Sarah
menarik laci mejanya paling bawah. Kelihatan beberapa bungkus besar coklat kissesyang masih belum berusik. Di
ambilnya dua bungkus.
“Nah.
Ini untuk kau. Kongsilah dengan kawan-kawan lain.”
Bagi Sarah dia sudah tidak ada hati
lagi dengan coklat itu. Hadi tertawa suka bila diberikan coklat. Lagaknya tidak
ubah seperti anak kecil yang diberikan gula-gula.
“Kalau
tak cukup, kau boleh datang minta pada aku lagi tau Hadi.”
“Hey
perempuan… Panggil IHeidi. Jangan panggil Hadi tau.” Sedikit
terjerit dia bila dipanggil dengan nama sebenarnya.
Begitulah
Hadi setiap kali bila kawan-kawan sepejabat memanggilnya dengan nama Hadi
mahupun Adi. Dia lebih gemarkan nama Heidi daripada Hadi sebagaimana yang
tertulis pada kad pengenalan. Kasihan lelaki berperwatakan lembut itu. Jika
dipandang dari segi rupa paras nampak kacak juga, cuma perilaku lembut dan
penampilan itu yang memberikan impak yang berbeza.
Lewat petang itu
Sarah bersama dua orang pekerja lain dipanggil oleh Encik Hakim untuk sesi
taklimat ringkas berkenaan sistem baru yang akan digunapakai oleh syarikat
mereka tidak lama lagi. Mereka bertiga sudah bersedia untuk mendengar apa yang
hendak disampaikan oleh Encik Hakim. Kelihatan Encik Hakim seperti sedang
menantikan seseorang.
“Okeylah, kita
mulakan dahulu taklimat ringkas petang ini berkaitan sistem baru yang akan
diperkenalkan. Saya harap anda semua bersedia untuk berubah kepada satu sistem
yang lebih sistematik tidak lama lagi.”
Taklimat serba
ringkas itu pada awalnya tidaklah mendapat maklumbalas positif dari mereka
bertiga kerana masing-masing masih dalam keadaan samar-samar terhadap
penjelasan yang diberikan hinggalah…
‘Tok…tok…’
Ketukan pintu dari membuatkan semua
mata memandang ke arah pintu. Arahan masuk yang diberikan oleh Encik Hakim
membuatkan Nadia muncul bersama dua orang lelaki.
Mereka diperkenalkan dengan tetamu
yang datang. Dua orang lelaki inilah yang akan memberikan maklumat lanjut
berkaitan dengan sistem tersebut dan sekiranya memerlukan penambahbaikan ianya
boleh disalurkan secara terus petang itu juga. Seorang daripada lelaki itu
memperkenalkan diri sebagai Saiful dan seorang lagi Raizil. Masing-masing
mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.
“Sarah,
saya rasa lepas ni tugas awak akan jadi mudah kan,” ujar Encik Hakim memandang
Sarah. Sememangnya sistem itu membawa banyak manfaat nampaknya pada tugas
harian Sarah berbanding yang lain.
“Nampaknya
macam itulah bos,” jawab Sarah selamba.
Dia sebenarnya tidak menyedari ada
mata yang sedang memerhatikannya sejak dari tadi. Mata itu bagaikan tidak mahu
lari jauh dari wajah Sarah.
Mesyuarat
ringkas itu kemudiannya ditangguhkan sehinggalah sistem yang diperkenalkan itu
nanti disiapkan. Wakil yang datang memberikan satu tarikh untuk membuat
penambahbaikan. Mereka bersetuju dengan sebulat suara. Di akhir perbincangan
petang itu, kedua-dua wakil diminta untuk berbincang secara terus dengan
pekerja yang terlibat.
Hampir terbeliak mata Raizil bila
tiba di meja Sarah. Apa tidaknya, di sana sini kelihatan beberapa jambak bunga
ros segar.
“Haa… Encik Raizil, kalau encik nak
tahu inilah meja cik Sarah. Meja paling vogue
sekali dalam ofis kami ni.”
Si lembut Hadi terus membawa tetamu
ke meja Sarah. Dia sengaja membawa Raizil ke situ kerana mejanya agak tidak
teratur sebenarnya.
“Dah macam kedai
bunga.” Raizil tersenyum sambil mengambil sekuntum dari sejambak ros yang ada.
Sarah
hanya mampu ketap bibir, menahan rasa bila Hadi sengaja mengenakannya. Sesekali
dia menjegilkan biji mata memandang Hadi yang berwajah selamba.
“Untungnya
ada orang beri bunga,” tambah Raizil seraya menarik kerusi menghadap Sarah.
Secara kebetulan dia yang ditugaskan untuk unit tersebut.
“Encik
datang sini dibayar gaji untuk cium bunga tu ke?.”
Serentak hidung yang menghidu bau
wangi dari bunga ros tersebut bagaikan terhenti menghela nafas. Soalan Sarah
disambut gelak oleh Hadi.
“Oh.
Maaf.” Raizil sedar yang dia sudah agak berlebihan. Segera dia membetulkan
duduk. Melepaskan pegangan bunga ros tadi.
“Hah.
Kau tercegat kat situ buat apa pulak Hadi?.”
“Hey…
panggil IHeidi okey.” Dengan suara
lemah gemalainya Hadi berpaling. Kononnya itulah watak paling manja. Raizil
mengulum senyum. Tercuit hati melihat telatah si lembut barangkali.
“Boleh
kita mulakan sekarang?.” Raizil segera bersuara. Dia melihat jam di tangan. Ada
lebih kurang satu jam sahaja untuk dia berdikusi dengan si cantik manis Sarah
di hadapan mata.
“Oh.
Okey, boleh.”
“Errr…
encik… cik Heidi boleh joinsekali kalau mahu,” Raizil tidak tahu mahu
memanggil dengan panggilan apa lelaki separa perempuan yang tercegat di
sebelah.
“Hah.
Kau dengar tu Sarah.”
Terus sahaja Hadi menarik kerusi
dari mejanya merapati Raizil. Sarah hanya jadi pemerhati. Hadi sememangnya
begitu. Pantang nampak lelaki handsomesedikit,
tidak akan melepaskan peluang yang ada. Eh?. Handsomeke Raizil ni?.
“Kata
nak mulakan tadi. Kenapa masih tak mulakan lagi ni encik Raizil?.”
Tercetus juga soalan bilamana
Raizil masih diam menghadap komputer ribanya.
“Errr…
macamana saya nak mulakan. Banyak sangat bunga atas meja awak ni.” Dia terasa
kurang selesa kerana ruang meja yang terhad untuk mereka berbincang.
‘Zass…’
Sekelip mata sahaja beberapa
jambangan bunga masuk ke dalam tong sampah dengan rasminya.
“Eh,
bunga tu kan cantik lagi. Saya rasa macam baru di hantar aje tu.” Raizil merasa
bersalah kerana menegur perihal bunga yang penuh di atas meja sebentar tadi.
“Jangan
risau Encik Raizil, pompuan ni memang
macamni. Hari-hari bunga-bunga ni semua di campak dalam tong sampah,” Hadi
mencelah.
Wajah
Raizil sedikit terkejut dengan kenyataan daripada Hadi. Tapi kenapa?.
“Okey
Encik Raizil, boleh kita mulakan sekarang?.” Sarah sudah mendepangkan tangan
tanda dia sudah bersedia dengan sesi soal jawab secara lisan yang tidak rasmi.
Senyuman di bibir diukir tanda dia rasa selesa dengan situasi sekarang.
Melihatkan bunga yang sudah
menghuni tong sampah itu Sarah menjadi puas. Puas dengan tindakannya sebentar
tadi. Mengenang kisah empat tahun lalu membuatkan nafasnya turun naik. Jika dia
mampu untuk membuang ingatan itu dia mahu padamkannya terus dari layar ingatan.