Home Novel Cinta Sabar Denganku
Sabar Denganku
Zulaikha Rizal
13/9/2021 00:01:31
64,526
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 13

Barang-barang milik Ain telah pun diangkat oleh Zaarif dan dimasukkan ke dalam but kereta. Apabila Zaarif menapak semual ke dalam rumah, kelihatan Ain sedang berpelukan dengan kakak iparnya. 

Perlahan-lahan Ain menapak menuju ke arah abangnya.Syafiq dengan penuh senyuman menghulurkan tangannya. Dengan perasaan sebak, Ain menyambut huluran itu.

“Abang, Fiqah minta maaf kalau selama ni Fiqah banyak menyusahkan abang. Fiqah banyak bergaduh dengan abang. Terima kasih sebeb selama ni abang dah jadi ayah, ibu, abang, kawan dan musuh yang baik untuk Fiqah” Tanpa sedar, air mata Fiqah mulai membasahi pipi wanita itu. Syafiq memeluk adiknya lembut. Fiqah dapat merasakan bahawa pelukan itu penuh dengan kasih sayang.

“Abang minta maaf juga kalau selama ni abang tak mampu jaga Fiqah dengan baik, tak mampu menjadi seorang abang yang baik. Terima kasih juga kepada Fiqah sebab dah jadi adik yang baik kepada abang” Syafiq meleraikan pelukan itu perlahan-lahan lalu menyeka lembut air mata adiknya.

“Dah, jangan nangis. Zaarif dah tunggu tu” Fina berlari ke arah Ain. Dengan mesra Ain mendukung anak saudaranya.

“Fina jangan rindu Mak Su tau. Nanti Mak Su pun rindu Fina” gelagat seperti seorang yang memahami kata-kata Ain, Fina merangkul leher Ain dan menyandarkan kepalanya pada bahu Ain. Ain mengusap lembut ubun-ubun Fina dan meletakkannya ke bawah. Zaarif mencapai tangan Ain. Mereka berdua berjalan beriringan menuruni anak tangga dan ditemani oleh abang serta kakak iparnya dan Fina.

 Ain masuk ke dalam kereta dengan hati yang berat. Matanya tertumpu ke arah wajah abangnya. Zaarif melambai tangannya lalu kereta itu perlahan-lahan bergerak meninggalkan kawasan rumah. wajah Syafiq hilang daripada pandangan Ain. 

Entah kenapa, semakin jauh mereka bergerak, semakin banyak air mata Ain yang tumpah. Di satu kawasan yang selamat, Zaarif memberhentikan keretanya. Zaarif membuka tali pinggang keledar lalu memusingkan badannya menghadap Ain. Zaarif menyentuh lembut lengan Ain. Ain menoleh memandang Zaarif. 

Dengan segera, Zaarif mengambil tisu yang telah sedia ada di dalam keretanya dan menyeka lembut. 

“Saya faham, mungkin Ain sedih sebab ini kali pertama Ain berpisah dengan Syafiq, kan? Janganlah risau, insha-Allah kalau ada masa nanti kita melawat mereka. rumah kita dengan mreka pun tidaklah jauh mana” pujuk Zaarif perlahan sambil menyeka air mata Ain. Perlahan-lahan air mata Ain berhenti mengalir. Zaarif tersenyum memandang sikap Ain yang patuh itu. Zaarif membetulkan rambut Ain yang mulai melekat pada wajah isterinya dek kerana air mata.

“Kita balik rumah kita terus, ya?” soal Zaarif lembut. Ain mengangguk perlahan. Zaarif tersenyum lalu memusingkan badannya dan memakai tali pinggang keledar. Pedal minyak ditancap dan Zaarif mulai memandu menuju ke arah destinasi.



Sampai sahaja di rumah teres satu tingkat milik Zaarif, lelaki itu mulai mematikan i=enjin dan terus keluar untuk mengambil barang-barang yang diletakkan di dalam but kereta. Ain trurut mengikut langkah Zaarif. Melihat keadaan Zaarif ingin mengangkat begnya, Ain memegang tangan Zaarif untuk menghalang pergerakan lelaki itu. Zaarif memandang wajah Ain hairan.

“Biarlah saya yang bawa, nikan beg saya” tutur Ain lembut. Zaarif tersenyum.

