Home Novel Cinta JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
painarena
10/1/2022 02:07:29
150,342
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

CHANDLER Kendrick, atau nama terbarunya, Chandler Abdullah, memasuki islam semata-mata nak mengahwini seorang wanita melayu bernama Asyikin. Lelaki itu tiba-tiba muncul di dalam hidup mereka semasa dia tengah sarat mengandungkan anak kembarnya, Ami Dania dan Emir Danial. Kedatangan Chandler bersama khabar dari keluarga belah ayahnya yang telah lama ditinggalkan bahawasanya anak lelaki Aqi ialah waris sahih bagi separuh harta peninggalan arwah datuk mereka. Zach dan Aqi sama-sama terkejut beruk.

“Aku tinggalkan family tu dulu dengan janji yang aku serahkan semua harta aku dekat mereka. Aku keluar sehelai sepinggang. Mereka nakkan semua duit tu dan aku taknak sekuman hubungan dengan mereka lagi.Aku cuma nakkan freedom aku. Si tua kutuk tu pukul aku berkali-kali sebab duit bapak aku... and now tiba-tiba nak serahkan harta dia dekat anak aku?? Dahkenapa tiba-tiba??”

Aqi tak gemarkan berita ini. Aqi sangat-sangat tak sukakan berita yang dibawa peguam ini. Kerana harta, manusia buat kerja gila. Sepanjang usianya membesar, dia dipukul dan dimaki kerana mewarisi harta ayahnya. Jadi dilepaskan semua beban itu demi mencari bahagia dengan keluarga orang lain – keluarga angkatnya – keluarga Umar. Dan sekarang anak lelakinya akan menerima nasib yang sama??

Chandler dihantar pulang dengan jeritan “HELL NO!!”.

Seterusnya lelaki itu langsung tidak memunculkan diri. Aqi pula menyangka kehidupannya kembali normal. Waima sedikit pun dia langsungtak menjangka bahawa dirinya masih diperhati, kerana selepas Aqi selamat melahirkan kedua-dua kembarnya, bayi lelaki yang baru berusia 12 jam itu dilarikan dari hospital meninggalkan bantal yang dibalut selimut. Walhal, Aqi sendiri belum sempat melihat anak lelakinya, lalu perempuan itu meroyan nak melompat keluar dari tingkap bagi menangkap Chan. Mujur ada Zach untuk menenangkannya.

Itu perkara kedua yang membuatkan Aqi terus menyembunyikan kelahiran kembarnya pada Umar. Dia enggan Umar tahu kecuaiannya kerana membiarkan semua ini terjadi.

Kira-kira sebulan selepas Emir dilarikan dari hospital, Chandler memunculkan diri sekali lagi. Aqi hampir menerpa untuk membunuh lelaki itu tetapi sekali lagi Zach menjadi penyelamat. Pada pertemuan inilah Chandler memaklumkan niat sebenarnya. Katanya, dia mahu membantu Aqi bersatu semula dengan Emir Danial, dengan upah. Itulah permulaan hubungannya dengan Chandler yang terus menjalar berselirat hingga menjadi erat ketat dan tak dapat dileraikan hingga perlu digunting.

Dia kini berdiri di hadapan sebuah banglo tiga tingkat, rumah milik Chan. Lelaki itu ialah ahli korporat berjaya, seorang peguam bela yang sangat berbakat, tapi masih hauskan harta sampai berani mencelah masuk dalam masalah keluarga Aqi demi merampas harta keluarga mereka. Kah! Manusia.

Tapi jika itu yang Chan nak, Aqi boleh beri.

Dengan nekad dan azam yang kukuh di hati, dia memasuki kediaman mewah itu. Seorang wanita yang dikenali dengan nama Farha membawanya ke home office Chan, dimana lelaki itu sedang menunggunya di situ. Semasa Aqi merapati sofa, Chan sedang menonton sebuah rakaman pukul memukul.

“Hoi,” panggilnya.

Chan melepas tawa berupa tawa senafas. Rakaman dimatikan. Wanita genit dengan rambut ikal mayang di paras dada itu dipandang. “Hi,”ujarnya bersama senyum lembut.

