Home Novel Cinta Sabar Denganku
Sabar Denganku
Zulaikha Rizal
13/9/2021 00:01:31
64,496
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

Syafiq meletakkan belakang tapak tangannya pada dahi Ain. Wajahnya berkerut sedikit lalu keluar dari bilik itu. Syafiq duduk di sofa ruang tamu sambil benaknya sedang ligat berfikir. Dia agak risau memandangkan telah tiga hari berlalu namun, demam adiknya masih belum kebah. Semalam Syafiq telah pun membawa Ain ke klinik namun, kepanasan badan adiknya masih sama seperti sebelumnya. Raida menepuk bahu Syafiq perlahan. Syafiq segera menoleh lalu mengajak isterinya duduk disisi.

“Saya risau lah dengan Fiqah” Syafiq meluahkan apa yang dirasainya. Raida berfikir sejenak.

“Sayang ada beritahu dekat Zaarif fasal Fiqah?” soal Raida.

“Tak ada pula sayang beritahu dekat Zaarif sebab dia pun sibuk saja kebelakangan ni”

“Cuba sayang minta Zaarif buat air penawar. Mana tahu, demam Fiqah boleh kebah” Syafiq tersenyum kecil lalu mengusap perlahan wajah isterinya.

“Nanti sayang cuba eh” mereka berdua membalas senyuman.

 

Zaarif mengetuk pintu rumah sahabat serta bakal isterinya. Entah kenapa dia terasa ada debaran yang mengikutinya sejak keluar dari pintu rumah. Pintu rumah itu dibuka, wajah Syafiq kelihatan.

“Assalamualaikum” ucap Zaarif. Syafiq tersenyum.

“Waalaikumsalam, jom masuk” Zaarif menganggukkan kepalanya lalu membuntuti langkah Syafiq memasuki rumah itu. Mereka berdua melabuhkan punggung di sofa ruang tamu rumah itu.Zaarif menyerahkan sebotol besar air kepada Syafiq.

“Ini, kau ikhtiar lah. Kau kemam sikit air ni lepas itu, sembur dekat muka Ain. Kau tuang juga dalam cawan air tu. Suruh dia minum tapi jangan sampai habis. Tinggalkan sikit sisa lepas itu kau sapu dekat muka dia” terkesima Syafiq mendengar kata-kata Zaarif. Maklumlah, bukan selalu dia mendengar kawan dia memberi kata-kata nasihat seperti itu. Zaarif menampar perlahan bahu Syafiq.

“Mengelamun saja kerja. Kau dengar tak apa aku kata tadi?” soal Zaarif. Syafiq tersenyum.

“Iya, aku dengar. Nanti aku buat ya”

“Ain macam mana?” soal Zaarif risau.

“Dah tiga hari dah kalau ikutkan tapi, demam dia tidak juga kebah”

“Dia terbaring sajalah?” soal Zaarif ingin tahu.

“Dia cuba dah nak bangun. Iyalah dia kata, dia bosan juga asyik terbaring tapi setiap kali dia bangun dia akan pening. Badan dia nak rehat lagi lah tu” Zaarif mengangguk tanda faham.

“Eh, lupa tanya. Isteri kau mana?”

“Ada, pergi bersembang dengan kawan-kawan dekat luar. Katanya dah janji sebelum Fiqah demam itu yang pergi jugak tu”

“Yelah, kau jangan lupa buat pulak”

“Okey” Syafiq tersengih manakala Zaarif membuat mimik muka meluat terhadap sengihan kawannya,

Malam itu, Syafiq melaksanakan perkara itu seperti mana yang telah diberitahu oleh Zaarif pada petang itu. Ain dengan rela hanya menurut apa yang dilakukan oleh abangnya. Badan Ain terlalu lemah untuk dia memberi sebarang tindak balas. Setelah selesai, Ain membaringkan tubuhnya dan merehatkan dirinya seperti malam sebelumnya.

 

Telah tiga hari berlalu sejak kedatangan Zaarif. Pada waktu yang sama Zaarif datang untuk melawat Syafiq. Sedang mereka berdua berborak. Pintu bilik milik Ain dibuka. Wajah Ain jelas kelihatan pada petang itu yang mengenakan baju jersi berlengan pendek serta seluar jean berwrna biru.

“Abang, Fiqah nak pergi kerja sekejap. Fiqah balik sebelum pukul sepuluh, boleh?” tutur Ain sambil berjalan menuju ke arah abangnya dan Zaarif.

Syafiq memandang wajah Ain dengan pandangan yang tidak senang dengan kata-kata adiknya.

“Tak lambat sangat ke? Fiqah tu dah betul-betul sihat?” soal Syafiq risau.

“Kalau macam tu sebelum pukul lapan Fiqah balik. Fiqah dah sihat lah Abang, kalau tidak tak adalah Fiqah nak pergi buat kerja”

“Yelah, hati-hati” Ain menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan abangnya. Syafiq menyambut huluran Ain lembut. Baru sahaja selangkah dia menapak, dia terpandang pada wajah Zaarif.

“Eh, ustaz. Bila sampai?” soal Ain mesra.

“Dalam sepuluh minit jugalah. Ain dah sihat?” soal Zaarif yang berada dalam keaadaan agak segan.

“Sihat. Saya dah boleh berdiri ni kira sihat lah ustaz. Dah lah, saya pergi dulu. Gerak dulu, Abang” Ain terus menuju ke arah pintu utama tanpa menoleh ke arah mereka.

“Ain kerja apa?” soal Zaarif ingin tahu.

“Entah lah, aku pun tak tau” riak wajah Zaarif mulai berubah.

