Home Novel Cinta JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
painarena
10/1/2022 02:07:29
150,312
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 21

WAIMA seorang pun dari mereka tidak menyedari lelaki yang dicari itu dah pun berada di lokasi yang sama, di luar rumah Aqi, di dalam kereta yang dipinjam, ditemani lagu-lagu Rock Kapak terbaik sepanjang zaman. Lagu-lagu lama sememangnya memberi jiwa tersendiri pada pendengar.

Kedua belah lengan dilipat ke stereng dan kepala direhatkan ke lengan. Anak matanya merenung isterinya keluar dari rumah Aqi sebelum memasuki Honda pemberiannya. Dia tak mahu mengulang silapnya semasa menjadi suami Aqi dekat Mimi pula. Tetapi sukarnya menjaga seorang Mimi membuatkan Umar terasa dia mengulang kisah yang sama dengan Aqi. Atau diakah yang tak pandai memimpin sebagai seorang suami?

Setelah kereta itu pergi, perhatiannya jatuh pula pada tingkap rumah itu, pada wanita yang masih mampu mengusik hatinya tetapi masih ragu-ragu nak dibajai benihnya.

Pesanan Buat Kekasih pula kedengaran.

Umar menarik nafas dalam, meneliti lirik serta perasaan yang berkembang luas di hati. Peluang kedua dengan Aqi kini mula bermain di fikiran, malah dipertimbangkan. Jika dia serius nak memujuk Aqi memasuki gerbang perkahwinan bersamanya... apa yang boleh berlaku? Sekurang-kurangnya bila Mimi menuduhnya curang, dia berbaloi dimarahi kerana Aqi sudah menjadi hak milik sah. Go big or go home.

iPhonenya bercahaya, tanda ada panggilan masuk. Dia menukar silent kerana enggan diganggu panggilan dari Mimi, tetapi bila melihat private number di skrin, Umar ringan hati untuk mengangkat.

"Aqi?"

"Where you at?"

Tersenyum lalu. Amboi, garangnya suara. "Bagilah salam dulu..." keluhnya sambil bersandar.

Aqi terdiam di talian. "Apa yang berat sangat tu Mar?"

"Em?"

"Bunyi keluh kau... macam berat benar. Teruk sangat ke pergaduhan korang kali ni?"

Tak boleh lari dari wanita ini. Kenapalah Mimi tidak sensitif begini? "I hit my limit. Aku cakap dia gagal sebagai wife..."

"That's... harsh."

"Maybe sebab aku demam, I don't know... but my frustration grew so much sampai aku tak boleh nak kawal lidah..." Keluh terhembus lagi sambil menggaru dahi. "I don't know what to do with that wife of mine, Aqi...."

Mendengar keluhan si lelaki membuat Aqi menjadi lunak. Tak jadi pula nak marah. Sebetulnya kalau dia di tempat Umar pun dia tak tahu nak buat apa dengan Mimi.

"Am I a bad husband?"

"You're fine... Cuma aku rasa Mimi memang agak challenging untuk diuruskan. Kalau aku lelaki pun aku tak tahu kalau boleh manage dia. It took me 20 minutes nak jelaskan poin aku yang kalau dia nak jadi isteri yang baik dekat kau, follow step Kak Maya."

Umar terkaku. "Well, that's easy."

"I know right! Tapi aku nak explain sampai face mask aku kering!"

"Gurau, gurau jugak. Tapi tu wife aku yang kau tengah sindir."

"Hahaha! Kau yang start!"

Lalu sama-sama tertawa ringan. Umar menggaru pipi.

"W-why don't you be mine as well? Senang sikit life aku. Makan minum aku terjaga. Bila aku sakit pun, ada orang masakkan bubur berbanding delivery McD yang hantarkan bubur."

"Ek ena. Bumi terbelah pun aku taknak jadi madu Mimi."

Kasual sekali lamaran itu keluar, kasual juga penolakan diberi. Tetapi tetap menghadir pedih di hati si lelaki. Dada digaru.

"Bubur MdD, eh?" Barulah Aqi bertanya. "Kau tengah single ke apa?"

"Aqi, kau dalam bilik tidur kau?"

"Eh? Ya."

"Berdiri kat tingkap boleh?"

"Kenapa?"

"Aku nak tengok kau."

"Aik?? Kau kat mana sekarang?"

"Kat luar rumah."