“Tak apalah, saya bawakan. Lagipun tak banyak pun beg Ain. Tak berat juga” Ain mengangkat bahu dan melepaskan pegangannya pada tangan Zaarif. Zaarif meneruskan pergerakannya lalu menyerahkan kunci rumah kepada Ain. Tanpa persoalan, Ain menerima kunci itu dan terus menuju ke arah pintu rumah lelaki itu. Dengan mudah, Ain dapat membuka kunci dan mulai melangkah. Belum sempat kakinya melangkah masuk, suara Zaarif terlah memenuhi gegendang telinganya.

“Langkah kaki kanan, Ain Nursyafiqah. Bagi salam sekali” Ain menggaru kepalanya sambil tersengih. Akhirnya Ain menurut apa yang dikatakan oleh Zaarif termasuk memberi salam. Ain mulai memerhati segenap ruang rumah teres itu. Perhiasannya tampak sungguh ringkas namun tetap menarik perhatian. Zaarif hanya membiarkan Ain menikmati perhiasan rumah itu manakala dia terus menuju ke arah biliknya dan meletakkan beg Ain di sisi almari bilik.

Ain turut masuk ke dalam bilik yang dimasuki oleh Zaarif. Seperti tadi, dia mengamati setiap prhaisan yang ada.

“Ni bilik ustaz, eh?” soal Ain tanpa memandang wajah Zaarif.

“Iya, inilah bilik kita” Ain memandang Zaarif. Tangan Ain dicapai oleh Zaarif. Zaarif membawa wanita itu mengelilingi kawasan rumah serta memebrikan beberapa penerangan dandestinasi terakhir di dalam rumah itu ialah bilik kerja yang disusun oleh Zaarif. Terdapat tig arak buku dan salah satunya masih kosong manakala kedua-dua rak itu dipenuhi dengan buku. Terdapat juga sebuah meja yang agak panjang serta dua buah kerusi.

“Kenapa ada dua buah kerusi dan satu rak kosong?” soal Ain.

“Oh, kerusi tu untuk Ain satu dan saya satu. Berkenaaan dengan rak, satu rak saya kosongkan untuk Ain. Mana tahu Ain minat nak beli buku jadi saya sediakan ruang itu untuk Ain” jawab Zaarif sambil tersenyum.

“Saya rasa saya nak pergi tonton televisyen. Ain nak sertai saya?” soal Zaarif lembut. Ain berfikir sebentar lalu menggeleng. Dia teringat bahawa dia perlu mengemaskan pakaiannya.

“Kalau macam itu, saya pergi ruang tamu dulu” Zaarif terus berjalan meninggalkan Ain. Ain mengangkat bahu dan memasuki ke dalam bilik miliknya dan Zaarif.



Sedang Ain memakukan pandangannya pada skrin telefon, pintu rumah diketuk dari luar.

“Assalamualaikum” ucap insan itu. Tanpa ragu, Ain membuka pintu memandangkan dia mengenali pemilik suara garau itu. Wajah suaminya kelihatan. Melihat sahaja wajah isterinya, Zaarif serta merta menguntumkan senyuman.

“Jawab salam, Ain” tutur Zaarif lembut. Ain menoleh ke belakang dan mulai menapak.

“Waalaikumsalam” Ain melabuhkan punggungnya di sofa ruang tamu. Zaarif mengikut langkah isterinya dan mengambil tempat di sebelah Ain. Zaarif menanggalkan kopiah putihnya dan diletakkan di atas riba. Ain menoleh ke sisi memandang Zaarif.

“Ustaz nak air apa? Biar saya buatkan” ujar Ain penuh semangat sambil merenggangkan badannya. Zaarif tersenyum melihat gelagat Ain.

“Saya nak air sirap, boleh?” pinta Zaarif lembut. Ain tersenyum bangga.

“Boleh, saya pergi buat dulu” Ain segera berdiri dan menuju ke arah dapur. Zaarif tersenyum lalu membuka televisyen sambil menyandarkan serta menyelesakan kedudukannya.

Ain membawa air sirap yang sudah pun dituangkan ke dalam gelas. Dengan penuh bangga, dia segera membawa air itu ke arah Zaarif namun sampai sahaja dia di ruang tamu, dia meletakkan air sirap itu di meja kecil yang terletak di sisi sofa. Ain tersenyum kecil.

Ain melabuhkan punggungnya di atas karpet ruang tamu dan berhadapan dengan sofa. Kelihatan tubuh Zaarif sedang terbaring di atas sofa dalam keadaan mata yang terpejam serta kopiah yang diletakkan di atas dada lelaki itu.