Aqi mencemik. “Aku datang nak tolak lamaran kau.”

“I’m aware...” balasnya perlahan sebelum menoleh ke skrin kembali. “Tapi I berani taruhkan 1 juta yang you akan tarik balik kata-kata you dan akan terima I sebagai suami you.” Rakaman CCTV dipasang semula.

Aqi menyeringai. “Chan... aku tak berminat dengan kau. Kau nakkan harta keluarga aku, kau boleh dapat. Aku minta kau dengan semua orang gila dalam keluarga gila ni untuk lepaskan aku dengan family aku... biar aku jagakan anak lelaki aku dengan—well... bila cukup usia dia—”

“Kau tau tak, lelaki yang dibelasah dalam video ni mati,”celah Chan sambil mengisyaratkan kepala pada skrin TV.

Aqi mengerut dahi sambil menoleh ke TV. Ada seorang lelaki sedang membelasah lelaki lain. Ketara sekali lelaki yang dibelasah itu sudah hilang kesedaran diri, namun amuk si penyerang masih langsung tak habis hingga terus menyerang bertalu-talu. Darah membasahi buku lima, baju, seluar dan kasut. Ada tiga orang saksi yang melihat tanpa sebarang usaha nak membantu. Aqi menelan liur. Dia bencikan dunia samseng yang didiami Chan. Mata dilarikan dari skrin dan kata-kata di sambung.

“Aku akan selesaikan apa-apa benda legal jadah danlepas anak aku cukup usia, aku akan serahkan semuanya dekat kau. Satu sen pun kami takkan ambik. Apa yang aku nak ialah kau lepaskan aku dengan keluarga aku.”

“You tak kenal siapa dalam video ni?” soal Chan pula sambil menoleh.

Aqi memejam mata sambil menggelengkan kepala. Dia taknak terperangkap dalam apa-apa ugutan yang lelaki ini sediakan. Fahamannya, Chan mengugut nak memukulnya sehingga mati. Dia tak kisah. Emir sudah selamat di tangan Zach. Ami dah selamat di tangan Umar. Keselamatan dia tak penting. Tugasnya ialah memutuskan hubungan anak-anaknya dengan keluarga gila ini. Fokus ditala pada muka kacak itu. “Can we sign a legal agreement already?! Aku dah taknak tengok muka kau, Chan!”

 Masih tenang, Chan menghentikan kembali video tersebut. Wajah tegang Aqi dipandang. Lembut sekali riaknya.

“Your ex-husband... Umar Darius... is it? A 26 years old accountant yang bekerja di Hotel IsOrche, managed by your ex in-law, Farid.”

Kening Aqi bercantum. Dia tak gemar bila Chan mengetahui perihal keluarga angkatnya. Dia bersabar, menunggu kata-kata seterusnya.

“I ada tengok gambar Umar Darius. Kacak orangnya. Gagah. Financially stable and surrounded by good people. Tapi eloklah dia ceraikan you, sebab dia tak sesuai dengan you.”

“Lebih baik dengan Umar berbanding dengan lelaki gila macam aku,” cemik Aqi.

At least I tak pernah bunuh orang.”

“Heh! That’s a low bar to differentiate you guys.”

Balasan katanya membuat Chan tergelak. “I’ve told you mangsa dalam video ni mati, kan? Kenapa tak dengar cakap I?” Tangan yang memegang remote dituding ke skrin TV. “You tak cam siapa penyerang tu?”

Aqi terkaku. Dan barulah fokusnya ditala ke skrin, pada muka bengis yang tengah menyerang tanpa simpati itu. Allahu. Aqi terasa darahnya berderau turun dari muka. Sejuk sekali.

Lelaki amuk bertopengkan syaitan itu ialah Umar.

“Mangsa yang dipukul ialah Muhamad Hadi Salim. Memandangkan dia ialah bekas penjenayah yang dikejar polis dan takda family yang menuntut mayatnya, fail dah ditutup tapi I rasa I hundred percent boleh heret Umar Darius ke tali gantung kalau I tunjukkan video ni dekat polis... dont you think?”

