Home Novel Cinta JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
painarena
10/1/2022 02:07:29
150,312
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 24

TAK perlu tunggu azab kubur, kerana azab dunia terlebih dahulu menghukum Umar Darius itu. Aqi kini menjadi penghuni tetap di dalam kepalanya, di hatinya, dan sekali sekala di dalam tidurnya. Hidungnya terhidu-hidu bau si wanita walaupun Mimi berada di sebelahnya sekalipun. Bayangan wajah Aqi mengekori Umar hingga ke pejabat atau semasa outstation sekalipun. Sebagai lelaki waras, Umar cuba mengawal dirinya sebaik mungkin.

Solusi si lelaki? Mengangkat weight dalam gim sampai anggota badan sakit-sakit, dan bila masih tak cukup, dia menumbuk sandbag sehabis puas.

Setiap penumbuk dibaluti rasa marah dan kecewa. Sekuat hati. Sepuas yang boleh. Kekecewaan di hati Umar bila menyedari dinamik yang dijaga selama ini akan berubah hanya kerana tubuhnya juga mula bereaksi bilamana teringatkan Aqi. Dia sepatutnya ada perempuan di rumahnya, jadi kenapa tubuhnya masih nakkan perempuan lain di luar rumah?!

Gila. Gila! Gila!!

Jika hanya rasukan emosi, dia masih boleh menipu dan menahan sakit itu sendiri. Dari segi hubungan platonik dan kekeluargaan demi anak-anak mereka, dia dan Aqi boleh diklasifikasi sebagai pakar. Tetapi bila tubuhnya juga laparkan wanita itu, ini dah masuk topik lain.

Dia dah tak pasti macammana nak menyelamatkan diri dari serangan tiga penjuru dari Aqi. Wanita itu merupakan perempuan bukan mahram, kawan baiknya, musuh isterinya, emak kepada anak-anaknya. Cuma itu. Tak boleh lebih!

Keluar dari kepala aku la bodoh!!

Penumbuk terakhir dilepaskan ke beg pasir, sekaligus menghantar beg seberat 1 tan itu melayang ke hadapan. Beg pasir ditahan dengan sebelah tangan sebelum dia beralih ke arah begnya. Dengus jantan dilepaskan. Tangan yang berdenyut pedih sekadar ditepis sekali dua. Lalu balutan pada tangan ditanggalkan. Kulit knuckle yang melekat pada bandage sekadar dicabut dengan muka selamba. Jika dibandingkan dengan rasa sesak di dada kerana membayangkan kelembutan bibir Aqi, sakit di tangan sekadar macam semut gigit.

"Berdarah tu. Kenapa tak pakai glove?"

Umar menoleh, melihat seorang gadis berdiri di sebelahnya. Agak seksi dengan seluar yoga dan sport bra hitam Nike.

"Saya favor bandages."

"Tumbuk sandbag pun macam melepas geram..."

"Heh. You've no idea." Geram, marah, kecewa, keliru, sayang dan benci semua bercampur aduk sampai sakit kepala berminggu-minggu. Botol air dicapai, lalu diteguk. Puas rasanya.

"Saya Sarah."

Umar menoleh lagi, melihat gadis itu menghulur tangan. Botol air dipisahkan dari mulut, sedikit keliru dengan apa yang berlaku. Anak dara orang nak berkenalan dengannya? Tak cukup dengan Aqi yang mengganggu mindanya siang dan malam, sekarang takdir nak menambah satu lagi dalam senarai masalahnya? Walhal Mimi pun baru saja surut dari cemburu membuta? Simpang malaikat. Lebih baik dicantas lekas.

"Umar." Salam itu disambut. "Sorry, peluh dan darah," ujarnya lagi bila melihat keadaan tangannya. Tuala kecil dikeluarkan pula dari beg kecil yang dibawa, terus mengelap muka dan rambut.

"Saya kerap tengok abang datang gim. Duduk area sini ke? Kita bole jumpa sekali sekala. Mungkin lunch bersama?"

Bapak berani budak zaman sekarang. Umar tergelak nipis. "Awak umur berapa?" soalnya sambil mengelap leher.

"16."

"Saya ada dua anak baya awak. Mereka punya nakal sampai buat orang masuk hospital..." ujarnya senada, lalu terus mengemas barang-barang. Malas nak terus menyambung perbualan yang sia-sia ini. iPhone diperiksa. Ada mesej dari abangnya. Gadis seksi itu sempat diberi kata-kata terakhir. "Nasihat abang, awak sepatutnya cari potential partner dekat masjid berbanding gim. Abang tahu abang handsome, tapi abang tak pandai manage perempuan." Hidung gadis itu dicuit, lalu dia terus bergerak pergi dari situ. Langsung tidak menyedari gadis bernama Sarah itu terus menghantarnya pergi bersama helaan nafas panjang.