“Sebiji macam arwah Ayah” tutur Ain perlahan. Dalam pada itu, sempat dia mengamati setiap wajah Zaarif. Tidak pernah lagi dia memandang wajah lelaki itu dalam jarak yang sungguh dekat. Ain meletakkan tangannya di atas lengan lelaki itu.

“Ustaz, bangun” kejut Ain perlahan. Diam. Tiada reaksi daripada lelaki itu. Ain menggoncangkan tubuh lelaki itu.

“Ustaz, bangun” Ain menguatkan suaranya. Zaarif membuka matanya sedikit. Ain meneruskan menggoncang tubuh Zaarif sehingga lelaki itu bangun dan menukar posisinya kepada duduk menyandar di sofa. Ain menjadi geram.

“Ustaz, bangunlah” dengan mamai Zaarif membuka matanya.

“Ain nak saya beli apa tadi?” soal Zaarif secara tiba-tiba. Ain mengerutkan wajahnya.

“Apa?” soal Ain semula. Sungguh dia hairan dengan persoalan Zaarif.

‘Mamai ke apa?’ soal Ain dalam hati.

“Tadi Ain suruh saya pergi kedai kan? Nak beli apa?” soal Zaarif. Ain menggaru kepalanya perlahan.

“Bila masa pula saya suruh Ustaz pergi kedai. Dah pergi masuk bilik” Ain menarik tangan Zaarif. Zaarif hanya mengikut perlakuan Ain. Sampai di hadapan bilik, Ain memberhentikan langkahnya dan menoleh memandang Zaarif yang masih mamai.

“Ustaz pergi masuk bilik, tukar baju. Baju ustaz tu basah sebab peluh lepas itu, baru boleh tidur” arah Ain. Tangan Zaarif ditarik lalu ditolak perlahan memasuki bilik. Ain pula melangkah semula ke ruang tamu untuk mengambil air sirap yang dibawa tadi untuk disimpan ke dalam peti sejuk. 

Apabila Ain menoleh ke belakang, kelihatan wajah Zaarif betul-betul di hadapan wajahnya. Dadanya pada ketika itu berhenti berfungsi buat seketika. Ain kemudiannya memegang dadanya dan menenangkan dirinya. Zaarif yang melihat keadaan itu juga berasa terkejut dek kerana Ain terkejut. Ain menampar lembut lengan Zaarif.

“Apa ustaz ni? Terkejut saya” Zaarif menggosok lengannya perlahan.

“Maaflah, saya pun terkejut. Saya masuk bilik tadi ingatkan Ain masuk sekali. Rupanya tak, itu yang saya cari Ain” ain melihat pakaian Zaarif. Lelaki itu telah pun menukar pakaian.

“Dah lah, jom” Ain mendahului Zaarif dan terus membaringkan tubuhnya di atas katil. Ain dapat merasakan pergerakan Zaarif yang turut berbaring di sebelahnya.

Baru sahaja Ain ingin terlena dalam tidurnya, suara Zaarif menegjutkannya kembali.

“Ain” panggil Zaarif perlahan. Ain membuka matanya semula.

“Kenapa, ustaz? Ustaz tak mengantuk lagi ke?” soal Ain dalam nada yang mendatar. Zaarif berdiam diri buat seketika.

“Tak apalah, Ain sambunglah tidur. Saya dah terlupa nak cakap apa” tutur Zaarif setelah agak lama berdiam.

“Ustaz cuti berapa hari?” soal Ain memandangkan dia memang telah berjaga dek kerana suara Zaarif memanggilnya.

“Seminggu” jawab Zaarif sepatah.

“Ustaz cadang nak buat apa?” soal Ain lagi.

“Saya cadang esok saya nak berehat dekat rumah. lusa, saya nak ajak Ain pergi rumah Ibu. Tulat, kita pergi rumah Mak long. Lepas tu saya nak rehat dekat rumah balik” terang Zaarif satu per satu.

“Waktu pergi rumah Ibu, kita tidur sana tak?” soal Ain.

“Tak, kita pergi sekadar melawat sebab Ibu katanya ada program dengan kawan-kawan” jawab Zaarif ringkas.

“Jangan lupa baca doa tidur, Ain” Zaarif menyambung bicaranya.

“Tidurlah” Ain memalingkan tubuhnya menghadap Zaarif dan membaca doa tidur dalam hati.

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Zulaikha Rizal