Home Novel Cinta Dia Pemilik Cintaku
Dia Pemilik Cintaku
Andayu
11/10/2024 21:52:41
7,680
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 29

Suasana di dalam Sekolah Kebangsaan Bukit Wan berasa tenang dengan suasana kampung. Sudah hampir sebulan Haura mengajar di sekolah ini. Alhamdulillah mendapat rakan sekerja yang baik. Para pelajar juga menyukainya. 

"Tak perlulah nak curi-curi pandang saya dari jauh cikgu Zakuan," marah Haura apabila menyedari ada mata sedang memandang dirinya.

Zakuan senyum.

Haura menjeling marah pada Zakuan. Sejak dari hari pertama dia kerja. Lelaki itu sering memerhati tingkah lakunya. "Tak perlulah tayang gigi awak tu. Saya pun ada," balasnya sambil memeriksa kertas ujian para pelajar di atas pondok berhampiran tempat letak kereta.

"Salah ke bila saya senyum?" Soal Zakuan lalu duduk di atas bangku. "Senyum kan satu sedekah."

"Nak sedekah atau nak menggatal!"

"Saya tak menggatal dekat sekolah. Saya bekerja."

Haura mendegus marah. "Hmm... Betullah tu."

Zakuan membetulkan kedudukannya. Dia ketawa kecil mengenangkan pertemuan pertama mereka sebelum ini. "Awak tak kenal saya ke?"

"Tak pernah jumpa nak kenal macam mana?"

"Kita pernah jumpalah," balas Zakuan cuba mengingatkan Haura.

Haura berhenti membuat kerjanya. Wajah Zakuan dipandang sekilas. Dia menggelengkan wajahnya. "Bila. Saya tak ingat pun," jelasnya setelah mengamati wakah Zakuan. Namun dia gagal mengingati bilakah mereka pernah berjumpa.

"Dekat Batu Buruk."

"Masa?"

"Pada waktu malam. Awak makan banyak malam tu. Suka saya tengok," ujar Zakuan sambil tersenyum.

"Ooo... Suka tengok saya makanlah."

"Tak. Saja tengok. Mana tau kita berjodoh," usik Zakuan sambil diselangi ketawa kecil.

Haura mengemas barang-barangnya. "Saya dah bersuami jangan nak mengurat sayalah!" 

"Okey. Saya nak berkawan aje."

"Hmm..."

Kring!

Haura memandang Zakuan sekilas. Panggilan perlu dijawab. Tanpa mempedulikan Zakuan telefon dicapai lalu menjawab panggilan daripada Fateh. Sejuk hatinya mendengar suara kekasih hati dihujung talian. Senyuman mula terukir pada wajahnya saat berbicara dengan suami tercinta.

"Abang on call malam ni. Sayang Faham kan?"

Sedih hati Haura mendengarnya. Namun dia akur dengan kerja Fateh. "Okey. Dinner malam ni cancel lah," balasnya perlahan.

"Sayang marah ke?"

"Tak. Sayang faham."

"Okey. Sorry abang ada kerja ni. Free nanti text lah."

"Hmm... Sayang stay kat rumah ibu ajelah nanti."

"Okey. See you soon. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam," balas Haura lalu mematikan talian telefon. 

"Saya boleh temankan awak dinner malam ni," usik Zakuan.

"Cikgu Zakuan!" Marah Haura sambil menjeling marah. Dia bangkit dari tempat duduknya. "Selaku guru awak tak sepatutnya berperangai begini!" Bentaknya. 

"Saya minta maaf."

"Jangan bercakap dengan saya jika tiada keperluan!" Ujar Haura dengan Tegas. Dia ingin berlalu meninggalkan kawasan pondok itu. Langkahnya terhenti apabila kepalanya tiba-tiba pening.

Ya Allah, sakitnya kepala aku, detik hati kecil Haura. Keseimbangan badannya mula goyah. Akhirnya dia rebah ke tanah.

Zakuan segera menyambut tubuh Haura yang hampir jatuh ke tanah. "Haura!" Panggilnya.

"Eh kenapa ni?" Soal Nita sebaik sahaja melihat Zakuan memangku kepala Haura.

"Tak tahulah."

"You suka sangat kacau dia!" Marah Nita.

"Tolong I bawakan dia ke bilik rawatan."

"Okey," balas Nita lalu cuba memapah tubuh Haura ke arah bilik rawatan para pelajar yang terletak tidak jauh dari situ.


SYAZA menanggalkan kasut lalu disimpan diatas rak. Dia senyum melihat Nazrul lena diatas sofa. Dia tersenyum nakal. Satu idea tiba-tiba muncul dibenaknya. Dia duduk dihadapan Nazrul. Dia mencium pipi lelaki itu. Jarinya bermain-main pada bibir Nazrul. Pipi Nazrul diusap perlahan. Dia senang hati dapat membelai suaminya.

"Fat!" Panggil Nazrul perlahan. Dia menyentuh tangan Syaza.

Wajah Syaza yang ceria kembali muram saat mendengar nama yang disebut oleh Nazrul. Dia menarik tangannya dengan Kasar. "Tak habis-habis lagi dengan perempuan tu!" Marahnya.

"Fat! Fathonah!"

Syaza mencapai kusyen lalu melempar pada wajah Nazrul. "Bangunlah!"

"Apa?" Marah Nazrul apabila tidurnya diganggu.

"Abanglah. Asyik panggil Fat aje!"