"Buat apa..."

Dari jauh, kelihatan langsir bilik Aqi terbuka. Walaupun ada gril, tetapi dia boleh nampak wanita itu berdiri di situ, meninjau ke luar.

"Hahhaa! Cute baju kau!"

"Kau ada mana?!" Seriau pula bila dia diperhati tapi dia tak nampak sesiapa.

"Dalam kereta... aku pinjam kereta Lukman. Sebab tu kau tak perasan."

"Lukman?"

"Ha'ah. Aku tumpang tidur rumah dia. Ingat lagi tak ketua kelas zaman sekolah? Crush kau juga dulu tu."

"Aha, Luk... tapi dia duduk Segamat, kan?"

"Mana kau tahu Luk duduk Segamat?"

"Dia kahwin dengan Siti. Aku tahu la. Naper? Jealous?"

Mudah sekali ditembak balik. Umar mendehem, membuang rasa panas itu. Tak teringat isteri kawannya itu ialah kawan Aqi juga. "Luk ada rumah sewa kat Melaka. Aku tumpang situ."

"I see... tapi sampai tidur rumah member macam ni, dah berapa lama kau tak balik rumah?"

"Tiga malam."

"Allahuakbar. Patutlah Mimi sampai menangis depan aku..."

Diam.

Aqi turut senyap, menilai strategi untuk membuka pintu hati Umar supaya bercerita. "Kau lari dari rumah lepas tu mengendap rumah aku. Stalker teruk."

Ketawa terlepas spontan. "Good point. Aku jadi suami curang. Aku jadi stalker. Apa lagi threshold yang aku akan lepasi."

Lega bila terdengar tawa. "That's one hell of a statement," ujar si wanita, turut ketawa.

Umar menutup radio, mahu menikmati alunan indah itu. Kedua belah tangan direhatkan pada stereng sambil terus merenung silhoutte Aqi di tingkap sana. Ringannya rasa hati dan kepala macam menemui katil selepas sehari suntuk bekerja. Aqi benar-benar mampu memberi rasa selesa.

"Apa dia tentang kau yang berbeza sangat dengan Mimi sampai aku datang cari kau sebab nak comfort?"

Aqi mendiam seketika. Mungkin tengah berfikir. "Maybe sebab kita sekepala? Kau ialah aku kalau kau perempuan," ujarnya sambil beralih.

"Jangan jauh dari tingkap."

"Oh." Lekas Aqi kembali berdiri di depan tingkap semula, dan terus melilau ke luar. Entah dimana lelaki itu berada kini. Yang masa satu kereta Lukman pun dia tak tahu. Lalu dia menyokong siku pada birai tingkap. "Tapi aku takkan jadi kau kalau aku lelaki sebab aku tak miang... God forbid Ami miang macam kau bila dia membesar... Emir memang tak sempat diselamatkan, dah."

Ketawa Umar terlepas spontan. Kuat sekali. Mana taknya. Sepanjang mengenali anak lelakinya itu, dia dah lihat bermacam-macam perempuan yang datang ke rumah nak mencari Emir. Salah satu punca masalah ialah Ami gemar marketkan abangnya di dalam media sosialnya. Anak lelakinya pula tidak penat memberi perhatian pada perempuan-perempuan yang datang sehingga mereka tangkap feeling. Gelinya rasa di hati hingga si lelaki tersenyum lebar hingga menampakkan seluruh barisan gigi. Segar pula rasa boleh tersenyum selepas sakit, marah dan bengang selama tiga hari. Mukanya dibenam ke stereng dan mata dipejam, menikmati ringannya rasa hati yang dilalui ketika ini.

"Tiga hari aku tak gelak. Fresh sikit."

"Drama nau."

Tertawa lagi. "Aqi Aqi Aqi... Allah je yang tahu betapa aku sayangkan kau..."

Senyum. "Thanks. Aku sayang kau juga, Mar."

Tetapi sayang itu mungkin tidak setara dengan apa yang dirasainya. Umar menarik nafas dalam. "Kalau aku offer peluang kedua, kau nak terima?"

Sekali lagi soalan itu keluar, kali ini dalam nada yang lebih tenang dan serius berbanding gurauan. Aqi menjeling terus pada iPhone.

"Mar, kau tengah serius ke dengan soalan ni?"

Umar diam.

