Part 4
"Ma. Boleh ke kita dapat penderma jantung dalam masa 3 minggu ni? Ash..."
Ash Firdaus tidak menyambung ayatnya. Puan Kirana sudah mengalirkan airmata. Meehoon goreng disua kemulut bagi menahan sebak.
Ash yang melihat keadaan Mamanya terus terdiam. Bukan masa yang sesuai untuk tanya pasal ni.
"Dont worry ma. Ash yakin Am akan sihat macam selalu."
Ucap Ash firdaus. Kaki mula melangkah keluar dari meja makan dan terus meluru ke bilik adik kembarnya. Am tersenyum saat abangnya masuk.
"Kejap! Kau tahu yang kau sakit, and kau guna nama aku? Dan kau nak Naurah terima aku bukan sebab harta tapi sebab dia cintakan kau? Am.... cinta tu terpupuk antara kau dengan dia. Kau ubah nama sekalipun. Cinta tak kan berubah."
Am memandang tepat wajah kembarnya yang berdiri di hadapan katil.
"Dia akan buat kau jatuh cinta.
"No! Aku akan pastikan pembedahan kau berjaya. Naurah perlukan kau! Bukan aku! Dan kau tak payah nak buat andaian yang kau akan mati! Kau tahu tak Mama tengah sedih tu."
Am tersenyum hambar mendengar leteran abangnya.
"Mama ada kau. Naurah ada kau. Muka kita sama. Sebab darah kita sama.
"Tapi hati kita tak!"
"Jangan risau, kau akan bina lembaran baru dalam hidup mereka semua. "
Ash terdiam. Kata kata Am Semuanya nampak pasrah. Seolah olah kematian ingin menjemputnya esok.