"Salah ke?"

"Memang salah lah!"

"Kenapa? Dia tunang aku. Bakal isteri aku. Tak salah pun saya nak mimpikan dia sekali pun."

Sakit hati Syaza mendengar pengakuan Nazrul. "Bakal isteri? Habis tu I siapa?" Soal Syaza sambil menunding jari pada dada Nazrul.

"Awak bukan sesiapa bagi saya."

"What?" Terkejut mendengarnya. "I isteri awak, Naz!" Ujar Syaza lalu meraih tangan Nazrul. "I bukan tunggul dalam rumah ni."

Nazrul menarik kembali tangannya. "Habis tu awak nak saya layan macam mana? Macam ratu?" 

"I tak minta lebih pun. I nak you layan I seperti mana seorang isteri dilayan oleh suaminya," ujar Syaza dengan sedih.

"Macam mana?" Soal Nazrul. Dia menarik Syaza ke dalam pelukannya. Dia menolak tubuh Syaza ke atas sofa. "Macam ni?" Soal Nazrul sambil menggomol wajah Syaza. Dia mencium seluruh muka dan leher Syaza.

Syaza menolak tubuh Nazrul. Dia melayangkan tangannya pada wajah lelaki itu.

Pang!

Terkejut Nazrul dek tamparan Syaza. Dia menyentuh pipinya yang berasa sakit. "Bukan itu ke yang you nak?!"

"I bukan tempat you puaskan nafsu aje!"

"Habis tu you nak apa?!"

"You perlu terima hakikat I isteri you, bukan dia! I yang bakal lahirkan anak you," kata Syaza lalu cuba mendekati Nazrul kembali. "Pleaselah Naz. Lupakan dia."

Nazrul menepis tangan Syaza. "Arghhh!!! Serabutlah!" Katanya lalu mencapai kunci di atas meja. 

Syaza terduduk. Dia menangis. Nazrul telah pergi meninggalkannya. Hatinya sedih mengenangkan nasib dirinya yang malang. Walaupun Nazrul sudah menikahinya. Namun dia tidak mampu memiliki Nazrul dengan sepenuh hatinya. Kehidupannya dihantui oleh bayang-bayang Haura. 


HAURA memicit kepalanya yang berasa sakit. Dia bangkit daripada pembaringan dengan perlahan-lahan. Dia menyentuh lehernya dan membetulkan urat. Dia berasa lenguh pula. Dia memandang sekeliling tempat yang didiaminya ketika ini. 

"Kau dah bangun," sapa Nita lalu menghulurkan air kotak Milo kepada Haura.

"Terima kasih," balas Haura lalu menghabiskan minuman yang diberikan oleh Nita.

"Kau okey tak?"

Haura angguk. "Lama ke aku pengsan?"

"Dalam dua jam," jelas Nita setelah melihat jam pada pergelangan tangannya.

"Kau tak balik lagi?"

"Aku tunggu kau bangunlah."

"Maaflah aku menyusahkan kau pulak."

"Eh taklah."

"Pergilah balik. Aku okey aje."

"Okey. Oh ya, abah kau dah tunggu kat depan."

"Hah? Abah?"

Nita angguk. "Ya. Tadi masa kau pengsan. Ada orang call. Aku tengok nama dia kau save abah. So aku rasa dia ayah kau lah kan?"

"Owh..."

"Jomlah keluar. Aku pun nak balik dah ni."

Haura mencapai beg tangannya lalu bangkit dari tempat duduk. Dia berjalan dengan perlahan-lahan. Dia melemparkan senyuman kepada Iman Shafie. "Assalamuslaikum, abah," sapa Haura lalu bersalaman dengan bapa mertuanya.

"Haura tak sihat ke?"

"Taklah. Haura okey aje."

"Nak abah bawakan Haura ke klinik?" Soal Iman Shafie prihatin dengan menantunya.

"Eh tak perlulah. Haura pening sikit aje."

"Tak apalah begitu. Nanti abah minta angah periksa kesihatan kamu," kata Iman Shafie sambil tersenyum. Dia tidak bimbang jika Haura sakit kerana anaknya adalah seorang doktor. "Jom abah hantar Haura balik."

"Tak apalah abah. Haura bawa kereta hari ni."

"Boleh ke pandu kereta dalam keadaan sekarang?" 

"InsyaAllah boleh."

Iman Shafie membukakan pintu kereta. "Masuklah abah hantarkan Haura ke rumah."

Haura menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tanpa bantahan akhirnya dia akur dengan pelawaan bapa mertuanya. "Terima kasih abah."

"Sama-sama. Tapi tak perlulah nak ucapkan terima kasih."

Haura senyum. "Tak menyusahkan abah ke?"

"Taklah. Haura pun anak abah jugak," balas Iman Shafie sambil memandu kereta. "Lagipun Haura juga menjadi tangungjawab abah bila angah bekerja. Haura anggaplah abah ni macam angah."

"Angah nombor dua," usik Haura sambil ketawa kecil.

Iman Shafie turut ketawa mendengarnya. Dia risau akan keselematan menantunya setelah mendapat tahu Haura pengsan di tempat kerja. Oleh itu dia menawarkan diri ingin menghantarnya pulang. Sejak kehadiran Haura dalam keluarganya. Hidup Fateh kelihatan bahagia disamping isterinya Haura. Kini hatinya lega kerana memilih calon isteri yang tepat buat anak bujangnya itu.



Previous: Bab 28
Next: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu