Home Novel Cinta ACAH ACAH CINTA
ACAH ACAH CINTA
Aira eddy
26/1/2017 10:49:41
32,943
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab BAB 10

Part 10

Acah acah cinta.

Ibu jarinya yang halus menyentuh kening lebat milik Ash Firdaus. Mata mereka bertentangan. Senyap. Seolah olah sedang menghantar mesej melalui pandangan mata.

"Ada sesuatu yang Ash rahsiakan dari saya? Saya dah perasan sejak hari first kita nikah. Sepatutnya Tiada rahsia antara suami isteri. Ada apa apa yang Ash nak bagitahu?"

Akhirnya terkeluar juga ayat itu. Jari telunjuk Naurah beralih pada hidung dan mulut Ash.

"Saya kenal dengan orang yang ada bibir yang sama, mulut yang sama. Tapi saya tengah musykil dengan hati dia?"

Naurah meletakkan telapak tangan di dada suaminya. Jantung Ash mula berdegup kencang. Hati mula sebak dengan persoalan dari Naurah. Namun mulut seperti terkunci. Ash hanya memerhati setiap perilaku Naurah.

"Kalau dulu dengan bibir ini selalu terbit kata cinta setiap pagi dan petang. Tapi sekarang, semuanya lain."

Sambung Naurah. Ash memegang sekejap tangan Naurah yang asyik merayap kemukanya.

"Sekarang ni cuba awak tengok mata saya dalam dalam. Sama tak perasaan yang awak rasa dulu?"

Giliran Ash memulang kata. Naurah menatap muka suaminya sambil mengiring. Lama tenungan itu berlaku. Masing2 senyap.

"Ada..."

Ash mengerdipkan matanya sekali. Sebutir airmata keluar dari tubir matanya.

"Dan perasaan kali ni lebih kuat. perasaan yang sangat takut untuk kehilangan awak."

Ash menghela nafas. Badan ditegakkan menghadap syiling. Saya mintak maaf Naurah. Bisik hatinya. Mata terus dipejamkan.

###################

"Esok semuanya akan selesai. Am kena bertanggungjawab."

"Tapi Ash dah sah jadi suami dia. Dan Naurah pun dah bahagia."

Am Firdaus tidak mahu mengalah. Walaupun badan masih lemah, sempat lagi bertelagah dengan Puan Kirana.

"Mama tahu Am susah hati. Tapi pernah Am fikir pasal mama? Mama lagi susah hati kalau Am merana. Mama lagi susah hati kalau tahap kesihatan Am rendah. Am terlalu nak jaga perasaan Naurah. Tapi ada Am jaga perasaan Mama. Mama dah uruskan semuanya. Am jangan risau,"

Am Firdaus terdiam tanpa kata. Lupa dengan perasaan Mama sendiri.

"Sorry Ma.. Am"

"Its okay. Ash tak cintakan Naurah. And Naurah hanya cintakan Am. Kita tak boleh tipu dia lagi. Kali ni dengar cakap Mama. Mama keluar duluu"

Sekali lagi Am terdiam. Ada keluhan besar dalam hatinya

Previous: Bab BAB 9
Next: Bab BAB 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.