Home Novel Cinta Dia Pemilik Cintaku
Dia Pemilik Cintaku
Andayu
11/10/2024 21:52:41
4,802
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 32

"Terima kasih belikan makanan untuk saya," kata Reza sambil tersenyum. Plastik makanan yang dihulurkan oleh Della diambil. 

"Tak susah pun. Saya yang masak tak tahulah sedap ke tak?" Balas Della sambil menahan rasa malu. Inilah kali pertama dia memasak untuk orang luar dalam hidupnya.

"Awak masak?"

Della angguk.

"Ingatkan beli tadi?" Balas Rez sambil meneliti cara pembungkusan makanan.

"Taklah. Kebetulan hari ni cuti. Bolehlah masak lebih sedikit."

"Untunglah saya hari ni. Jimat duit poket. Balik nanti boleh makan terus tak perlu beli dah."

"Alhamdulillah. Saya minta diri dululah," pinta Della apabila perasan ada mata yang memerhati mereka. Dia malu apabila diperhatikan begitu.

"Jomlah saya belanja minum kat kafe dulu."

"Tak apa ke?"

"Boleh aje. Lagipun shif saya hari ni dah habis," kata Reza sambil melihat jam pada pergelangan tangannya. "Itu pun jika awak sudilah."

"Jika orang di sana sudi menjemput. Orang di sini seribu kali sudi," balas Della sambil tersenyum.

"Jomlah," ajak Reza lalu melangkah masuk ke dalam kawasan hospital. Mereka menuju ke kafe.

Della membontoti langkah Reza. "Maaflah saya tanya."

"Apa?" 

"Tadi awak cakap dah habis shift kerja untuk hari ni. Kenapa tak balik sekarang aje."

Reza menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apa yang dikatakan oleh Della ada betulnya. "Saya ada on call nanti. Kena get ready. Itu yang tak balik lagi," bohongnya. Dia sendiri tidak tahu mengapa kafe di hospital yang menjadi tempat mereka dating.

"Ooo... Awak selalu ke kena on call?" Soal Della lalu mengambil tempat duduk di tepi dinding.

"Selalu jugak. Kadang-kadang banyak gantikan staf yang tak dapat masuk."

Della angguk.

"Awak nak air apa? Saya tolong oderkan."

"Sini ada jus tak?"

Reza geleng kepala. "Air kotak banyak," usiknya.

Della ketawa kecil mendengarnya. "Saya nak milo ais."

"Okey," balas Reza lalu bangkit dari tempat duduknya. 

Della hanya memerhati tingkah laku Reza. Dia senyum. Walaupun baru sahaja mengenali lelaki itu dia senang berkenalan dengannya. Satu perasaan aneh muncul di dalam hatinya. Bahagia. Ya, rasa itu sedang dirasainya ketika ini. Sudah lama dia dia merasakan bahagianya bila bersama seorang lelaki setelah dikecewakan beberapa tahun yang lalu.

"Apa yang dimenungkan tu?" Soal Reza sambil menghulurkan pesanan Della bersama sandwich.

"Hah?"

"Apa yang awak fikirkan?"

"About future?"

"Masa depan kita ke?"

"Haha?" Tersedak Della mendengarnya.

Reza menghulurkan tisu kepada Della. "Awak okey?"

Della angguk sambil mengelap mulutnya dengan tisu. "Apa awak cakap tadi?" Soalnya menginginkan kepastian.

"Our future?"

"Maksud awak?"

"Saya dah semakin berusia. Rasanya dah tiba masa untuk saya beristeri?"

"So?"

"Saya nak kahwin?"

Wajah ceria pada wajah Della mula berubah. "Ooo... Dah ada calon ke?"

"Dah. Calon tu depan saya sekarang?"

Membuntang mata Della mendengarnya. Dia tidak menyangka orang yang dimaksudkan oleh Reza adalah dirinya. "Hah? Saya?"

Reza angguk.

Della memandang sekeliling. Bimbang ada yang mencuri dengar perbualan mereka. Wajahnya sudah mula kemerahan ketika ini. "Serius?"

"Awak sudi ke?"

Della teragak-agak ingin menjawabnya. "Er....,"

"Saya tak perlukan jawapan awak sekarang," kata Reza lalu meneguk air kopi yang dipesannya. "Saya tahu mungkin awak terkejut dengan apa yang saya cakapkan."

Della akui itu. Dia menghabiskan minumannya bagi menghilangkan rasa debaran di dalam hatinya. "Okey," balasnya perlahan.

"Saya ikhlas tau. Dan saya serius dengan apa yang saya cakap," kata Reza dengan serius. "Mungkin awak rasa terlalu cepat. Tapi saya rasa lebih cepat lagi bagus," sambungnya.

"Saya sudi," jawab Della perlahan.

"Alhamdulillah. Hujung minggu nanti saya hantar rombongan merisik."

"Hah?" 

Reza memegang tangan Della. "Saya tahu awak rasa cepat sangat kan? Tapi saya rasa kahwin cepat lagi bagus dari bercinta bertahun-tahun belum tentu berakhir dengan perkahwinan."

Della senyum. "Tapi kita masih belum mengenali diri masing-masing sepenuhnya."

"Selepas kahwin boleh kan? Lagi best tak perlu jaga batas pergaulan sebab dah halal," ujar Reza sambil mengangkat kening. 

Della tersipu malu. "Kiranya awak nak bercinta selepas kahwin?"

Reza angguk. "Bercinta selepas kahwin lebih indah kan?"

"Hmmm...."

Kring! Kring! Kring!

Ala masa ni lah phone nak berbunyi, marah Reza di dalam hati.

"Kejap," balas Reza lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket seluar. Dia segera menjawab panggilan itu. "Okey," balasnya sepatah lalu mematikan talian telefon.

"Siapa call?"

"Kawan."

"Kenapa?"

"Kan saya dah cakap tadi kena on call?"

"Ooo... dah kena masuk kerja ke?"

Reza angguk. "Next time kita jumpa lagi. Jom saya hantarkan awak ke kereta."

"Okey," balas Della lalu bangkit dari tempat duduknya. 

Tangan Della dipegang oleh Reza. Mereka jalan sambil berpegangan tangan. Walaupun segan dipandang orang Della hanya membiarkan Reza memegang tangannya. Saat ini dia ingin merasa bahagia. Dia tidak mahu lagi dikecewakan atau disakiti.


TANGAN Haura digenggam erat. Sudah hampir tiga jam berlalu. Haura masih belum sedarkan diri. Hatinya lega apabila keadaan Haura tidaklah membimbangkan. Fateh mencium tangan Haura. Dia mengusap perut Haura perlahab sambil tersenyum. 

"Assalamualaikum, anak papa." Kata Fateh perlahan sambil merenung wajah Haura yang masih lena. Dia mengucap rasa syukur dengan berita kehamilan isterinya.

Fateh mengusap kepala Haura. Rambut Haura dibetulkan. Tudung yang tersarung telah ditanggalkan selepas menerima rawatan. Dia mahu Haura berehat dengan selesa. Dia melihat jam pada pergelangan tangannya. Tanpa membuang masa telefon bimbit dicapai lalu mengubungi seseorang.

"Hello Reza. Malam nanti tolong gantikan aku on call boleh? Wife aku masuk wad ni. Aku minta maaflah kalau menyusahkan," jelas Fateh segan kerana Reza sudah banyak membantunya. "Aku tak tahu nak minta tolong siapa lagi? Aku harap kau boleh gantikan aku malam ni."

"Okey," balas Reza sepatah.

"Thanks bro. Bila free nanti aku belanja kau makan," balas Fateh lalu mematikan talian telefon sebelum mendengar kata putus daripada Reza.

Fateh melabuhkan punggung di atas kerusi. Dia mencium tangan Haura buat entah yang ke berapa kali. Dia meletakkan kepalanya diatas tilam sambil memegang tangan Haura. Dia begitu menyayangi isterinya. Hidupnya berasa sunyi tanpa berbicara dengan Haura. Akhirnya dia terlena.


