya, memang dialah puncanya .Tapi dia juga mesti menjaga egonya.

         " Kenapa kau diam ? Cakaplah ! Papa tak kira ! Ini keputusan papa ! Kau harus cari Reesya sampai dapat ! Kau harus bertanggungjawab ! Lupakan Ayra ! Papa tak mahu dia pula jadi mangsa !," herdik Tan Sri Yusuf bingkas bangun dan laju langkahnya mengarah ke tangga.

         Masing- masing terdiam kini.Adiba mengenggam tangan Puan Sri Aiza .Adiba juga diburu kerisauan tentang plannya itu.Firhad pula keluar semula.

         " Nak ke mana tu , Fir ?," soal Puan Sri Aiza namun tiada jawapan pada persoalannya itu.Kedengaran bunyi enjin kereta sedang di hidupkan.

        " Maafkan papa, Fir," ujarnya seraya mengintai kepergian kereta mewah itu dari balik jendela." Nanti mama cuba bincang semula ," ujar Puan Sri Aiza yang juga tertekan.

          Makin hari makin banyak dugaan Allah buat keluarganya.


Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.