Masih kelu. Hadi... ya, dia kenal Hadi. Penjenayah itulah punca sebenar penceraiannya dengan Umar. Tapi dia tak tahu bekas suaminya itudah membalas dendam seteruk ini??

And that includes...” Jari dituding satu persatupada tiga saksi di skrin TV. “Farid, abang Umar, the current GM in HotelIsOrche, Nik Hilmi, abang ipar Umar, merangkap attending surgeon di RoyalFree Hospital NHS di London... and Alice... you kenal Alice, kan?” soal Chan lagi, kali ini bersama senyum sinis.

Aqi masih keras membatu. Entah sejak bila air matanya jatuh ke pipi, tetapi muka itu dah pun merah. Matanya bengkak. Hidungnya merah. Hingus cair juga menjenguk di sisi lubang hidung.

Chan bangun dengan tenang dan Aqi didekati. Wanita ini keras orangnya. Wanita ini seronok dibuli. Wanita ini sukar dipatahkan. Wanita ini mencabar sadis di dalam dirinya, dan bilamana dia boleh menundukkan wanita ini, Chan merasa kemenangan yang cukup puas sekali. Wanita ini... Chan benar-benar mahu miliki untuk dijadikan bahan mainannya.

Dagu yang basah dengan air mata itu ditarik supaya melangut walah anak mata hitam itu masih tidak lari dari skrin TV.

“Nikahi aku... atau aku hantar lelaki kesayangan kau ke tali gantung.”

Dan barulah pandangan mereka bertemu. Gigi geraham diketap sekuat hatinya. Senyum dan tawa Umar sebelum mereka berpisah di depan pagar rumahnya terbayang di ingatan. Mata dipejam, walau air mata masih tak berhenti mengalir. Gear di dalam kepala berpusing laju macam enjin kereta F1. Buku lima digenggam seeratnya, cuba menimbang tara keputusan terbaik yang boleh memberi bahagia pada semua orang.

Tak mungkin dia akan biarkan Chan menghantar Umar ke tali gantung. Tetapi jika dia bersetuju dengan permintaan Chan... janjinya pada Umar macammana?

Janji sekadar janji, sebab yang penting Umar bahagia dan tak masuk penjara... dan boleh besarkan Ami tanpa gangguan... dan hidup dengan Bang Farid dan lain-lain.... Kau cuma perlu bertahan, Aqi... kalau ada rezeki,kau baliklah jenguk dia sekali sekala.

Bisikan akalnya membuatkan genggaman tangan melonggar. Air muka yang ketat tadi turut mengendur. Aqi membuka semula matanya, kali ini redha dengan takdir yang enggan menyatukan dia dengan lelaki kesayangannya. Andai itu takdirnya, gitu.

“Aku tak peduli apa-apa yang kau nak buat... asalkan kau jangan sentuh Umar. Lepas tu aku nak kau mu—” Terhenti kata bila mulutnya diciumi. Aqi terkejut beruk. Spontan Chan ditolak sekuatnya dan dia berundur tiga empat langkah dari lelaki itu. “Kau gila?!!” jerinya seraya mengesat mulutnya berkali-kali dengan belakang tangan. Ya Allah macam disentuh babi! Dia rasa nak samak mulutnya sekarang!!

“Kau comel sangat haha. Aku happy.” Dia melangkah dekat bersama nafsu membuak. Aqi yang mengesan niat jahat itu terus cuba menjauhkan diri.

“Kalau kau nak aku kahwin dengan kau, musnahkan video tu!”

Sengih Chan meleret terus hingga ke telinga. “You are in no position to demand anything, Asyikin Ramzi. Nyawa Umar Darius, anak-anakkau, Zach, keluarga angkat kau di Melaka... semuanya di tangan aku. Kalau kau taknak aku musnahkan hidup mereka, kau kena dengar cakap aku.”

“Aku boleh berikan kau harta aku walaupun kita tak perlu kahwin, Chan!!” jeritnya bila terlanggar dinding. Pecah peluh dinginnya bila menyedari dia dah terperangkap, malah jauh dari tingkap. Kalau tidak, dia boleh melompat keluar. Paling teruk pun, patah kaki dan pinggang!

Chan makin rapat, malah semakin meruap dengan nafsu. Darah panas berkumpul di perut dan turun ke dalam seluar. “Perempuan bodoh. Itu maksudnya aku nak lebih dari harta...”

Tangis hampir pecah bila pinggangnya dirangkul. Cuba ditepis tetapi berbeza dengan Umar, Chan berniat jahat kepadanya. “Aku akan lawan kau sampai mati...” luahnya bersama air mata yang mula bergenang.

“Thats the spirit.” Senyum. Aqi sebetulnya wanita yang sesuai untuk melayan bosannya.

Seterusnya, wanita itu ditumbangkan dalam keadaan hina.

 

MATAnya dibuka perlahan-lahan. Pandangannya kabur. Keadaan gelap. Saat waras kembali ke puncak akal, tubuhnya turut merasai kesan aktiviti yang berlaku sebelum dia tidak sedarkan diri. Matanya terasa bengkak, sakit kerana menangis terlalu banyak. Tubuhnya juga sakit-sakit, terutama kangkangnya.

Ah, dia baru segar dirogol.

Air mata jatuh lagi walau bengkak dan hangat matanya masih mengigit. Aqi memaksa diri bangun dari lantai. Dia masih berada di dalam home office Chan. Lelaki itu tiada di mana-mana. Tingkap berkunci. Pintu berkunci. Pakaiannya yang berselerak di lantai, dicapai satu persatu. Perkara pertama yang difikirkan ialah mendapatkan CD rakaman yang ditunjukkan Chan semalam.

CD itu masih terletak elok di dalam CD player. Aqi berniat nak mematahkan CD itu tetapi sebaliknya, dipasang semula. Itu Umar, sedang memukul Hadi macam orang gila, dan Farid memerhati tanpa kata. Liur ditelan. Keras sekali.

Dia ingat Hadi. Penjenayah itulah yang telah menculiknya, merogolnya, meletakkan video rogol itu ke dalam Youtube, malah cuba untuk membunuh Umar dengan membuatkan lelaki itu terlibat dalam kemalangan. Mujur Umar sempat dihantar ke hospital dan sedar semula dalam keadaan amnesia. Selepas kejadian itulah rumah tangga Aqi benar-benar porak peranda hingga lelaki itu akhirnya melafazkan talak tiga kerana amarah. Malah, amarah itu tidak berhenti bila Umar menemui Hadi dan seterusnya membelasah penjenayah itu hingga menemui ajal. Aqi meneka bahawa Faridlah yang membantu Umar mencari Hadi bagi membalas dendam. Nick, suami Batrisya, merangkap kakak Umar, merupakan doktor yang memalsukan laporan kematian Hadi. Manakala Alice ialah kawan Farid...ah, dialah yang kantoikan semua ini pada Chan.

Aqi meraup muka dengan kedua belah tangan. Aduhlah Umar Darius... kenapa kau baran sangat?! Masa muda, pembuli sekolah berjaya. Bila dah besar, rampas tugas malaikat maut pula. Geramnya ya Allah! Tangan ditolak ke belakang kepala sambil menarik rambutnya, cuba meleraikan sakit kepala atas masalah yang dibuat lelaki kesayangannya. Tapi kalau bukan baran dan miang,bukan Umar namanya... keluhnya pula. Jauh di sudut hati, Aqi berpuas hati juga atas balasan dendam yang Umar dah berikan pada Hadi selepas semua kerja celaka yang penghuni neraka itu dah lakukan padanya.

Hadi ialah dua kali lima dengan Chan la senang kata. Cuma lebih bodoh.

Nafas ditarik sedalam-dalamnya hingga penuh dadanya. Mata dipejam, cuba memikirkan apa yang dia perlu lakukan seterusnya. Senyuman Umar terbayang lagi. Pandangannya meredup lalu, berisi rindu, lalu anak mata ditala ke luar tingkap, pada bekas suaminya yang mungkin tengah bergurau senda dengananak perempuan mereka di rumah dua tingkat itu.

Dia tahukah yang dia dah membunuh? Macammana dengan yang lain?

Itu, Aqi akan risik kemudian. Yang paling penting sekarang ini ialah Aqi tak boleh membiarkan Chan menghantar CD ini kepada polis. Disimpan CD itu ke dalam begnya.

Aqi bersedia nak keluar. Pintu berkunci dari luar, jadi satu-satunya jalan keluar ialah tingkap. Dari tingkap itu, Aqi mengenal pasti yang dia berada di tingkat dua. Banglo ini dikelilingi oleh pagar batu, dan satu-satunya jalan keluar ialah pintu pagar setinggi 12 kaki.

Sebelah kaki diangkat ke birai tingkap, kemudian akalnya menegur.

Macammana kalau Chan cari. Kita tak tahu kalau itu CD itu satu-satunya rakaman yang ada. Macammana kalau Chan ada salinan?

Berfikir panjang. Mungkin dia perlu balik ke pangkuan Umar... selepas dia selesai menyerahkan semua harta pada Chan... dan memastikan rakaman itu semuanya dah lenyap di dunia ini?

Beratnya rasa hati untuk kekal di banglo ini, tetapi itulah jalan terbaik bagi memastikan Umar selamat. Kakinya ditarik semula hingga dia berdiri tegak di depan tingkap yang terbuka luas. Langit malam direnung, pada Umar dan Ami yang tengah menunggunya di Melaka sana.

“Aku patut share dengan dia apa yang berlaku supaya dia tak tertunggu-tunggu...” ujarnya pada diri sendiri. Selajur Aqi berpusing,namun terlanggar Chan yang entah sejak bila berdiri di belakangnya. Dia terjerit terperanjat, spontan berundur hingga tersandar ke tingkap semula. Chan pula merenungnya dengan serius.

“Kau nak share apa dekat dia?”

“Bila masa kau kat situ?!!”

“Sejak kau cuba nak lari dari aku. Kau bijak sebab kau memilih nak stay, sebab rekod bukan hanya satu.”

Liur ditelan. Terasa berpasir. Chan bukan musuh yang mudah dikalahkan. “Macammana aku nak pastikan kau takkan sentuh Umar?”

Chan merenung anak mata hitam itu. “Macammana aku nak pastikan yang kau akan setia dengan aku? Macammana aku nak pastikan yang kau takkan fikir langsung pasal duda kau?”

Terkaku lagi.

“Aku bukannya nakkan harta kau semata, Ekin...” Chan melangkah merapat. “Aku nakkan kau sebagai isteri aku.... Believe me, aku dah tidur dengan separuh perempuan dekat dunia ni... tapi aku tak pernah segigih ini nak simpan seorang perempuan untuk stay dengan aku...” Lalu wanita itu diperangkap diantara lengannya. Wajah dirapatkan dan mata hitam itu dikejar. Direnung lembut. “Forget about him. Be mine. Aku akan berikan semua harta kat dunia ni untuk kau seorang.”

“Kau dah kenapa tiba-tiba?” dengus Aqi pula, benci mendengar semua luahan itu. Chan bukan Umar. Kalau dengan Umar, dia cair. Tapi kalau Chan, dia geli nauzubillahminzalik!

Perit hati Chan mendengar soalan itu. Perempuan ini tak faham-faham lagi, kah?? “Aku janji aku takkan sentuh Umar Darius... asalkan kau janji yang kau takkan patah balik dekat dia...”

Air muka Aqi bertukar serius. Anak mata hitam itu bertukar galak, membuat Chan tersenyum kecil.

“Jangan ingat dekat dia... jangan rindukan dia... jangan contact dia... jangan cari dia... lupakan dia dari hidup kau. Selagi kau ikut semua syarat aku ni, aku takkan hantar dia, abang kau dengan suami Batrisya ke penjara.” Tangan Aqi dicapai dan digenggam erat. “Serahkan seluruh dunia kau dekat aku... hati kau... tubuh kau... aku nak kau fokus pada aku seorang.”

“Aku takda perasaan dekat kau, Chan,” balas Aqi, kering sekali. Memberi amaran awal-awal akan bala sengsara yang akan dilalui mereka jika lelaki itu masih degil dengan kehendaknya. “Aku masih marah sebab kau culik anak lelaki aku semata-mata nak rebut harta yang dia warisi.... lepas tu sekarang kau berani nak ugut aku semata-mata nak kahwin dengan aku!!” Dada itu ditumbuk sekuatnya. “Bila tamak kau nak habis!!”

Chan terundur setapak, tetapi tidak jatuh. Lelaki ini gagah benar, membuat Aqi gerun sedikit. Mukanya tiba-tiba digenggam lelaki itu,agak sakit tapi tidak terlalu ganas. Ada kelembutan pada sentuhannya, malah renungan Chan turut berisi kaca.

“Kita masih ada masa.”

Aqi mengerutkan dahi.

“Lepas aku halalkan kau, kita masih boleh bercinta, bina keluarga kita.”

Mencerlang mata Aqi lalu. Benda gila!! Dia taknak bina keluarga dengan mamat celaka ini! Umar dan anak-anaknya tengah menunggunya!

“Aku taknak!!” jerit Aqi, lalu menolak Chan sekuat hatinya. Lelaki itu terundur, malah tergamam. Wanita itu pula masih membengis.“Kalau kau ada masa nak berfikir waras pasal nak bina keluarga normal, apa kata kau cari perempuan yang pedulikan impian kau berbanding paksa aku! Lepaskan aku, Chan, sebab aku nak hidup dengan lelaki yang aku pilih dengan anak-anak aku!!” luahnya depan muka itu. Namun Chan menutup mata. Boleh jadi memekakkan telinganya sekali. Aqi bertambah geram. Enggan melayan kehendak lelaki yang dah mengganggu damai hidupnya sejak dua tahun lepas, dia bergegas ke pintu keluar.

Namun langkah tersekat bila tangannya dicapai lelaki itu.Aqi cuba menepis tetapi Chan tidak melepaskan. Sekelip mata, wanita itu dibaringkan ke atas sofa. Chan merangkak di atas tubuhnya bagi memastikan Aqi tidak boleh lepaskan diri.

“Lepaskan aku!!”

“Jerit lagi sekali atau aku hantar budak aku ke Melaka...” ujar Chan perlahan, namun didengari Aqi. Wanita itu terkedu seketika. Kali ini dah tiada kelembutan di renungan lelaki itu melainkan diiringi aura setan yang dikenalinya sejak dua tahun lalu. “Aku tak perlukan polis untuk musnahkan hidup Umar, Asyikin. Aku boleh hantar budak aku untuk lepaskan peluru ke kepala dia masa dia tengah cuci kereta depan rumahnya...”

Chan berkata benar. Aqi tahu Chan mampu buat.

“Jangan...” pintanya akhirnya, lalu menangis.

“Tahu pula kau nak merayu...”

“Aku bencikan kau, Chan...” tangisnya lagi.

Lelaki itu tidak menjawab. Bagi menghukum Aqi yang cuba nak melarikan diri, dan supaya perempuan itu sedar yang dia bukannya main-main dengan kehendaknya, Aqi dirogol sekali lagi, dua kali, tiga kali, empat kali,hingga lunyai. Hingga sukar berjalan. Hingga Aqi terlalu malu berjalan keluar dari rumah kerana bekas lebam dan gigitan di seluruh tubuhnya.

Akan digerudi minda Aqi supaya jangan berani melawannya. Supaya patuh dengan arahannya. Jangan berani patah balik ke Melaka untuk bertemu atau berbual dengan Umar Darius. Dia mahu hubungan perempuan ini dengan bekas suaminya terkubur tak bertanda. Chan tidak peduli. Dia berjanji dia tidak akan ganggu hidup Umar selagi Aqi taat sebagai isterinya. 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh painarena