KEPALA yang berasa pening disentuh perlahan. Haura membuka matanya. Dia memerhati sekeliling. Dia tahu dirinya kini sedang berada di hospital. Dia melihat Fateh yang lena disebelahnya. Dia mengusap kepala Fateh perlahan. Kesian pula melihat Fateh tidur sambil duduk.

"Abang," panggil Haura perlahan. "Abang."

Fateh terkejut daripada lenanya. Dia mengosok matanya perlahan. Dia melemparkan senyuman kepada Haura. "Sayang okey?" Soalnya sambil mengenggam erat tangan isterinya. 

Haura angguk. "Okey," balasnya sambil tersenyum. Dia mengambil tangan Fateh agar menyentuh perutnya.

Fateh senyum. "Abang tahu. Thank you sayang," balasnya lalu mencium tangan Haura.

"Tak sempat nak suprise kan abang tadi."

"It's okay. Apa yang penting kesihatan sayang. Jangan fikir perkara yang bukan-bukan. Doktor cakap sayang stress itu yang darah naik."

"Maaflah sayang menyusahkan abang pulak," kata Haura lalu cuba bangkit daripada pembaringan. Fateh turut membantu.

"Sayang kan tanggungjawab abang. Tak perlulah sayang nak minta maaf," kata Fateh sambil membetulkan katil Haura agak dapat duduk dengan selesa. "Sayang nak makan? Abang ada belikan bubur tadi."

Haura angguk. "Nak air boleh."

Fateh membukakan penutup botol air mineral lalu dihulurkan kepada Haura. "Makan sikit," katanya lalu mengambil bubur dari atas meja. Penutup bekas bubur dibuka. Fateh bangkit dari tempat duduknya lalu duduk di atas katil agar memudahkan dia menyuap Haura.

"Sayang boleh makan sendiri."

"Biarlah abang suapkan. Sayang dah susah payah mengandungkan anak abang sampai masuk wad."

Haura senyum. "Memang tugas isteri kan?"

"Ini tugas abang sebagai seorang suami," balas Fateh sambil menyuap Haura. "Sayang kalau teringin nak makan apa-apa cakap aje. InsyaAllah abang akan usahakan penuhi permintaan sayang."

Haura menolak Fateh menyuapnya. "Nak air."

Fateh segera mengambil air lalu diberikan kepada Haura. "Bubur ni banyak lagi."

Haura menggelengkan kepalanya. "Tak nak. Rasa macam nak muntah."

Fateh meletakkan bekas makanan ke atas meja. "Nak abang ambilkan plastik?"

Haura geleng. "Sayang nak mandi boleh? Sayang rasa macam belengas aje badan ni."

"Dah pukul 10 malam sayang. Esok pagi ajelah sayang mandi."

"Tapi..."

"Abang lapkan badan sayang nak?"

Haura diam. Segan pula bila Fateh ingin mengelap badannya. Walaupun sudah hampir tiga bulan berkahwin. Dia masih malu dengan Fateh. "Tak nak lah," katanya perlahan.

Fateh senyum. Dia mendekati wajah Haura. Dahi Haura dicium. "I'm your husband. Tak perlu lah sayang malu. Lagipun wad ni private. Takkan ada orang masuk sesuka hati."

Haura senyum. Dia memeluk tubuh Fateh. "Love you abang."

"Love you too, sayang," balas Fateh lalu mencium ubun-ubun Haura. 

"Abang or papa?" Kata Haura lalu meleraikan pelukan.

"Papa?"

"Entahlah. Sayang rasa macam abang ada cakap papa tadi?"

"Sayang dengar?" 

Haura angguk. "Sayang memang tak sedar. Tapi telinga sayang macam terdengar baby panggil abang papa, papa," usik Haura sambil tersenyum.

"Sayang!"

"Papa?"

Fateh mencuit hidung Haura. "Okey mama?" Balasnya lalu memeluk erat tubuh Haura. Tidak sabar rasanya ingin menimang cahaya mata tidak lama lagi. 


Previous: Bab 31
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu