Home Novel Cinta Osaka, With Love
Osaka, With Love
Mastura Abdullah
14/9/2018 08:44:39
88,713
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 14

UMAIRAH sibuk menyiapkan pek makanan untuk juruterbang dan pembantunya. Selepas dua jam, itu masa yang sesuai untuk menyiapkan hidangan mereka. Dia ingat pesanan Dayyan yang tidak mahu menu sama untuk santapannya.Sebenarnya, setiap pramugari telah dilatih dengan hal-hal begitu. Seperti kata Dayyan, menu berbeza di antara juruterbang dan pembantu juruterbang adalah untuk mengelakkan keracunan makanan. Prosedur itu sentiasa disemat setiap kali taklimat pra penerbangan.

Sebagai pramugari, tugas mereka bukan sahaja perlu menyediakan persekitaran selesa buat penumpang, tetapi juga memastikan keselesaan juruterbang. Untuk penerbangan jarak jauh ke Osaka, ada tiga juruterbang bertugas, termasuklah Dayyan Putra yang bertindak sebagai kapten untuk penerbangan itu. Terpaksalah Umairah memisahkan hal peribadi dengan tugas profesionalnya untuk penerbangan itu.

“Ada yang boleh aku tolong?” tanya Daisy sebaik melihat Umairah di dalam galei, sedang menyiapkan dua jenis hidangan ringkas, barangkali buat juruterbang dan pembantu juruterbang mereka.

“Tak ada rasanya. Dah siap pun!”jawab Umairah, tersenyum manis buat teman seperjuangannya.

“Oh. Okay! Ada penumpang mintak air suam. Aku masuk, ye.”

“Silakan. Aku nak ke kokpit sekejap,”ujar Umairah, memberi laluan pada teman sekerja masuk ke dalam galei yang agak sempit itu. Kemudian, dia keluar dengan menatang tray makanan menghala ke arah kokpit.

“Nadyne…” panggil seseorang.

Umairah mengangkat mukanya. Alahai! Mana dia nak lari? Kebetulan pula Dayyan keluar dari kokpit. Dek kerana tidak mahu nampak tak tentu hala, Umairah menghadiahkan sebuah senyuman tak berapa nak ikhlas buat bekas tunangnya itu.

“Captain,I nak hantar meals untuk kapten, but since you were here, kapten nak makan?” tanya Nadyne Umairah,berusaha menjaga tuturnya supaya sentiasa manis pada pandangan mata semua.

“Sure.Hud is inside. He covers me. I told him that I would like to have a chat with somebody. But since I met you, I wanna chat with you.”

Habislah aku! Umairah mengomel sendiri di dalam hati.

Dia hanya mampu memandang wajah Dayyan yang kelihatan tenang pada amatannya sedangkan dia pula gelabah tak tentu hala. Mana tak tentu hala, dia yang buat onar dan bertindak membatalkan majlis perkahwinan mereka.

“Oh, sure, tapi saya nak hantar makanan untuk Pembantu Juruterbang dulu.”

“I’llwait for you, Nadyne. Don’t skive!”balas Dayyan, lembut tetapi penuh ketegasan.

Dia mengangguk. Dulang bertukar tangan lalu dia bergegas menuju ke arah kokpit. Di kokpit, dia melayan sembang dengan Hud pula sebelum sedar yang dia sedang membuat kapten mereka tertunggu-tunggu. Lagi lama Dayyan di luar kokpit, lagi tidak sedap pula rasahatinya. Sepatutnya Dayyan bersedia di dalam kokpit sahaja walaupun kapal terbang sedang dinavigasi oleh sistem auto-pilot.

Dayyan Putra memaku matanya padalenggok sopan Umairah. Tentu Umairah bersembang dengan Hud terlebih dahulu memandangkan hanya dia yang bertugas di kokpit. Dia sabar menanti sambil menghirup kopi suam.

“Lidah I masih nak panggil you,honey. Can I call you that way?”

“Tak boleh, kapten. Kita di mana kalau kapten terlupa.”

“I tak peduli!” jawab Dayyan selamba.Umairah hanya mampu menggeleng. Dia melihat sahaja Dayyan menghabiskan makanannya.

“Ada hal penting ke, kapten? Kalau tak ada, saya nak kembali ke tempat duduk saya.”

“Ada. I nak tahu, kenapa you tergamak batalkan majlis perkahwinan kita?”

“Captain,you cross the line.Saya tak mahu bercakap tentang hal ini kerana ini bukan tempatnya.”

“Okay. Kalau begitu, beri kata putus,di mana kita nak berbincang tentang hal ni, memandangkan I diketepikan dalam urusan membuat keputusan ni.”

Soon...bilakita dah kembali ke Malaysia,” jawab Umairah, sesekali berpaling ke kiri dan kanan, bimbang jika perbualan mereka mengundang perbualan tidak enak rakan setugas yang lain. Namun, tiada siapa yang berada di sekeliling mereka. Umairah menarik nafas lega.

“Lebih cepat dari itu. Bila?” desak Dayyan, tidak puas hati.

Seperti Umairah, dia sebenarnya berusaha menjaga perbualan itu supaya tidak menjejaskan emosi siapa-siapa.Tambahan pula, tanggungjawab yang sedang dipikul teramat berat. Ada dua ratus lima belas penumpang bersama dengannya di dalam perjalanan ini. Sebahagian dari mereka merupakan rakyat Jepun manakala selebihnya merupakan penumpang daripada pelbagai negara.

“Captain!”

“DoI care?” balas Dayyan, masih bersahaja.

Umairah hanya mampu menahan perasaandi dalam hati. Lama juga dia membatu sehingga akhirnya dia membuka juga suara,menyatakan persendirian.

“Kapten, pastikan perjalanan ini selamat, baharu saya akan selesaikan hal ini dengan kapten.”

“Itu tentu sekali, tapi honey, you belum tentukan di mana kitanak selesaikan hal ini.”

“Esok pagi kapten! I jumpa you di lobi hotel jam sembilan pagi.”

“Deal!” angguk Dayyan Putra, lantas berdiri.

Dia menyerahkan tray berisi sisa makanan kepada Nadyne Umairah. Dengan senyuman, dia bergegas masuk ke dalam kokpit. Ah! terpaksa juga aku jumpa dia lagi. Umairah kembali ke galei dengan hati yang sedang menahan rasa.

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.