"BUDAK-BUDAK tu complain dekat abang?" soal Umar pada iPhone sambil memasuki Priusnya. Enjin dihidupkan. Dibiarkan panas.

"Mereka tak complain kat abang, tapi mereka bercerita dekat Junior. Okay, Let me rephrase that. Ami meluah kat Munirah, Munirah bercerita dekat Junior dan Junior sampaikan ke abang. Katanya lagi Emir frust kau masih tak baik-baik dengan Aqi. Apa cerita sebenarnya ni sampai lima bulan tak pergi jumpa emak anak-anak kau?"

Umar spontan mengeluh. "Mar tak boleh..."

"Kenapa?"

"Mar dengan Aqi tak boleh berjumpa..."

Untuk seketika, Farid mendiam di talian.

Umar menambah lekas. "Mar tak benci dia. Mar cuma taknak tengok dia. Untuk selamatkan hati, perasaan, otak, iman, dan hubungan dengan Mimi. Serius bang. Aqi dah boleh dikira virus dalam life Mar sekarang..."

"Whoahaha. Macam kronik gila. Apa Aqi dah buat dekat kau?"

"Dia tak buat apa-apa. Masalahnya Umar..." Keluh berat dilepaskan. "Sekarang, bila Mar tengok dia, dia ialah... huhh... dia ialah perempuan."

Secara tidak langsung, Farid berjaya menangkap makna 'perempuan' yang Umar cuba sampaikan. Maksud adiknya, sebagai seorang lelaki tulen, kini melihat Aqi sebagai nafsu.

Desire.

"Kau ada bini tau. Apa yang ada dekat dia sama dengan apa yang ada dekat bini kau." Peringatan diberi, meminta si adik lelaki ingat pada dosa.

"Thank you, Sir Obvious." Hati yang pedih, ditahan sendiri.

Farid menghela keluh dalam. Benar-benar memahami kesulitan adik lelakinya. Sesungguhnya dia taknak berada dalam situasi adiknya ketika ini. Dia gemar mengusik jika Umar sekadar menahan hati, atau sengaja nak membuat Mimi cemburu dan Aqi gelabah, tetapi ancaman nafsu ialah sesuatu yang sangat berbeza. Sesuatu yang boleh mengajak ke arah zina. Iman seorang hamba Allah benar-benar terduga. Allah menyuruh hamba-hambaNya untuk jauhkan diri dari zina, jadi padanlah Umar menjauhkan diri dari Aqi beberapa menjak ini.

"Dia ialah sejarah kau, afterall. Of course nafsu tu bangkit semula untuk dia. Abang ambil maklum. Persoalannya, macammana kau nak manage hal ni? Your kids are losing trust in you as their father, you know... kau gaduh dengan Aqi sekalipun jangan sampai anak-anak kau memberontak. Yang kes seminggu hari tu pun buat abang masuk hospital, Mar! They're still very young. They've yet to max out their full potentialSo, I beg you. Jaga relationship dengan Aqi baik-baik just so anak-anak kau pun membesar dengan baik!"

Kepala disandarkan ke belakang. Mata terpejam sambil menghembus nafas dalam. Wajah Aqi menimbul lagi tanpa dijemput, membuat lelaki itu menelan liur. "Mar faham... but honest to GodI don't know what else to do.... Her face is everywhere my eyes laid on. Mar takut Mar hilang kawalan lagi bila jumpa dia..."

"Lagi??" Suara Farid kedengaran terkejut, hingga membuatkan Umar menelan nafas, tersedar terlepas cakap. "Something dah berlaku sebelum ni?? Apa kau dah buat?"

"Emm... I kissed her..."

"Ya Allah, miangnya kau ni! CheekHandForehead?"

"Lips."

"Lailahaillallah.... aduii... hahaha.... Berat ujian kau ni... lima bulan tak jumpa pun masih tak sejuk. Ada wife pun tak boleh nak redakan. Sihir apa yang Aqi dah letak dekat kau, agaknya..." Akhirnya hanya itu yang mampu dipersoal.

"Aqi pun taknak datang vila sebab takut Mar ada, kan..."

"I notice..." Keluh dihembus panjang. "Abang dengar kembar kau pun dah keluar masuk bilik disiplin and keputusan exam jatuh. Its worsen, Mar. Believe me, you don't wanna mess the dynamic further selagi kau tak berbaik dengan Aqi...."

"Allahu..."

"Sekarang baru tau nak ingat Tuhan, hahaha! Kalau kau risau sangat, maybe kau boleh try kosongkan paip kau dulu sebelum datang jumpa Aqi, kut-kut boleh reduce the effect."

"Hahah." Hambar.

