Home Novel Cinta Sabar Denganku
Sabar Denganku
Zulaikha Rizal
13/9/2021 00:01:31
64,499
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16

Sewaktu Zaarif dan Ain ingin bergerak pulang dari rumah Puan Dahlia pada petang itu, Ain dan Zaarif keluar secara beriringan sambil mengekori langakh Puan Dahlia yang mendahului langkah mereka berdua. Zaarif terus melangkah laju melepas ibunya menuju ke but kereta untuk meletakkan beg galas mereka. Apabila Puan Dahlia melihat Ain sendirian di hadapan rumahnya, Puan Dahlia terus merapati Ain.

Tangan kiri Ain digenggam kuat oleh Puan Dahlia. Ain dibawa lebih jauh daripada kawasan tadi namun masih mampu dilihat dengan jelas oleh Zaarif. Ain mampu merasakan keperitan itu namun dia cuba mengawal wajahnya serta menahan keperitan tersebut. Puan Dahlia masih tidak melepaskan genggaman tangannya.

“Ibu nak cakap dengan Ain, boleh?” soal Puan Dahlia lembut. Semakin lama, Ain dapat merasakan genggaman Puan Dahlia semakin kuat.

“Apa dia, Ibu?” dahi Ain mulai menghasilkan kerutan. Ain ingin memandang ke arah Zaarif namun, Puan Dahlia segera menghalang dengan meletakkan tapak tangannya pada pipi Ain.

Zaarif melihat apa yang sedang dilakukan oleh ibunya. Kelihatan seperti Puan Dahlia sedang mengusap pipi Ain. Zaarif tersenyum, senang.

“Ibu minta duit dekat Zaarif sebab Ibu nak beli emas tapi, Zaarif tak bagi Ibu beli. Zaarif kata sebab kena tanggung kamu. Aku yang besarkan dia tapi kenapa kamu yang dia lebihkan. Nampak sangat kamu macam nak rampas dia daripada aku, kan?” 

“Ibu, Ain betul-betul tak tahu, Ibu. Ain minta maaf, Ibu” Ain cuba untuk melepaskan genggaman Puan Dahlia namun, genggaman itu semakin kuat.

“Kalau selepas ini, anak aku tu masih lebihkan kamu, lebih teruk lagi kamu kena dengan aku tahu” genggaman dilepaskan. Puan Dahlia meletakkan kedua-dua belah telapak tangannya pada wajah Ain dan memaksa Ain untuk senyum. Ain akur dan Puan Dahlia terus memegang bahu Ain. Mereka berdua berjalan beriringan ke arah Zaarif. Ain terlebih dahulu tunduk bersalaman dengan Puan Dahlia dan terus berdiri di sebelah Zaarif. Saat Zaarif ingin mencapai tangan kiri Ain, Ain mengelak daripada disentuh Zaarif dan terus menuju ke pintu kereta.

Zaarif tidak mengambil hati mengenai hal itu kerana dia tahu, Ain mungkin malu kerana mereka berdua pada ketika itu sedang berhadapan dengan Puan Dahlia. Zaarif turut tunduk bersalaman dengan ibunya. Zaarif mengucapkan salam dan terus memasukkan dirinya ke dalam kereta.

Sejak kereta Zaarif meninggalkan oerkarangan rumah Puan Dahlia, Ain terus membuang pandangannya ke luar tingkap. Tiba-tiba dia mulai teirngat akan kisah silamnya yang membuatkan dia menjadi takut.

Bukan dia tidak mahu melawan Puan Dahlia seperti mana dia pernah melawan bekas kekasihnya namun hanya disebabkan dia diperhatikan oleh Zaarif dan Puan Dahlia merupakan Ibu kepada suaminya, manakan mungkin dia mampu menyakiti wanita itu. wanita itu sudah hampir sebaya dengan umur kedua ibu bapanya. Jika dia tetap berkeras terhadap Puan Dahlia, Ain terasa seperti dia berkeras dengan kedua ibu bapanya. Itu yang menghalangnya daripada terus melawan.

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Zulaikha Rizal