Lalu Aqi menghela nafas panjang. "Kau jangan pertimbangkan aku just because kau frust dekat wife kau... kau sepatut baiki masalah, bukan cari aku sebagai spare part."

"Aku cuma tanya kalau kau sudi terima peluang kedua dengan aku..."

"Aku tak boleh jawab, Mar. Aku tak boleh overstep mandat Mimi as the wife. It hurts me too."

"You and your high pride..." keluh si lelaki.

Dahi disandarkan pada tingkap bersama helaan nafas panjang. "My pride is what define me as a person... aku appreciate the offer, tapi aku lebih hargai kalau kau pakai saluran yang betul. Tolong berpegang dengan integriti pernikahan yang kau dah bina dengan dia."

"Excellent answer Aqi, tapi dia akan reject without second thought."

"There lies my answer too."

Umar mengeluh berat, dan entah kenapa, menjentik rasa marah di hati Aqi.

"Tolong jangan mengeluh dengan sifat isteri yang kau dah pilih! Kau kena pimpin dia, bukan mengeluh dekat aku macam ni! Dia ialah tiang rumah kau walaupun jenis papan reput sekalipun! As much as I disliked her, she deserved the right treatment from you. Kau datang dekat aku terlebih dahulu seolah-olah kau dah tolak dia jadi yang kedua dalam perkahwinan kau sendiri, walhal restu dia sepatutnya ialah top priority sebelum kau even fikirkan tentang aku! Honest to God, Umar Darius, do you even love your wife?"

Senyap. Lama sekali, hingga membuat wanita itu turut terkaku. Tiba-tiba terasa dia membuka kotak pandora tanpa sengaja.

"Mar... kau tak boleh jawab soalan aku sebab kau tengah rasa bersalah atau..." Nafas ditelan. "D-do you love her?"

Lelaki itu mengetap gigi geraham. "Mestilah I love my wifeShe's my wife! Tanggungjawab aku untuk jaga dia!"

"That's a given but d-do you love her, like... like IN LOVE with her?" Ditekankan soalan itu, penuh serius.

Barulah keluh terhembus, kali ini gagal menyimpan rahsia itu lagi. Aqi bukan bodoh. Bila dah kantoi begini, walaupun tanpa sengaja, sebaiknya dia berterus terang.

"No..." luahnya bersama keluh dalam. "Aku takda perasaan dekat isteri aku sendiri..."

"Umar..." Selajur keluh berat terhempas bersama hembusan penuh penyesalan.

"Tapi aku memang sayangkan dia. Hati aku memang ada untuk dia... tapi the large part of my heart is—is not..." Mata yang kuyu dipaksa buka, menerima realiti yang pahit. Kepala ditundukkan, bersedia membuka pekung yang hitam membusuk di dada. "Aku kahwini dia sebab aku lonely. Sebab aku patah hati. Sebab aku nakkan perhatian seorang perempuan, khusus untuk aku. Aku tahu dia cintakan aku... aku ingat dia boleh rawat hati aku...." Liur ditelan. "Aku kedengaran selfish sekarang tapi, aku cuma nak survive the heartbreak, Aqi.... I waited for 10 years, and then bila kau tiba-tiba muncul, kau lari lagi, lesap tanpa sebarang mesej. Aku frust teruk masa tu. Aku taknak mengaku, Aqi, tapi aku... aku menangis... depan Ami..."

"No wonder Ami defensif gila bila pasal kau..."

"Hahaha... two years ago, I'm at the lowest of my lowest... sebab seorang perempuan semata. Masa tu aku fikir, 10 tahun aku menunggu sia-sia..."

Kepala Aqi tertunduk lagi. Sebal kerana masalah Umar berpunca dari dia. "Mar... aku tak tahu macammana nak minta maaf..."

"Kau boleh bagitau kenapa kau pilih dia berbanding aku..."

Aqi menelan nafas. "Sorry, anything but that..."

"I see. Kau boleh bagitau... kenapa kau pilih dia dan hidup bersama dia bertahun-tahun tanpa sekalipun maklumkan dekat aku yang kau dah kahwin supaya aku boleh move on lebih awal berbanding tunggu kau dengan anak perempuan kita dalam rumah kita..."

Makin perit dibuatnya. "Sorry... anything but that too..."

"Then tell me... what is it about him that you love so muc—"

"Heck no, I despise him."

Mata Umar membulat luas. Laju sekali jawapan itu keluar hingga dia tak sempat nak memproses jawapan balas. Bayang tubuh si wanita yang bersandar di tingkap bilik tidurnya sana, dipandang.

"You despise him?

"Despise. Abhor. Hate. All of that." Satu persatu sinonim disebut.

Tegasnya jawapan itu membuat kening Umar terjungkit. "Sepanjang 10 tahun pernikahan... takda rasa sayang langsung? Well, aku tahu dia pysically abuse kau... tapi, none?"

"NoneZeroNada."

"Jadi kenapa—"

"Can't answer that, I'm sorry."

Umar tersandar. Semakin curious kenapa Aqi menikahi seorang lelaki sampai bertahun-tahun lamanya dan bertahan dengan deraan yang diterima tanpa sedikitpun rasa sayang. "Jadi kau ada greater purpose than simply in love and wanting a family..."

Aqi tersenyum nipis.

"Kau kejar duit dia?" Masih meneka.

"Hahahaha! Greater purpose sangat!!"

"Hahaha... I'm hitting with blind here. Humor me, sayang..."

Meleret bibirnya bila diberi gelaran manja. "Kalau kau betul-betul nakkan jawapan... no, aku tak kejar duit dia. Aku ada duit aku sendiri."

"Ya... that fits your personality more..." Bayangan wanita di sebalik tingkap itu direnung redup, makin menyukai. "Tapi aku semakin curious... I mean, semua perempuan kejar suami kau... ada rupa, pangkat, harta... popularity... tapi isteri dia sendiri bencikan dia. Kau pelik, Aqi. Ada bug dalam programming kau, haha..."

Senyum bertukar hambar. "Sedap je cakap laki aku popular."

"He's popular alright. At least dekat corporate sector. Dude's a superstarThe kind of rare talent yang semua company nak kejar dan recruitAt one point, even Bang Farid cuba nak minta servis dia."

Darah Aqi bertukar pucat. "Umar... kau cakap pasal siapa ni?"

"Bekas suami kau. Chandler Kendrick... no, dia dah Abdullah sekarang."

Jantung Aqi hampir jatuh ke perut. Terkejutnya dia hingga handphone terlepas dari tangan dan menghentak lantai. Cepat-cepat telefon itu dicapai. "Mana kau tahu nama penuh Chan?!!" pekiknya bahana emosi yang meledak di dada.

"Kenapa terkejut sangat?" soal Umar kemudian.

"Umar Darius! Mana kau tahu nama dia!!"

"Aku hantar private investigator untuk siasat background kau."

Nganga. "That's over the line, you!!"

"Kau taknak bagitau, aku siasatlah sendiri. And FYI, Chandler Abdullah is an extremely competent defence attorney. Dude akan buat apa saja untuk buktikan klien dia tak bersalah. He the kind of rare talent yang semua orang nakkan servis dia, tapi dia setia dengan boss dia, Alastair Dickens. I don't know the detail, tapi Dickens dah masuk penjara and now Chan yang jaga empayar business dia. He is so powerful now, dia boleh musnahkan karier aku dengan sepatah perkataan je." Tubuh disandarkan bersama keluh kagum. "I wish I have that kind of raw talent and power..." luahnya, membayangkan lelaki botak itu dalam kepala.

Wanita itu menelan liur.

"Some guys you got yourself married into, Aqi... Patutlah kau taknak balik dekat aku yang sekadar makan gaji dan ada harta seciput ini, haha..." tambah Umar dalam gelak hiba.

"Mar, kalau aku ada 20 nyawa, aku sudi korbankan 19 nyawa tu dekat Chan semata-mata nak gunakan satu nyawa yang berbaki untuk bersama dengan kau semula."

"That's intense."

"That's how much aku nak lari dari dia semata-mata nak balik ke sini. So please... just please... aku tak tahu berapa banyak yang kau dah tahu, tapi please stop the investigation."

"Well that's no good. Kau taknak ceritakan apa-apa kat aku. Emir nampaknya cukup disiplin untuk berkomplot dengan kau dan langsung zero info dari dia. Macammana aku nak ambik tahu kenapa kau tinggalkan aku kalau aku tak buat macam ni? Sampai kau sanggup stay bertahun-tahun sampai jadi lauk?"

Sakit kepala dibuatnya."Kau pernah terfikir yang aku taknak bagitau kau sebab aku taknak kau tahu tentang benda ni semua?"

"You stayed with that maniac for yearsHe abused you so much so hard to the point you suffered physically, emotionally and mentally!"

"Mar..."

"Aqi yang aku kenal boleh libas kepala Chan sampai berpusing. Bukannya tersekat dalam perkahwinan toxic sampai sedekad! Obviously kau boleh panggil pihak berkuasa untuk tolong kau. Should that happen, kau sepatutnya dah bebas at least 8-9 tahun lebih awal." Keruh lagi riaknya. "Kau bukan Bella, Aqi.... Kau ialah fighter. Kau sepatutnya dah boleh balik ke pangkuan aku jauh lebih awal..."

Air mata Aqi mula menitis. Tubuhnya turut menggigil. "Mar... Umar Darius... Please... Kalau kau sayang aku, please stop the investigation."

Diam. Panas hati. "Apa benda yang kau simpan sangat ni? Apa dia tentang Chan yang kau nak lindungi sangat?"

"Aku tak lindungi Chan..."

"You said that, but you still protect him." Nafas didengus, berfikir. "Atau, ayat yang lebih tepat, you protect him from police investigation... walaupun kau bencikan dia... eh kejap." Diam seketika, berfikir. "Unless he held you hostage... dia ugut kau dengan sesuatu sampai kau tak boleh nak buat apa melainkan bertahan... dan kau taknak involve polis sebab bahan ugutan tu.... Kau kena blackmail oleh Chan di dalam perkahwinan korang, ke?"

Allahuakbar. Makin stress bila mendengar deduksi yang tepat itu. Lalu tekak didehem. "Lets compromise. Aku akan bagitau sebab kenapa aku sembunyikan kelahiran Emir dekat kau. But please, stop everything."

"Aku bukan nak tau pasal Emir je, aku nak tahu semua rahsia kau..."

"Mar... Mar... ya Allah, Mar..." Tangis Aqi terlepas hingga lelaki itu terkaku di talian. Lalu esak ditarik sekuatnya. "Aku akan serahkan semuanya dekat kau. Harta aku. Nyawa aku. Tubuh badan aku. Semua yang aku miliki. Tapi aku merayu... tolong jangan siasat tentang Chan..."

Bunyi hiba itu akhirnya mengetik waras Umar. Malah kata-kata itu membuktikan betapa seriusnya wanita itu. Umar semakin lama semakin gian nak ambil tahu, tetapi tangis Aqi juga umpama brek yang menahan niatnya.

"Mar... tolong aku... please... stop everything... please... jauhkan diri dari dia, please..."

Umar terus keluar dari kereta. Langkah dibina ke arah wanita yang bersokong pada gril tingkap itu. Dari jaraknya, Umar nampak wajah yang basah berair itu. Umar menahan sebal.

"I'll stop the investigation. So please stop crying?"

Tangis Aqi semakin hiba, lalu dia terduduk melutut di dalam rumah. "Thank you. Thank you so much... thank you thank you thank you..."

Sebal. "But... can I trust you to tell me later?"

"I will need some time..."

Bibir dikemam. Teringat keadaan kaki wanita itu yang menyedihkan. Dan kali ini, dia melihat pula keadaan mental Aqi bila mengungkit tentang Chan. "How much does he hurt you sampai kau jadi macam ni sekali?" soalnya bersama bara yang cukup asing sekali. Api kali ini sejuk. Berisi dendam.

Aqi hanya menjawab dengan sedu. "I'm back to you. And I'm content. Itu cukup, Mar..."

"I'm hurting seeing you like this, Aqi..." Tingkap itu dirapati, mahu melihat Aqi di dalam bilik. Tetapi dia dihalang gril dan kaca tingkap.

"Oohh... sorry, hahaha..." Hingus cair ditarik kasar dan air mata dikesat. Dengan susah payah, dia memaksa diri bangun. "Normally aku tak macam ni. Kaulah ni, bukak kisah silam aku—wargh!!" Terpekik bila melihat lelaki itu berdiri betul-betul di depan mata, di luar tingkapnya, tengah berdiri tegak dan merenung dirinya dengan riak sayu.

Umar menutup panggilan. Tangan dilekapkan ke kaca tingkap, seakan mahu menyentuh wajah Aqi dari benteng yang memisahkan mereka. Wajah yang masih basah berkilat itu terus direnung tanpa kelip. Seluruh raut mukanya memberitahu dia mahu masuk ke dalam rumah dan memeluk wanita ini, memberinya selesa.