“Eh, kau jangan risau. Dia tak kerja yang kotor-kotor tu. Aku pernah tengok dia buat kerja cuma aku tak tau lah nama dia. Kerja tu untuk orang-orang yang pandai saja” Zaarif melepaskan nafas lega.

“Sekejap. Maksud kau, kau nak kata yang kau tak pandai lah?” soal Zaarif ingin mengusik.

“Aih. Itu aku mengaku lah tapi kalau kau tak boleh buat jugak maksudnya kau samalah macam aku” Syafiq mengenakan Zaarif semula.

“Kau kuat membahan aku,kan?”

“Ustaz Zaarif kita pun apa kurangnya” Syafiq tersengih. 

“Agak-agak kan, berapa gaji Ain kalau dia kerja?” sengaja zaarif ingin mengathui lebih lanjut mengenai wanita itu.

“Jenis kerja Fiqah ni,kalau dia kerja dia akan dapat gaji hari tu jugak. Kalau dia tak kerja, tak adalah. Selalunya sekali dia pergi kerja, sehari boleh dapat dalam RM1000? Tak silap aku lah” Zaarif terasa kagum dengan pernyataan Syafiq.

“Jadi kalau dua kali dia pergi kerja dapatlah untuk dua hari punya” sambung Syafiq lagi.

“Mana pergi semua duit tu?” soal Zaarif lagi.

“Hampir semua duit dia akan bagi aku. Katakanlah dia dapat RM1000 hari tu, dia akan bagi kat aku RM900. Tak silap aku, RM80 dia akan jadikan duit sedekah. Baki pula untuk dia makan"

“Jujur aku kata, aku mampu untuk berkahwin disebabkan Fiqah. Fiqah lah yang bayar semua duit untuk perkahwinan aku. Sejak aku kahwin dan tinggal sini, separuh bil rumah ni Fiqah yang bayar. Raida tahu pasal hal ni tapi bila dekat depan mak mentua aku, Fiqah akan kata yang aku kerja keras untuk bayar semua tu walhal, aku rasa dia kerja lebih kuat berbanding aku”

“Tiga tahun lepas, waktu perkahwinan aku. aku yang berumur 23 tahun sedangkan Fiqah waktu tu hanya 19 tahun. Aku ingat sebulan tu dia bekerja keras demi aku. pernah bergaduh dengan aku, tapi hadap semata-mata nak abang dia ni kahwin” Syafiq menarik nafas berat.

“Aku yakin yang Fiqah ni baik orangnya, cuma tanpa didikan yang baik dan pantauan yang teliti dia terjebak dengan ajakan rakan sebaya yang bercampur dengan orang yang bebas pergaulannya. Inilah antara punca aku tak kisah kau kahwin dengan dia, sebab aku yakin kau boleh pantau dan didik dia. Fiqah manja orangnya” Zaarif menepuk bahu Syafiq perlahan dengan harapan mampu menyalurkan sedikit harapan. Zaarif tersenyum apabila mengenangkan dan membayangkan perlakuan Ain.

Tiba-tiba Zaarif teringat suatu perkara yang telah lama dia ingin keluarkan selama ini.

“Syafiq, kalau aku tanya kau ni aku harap kau tak kisah” suasana pada ketika itu berubah serta merta.

“Apa dia? Kalau aku mampu aku cuba jawab”

“Macam mana Ibu dan Ayah kau pergi?” Syafiq mengangguk lemah. Dia sudah agak bahawa suatu hari pasti Zaarif akan menyoalkan hal ini kepadanya.

“Waktu tu aku tingkatan empat. Fiqah pula baru saja darjah enam. Sehari sebelum Fiqah ambil peperiksaan UPSR. Fiqah beria minta untuk Ibu dan Ayah hantarkan kami ke sekolah sebab selama ni, kami berdua pergi sekolah naik basikal berdua tambahan pula dia nak Ibu dan Ayah yang hantar dia untuk UPSR. Jenuh Ibu dan Ayah tolak tapi Fiqah tetap juga berusaha untuk pujuk Ibu dan Ayah. Akhirnya, Ibu dan Ayah setuju. Ibu dan Ayah hantar aku pergi sekolah dulu, barulah Fiqah. cerita tentang pemergian Ibu dan Ayah hanya Fiqah sahaja yang tahu. Fiqah tak pernah ceritakan kepada sesiapa. Hanya dia seorang. Bila aku sampai hospital, Fiqah dah menangis tepi jenazah Ibu dan Ayah” cerita Syafiq panjang lebar.

“Kau tak ada dengar khabar angin tentang kejadian hari tu?” soal Zaarif. Syafiq mengangguk.

“Ada. Terlampau banyak sehinggakan Fiqah kata tak ada satu pun yang betul dan minta kami untuk tak percaya. Bukannya kami tak pernah paksa. Mustahil kami tak pernah paksa tapi, Fiqah tetap berdiam. Waktu aku masih muda, aku mengaku aku salah. Aku dera Fiqah semata-mata nak jawapan terhadap semua kejadian tapi Fiqah tetap tak buka mulut sampaikan Mak Long marah aku dan denda aku”

“Aku tak salahkan Fiqah. aku yakin Ibu dan Ayah pergi memang atas kehendak dan takdir Tuhan. Aku reda” Zaarif mengangguk perlahan.

“Mungkin suatu hari nanti bila dia sedia, barulah dia akan buka mulut”

“Tak apalah Rif, aku dah tak rasa nak tahu sebab aku tak sampai hati nak dengar. Biarlah menjadi rahsia kepada aku. Aku dah reda.”

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Zulaikha Rizal