Talian dimatikan. Semasa memandu Priusnya balik ke rumah, Umar mengingati kembali perbualannya dengan Farid. Anak-anaknya berada dalam usia memberontak, Jika tidak diberi perhatian sepenuhnya, ada potensi Ami akan tukar haluan macam Sarah yang ditemuinya di gim tadi. Emir pula jadi penari balet hingga tukar naluri jadi gay.

Nauzubillahminzalik. Jauh berangan.

"Kau permudahkanlah urusan aku, ya Allah... aku cumalah hambaMu yang lemah... lindungilah aku dari bisikan syaitan... aku cuma nak hidup bahagia dengan keluarga aku, anak-anak aku, bini aku, dengan Aqi juga... selamatkan kami ya Allah..." bisiknya pada diri sendiri. Dia akan cuba mencari masa yang terbaik untuk datang menjenguk. Dan semoga yang Maha Berkuasa akan memberinya peluang itu.


SELEPAS membersihkan diri dan menunaikan solat Maghrib, Umar bersendirian di ruang tamu rumahnya. Cuba untuk merawat luka-luka di tulang knuckle dengan menyapu lukanya dengan antiseptik, tetapi mengalami masalah nak membalut bandage. Mimi tiada di rumah. Ada kelas memasak katanya. Umar menunggu sambil menonton Netflix.

Hingga tertidur si lelaki di ruang tamu itu, barulah isterinya sampai ke rumah. Umar tersedar bila terdengar bunyi pintu dibuka.

"Sayang?"

"Eh abang. Kenapa tidur kat luar?"

"Abang tunggu sayang." Dia bangkit duduk. "Tolong balut bandage?" pintanya sebelum perasan beg-beg shopping yang diangkut si bini. "Awak cakap awak ada kelas memasak?" Itu beg Victoria Secret, bukan AYAMAS.

Mimi meletakkan beg-beg shopping ke kaki sofa sambil merapati suaminya. Jelik terus bila melihat keadaan tangan lelaki itu.

"Apa ni... kenapa teruk benar... kenapa tak pergi klinik?"

"Ala... sayang balut je. Abang dah cuci dengan dettol dan letakkan antiseptik..."

"Abang pergilah ke klinik! Kenapa nak suruh sayang buat benda macam ni? Sayang mana reti! Kalau salah balut macammana!"

"Apa benda salah balut pulak hahaha. Awak pusing pusing pusing, kelip, siap!"

Mimi menyeringai. "Taknaklah... gelilah tengok luka abang..."

Rungutan itu tidak menerima respon yang baik dari Umar. Melainkan pandangan kaku serta senyuman memudar. "Abang minta balutkan je... please? Bukan nak suruh bedah atau buat diagnosis.... Tak pun, kalau geli, awak tolong pegang je. Abang balutkan sendiri. Boleh?" pintanya pula, cuba bertoleransi dengan keengganan si isteri.

"Emm... Macammana boleh luka teruk sampai macam tu sekali?"

Dia tukar topik pulak, dahh.... Umar melepaskan keluh berat di dada, berputus asa nak melepaskan rasa kecewa. "Abang pergi boxing..." ujarnya, seraya bersandar. Ikutlah, Mimi nak prihatin ke tidak. Dia boleh cari alternatif.

"Ha. Tu bodoh namanya. Sendiri cari penyakit. Lepas tu boleh pulak nak minta sayang buat benda yang bukan-bukan."

"Abang ulang sekali lagi... boleh tolong balutkan ke tidak?"

Si bini memberi sengih tak bersalah bersama gelengan kepala. "Taknak. Pergi selesaikan sendiri kat klinik sana, hokey." Mata dikenyit sebelah dengan gaya comel, lalu dia mengangkut beg Victoria Secret ke bilik tidur. Bersedia untuk melayan Umar di ranjang mereka.

Umar menghela nafas dalam, memikirkan semula kenapa dia menikahi Mimi dari awal lagi. Dia dah tahu dari awal yang Mimi lebih mementingkan diri berbanding melayan orang lain. Cuma dia tak jangka dia pun termasuk dalam kategori 'orang lain' itu.

"Do I expect her to change after marriage? Aku tak ingat..." ujarnya, bermonolog. Tapi ah, benda dah lepas. Mimi ialah tanggungjawabnya, jadi Umar hanya perlu menerima pinjaman yang Allah beri dan cuba didik sebaiknya. Kalau tak tahan dengan perangai perempuan yang pelik-pelik, jangan kawen dari awal lagi.

Dia memasuki bilik tidur, mendapatkan kunci kereta dan dompet.

"Abang nak kemana?"

"Vila."

"Buat apa?"

"Nak minta Kak Maya balutkan luka abang."

"Oh okay. Bai. Jangan lambat sangat tau. Sayang tunggu abang~~"

Semudah itu layanan Mimi padanya, semudah itu juga Umar memandu ke rumah orang lain bagi mendapatkan perhatian. 


Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh painarena