Dan Aqi memberi respon tanpa kata. Dengan rela hati, dia membuka tingkap biliknya. Kemudian gril yang menjadi benteng kedua turut dibuka, menjadikan benteng antara mereka sifar melainkan akal waras dan iman semata.

"Kenapa buatkan gril tingkap boleh dibuka?" soal Umar, hairan. Ada mangga dengan combination lock situ.

"Aku trauma sikit kena kurung dengan tingkap bergril, jadi aku buatkan combination lock supaya aku boleh buka dan sedut udara segar bila-bila masa..."

"Sebab Chan lagi?"

Enggan menjawab. Kemudian lelaki tinggi itu ditentang. Segan pula bila menadah muka yang sembap macam ni. Baru saja nak membuka mulut, wajahnya disentuh tangan kasar itu. Ibu jari Umar mengusap lembut kulit pipi yang kesat dengan sisa air mata.

"He hurt you so bad to the point he still managed to hurt you even when he's not here..."

Perasaan Aqi meruntun lagi. Mata terpejam, lalu wajahnya ditempel ke telapak tangan Umar. Dia jumpa rasa selamat di situ.

"I'm okay. I'm with you, now..." luahnya bersama rasa tenang dan lega yang dirasai. Malah, air mata menitis lagi buat kali terakhir, kali ini kerana syukur dan gembira.

Si lelaki tersenyum lembut, kini mengerti makna syukur pada kata-kata yang kerap disebut itu. Ya Tuhan, dia benar-benar mahu memiliki wanita ini sekarang ini. Namun apalah yang dia boleh buat melainkan sekadar menyokong dari luar, atau membantu menyeka air matanya.

"Nangis manjang... pahtu mengada cari Emir minta pujuk sedangkan aku ada je depan mata. Aku boleh bagi peluk kalau kau nak, tau."

Ketawa si wanita terlepas halus. "Bongok..." Tangan kasar di wajahnya dipegang, lalu ciuman ditanam pada telapak tangan itu. Sebuah tindakan yang langsung tak berfikir jauh. Wanita itu ketika ini dikuasai hati yang hangat mencintai, dan bukan ego keras seorang feminis. Waima sedikit pun dia tak teringat status lelaki itu, seterusnya menjadi punca mimpi buruknya selepas ini.

Dan tindakan si wanita mencuit naluri lelaki sang Adam. Sisa air mata di bulu mata wanita itu memikat hati lelakinya. Aqi nampak vulnerable, dan Umar merasa dia perlu menjadi tulang belakang untuk menyokong wanita ini. Sebuah program yang dah dicipta bertahun-tahun lalu, kali ini berisi perasaan halus yang semakin erat membaluti hati keduanya.

Dan perasaan itu juga yang menarik kepalanya untuk menunduk.

Aqi terkedu bila wajahnya ditarik. Dan terus terkaku bila menyedari apa yang Umar nak lakukan. Hanya tinggal seinci jarak bibir mereka, namun Umar sempat berhenti. Akal dan iman sayup-sayup cuba bertahan. Hembusan nafas menampar wajah masing-masing. Berisi ragu-ragu. Berisi kehendak. Serta hasutan syaitan.

Terasa renjatan elektrik bila Aqi menguis hidung Umar dengan hidungnya. Ringkas, tetapi kesannya seperti libasan cemati pada punggung kuda. Itu cukup sebagai sebuah kebenaran. Lalu Umar menemukan mulut mereka. Erat sekali bertaup. Dilampiaskan habis semua tekanan perasaan yang dipendam selama ini. Kedua-duanya dirangkul rindu dendam yang cukup dalam hingga terlupa siapa mereka dan dimana mereka bertapak, atau menyedari bahawasanya mereka telah melepasi garisan larangan yang selama ini cuba dijauhi. 

Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku pada malam itu selain mereka dan Tuhan. Walau apapun yang telah berlaku, samada masih boleh ditutup sebelah mata atau mungkin dah jauh tenggelam ke lautan dosa, kedua-dua menelan fakta yang mereka dah bukan sekadar bekas pasangan yang berkongsi anak. Mereka hauskan masing-masing, samada mengaku atau tidak, dan itulah titik tolak perubahan hubungan mereka selepas ini. 


Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh painarena